Anda di halaman 1dari 1

Analogi Mudah Memahami Perbezaan Voltan Dan Arus

Oktober 04, 2011


Labels: Elektrik 0 komen


Secara asasnya, voltan berkadar langsung dengan arus. Apabila nilai voltan meningkat, maka nilai arus
pun turut meningkat pada satu-satu nilai rintangan. Ini adalah Hukum Ohm, V=IR.


Saya cuba analogikan voltan dan arus dengan pergerakan air dalam paip.
Voltan: tekanan air dalam paip
Arus: aliran air dalam paip
Rintangan: tahap pembukaan pili air (jika pili air dibuka besar,semakin mudah air keluar dari
pili, jika pili paip dibuka kecil, air agak sukar keluar dari pili)

Contoh:
Apabila kita buka pili air pada tahap maksimum, sekiranya tekanan air tinggi, maka air akan keluar
dengan laju, sekiranya tekanan air rendah, maka air yg keluar dari pili adalah perlahan walaupun pili
air sudah dibuka maksimum.

Sekiranya tekanan air dalam paip tinggi, tetapi pili air dibuka sedikit sahaja, maka aliran air yang
keluar pun perlahan. Jika tekanan air rendah, pili air dibuka sedikit sahaja, lagilah perlahan air yang
keluar.

Sama kesnya seperti voltan dan arus, sekiranya voltan tinggi dibekalkan pada rintangan rendah, maka
arus akan menjadi tinggi. Jika voltan tinggi dibekalkan pada rintangan tinggi, maka arus akan menjadi
rendah.

Anda mungkin juga menyukai