Anda di halaman 1dari 5

PERGERAKAN ASAS ( PJM3102 )

Tajuk 1 : Konsep Pergerakan Asas



Pengertian Pergerakan Asas
1. Mengapakah saya bergerak?
Saya bergerak apabila impuls dihantar ke otak melalui saraf dan otak akan
memproses serta memberi arahan supaya otot-otot badan saya bergerak.
Pengawalan otak dan badan yang baik membantu saya bergerak dengan
lancar. Di dalam kehidupan, kita perlu bergerak untuk mendapatkan makanan
dan minuman, mencari kawan dan pasangan hidup serta melindungi diri
daripada musuh. Di dalam sesuatu permainan pula, saya bergerak untuk
mendapatkan bola dan mengelecek serta menjaringkan gol. Jika rakan saya
mendapat bola pula, saya akan bergerak untuk mencari tempat kosong dan
meminta bola daripadanya serta membantunya untuk menjaringkan gol. Jika
pihak lawan pula yang mendapat bola, saya akan bergerak untuk bertahan dan
mengawal pintu gol saya supaya tidak dibolosi.

2. Bila dan ke mana saya harus bergerak?
Saya akan bergerak apabila saya inginkan sesuatu dan saya akan bergerak ke
arah benda yang saya inginkan itu. Di dalam permainan pula, saya akan
bergerak apabila saya ingin mendapatkan bola. Apabila pasukan saya
menyerang, saya akan bergerak ke arah pintu gol pihak lawan supaya saya
dapat membantu pasukan saya menjaringkan gol. Apabila pihak lawan pula
yang menyerang, saya akan bergerak ke arah pintu gol pasukan saya untuk
bertahan bagi mengelakkan daripada pihak lawan dapat menjaringkan gol.

3. Dengan siapa saya bergerak?
Saya bergerak dengan rakan sepermainan atau rakan sepasukan dengan saya.

4. Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu rakan sepasukan saya?
Saya boleh membantu mereka dengan mengawal bola supaya tidak dirampas
oleh pihak lawan, membuat hantaran yang tepat kepada mereka dan seterusnya
menjaringkan gol. Jika pasukan saya diserang pula, saya boleh membantu rakan
sepasukan saya untuk bertahan dan mengawal pemain-pemain pihak lawan.
Ulasan
Pergerakan asas merupakan salah satu pergerakan yang penting untuk
kecerdasan fizikal. Pergerakan asas adalah aktiviti yang dihasilkan oleh pelaku
untuk menguji kebolehan mereka mengawal pergerakan-pergerakan badan.
Pergerakan-pergerakan asas dalam aktiviti fizikal membolehkan kanak-kanak
melatih kekuatan badan di samping menyelaraskan perkembangan anggota
badan yang ringkas melalui pergerakan-pergerakan yang mudah dipelajari.
Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pegerakan
lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan.

4. Mengapakah pergerakan dianggap tunggak pendidikan jasmani?
Pergerakan dianggap sebagai tunggak pendidikan jasmani kerana pergerakan
dapat membantu kanak-kanak membentuk watak yang baik dan memupuk
gaya pergerakan yang tepat, mempertingkatkan kualiti badan seperti kekuatan,
kelenturan, kestabilan, kelajuan dan sebagainya. Kemahiran motor asas juga
merupakan asas untuk memperkembangkan kemahiran motor yang lebih
kompleks serta kemahiran motor yang khusus untuk aktiviti permainan, sukan,
tarian dan kecergasan. Oleh itu, konsep pergerakan dan kemahiran motor asas
mestilah dipelajari semasa peringkat awal kanak-kanak dan sekolah rendah lagi.

5. Apakah contoh-contoh bagi empat konsep pergerakan?
i. Kesedaran tubuh badan dirian bangau,membulatkan badan
seperti bola,mengilas kekiri dan kanan,mengecilkan
badan,membesarkan badan seperti gajah.
ii. Kesedaran ruang guling balak,lompat berirama,guling
hadapan,berjalan seperti ulat bulu,melompat seperti kanggaru
iii. Kualiti pergerakan keupayaan badan bergerak dan mengawal
otot seimbang dan tahan lama,bergerak dari satu tempat ke tempat
yang lain dalam keadaan cepat ,sederhana dan lambat.
iv. Perhubungan murid dapat mewujudkan disiplin dan semangat
kesukanan semasa melakuakn aktiviti badan bergerak dengan guru
dan rakan-rakan serta peralatan yang digunakan ,melambung bola
berpasangan ,mengilaskan bola berpasangan.


6. Apakah cadangan untuk membantu kanak-kanak mempelajari konsep
pergerakan dan kemahiran motor asas?
1. Mencipta permainan kecil dan menyeronokkan murid.
2. Menggunakan permainan yang melibatkan muzik-muzik yang
menarik minat murid.
3. Melambung dan menyambut belon bersama pasangan.
4. Membenarkan murid mencipta permainan sendiri yang menarik
dalam permainan kecil.
5. Meniru gaya pergerakan haiwan-haiwan.


Jenis Pergerakan Asas
7. Mengapakah murid harus melompat semasa rakan melambung bola
kepadanya?
Murid harus melompat semasa rakan melambung bola kepadanya kerana untuk
mendapatkan bola yang dilambung dan supaya bola itu tidak dirampas oleh
pihak lawan.

8. Ke arah manakah murid harus melompat apabila rakan menendang bola ke
arahnya?
Apabila rakan menendang bola ke arahnya, murid melompat ke arah bola yang
ditendang dan menahannya dengan menggunakan kepala, dada, paha dan
kaki. Jika bola bola yang ditendang tidak sampai, murid harus melompat ke
depan dan jika bola yang ditendang terlebih, murid harus melompat ke
belakang. Jika bola yang ditendang tidak tepat pula, murid haruslah melompat
ke kiri atau kanan untuk mendapatkan bola itu.

9. Bilakah masa yang tepat untuk murid melompat apabila rakan membaling bola
tinggi kepadanya?
Masa yang tepat untuk murid melompat apabila rakan membaling bola tinggi
kepadanya ialah semasa bola itu hampir turun dan masih di udara serta bola itu
betul-betul berada di atas kepalanya. Ini dapat mengelakkan daripada pihak
lawan dapat merampas bola itu.
10. Apakah interpretasi anda mengenai pelbagai jenis objek yang boleh
dimanipulasikan?
Pada pendapat saya, objek yang boleh dimanipulasikan ini mestilah mempunyai
saiz yang sesuai dengan murid, berat yang sesuai dengan tahap kemampuan
murid, tidak membahayakan keselamatan murid, memudahkan pergerakan
murid, lembut dan senang dipegang serta menarik minat murid. Selain itu juga,
objek itu mestilah boleh dipelbagaikan kegunaannya dan diubahsuai cara
pengugunaannya serta cara permainannya.

11. Berikan objek lain yang boleh dilambung dan disambut.
Objek lain yang boleh dilambung dan disambut selain bola dan pundi kacang
ialah belon yang berisi air, botol air kosong, gelung rotan, guli, batu kecil, biji
getah, riben gimrama, tali dan banyak lagi yang boleh digunakan untuk aktiviti
tersebut.

12. Nyatakan situasi dalam permainan di mana pemain melambung dan
menyambut bola.
Situasi dalam permainan di mana pemain melambung dan menyambut bola
ialah semasa pemain-pemain di dalam satu pasukan membuat hantaran jauh
atau dekat, hantaran aras dada dan hantaran atas kepala di dalam permainan
bola baling, bola jaring dan bola keranjang.

13. Bagaimanakah kemahiran pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan
membaling dapat membantu meningkatkan kemahiran sesuatu permainan?
Di dalam permainan bola baling, bola jaring dan bola keranjang banyak
melibatkan kemahiran pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan membaling.
Jika murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran ini, mereka dapat menguasai
kemahiran-kemahiran di dalam permainan-permainan tersebut dengan mudah
dan cekap serta pantas. Mereke juga dapat mengalahkan pasukan-pasukan
yang kurang menguasai kemahiran-kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan
membaling dengan mudah.



13. Apakah kesan positif ke atas fisiologi badan apabila kerap melakukan aktiviti
lokomotor?
Kesan positif ke atas fisiologi badan apabila kerap melakukan aktiviti lokomotor
ialah pelaku akan mengalami keadaan di mana badan akan menjadi lebih
agresif, lembut dan pergerakan lebih pantas. Badan juga akan mengalami
kekurangan kelesuan otot di mana otot pelaku sentiasa bergerak dalam pelbagai
situasi yang diperlukan. Ia juga dapat membina badan pelaku yang mampu
menghasilkan pelbagai daya pergerakan yang lebih menarik dan mengurangkan
kecederaan otot.

14. Kanak-kanak dapat meningkatkan kecergasan diri melalui permainan yang
melibatkan kemahiran lokomotor .Berikan dua contoh permainan yang berkaitan.
Dua contoh permainan yang berkaitan dengan kemahiran lokomotor ialah
permainan Tibai Lalat dan permainan Polis Sentri .

Anda mungkin juga menyukai