Anda di halaman 1dari 5

SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN PENDAPAT DI ATAS NAMUN APA YANG

BIASA KITA RANCANG IANYA TIDAK SELARI DENGAN YANG DILAKSANAKAN.


PERANCANGAN AMAT BAIK DI ATAS KERTAS DENGAN LANGKAH-LANGKAH
DAN MATLAMAT YANG INGIN DI CAPAI. KITA LUPA BAHAWA PELAJAR INI
BUKAN ROBOT ATAU OBJEK YANG STATIK DAN SAMA . PELAJAR INI
SESUATU YANG HIDUP YANG MEMPUNYAI PERASAAN , NALURI, ANGAN-
ANGAN DAN CITA-CITA. APABILA KITA MELETAKKAN OBJEKTIF PADA A
MISALNYA ADAKAH SEKUMPULAN 10 ORANG PELAJAR INI AKAN MENCAPAI
PADA OBJEKTIF A. SUDAH TENTU JAWAPANNYA MUSTAHIL KECUALI
SETIAP INDIVIDU ITU MEMPUNYAI 10 KAEDAH
MENGIKUT KEHIDUPAN.LATAR BELAKANG, TARAF KELUARGA, TAHAP
PENDIDIKAN DAN PENGARUH-PERSEKITARAN. DI SINI PERANA GURU
MELAUI ILMU, PENGALAMAN SERTA PEMERHATIAN AKAN DAPAT
BERFUNGSI MENCAPAI HASRAT TERSEBUT. HAL INI JUGA BERGANTUNG
KEPADA KEIKHLASAN GURU ATAUPUN ADA GUNGGUAN LUAR YANG
MEMBANTUTKAN USAHA GURU MENCAPAI NATIJAHNYA. KESIMPULANNYA
BELAJARLAH PADA GURU DARI MENUNJUK PANDAI PADA GURU.


SELASA, 20 APRIL 2010
masalah pelaksanaan sekolah berkesan
KEKANGAN PELAKSANAAN SEKOLAH BERKESAN

1. Masalah sikap kita sendiri.

Pelaksanaan sekolah berkesan amat bergantung kepada sikap para pengetua, guru-
guru dan juga masyarakat. Bagi merealisasikan sekolah berkesan, peranan
pengetua mestilah mempunyai sikap yang positif dan menjalankan kepimpinan yang
berkesan. Jika pengetua tidak menunjukkan semangat yang tinggi untuk
melaksanakannya, sudah pasti organisasi sekolah tidak akan berjalan dengan
berkesan. Begitu juga dengan guru-guru seharusnya mempunyai sikap yang positif
dan beritlizam untuk membantu pihak sekolah dalam mencapai sekolah berkesan.
Jika guru tidak memberi sokongan yang kukuh terhadap para pentadbir, sudah pasti
segala perancangan yang dibuat tidak akan mendapat hasil yang cemerlang.
Sokongan daripada pihak PIBG juga penting. Tanpa bantuan daripada ibu bapa,
sekolah akan menghadapi masalah yang besar dari segi mendapat bantuan
kewangan untuk menambah kemudahan fizikal sekolah dan kepercayaan ibu bapa
terhadap sekolah akan berkurangan. Kesimpulan dapat dikatakan gabungan ketiga-
tiga ini amat penting dalam menjayakan konsep sekolah berkesan.

2. Masalah kekurangan kemudahan P & P seperti kemudahan komputer, alatan
OHP dan sebagainya.

Pihak Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, PPD haruslah menyediakan segala
kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk menjalankan inovasi
dalam pengajaran. Pihak sekolah kemungkinan tidak mampu menyediakan segala
kemudahan ini. Kemudahan ini penting bagi menjamin kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru lebih baik dan berkesan.

3. Masalah sekolah kekurangan guru terlatih dalam opsyen

matapelajaran. Masalah ini juga boleh menyebabkan sesebuah sekolah tidak
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru ganti yang
bukan opysen sudah pasti tidak mengajar dengan baik terutama matapelajaran
B.Inggeris. Pihak kementerian seharusnya

memandang serius perkara ini dan tindakan harus diambil untuk menempatkan
guru-guru terlatih di sekolah yang kekurangan guru terutama di luar bandar. Jika
keadaan ini tidak diatasi pihak sekolah akan menghadapi masalah keberkesanan
pengajaran.

4. Masalah persekitaran masyarakat yang berbeza.

Masyarakat memainkan peranan penting dalam membudayakan kecemerlangan di
kalangan anak-anak mereka. Masyarakat di luar bandar setengah daripadanya tidak
begitu mementingkan budaya kecemerlangan terhadap anak mereka. Mereka cuma
tahu anak mereka ke sekolah sahaja. Keadaan ini sudah pasti menyulitkan pihak
sekolah dalam melaksanakan sekolah berkesan. Sebabnya pembelajaran anakanak
harus diteruskan di rumah bukan saja disekolah. Bagi masyarakat bandar, budaya
kecemerlangan memang sudah jelas. Mereka amat prihatin terhadap pelajaran
anak-anak. Penghantaran anakanak ke kelas tuisyen adalah satu keperluan. Jika
keadaan ini berlaku, pihak sekolah tidak akan menghadapi masalah besar dalam
melaksanakan konsep sekolah berkesan.



1998
Memahami beberapa peraturan baru
PIBG '98
Peraturan itu meliputi:
1. Seseorang yang tidak mempunyai anak atau jagaan di sekolah boleh memohon menjadi
anggota persatuan.
2. Jawatankuasa PIBG hendaklah mengandungi tidak kurang daripada lima dan tidak lebih
daripada lima belas anggota.
3. Bilangan ahli jawatankuasa yang mewakili ibu bapa hendaklah melebihi bilangan yang
mewakili guru.
4. Guru penolong kanan dan penyelia petang tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan
dalam PIBG.
Seterusnya, penulis juga diberitahu beberapa peraturan baru, iaitu: 5. PIBG bukan satu
persatuan dalam erti kata undang-undang, berhubung dengan pendaftaran pertubuhan.
6. PIBG tidak boleh bergabung dengan mana-mana kesatuan sekerja, parti politik atau lain-
lain pertubuhan atau persatuan.
7. PIBG tidak boleh mencampuri pentadbiran sekolah.
Peraturan-peraturan PIBG yang baru itu sebenarnya ialah Peraturan-peraturan pendidikan
(PIBG) 1998 yang diterbitkan sebagai P.U.(A) 118 dalam Warta Kerajaan Persekutuan
bertarikh 26 Mac 1998, dan mula berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
Ia disediakan oleh Menteri Pendidikan mengikut kuasa yang diberikan oleh perenggan
130(2)(1) Akta Pendidikan 1996.
Peraturan yang membolehkan semua warganegara Malaysia meganggotai PIBG menerusi
permohonan - sama-samalah kita tunggu sambutannya.
Peraturan PIBG yag lama dengan jelas melarang persatuan mengenakan bayaran kepada
anggota - kaedah 3(3).
Agak menarik juga bila larangan itu disenyapkan sahaja di bawah peraturan abru itu.
Lebih menarik lagi bila subperaturan 5(4) P.U.(A) 118 membenarkan persatuan mengutip
sebarang sumbangan daripada anggotanya seperti yag diputuskan dalam mesyuarat agung
tahunan.
Penulis percaya, kebenaran mengutip sumbangan daripada anggota PIBG itu sememangnya
dinanti-nantikan oleh majoriti persatuan tersebut.
Bagi kebanyakan PIBG, subperaturan 5(4) itu sebenarnya sekadar menghalalkan dan
mempersetujui amalan prosedur kewangan persatuan sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
Larangan daripada mencampuri pentadbiran sekolah pula merupakan peluasan larangan
yang sedia ada iaitu ''...tidak boleh memperluaskan bidangkuasanya kepada perkara-perkara
yang berkaitan dengan pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan
lain di sekolah...'' (Kaedah 4(4) P.U(A) 146/1973).
Mengenai larangan guru penolong kanan dan penyelia petang daripada memegang jawatan
dalam PIBG, ramai yang tertanya-tanya apakah rasional terbaik bagi menyokong larangan
itu.
Ini kerana guru penolong kanan dan penyelia petang bukannya guru bestari atau pengetua.
Lainlah keadaannya sekiranya mereka hilang anggota persatuan sebab memangku atau
menanggung kerja guru besar atau pengetua semasa ketiadaan mereka, lantas menjadi
anggota ex-officio dan penasihat persatuan secara mandatori.


Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1222&pub=Utusan_Mala
ysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_04.htm#ixzz34GGGHzpS
Utusan Melayu (M) Bhd

1996
Berikut diperturunkan sedutan daripada Akta Pendidikan 1966 yang berkaitan dengan tujuan-tujuan
PIBG ditubuhkan, fungsi-fungsinya dan had-had bidang kuasa PIBG.
AKTA PENDIDIKAN 1996
PERATURAN PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBUBAPA & GURU) 1998
[Sub peraturan 7(2)] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA & GURU (PIBG) SEKOLAH
Peraturan 3: Tujuan-tujuan Persatuan ialah:
(a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan muridmurid
dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
(b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan
kebendaan muridmurid dalam kegiatan mereka;
(c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat
mengenai pendidikan;
(d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama
lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anakanak mereka pada amnya; dan
(e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan
Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran.
Peraturan 4: Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan
tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti;
(a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
(b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di
Sekolah;
(c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah
dengan masyarakat setempat;
(d) meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi
menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
Larangan-Larangan:
Peraturan 54: Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-
perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru, kakitangan dan pekerja
Sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan Sekolah.
Peraturan 55: Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan
juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya
sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oeh Persatuan yang memerlukan apa-apa
suratcara yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru
Besar atau Pengetua, untuk kelulusan dan panduan.
Peraturan 56: Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang
pertikaian antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat
Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri atau
Kerajaan Persekutuan.
Peraturan 57: Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa-guru di sekolah-sekolah
lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan
atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang
bertulis atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai