Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (Ibadah) Darjah : 4 Canggih Tarikh/Hari : 10 Januari 2014/Isnin Masa : 8.30 pagi 9.00 pagi (30 minit.) Bilangan Pelajar: 30 Orang (10 lelaki : 20 perempuan) Tajuk : Bersuci daripada najis (Ibadah) Standard Kandungan : 4.1. Memahami dan mengamalkan cara bersuci daripada najis : - Mukhaffafah - Mutawassitah - Mugallazhah Standard Pembelajaran : 4.1.1. Menerangkan erti najis 4.1.2. Menjelaskan pengertian najis mukhaffafah, mutawassitah dan mughallazah 4.1.3. Menerangkan cara-cara bersuci daripada najis mukhaffafah, mutawassitah dan mughallazah Objektif : 1. Murid dapat mengenal jenis-jenis najis dengan baik berserta pengertiannya selepas diterangkan oleh guru. 2. Murid dapat menyebut contoh jenis najis sekurang-kurangnya satu contoh daripada setiap jenis najis. 3. Murid dapat mengaplikasikan cara menyucikan najis sekurang-kurangnya satu jenis najis dengan betul. 2
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah dapat membezakan benda-benda yang bersih dan kotor Kemahiran berfikir : 1. Murid dapat membezakan setiap jenis najis. 2. Murid dapat menyebut langkah cara membasuh najis dengan betul. Gabungjalin : Akhlak - Beradab dan bertatatertib semasa melakukan aktiviti Penyerapan : Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) Penerapan nilai : 1. Kesungguhan : Murid-murid bersungguh-sungguh melakukan aktiviti 2. Ketekunan Murid-murid tekun dan fokus pada bahan pembelajaran Nilai tambah (E.M.K) : 1.Teknologi Maklumat -Penggunaan Video dan Aplikasi 2. Keusahawanan E.K 14 Daya kreativiti dan Inovasi (Murid dapat berfikir dan menyumbang idea) E.K 1.9 Berkeupayaan memimpin (Bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk menghasilkan kerja secara berkumpulan) Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat : 1. Menyatakan jenis-jenis najis dan alat-alat bersuci daripada najis mukhaffafah, mutawassitoh dan mughallazah dengan betul. 2. Menerangkan cara bersuci daripada najis mukhaffafah, mutawassitoh dan mughallazah dengan betul. 3. Menyenaraikan contoh bagi setiap kategori najis dengan betul. Kaedah Pembelajaran : 1) Penerangan 2) Bersoal jawab 3
3) Sumbangsaran 4) Perbincangan Alat Bantu Mengajar : Laman web weebly, Video, Persembahan power point, Wondershare quiz KBKK : 1) Menjana idea 2) Bandingbeza Langkah/masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran catatan Aktiviti guru Aktiviti murid Muqaddimah 2 minit 1.Guru memasuki kelas dan memberi salam.
2. Guru menyuruh murid membaca doa sebelum belajar dan mengucap dua kalimah syahadah. 1. Murid menjawab salam.
2. Murid membaca doa sebelum belajar dan mengucap dua kalimah syahadah.
Fasa Persediaan -3 minit Video kartun mengenai pembahagian najis.
1. Guru menayangkan video berkenaan pembahagian najis. 2. Guru mengarahkan murid untuk focus pada video kartun tersebut. 3. Guru menyoal murid tentang isi yang difokuskan dalam video. 4. Guru mengaitkan video dengan isi pelajaran.
1. murid menonton video berkenaan najis yang ditayangkan oleh guru. 2. murid menyumbang saran isi yang difokuskan dalam video tersebut.
1. Guru memberi penerangan tentang maksud najis-najis berikut berdasarkan Power Point di laman web: 1. Najis Mukhaffafah 2.Najis mutawassitoh 3.Najis mughallazah
1. Mendengar penerangan
BBM : Persembahan power point.
2. Guru meminta murid menyebut kembali maksud najis. 2. Murid menyebut kembali maksud setiap pembahagian najis. 3. Guru menyuruh murid menjawab soalan yang dibina dalam bentuk Power Point di laman web.
3. Menjawab soalan berkenaan nama najis dengan pengertiannya Fasa Perkembangan 6 minit Cara membersihkan najis : 1.Najis Mukhaffafah 2.Najis mutawassitoh 3.Najis mughallazah 1. Menunjukkan video - cara membersihkan najis najis tersebut. BBM : Video 2. Murid diminta menyebut kembali langkah-langkah membersihkan najis yang dipelajari dan bahan yang digunakan untuk membersihkan najis. 3. Meminta murid membuat banding beza cara membersihkan najis-najis tersebut.
2. Menyebut langkah dan bahan yang digunakan untuk membersihkan setiap najis .
3. Murid membuat banding beza cara membersihkan najis-najis tersebut KBKK : membanding beza. 5
Langkah 3 8 minit
Mengkelaskan contoh- contoh najis mengikut kategorinya.
1. Mengarahkan semua murid membuka laman web.
2. Murid diminta menjawab soalan kuiz jenis dan contoh najis yang disediakan dan menghantar jawapan ke e-mail guru dengan menekan butang submit. Guru akan dapat mengetahui keputusan setiap murid setelah membuka e-mail. 3. Membantu murid membuat rumusan. 1. Murid membuka laman web dan klik pada fasa tindakan yang mana akan membuka page Quiz Time !.
2. Murid menjawab soalan yang telah diajukan di dalam kuiz jenis dan contoh najis tersebut dan menekan butang submit setelah menjawab semua soalan tersebut.
BBM : Wondershare quiz
KBKK : Mengkelas dan membanding beza.
Penutup 3 minit Peneguhan isi pelajaran Membimbing murid menyebut kembali isi pelajaran
Guru menasihati murid supaya sentiasa menjaga kebersihan diri. Murid menyebut kembali maksud najis-najis ,bahan yang digunakan dan langkah-langkah membersihkan najis mukhaffafah, mutawassitah dan mughallazah.