Anda di halaman 1dari 37

TEORI BEHAVIOUR

PEMEROLEHAN BAHASA
bayi dilahirkan bersama alat fizikal yang sesuai
untuknya memperoleh bahasa.
memulakan hidup tanpa bahasa tetapi pemerolehan
bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan
berperingkat-peringkat mengikut perkembangan
otaknya.
Proses pemerolehan bahasa itu seperti satu keadaan
yang sudah terjadual sifatnya.

Mengikut teori biologis, sejak lahir, kanak-kanak
sudah ada satu kebolehan menggunakan bahasa.
Kebolehan ini dinamakan jentera pemerolehan
bahasa.


PEMEROLEHAN BAHASA
kanak-kanak yang normal, akan dapat bertutur
dalam jangka masa yg agak sama.
mereka akan mengambil perkataan penting,
mempelajari dan seterusnya menggunakannya.
Oleh kerana manusia mempunyai otak yang kecil
waktu lahir maka kematangan berbahasa itu adalah
sejajar dengan perkembangan otak mereka dan
semestinya mengambil masa yang lama.

PEMEROLEHAN BAHASA
Kanak-kanak menguasai bahasa pertamanya
bukan melalui proses pemelajaran tetapi adalah
dengan cara 'memperoleh'. Ini berlaku secara tidak
formal.
Menurut Awang Mohammad Amin ( 1979),
kebanyakan penyelidik bahasa kanak-kanak
berpendapat jangka masa penguasaan bahasa yang
paling kritikal ialah antara 1 -5 tahun
pada jangka masa ini kanak-kanak sangat mudah
menerima pengaruh bahasa pertama yang
didedahkan kepada mereka.

PEMEROLEHAN BAHASA
mutu bahasa yang akan dilahirkan oleh kanak-kanak
itu bergantung kepada bahasa mula-mula
didedahkan kepada mereka.
Jika bahasa yang didengarkan itu baik maka bahasa
kanak-kanak itu akan menjadi baik juga dan jika di
sebaliknya, kesan kepada bahasa kanak-kanak itu
amat buruk.

PEMEROLEHAN BAHASA
Perkembangan bahasa kanak-kanak itu
biasanya dikaji daripada tiga sudut, iaitu:

(a) Fonologi

(b) Semantik

(c) Sintaksis
PEMEROLEHAN BAHASA
PEMEROLEHAN BAHASA
(a) Fonologi
Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak
menghasilkan bunyi secara rambang. Ini
berlaku di peringkat agahan. Mula-mula ia
memperoleh fonem-fonem yang kasar
kemudian maju kepada fonem-fonem yang
halus.

PEMEROLEHAN BAHASA
(b) Semantik
Mula-mula sepatah perkataan mungkin merujuk beberapa
benda atau makna. Ketika inilah kanak-kanak sering membuat
kesalahan, terutama semasa memberikan makna perkataan
itu.
Sebagai hasil interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai
konteks komunikasi, kanak-kanak itu akan mempelajari
konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih
abstrak dan mula dapat menyusun perkataan mengikut kelas-
kelas tatabahasa.


PEMEROLEHAN BAHASA
(c) Sintaksis
kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu
perkataan ketika berumur 1 tahun dan maju kepada ujaran
dua perkataan ketika menjangkau umur 2 tahun.
Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna mengikut
susunan kata atau konteks untuk menggambarkan penafian,
pertanyaan dan sebagainya.
Ayat-ayat padat dan ringkas, banyak menggunakan kata inti
dan kurang atau tiada langsung menggunakan kata tugas.


Setelah meningkat kepada umur 5 tahun, barulah
bahasa kanak-kanak itu hampir menyamai bahasa
orang dewasa.
kanak-kanak berupaya menghasilkan ayat-ayat pasif
atau ayat-ayat yang lebih kompleks
dapat mengenal struktur dalaman dan hubungannya
dengan struktur luar.

PEMEROLEHAN BAHASA
Atan Long (1978), pada peringkat awal, pertuturan
kanak-kanak merupakan pertuturan yang dihalakan
kepada diri sendiri dan bukannya untuk perhubungan
bermasyarakat.
Keadaan ini berterusan sehinggalah kanak-kanak
mencapai umur 4 tahun. Pada tahap umur kira-kira 7
tahun, pertuturannya bersifat kemasyarakatan dari
segi bentuk dan fungsinya.
PEMEROLEHAN BAHASA
Masalah pemerolehan bahasa kanak-kanak tidak
habis-habis diperkatakan oleh ahli-ahli
psikolinguistik.
Pendapat yang bertentangan itu berkisar kepada
bagaimana sesuatu bahasa itu dapat dikuasai oleh
kanak-kanak melalui proses pemerolehan.
Pandangan-pandangan itu menunjangi dua aliran
yang penting iaitu aliran behaviorisme dan aliran
kognitif.

MASALAH PEMEROLEHAN BAHASA
Aliran ini dipengaruhi oleh teori-teori dan ilmu
psikologi.
cenderung membuat kajian bahasa secara dekat.
cuba menghuraikan pertalian psikologi dan bahasa
dengan menggunakan pendekatan yang dapat
diamati secara langsung atau secara fizikal.
otak manusia merupakan satu kotak hitam yang
gelap dan apa-apa yang terjadi di dalamnya tidak
dapat diamati.
TEORI BEHAVIORISME
bahasa adalah proses perilaku iaitu hasil operasi
stimulus rangsangan dan respon atau tindak balas
yang bergantung semata-mata kepada ciri-ciri
naluriah yang ada pada manusia.
Oleh kerana manusia mempunyai alat biologis yang
berfungsi untuk menghasilkan bahasa maka dapatlah
manusia menggunakan bahasa sebagai alat untuk
berkomunikasi.

TEORI BEHAVIORISME
Aliran ini menganggap pembelajaran bahasa
merupakan satu kebiasaan yang diperoleh dengan
mengulang-ulang aktiviti yang hendak dikuasai.
menolak pendapat yang menghubungkan proses
penghasilan bahasa dengan operasi kognitif.



TEORI BEHAVIORISME
Dari segi pemerolehan bahasa pula golongan ini
menekankan bahawa bahasa dapat dikuasai melalui
pembelajaran secara tidak formal dan formal.
tidak formal - berlaku pada peringkat awal iaitu
sejak kanak-kanak itu dilahirkan sehingga sebelum
mereka masuk sekolah.
Formal - berlaku di sekolah melalui proses
pembelajaran yang intensif. Bagi golongan ini,
pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu dan
aktiviti meniru adalah yang menjadi faktor utama
dalam pembelajaran bahasa.


TEORI BEHAVIORISME
Aliran ini bersifat mentalis kerana ia cuba
menghubungkan realiti mental dengan laku bahasa
yang sebenarnya.
Mengikut pandangan aliran ini, pengetahuan
bukanlah satu latihan pancaindera tetapi adalah
daripada pemikiran manusia. Rasionalnya ialah idea
yang semula jadi adalah sebagai asas sesuatu
kebenaran di dalam pengetahuan kita.

TEORI KOGNITIF
Aliran ini menganggap bahasa adalah pengetahuan
yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan
saraf setelah menerima bahan buku dalam bentuk
perangsang daripada pancaindera.
Apa yang perlu dikaji adalah proses yang terjadi
dalam otak dan saraf yang dapat merumus dan
menghasilkan bahasa itu sehingga bersifat agak
abstrak.
kreativiti yang wujud di dalam otak atau pemikiran
penutur bahasa itu adalah keperluan dalam diri
manusia yang dibawa sejak lahir dan bukannya hanya
alat luar untuk berkomunikasi.
TEORI KOGNITIF
Aliran ini menerangkan adanya ciri-ciri kesejagatan
pada setiap tatabahasa bagi bahasa-bahasa di dunia.
Ciri-ciri kesejagatan ini ada hubungannya dengan
kognitif. Peranan kognisi yang ada pada otak manusia
inilah yang menjadikan penghasilan sesuatu bahasa
itu bersifat kreatif iaitu tidak terbatas kepada objek
dan peristiwa-peristiwa atau pengalaman-
pengalaman yang hanya dapat digarap oleh perilaku
semata-mata.

TEORI KOGNITIF
Mengikut pandangan aliran ini lagi, bahasa yg
diperoleh pada peringkat awal tidak bergantung
kepada operasi rangsangan dan tindak balas sahaja
seperti yang dituntut oleh golongan behaviur, tetapi
peranan kognitif turut sama.
tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa seperti
sintaksis, morfologi dan fonologi hanya terbatas
kepada apa yang dapat dialami sahaja.
TEORI KOGNITIF
Bloomfield (1887-1949)
ahli bahasa yang telah mengembangkan prinsip dan
kaedah penyelidikan bahasa yang diberi nama
American Structturalism (Ginlio, D.L., 1970).
menunjangi teori psikologi behaviurisme yang berkait
rapat dengan fahaman ahli-ahli psikologi seperti John
B. Watson dan A.P. Weiss dalam hal kaedah
menghuraikan bahasa.



PERBEZAAN PENDAPAT AHLI-AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
Bloomfield (1887-1949)
beranggapan bahawa bahasa adalah satu tingkah
laku manusia yang sama dengan tingkah laku yang
lain. Sekiranya tingkah laku manusia yang lain itu
berpunca daripada adanya rangsangan, maka bahasa
pun dapat dilahirkan sebagai gerak balas terhadap
rangsangan itu.
apa yang perlu dikaji ialah tingkah laku yang terjadi
ketika ucapan dilahirkan daripada mulut seseorang
hingga ucapan itu diterima serta difaham oleh
pendengar dan begitulah di sebaliknya.



PERBEZAAN PENDAPAT AHLI-AHLI PSIKOLINGUISTIK
TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA
Skinner, B.F.
seorang lagi ahli psikologi yang terkenal.
pernah mengajar di Universiti Harvard.
menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila
adanya rangsangan dan tindak balas yang
berulangan.
menguji seekor merpati yang disimpan di dalam
kotak, ada suis pada pintu dan apabila pintu diketuk
ada makanan datang sebagai hadiah. Ini dibuat
secara berulangan dan merpati itu mendapat satu
tabiat dan dia belajar melaluinya.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
Skinner, B.F.
Berdasarkan eksperimen tersebut, Skinner telah
memberi pandangan bahawa bahasa adalah hasil
proses perilaku iaitu hasil operasi rangsangan dan
tindak balas yang berlaku, dan ini adalah bergantung
kepada ciri-ciri naluriah yang ada pada manusia.
Beliau menolak sebarang pendapat yang
menghubungkan proses penghasilan bahasa dengan
operasi mental.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
Seekor tikus dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang
terdapat makanan yang diperbuat daripada tin dan
di luar kotak terdapat satu alat untuk menjatuhkan
makanan ke dalam tin itu. Makanan yang jatuh ke
dalam tin itu akan mengeluarkan bunyi. Tikus yang
dimasukkan ke dalam tin terpaksa memijak sebatang
besi untuk membolehkan makanan itu jatuh. Pada
mulanya, tikus yang lapar itu memijak batang besi
secara kebetulan sahaja, tetapi setelah beberapa
lama, tikus itu mempelajari bahawa apabila batang
besi tertekan, maka makanan akan jatuh. Ini akan
dibuat berulang-ulang apabila tikus itu merasa lapar.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
Skinner mengambil keputusan bahawa pengukuhan
menambahkan kemungkinan berulangnya sesuatu
laku. Pengukuhan itu harus cepat terjadi sebelum
diganggu oleh tingkah laku yang lain. Tingkah laku
yang direncanakan bersifat operan dan mempunyai
pengaruh terhadap lingkungannya.
Lingkungan yang dipengaruhi ini adalah pemberian
hadiah atau pengukuhan kepada organisma yang
mengeluarkan tingkah laku tersebut.


PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
Teori Skinner ini sama dengan teori behaviourisme
lain yang menekankan mustahaknya stimulus dan
respons dalam pembelajaran.
Peranan dan fungsi otak tidak diambil kira langsung
kerana hubungan-hubungan mental tidak dapat
diamati.
Skinner menganggap pembelajaran bahasa
merupakan penguasaan atau kebiasaan yang
diperoleh dengan mengulang-ulang melakukan
aktiviti yang hendak dikuasai itu.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
dua jenis rangsangan tindak balas yang berlaku ketika
seseorang itu memperoleh / mempelajari bahasa.
(Skinner)
rangsangan 'automatik
apabila lutut diketuk oleh doktor.
rangsangan 'operan'.
lakuan daripada rangsangan dan tindak balas yang
wujud dalam keadaan tertentu dan memerlukan hasil
yang tertentu juga.
ada kaitannya dengan pengaruh biologikal, sosial dan
Iain-lain lagi.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
Dalam buku Verbal Behaviur 1957, Skinner banyak
membincangkan aktiviti pengukuhan dan kegiatan
menghasilkan proses pembelajaran yang maksimum,
iaitu dengan adanya lakuan yang berulang,
pengukuhan dan keadaan yang sesuai.
Skinner juga berpendapat bahawa otak itu
merupakan sebuah kotak yang gelap dan apa yang
terjadi di dalamnya tidak dapat diamati.



PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
Noam Chomsky
Beliau telah membidas pendapat Skinner kerana
pada pandangan beliau teori perilaku itu tidak
munasabah. Dia tidak menyetujui Skinner kerana
beliau telah menolak otak dan pemikiran manusia
dalam mempelajari bahasa.
Chomsky menegaskan, kematangan saraf,
kematangan berfikir dan bertindak adalah penting
dalam proses mempelajari bahasa.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA

Teori linguistik Chomsky menekankan bahagian
dalam bahasa yang berupa proses mental yang dapat
menghasilkan bahasa tanpa perangsang dari luar
Teori ini memakai skim S-O-R (stimulus-organism-
response) yang menganggap bahasa sebagai
pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu dalam
otak dan saraf setelah menerima unsur-unsur dalam
bentuk perangsang daripada pancaindera.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
Jean Piaget
bahasalah yang membentuk fikiran manusia.
bahasa juga menentukan cara manusia berfikir.
Piaget kemudian memperbaiki semula teori itu
dengan mengatakan 'yang sebenarnya fikiranlah yang
membentuk bahasa; tanpa fikiran bahasa tidak akan
wujud'.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
fikiran menentukan aspek-aspek sintaksis, iaitu
bagaimana kalimat disusun dan fikiran juga
menentukan leksikon bahasa dan bukan di
sebaliknya.
bahasa adalah sistem kod yang sudah jadi (siap untuk
dipakai). la diperluas dan diperlengkap oleh
masyarakat pemakainya. Bahasa mengandungi
sejumlah alat kognitif yang selalu siap sedia untuk
digunakan oleh fikiran.

PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
TAHAP PENGUASAAN BAHASA
UMUR CIRI-CIRI PENGUASAAN BAHASA
3 bulan Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama
melupuskan penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak
digunakan dalam persekitarannya.
12 bulan (1
tahun)
Menggunakan kata tunggal seperti mama dan baba.
Perkataan ini melambangkan keseluruhan ayat yang
hendak dikatakan.
18 bulan (11/2
tahun)
Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti
tengok ayam. Kanak-kanak mewujudkan peraturan-
peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang
dikuasai lebih kurang 300 patah perkataan)
24 bulan 36
bulan
Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis
kata. Kanak-kanak boleh menggunakan ayat mudah dan
ayat majmuk. Mula memasukkan konsep banyak dan
sedikit dalam ayat.
TAHAP PENGUASAAN BAHASA
36 bulan 48
bulan
Penggunaan kata-kata yang berunsur negative mula
digunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dan tiga
dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks dengan
penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata kerja, kata
ganti diri dan kata hubung. Anggaran penguasaan kosa
kata ialah 1500 perkataan.
48 bulan 60
bulan
Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai peraturan-
peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak menggunakan
ayat-ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa.
Perhebdaharaan kata lebih kurang 2500 perkataan.
5 tahun-6 tahun Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat
kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan struktur
tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah 6.8. kanak-
kanak menguasai lebih kurang 6000 perkataan.
TAHAP PENGUASAAN BAHASA
6 tahun 7 tahun Kanak-kanak bertutur menggunakan ayat kompleks dan
perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin simbolik.
Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami
konsep masa dan musim. Purata panjang ayat ialah 7.5
perkataan.
8 tahun- 10 tahun Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada idea-idea
umum dengan menggunakan kata hubung seperti walaupun,
sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah
9 perkataan.
10 tahun-12
tahun
Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam
kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti semakin
kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5
perkataan
Ubahsuai daripada D.C.Norton (1985). The Effective Teaching of Language Arts.

Anda mungkin juga menyukai