Anda di halaman 1dari 26

CABARAN & PEMUPUKAN

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Ainil Husna, Nurhidayatul Asyikin, Rashidatul Kamilah
PISMP Sem 3 SAINS/PJK/PSV
IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

Sub Topik
Cabaran dan implikasi
- Cabaran sosial, ekonomi dan politik kepentingan antara etnik
- Cabaran nilai antara etnik (hubungan etnik)
- Cabaran globalisasi
- Implikasi kepada hubungan etnik

Pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia:
- Persefahaman
- Bekerjasama
- Persaudaraan
- Kemesraan
- Budaya ziarah menziarahi
- Hormat- menghormati

C
A
B
A
R
A
N

H
U
B
U
N
G
A
N

E
T
N
I
K

D
A
N

I
M
P
L
I
K
A
S
I
N
Y
A



Cabaran Ekonomi


Cabaran Nilai Antara Etnik (Hubungan
Etnik)


Cabaran Globalisasi

1. Pemisahan Fizikal
2. Sistem Pendidikan
yang Berasingan
3. Polarisasi dalam
Kalangan Pelajar
4. Kontrak sosial
1. Penguasaan Ekonomi
2. Perbezaan Pekerjaan
Berdasarkan Sektor
Ekonomi
F
A
K
T
O
R

1

FAKTOR 2
FAKTOR 3

Cabaran Sosial


Cabaran Politik

1. PEMISAHAN FIZIKAL
Wujud akibat kesan dasar pecah dan perintah
yg diamalkan oleh British.
Kesannya:
1. Pemisahan kelompok etnik berdasarkan
kegiatan ekonomi.
2. Pemisahan fizikal disebabkan keadaan geografi
di Sabah dan Sarawak yg terlalu luas
mengakibatkan kesukaran untuk berinteraksi.
3. Pemisahan penempatan antara Semenanjung
Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang
terpisah oleh Laut China Selatan.
Implikasi
1. Merenggangkan hubungan dan interaksi
antara etnik.
2. Memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan
etnosentrisme (etnik mereka adalah lebih
baik dan hebat daripada etnik lain).
3. Menimbulkan prasangka, stereotaip dan
mengekalkan kejahilan dalam etnik lain
terhadap etnik yang lain.
2. SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERTERUSAN
Sistem persekolahan yg memisahkan pelajar
mengikut bahasa ibunda.





Kesan:
1. Memupuk jurang integrasi dan persefahaman
dalam kalangan pelajar.
2. Interaksi hanya berkisar dalam kalangan etnik
yang sama sahaja.


Kaun Jenis Sekolah Bahasa yang
digunakan
Orang Melayu Sekolah Melayu Bahasa Melayu
Orang India Sekolah Tamil Bahasa Tamil
Orang Cina Sekolah Cina Bahasa Mandarin
Implikasi
1. Semua etnik akan mempertahankan bahasa ibunda
mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda
kaum yang lain.
2. Mewujudkan anggapan adalah tidak wajar dan tidak
penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain.
3. Memberikan impak yang kurang elok kepada
penstrukturan negara kerana mempunyai corak
pendidikan yang berbeza-beza.
4. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran
untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya
yang terdiri daripada etnik yang berbeza.
3. POLARISASI DALAM KALANGAN
PELAJAR
Dalam kalangan pelajar masih lagi wujud
keterasingan pada peringkat sekolah rendah,
kerenggangan pada peringkat sekolah
menegah dan institut pengajian tinggi awam
(IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta
(IPTS).
Ini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di
Malaysia.
Implikasi
Pemupukan semangat kekitaan pada negara
Malaysia tidak dapat diterapkan dengan
berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di
antara semua kaum.
4. KONTRAK SOSIAL
Merupakan persetujuan yang dicapai semasa
kemerdekaan dalam merangka perlembagaan.
Antara isu yang sering dibangkitkan:
- Kedudukan istimewa orang Melayu
- Kedudukan agama Islam
- Keistimewaan Bahasa Melayu
- Isu kemasukan pelajar ke IPTA
Implikasi
Membawa kepada kerenggangan hubungan
etnik di Malaysia.
1. PENGUASAAN EKONOMI
Setiap etnik berusaha mendapatkan hak dan
keuntungan lebih besar dari peluang ekonomi yang ada
dan mewujudkan jurang pendapatan.
Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian
yang memerlukan tenaga sumber manusia manakala
orang Cina umumnya menguasai sektor perniagaan
dan kaum India pula banyak terlibat dengan
perladangan di estet getah dan kelapa sawit.
Perpaduan tidak dapat dipupuk jika sebahagian besar
penduduk kekal miskin dan peluang pekerjaan tidak
disediakan.
Implikasi
Persaingan dalam ekonomi untuk berusaha
mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih
besar.
Penguasaan ekonomi yang berbeza serta
jurang pendapatan yang tidak seimbang
mengakibatkan ketidakstabilan dalam
masyarakat majmuk.
Justeru, mengakibatkan ketidakpuasan hati
bagi semua golongan etnik.
2. PERBEZAAN PEKERJAAN
BERDASARKAN SEKTOR EKONOMI
Penguasaan ekonomi mewujudkan
pengenalan pekerjaan mengikut etnik.
Ketara semasa penjajahan British, Melayu
dalam pertanian, nelayan, dan kakitangan
awam. Orang Cina dalam perniagaan dan
pelombongan dan orang India buruh di estet.
Kini semakin berkurangan walaupun masih
wujud perbezaan.
Implikasi
Mengukuhkankan semangat perkauman.
Menghalang interaksi antara kaum.
CABARAN POLITIK
Penyuaraan kepentingan etnik tertentu
melalui politik akan mewujudkan politik
perkauman.
Isu perkauman yang selalu diperalat oleh
sesetengah pihak untuk mendapat sokongan
seperti bahasa, agama, dan kerakyatan akan
memecah belahkan masyarakat.
Implikasi
Menimbulkan perasaan kurang senang hati
dan mengukuhkan semangat perkauman jika
sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat
kata sepakat oleh semua pihak.
Akibatnya semua etnik akan saling berusaha
untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri
dan mempertahankan untuk mendapatkan
hak yang sama rata.
CABARAN NILAI ANTARA ETNIK
(HUBUNGAN ETNIK)
Setiap kaum dalam masyarakat majmuk
memiliki agama, bahasa, dan kebudayaan
masing-masing.
Perbezaan ini akan menjadi sukar jika setiap
kaum memiliki sikap etnosentrisme.
Sikap negatif ini akan mewujudkan polarisasi
antara etnik dan memberi kesan buruk kepada
perpaduan.
Implikasi
Anggota etnik lebih mengutamakan anggota
daripada etnik yang sama dalam memilih
sahabat, mendapatkan perkerjaan.
Setiap etnik tidak mempunyai perasaan
hormat menghormati dengan agama dan
budaya etnik-etnik yang lain.
Masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa
yang difahami oleh semua etnik.

CABARAN GLOBALISASI
Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup
berpaksikan ekonomi dan politik barat
merupakan cabaran untuk rakyat Malaysia.
Globalisasi merupakan cara penjajahan halus dan
terselindung dalam mengikis nilai luhur sekaligus
menerima nilai pemikiran barat.
Melalui globalisasi, barat membawa pengaruh
dari segi ideologi, hedonisme (hiburan, sains, dan
teknologi yang negatif ke seluruh dunia termasuk
Malaysia.

Implikasi
Sudut positif, bergerak maju melalui
pendedahan menggunakan teknologi yang
tinggi serta pentadbiran yang sistematik.
Sudut negatif, wujud budaya kuning ini banyak
memberikan nilai-nilai yang negatif seperti
terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian
yang kurang sopan serta pergaulan yang
melampaui batas.
PEMUPUKAN ETNIK DALAM
MASYARAKAT MALAYSIA

Hubungan etnik, perpaduan, dan integrasi
nasional adalah amat penting bagi masyarakat
Malaysia yang bersifat majmuk.
Usaha-usaha perlu diambil bagi mengukuhkan
lagi perpaduan dalam masyarakat.
Antara nilai yang perlu diterapkan ialah
persefahaman, bekerjasama, persaudaraan,
kemesraan budaya ziarah menziarahi dan
hormat- menghormati

CONTOH AKTIVITI DALAM
MENERAPKAN NILAI PEMUPUKAN
ETNIK
TERIMA KASIH
: )

Anda mungkin juga menyukai