Anda di halaman 1dari 13

APA ITU CERUN

Cerun
Cerun merupakan suatu permukaan tanah yang terdedah yang membentuk suatu sudut terhadap
satah ufuk. Kebiasaannya kegagalan cerun dikaitkan dengan keadaan cerun yang curam tetapi ini
adalah tidak benar kerana terdapat banyak kes kegagalan cerun yang berlaku pada cerun yang
landai (Dunn et. al, 1980). Keadaan ini menunjukkan bahawa kestabilan sesuatu cerun
bergantung kepada banyak faktor selain dari sudut kecondongannya.
Kebanyakan cerun direkabentuk untuk kegunaan-kegunaan tertentu dengan mengenal pasti
aspek-aspek keselamatan, ekonomi dan penyenggaraan. Menurut Bromhead (1992), faktor utama
terhadap ketidakstabilan cerun adalah disebabkan oleh;
1. Peningkatan tekanan air liang
2. Perubahan terhadap sokongan pada kaki cerun samada kerana kerja korekan atau hakisan
tanah.
3. Perubahan pada tanah atau kekuatan ricih tanah
4. Beban akibat gempa bumi
5. Beban pada cerun samada kerana pergerakan isipadu pada tambakan atau potong .
Bentuk Kegagalan Cerun

Cerun biasanya akan gagal apabila partikel-partikel tanah tidak mampu untuk melekat dan
membina ikatan yang kuat di antara satu sama lain sehingga ia menjadi longgar dan terurai.
Kegagalan pula tidak hanya wujud dalam satu keadaan sahaja. Secara umumnya, pelbagai bentuk
kegagalan ini wujud disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti :
1. Sifat dan jenis tanah cerun Kejelekitan dan kekuatan tanah memainkan peranan yang
besar dalam menentukan kegagalan cerun. Bagi tanah yang berjelekit dan gagal,
kegagalan lazimnya dalam bentuk putaran. Bagi jenis tanah seperti tanah yang berbahan
berbijian kasar, cerun biasanya akan mengalami gelinciran permukaan dan kegagalannya
juga adalah kritikal.
2. Kedudukan tanah yang mempunyai kekuatan tanah yang berbeza. Tanah yang
mempunyai strata bahan yang lemah dan kuat, ia berisiko untuk mengalami kegagalan
baji.
3. Arah tindakan beban terhadap cerun.
4. Agen-agen lain yang bertindak ke atas cerun seperti angina dan cuaca.

1.Kegagalan dalam bentuk ini biasanya terjadipada tanah butiran halus.2.Kegagalan jenis ini
mempunyai garislengkung kegagalan yang melengkung ke atasmemberi kesan condong kepada
jisim yangbakal gelincir.3.Ini menyebabkan tanah di bahagian atascerun menggelangsar
menuruni permukaangelinciran.4.Kegelinciran putaran mempunyai permukaangelincir berbentuk
bulat (circular), tidak bulat(non-circular ) dan cetek
Jenis Gelinciran Lurus / Peralihan(Bagi Tanah tak Jeleket)
1.Gray dan Leiser (1982) mengkategorikan permukaan tanah yang mempunyai satah kegagalan
yang bertindak selaridengan lapisan tanah sebagai mengalami kegagalan dalambentuk gelinciran
peralihan.3.Kegagalannya adalah dipengaruhi oleh kehadiran stratumbersebelahan yang
mempunyai kekuatan yang jauh berbezaantara satu sama lain dan stratum ini
mempunyaikedalaman yang cetek di bawah permukaan cerun.
1.Lazimnya, gelinciran peralihan wujud di kawasancerun yang mempunyai tekstur tanah yang
kasardan berpasir.5.Faktor:

Tanah di bahagian permukaan menjadi longgarakibat tindakan cuaca dan proses luluhawa.

Cerun yang homogenus dan mempunyai tanahbertekstur kasar dan berpasir.

Tanah yang lemah di permukaan cerun tetapitanah dasar cerun terdiri daripada stratum yang
kuat.

PENGENALAN
Dalam pembinaan jalan, terutama sekali di kawasan yang berbukit pemotongan ceruntidak dapat
dielakkan bagi menjimatkan kos. Jalan yang dibina di tebing-tebing cerunmendatangkan banyak
masalah dalam soal kegagalan cerun. Kegagalan ini adalah disebabkankeadaan cuaca di Negara
kita yang sentiasa menerima hujan yang lebat. Maka untuk mengurangkan atau mengawal
masalah kegagalan cerun ini, pelbagai asas-asas utama yangdigunakan dalam mekanik tanah dan
geologi akan digunapakai. Dalam menangani masalah ini, jurutera akan merekabentuk cerun
dengan rekabentuk yang selamat dan praktikal bagimengurangkan masalah kegagalan cerun.
Perkara penting yang perlu difahami dalam bab iniialah RISIKO kegagalan cerun tidak dapat
dihapuskan sama sekali samada secara ekonomi atau praktikal. Merekabentuk cerun secara
praktikal adalah bertujuan untuk mengurangkan RISIKO kegagalan cerun sedikit.

Definisi tanah
Tanah merupakan komponen yang terdiri daripada agregat butiran galian yang boleh diasingkan
secara mekanikal seperti pengocakan dalam air. Pengkelasan tanah berdasakan sifat-sifat
meliputi kelas tanah berasaskan perkara berikut:

a-Tanah Berbutir Halus

b-Tanah Berbutir Kasar .

c-Tanah Organik Sistem pengkelasan tanah boleh didefinisikan sebagai penyusunan tanah yang
berbeza, tetapi mempunyai sifat-sifat yang sama kepada kumpulan dan sub-kumpulan
bergantung kepada kepentingan, penggunaan dan keperluan berkenaan


JENIS-JENIS CERUN

i-Cerun Semulajadi
Cerun ini wujud sendiri di permukaan bumi tanpa dibentuk oleh manusia.Kebiasaannya cerun ini
wujud dikawasan berbukit. Cerun semulajadi terbentuk melalui proses jangka panjang dan masih
aktif untuk berubah bentuk dan juga terbentuk melalui proses jangka pendek dan tidak aktif
untuk berubah bentuk.Cerun ini yang telah stabil untuk tempoh yang lama juga boleh
mengalamikegagalan secara tiba-tiba dan ini mungkin disebabkan beberapa faktor, antaranya:.

a-Gangguan luaran disebabkan pemotongan dan penambakan pada permukaantanah atau cerun
yang berdekatan yang akan mengakibatkan perubahankeseimbangan daya-daya.

b-Gangguan luaran (gempa bumi/ gegaran).

c-Peningkatan tekanan air liang di dalam cerun yang disebabkan keadaan sekeliling..

d-Faktor luluhawa di mana proses boleh berlaku dengan kadar yang cepat dan
perludipertimbangkan dalam proses rekabentuk. Oleh itu, penting untuk mengambilkira
kemungkinan kesinambungan luluhawa di masa hadapan


ii- Cerun Buatan
Cerun Buatan terdiri daripada tiga kategori.

a-Cerun Potong .

b-Cerun Tambak

c-Cerun Timbusan


a- Cerun Potong
Pemotongan cetek dan curam amat popular dalam bidang kejuruteraan seperti bangunan dan
jalanraya. Tujuannya adalah untuk merekabentuk satu cerun yangmempunyai ketinggi dan
kecondongan yang stabil dalam jangka hayat yang panjang dan ekonomi. Rekabentuk ini
mempengaruhi kaedah geologi, sifat bahankemungkinaan banjir dan hakisan, kaedah pembinaan
dan tujuan pemotongan dilakukan.Kegagalan yang pantas berkemungkinan berlaku untuk jangka
masa yang lebih panjang, kecuali cerun yang dibina itu untuk tujuan sementara. Cerun yang
dipotong biasanya akan mengambil masa yang cukup pendek untuk mengalami kegagalan
cerunmungkin beberapa tahun setelah di potong

b-Cerun Tambakan
Pembinaan tambakan akan menyebabkan tanah asal dan tanah tambakanmengalami pertambahan
tegangan jumlah. Tekanan air liang awal juga berkait rapatdengan kadungan air pada
tambakan.Semasa pembinaan, kerja tambakan dianggap mempunyai kebolehtelapan yangrendah
dan air yang meresap keluar adalah sedikit, maka resapan berlaku beransur-ansur selepas
pembinaan. Kekuatan ricih tanah yang menaggung tambakan juga mempenaruhikestabilan cerun
tambakan itu-,

c-Cerun Timbusan
Cerun timbusan merupakan tanah yang mengandungi bahan timbusan yangditolak oleh jentera
pemadat. bahan timbusan meliputi bahan-bahan yang kurangoptimum di mana antar bahan-
bahan organik bahagian pokok, buangan dan runtuhanyang di buang. Pemadatan dilakukan untuk
menghilangkan lompang-lompang dalamtanah tetapi ia hanya boleh berlaku di atas bahagian
yang dipadatkan sahaja namun bahagian yang lebih dalam masih longgar keran tanah timbusan
adalah lembut

d-Cerun Binaan
Cerun yang direkabentuk untuk tujuan kerja pembinaan dikenali sebagai cerun binaan.
Memandangkan ianya merupakan cerun yang direkabentuk, maka kestabilannyalebih
terjamin.Walaubagaimanapun, perhatian perlu diberi kepada tekanan air liang pada cerun binaan.
Ini kerana perubahan tekanan air liang semasa pembinaan dan selepas pembinaan merupakan
faktor yang kritikal terhadap kestabilan cerun jenis ini

PUNCA KEGAGALAN CERUN
Punca-punca kegagalan cerun tanah adalah dari tindakan alam semulajadi ataupun daritindakan
manusia. Faktor daripada tindakan semulajadi tidak dapat dielakkan tetapi ianya dapatdikawal
dengan kaedah-kaedah pengawalan cerun. Faktor-faktor tindakan semulajadi adalah sifat bahan,
hakisan, cuaca serta keadaan geologi. Faktor tindakan manusia adalah aktivitiaktivitiyang
dijalankan di kawasan berhampiran dengan kawasan cerun yang boleh menyebabkankegagalan
cerun. Faktor lain yang turut mempengaruhi kegagalan cerun ialah geomorphologi
danhidrogeologi kawasan.Kegagalan cerun tanah di kawasan kediaman boleh menyebabkan
kemalangan nyawaorang ramai dan kerosakan harta benda serta menjejaskan aktiviti sosio-
ekonomi di kawasan tersebut.

Punca-punca Kegagalan Cerun

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan punca berlakunya kegagalan cerun.Antaranya
ialah faktor geologikal, fizikal, aktiviti manusia, morphologikal dan tindakan air

Faktor Geologikal

Kestabilan cerun turut dipengaruhi oleh keadaan geologi. Antaranya ialah pengaruh sifat-sifat
bahan, pengalihan sokong tanah cerun kerana hakisan, faktor beban,enapan dan pengenaan surcaj


Pengaruh Sifat-sifat Bahan
Sesuatu bahan itu mungkin secara semulajadinya adalah lemah ataupun menjadilemah. Ini
kerana keadaan tanah yang semakin tepu dengan air. Selain itu, tanah yangterdiri daripada bahan
organik dan tanah liat mempunyai kekuatan yang lemah. Batu- batuan pula berubah kepada tanah
halus atau tanah liat setelah terluluhawa ataumengalami tindakbalas kimia. Semua ini
menghasilkan tanah yang bersifat lemah dan ia terbukti akan mempengaruhi kestabilan cerun
tanah

Pengalihan Sokong Tanah Cerun Kerana Hakisan
Kaki cerun boleh berubah bentuk kerana proses hakisan yang berlaku. Antaraagen-agen yang
boleh menyebabkan keadaan sebegini berlaku adalah seperti arus derassungai, ombak dan
pergerakan cerun itu sendiri. Proses hakisan tanah akan meningkattegasan ricih yang boleh
menimbulkan pergerakan pada cerun. Selain itu, aktiviti pemotongan cerun dan kuari turut
memberikan kesan terhadap kestabilan cerun


Faktor Beban Pada Permukaan Enapan

Beban permukaan pada cerun mungkin berubah kerana disebabkan oleh hakisandan enapan pada
permukaan. Ia juga boleh menyebabkan kaki cerun mengalami sedikit perubahan. Perubahan
yang dimaksudkan adalah pengumpulan enapan tanah yangterhakis dari satu kawasan ke cerun

Faktor Fizikal
Antara faktor-faktor fizikal yang mampu mempengaruhi kestabilan cerun adalahseperti keadaan
persekitaran, keadaan cuaca dan kesan keamatan hujan

Faktor Keadaan Persekitaran Terhadap Cerun
Antara faktor persekitaran yang dapat memberi kesan terhadap kestabilan ceruntermasuklah
beban atau daya luar, gempa bumi, keadaan cuaca dan gunung berapi.Walau bagaimanapun,
Malaysia tidak mengalami masalah gempa bumi dan gunung berapi. Oleh itu, dua faktor ini tidak
ditekankan dalam memahami masalah cerun diMalaysia.


Faktor Keadaan Cuaca
Keadaan tanah yang tepu dengan air akan mengurangkan ikatan antara zarahtanah di samping
meningkatkan tekanan air liang. Perubahan suhu yang mendadak turutmempengaruhi. Ini kerana
cuaca yang kering dan panas akan menyebabkan tanahmenjadi kering. Pengeringan secara
mendadak ini akan menyebabkan keretakan berlaku.

Kesan Keamatan Hujan
Suasana hujan yang lebat dikenalpasti sebagai salah satu daripada puncaketidakstabilan tanah.
Namun begitu, keamatan hujan adalah berbeza mengikut kawasan.Sesetengah kawasan
mengalami hujan yang sedikit tetapi dalam tempoh yang lama, danada pula kawasan yang
mengalami hujan yang banyak akan tetapi dalam tempoh yangsingkat.Dalam kajian ini,
ketidakstabilan dan runtuhan tanah didapati lebih kerap berlakudalam kawasan yang mengalami
keamatan hujan yang besar berbanding kawasan yangmengalami keamatan hujan yang sedikit.
Resipan air hujan yang pesat akanmenyebabkan ketepuan air dalam tanah akan meningkat dan
pada ketika ini tekanan air liang dalam tanah turut meningkat. Fenomena ini adalah salah satu
daripada punca berlakunya ketidakstabilan dalam tanah

Faktor Manusia
Sesetengah aktiviti manusia adalah bertujuan untuk membangunkan sesuatukawasan yang baru
serta meningkatkan ciri-ciri keselamatan. Akan tetapi terdapat jugaaktiviti yang boleh
memberikan kesan buruk kepada alam sekitar termasuklah cerun.
3.3.4.1

Kegiatan Manusia Dalam Menyebabkan Perubahan Beban Pada Cerun
Sememangnya, aktiviti manusia pada sekitar mampu mempengaruhi kestabilansesuatu cerun. Ini
kerana aktiviti manusia itu meningkatkan lagi daya atau beban luar hingga menyebabkan
kegagalan. Antara aktiviti manusia yang menyebabkan perubahandaya permukaan pada cerun
adalah seperti.

i-Perataan pada cerun sedia ada

ii-Pembinaan pada sisi bersebelahan dengan cerun.

iii-Getaran daripada kenderaan yang lalu-lalang

iv-Kerja pemusnahan batu-batu


i- Perataan Cerun
Kerja meratakan permukaan cerun akan menyebabkan kegagalan pada cerun. Inikerana hakisan
semulajadi dan pengenapan berlaku. Pengenapan yang terjadi akanmenyebabkan kaki cerun
berubah apabila banyak tanah yang berkumpul pada kaki cerun.Kerja-kerja penambakan dan
pengorekan turut termasuk dalam kerja-kerja aktivitimanusia yang boleh mengganggu kestabilan
cerun. Pengorekan menyebabkan cerunterlalu curam manakala penambakan menjadi surcaj
kepada cerun sekiranya tidak membuat analisis kepada aktiviti cerun yang hendak dilakukan.

ii- Pengorekan Secara Pemusnahan Atau Letupan Pada Kawasan Cerun
Kerja pengorekan secara letupan mengakibatkan kerosakan struktur tanah. Inikerana kerja-kerja
letupan batuan akan menyebabkan pengurangan ketumpatan dankekuatan hingga menyebabkan
peningkatan kemudah saliran. Keadaan sebegini perludikenalpasti di lapangan agar ia boleh
diatasi dalam tempoh yang singkat.

Faktor Morphologikal

Kecondongan cerun memainkan peranan yang penting dalam kestabilan. Padanisbah
kecondongan 2:3 ( tegak:ufuk )

pada umumnya, cerun adalah stabil, dengan syarattidak diganggu oleh aktiviti manusia dan
faktor semulajadi. Namun begitu, cerun boleh juga gagal tanpa ada campur tangan aktiviti
manusia iaitu akibat dari tindakan hakisan di bahagian bawah cerun atau pembebanan di
bahagian puncak cerun

Tindakan Air
Salah satu punca suatu cerun itu boleh gagal kerana tindakan air samada yangmengalir sebagai
air larian permukaan ataupun yang bertindak sebagai air liang. Air boleh mendatangkan pelbagai
kesan negatif terhadap cerun yang dibina ataupun yangsecara semulajadi.
3.3.6.1 Kesan Resipan dan Air Larian
Anggaran resipan dan air larian amat penting dalam rekabentuk saiz dan sistemsaliran untuk
cerun. Pendekatan yang munasabah ialah menyediakan sistem saliran yangsecukupnya.

Perubahan Paras Air Bumi
i-Tindakan luluhawa yang menghakis cerun dan mengganggu kestabilannya.
ii-Tegasan graviti yang mengakibatkan wujudnya permukaan ricih pada cerun.
iii-Perubahan suhu yang menyebabkan sambungan pada batuan terbuka dan tertutupdan
membenarkan serpihan tanah memasukinya. Apabila ini berlaku iamenghalang sambungan pada
batuan itu menutup semula

Gelinciran
Kegagalan secara gelinciran merupakan salah satu lagi bentuk mekanismakegagalan cerun. Ia
melibatkan pergerakan tanah pada satah kegagalan yang mengalamiricih yang tinggi. Antara
punca kegagalan gelinciran ini berlaku adalah keranaterdapatnya keretakan pada permukaan asal.
Keretakan ini akan menjadi kedudukanutama di mana kegagalan akan berlaku.Tanah yang
runtuh kemudiannya akan bergerak hingga melebihi kaki cerun danterkumpul pada kaki cerun.
Kegagalan secara gelinciran lazimnya boleh dibahagikankepada dua kategori iaitu kegagalan
secara arka bulatan dan kegagalan secara gelangsar lurus.

Aliran
Pergerakan jisim tanah liat melalui mod aliran melibatkan ubahbentuk dalamanyang lebih besar
berbanding dengan fenomena gelinciran cerun (Bromhead, 1986).
Kejadian aliran akan berlaku dalam tanah yang berjelekit jika kandungan lembapan melebihi
had cecair

PENGKELASAN KEGAGALAN CERUN
Kegagalan cerun boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:

i-Kegagalan Cerun Tanah .

ii-Kegagalan Cerun Batuan


iii-Kegagalan Khas

Kegagalan Cerun Tanah
Kegagalan ini terbahagi kepada 5 kumpulan utama

i-Gelinciran

ii-Gelongsoran

iii-Aliran

iv-Rayapan

iivKompleks


i- Gelinciran
Gelinciran boleh berlaku pada semua jenis tanah. Kejadiannya sangat berkaitrapat dengan
penepuan muka cerun akibat hujan lebat yang berlaku secara berterusan.Gelinciran merupakan
jenis Kegagalan Cerun yang utama di Malaysia. Bergantungkepada ketebalan profil luluhawa
dan sifat homogeny tanah, gelinciran boleh berlaku pada zon yang nipis (kurang daripada 2m)
yang dinamakan gelinciran cetek dan pada zon lebih tebal yang dinamakan gelinciran dalam.

ii-Gelonsoran
Gelonsoran berbeza dengan kegagalan gelinciran kerana biasanya ia berlaku padatanah
berjelekit. Ia boleh terjadi di sepanjang satu atau beberapa satah lingkaran yangkhusus,
mengekalkan tekstur tanah selepas mengelonsor. Gelonsoran boleh juga terjadi pada bahan
tambak yang padat sekiranya lapisan dasarnya secara relatif adalah lemah.Kegagalan gelosoran
mempunyai kaitan yang rapat dengan pengaruh air bawah tanah.

iii-Aliran
Kegagalan jenis ini terjadi apabila lapisan bahan bumi yang tepu air berubah sifatmenjadi cecair
dan bergerak sepanjang cerun. Kejadian aliran tanah atau puing jarangdilaporkan tetapi kesan
yang dapat dilihat melalui topografi dan fotografi udaramenunjukkan kegagalan jenis ini
terutama yang bersaiz kecil ada berlaku di kawasan pergunungan. Bahan bumi yang terlibat
biasanya bersifat peroi.


iv- Rayapan
Rayapan merupakan fenomena kegagalan cerun yang sangat pelahan. Purata pergerakan mungin
hanya beberapa millimeter setahun dan hanya melibatkan zon lapisanatas cerun. Rayapan pada
lapisan tanah hasil luluhawa batuan boleh diperhatikan padaanjakan struktur lapisan tanah. Pada
lapisan tanah homogen, pergerakan ini hanya dapatdikesan berdasarkan anjakan yang terjadi
pada struktur atau tumbuhan yang berada diatasnya.

iiv- Kompleks
Kegagalan cerun tanah jenis kompleks merupakan gabungan dua atau lebihkegagalan-kegagalan
di atas. Jenis yang biasa dijumpai ialah gelinciran-aliran ataugelonsoran-aliran. Mekanisma
kegagalan dan faktor penyebab utama bersesuaiandengan pertambahan rongga pada tekstur tanah
menyebabakan pertambahan air yangseterusnya mengubah sifat tanah menjadi cecair dan gagal
secara aliran.

Kegagalan Cerun Batuan
Kegagalan ini boleh dikategorikan kepada 4 komponen utama iaitu:

i-Kegagalan Lingkaran

ii-Kegagalan Satah

iii-Kegagalan Baj.

iv-Jatuhan


i-Kegagalan Lingkaran
Ianya hampir sama dengan bentuk kegagalan gelonsoran pada cerun tanah. Cerunyang gagal
pada sepanjang satah bentuk lingkaran akibat daripada faktor keselamatanyang rendah.
Kegagalan seperti ini berlaku pada kawasan batuan lemah atau pada zon batuan hancur

ii-Kegagalan Satah
Kegagalan berlaku sepanjang satah lemah dimana gelinciran boleh berlaku disepanjang satah
perlapisan, satah sesar, kekar atau jenis zon lemah yang lain. Kegagalan jenis ini berkait rapat
dengan orientasi zon lemah(ketakselanjaran) dan ciri-cirinya.Kegagalan jenis ini mudah diramal.

iii-Kegagalan Baji
Kegagalan bentuk baji berpunca dari sifat jasad batuan yang sama, cumagelinciran berlaku
sepanjang dua atau lebih satah lemah

iv- Jatuhan.
Kegagalan Jatuhan bongkah, piung dan terbalikan terjadi pada cerun batuan yangsangat curam.
Orientasi ketidakselajaran juga berperanan menyebabkan jatuhan tanah terbalikan. Kehadiran
beberapa set kekar pada jasad batuan sering menghasilkan bongkah atau piung. Bongkah ini
boleh jatuh apabila ketidakstabilan berkurangan akibat pengaruh air bawah tanah, gegaran dan
sebagainya

Kegagalan Khas
Kegagalan Khas yang biasanya berlaku pada kawasan beriklim tropika ialahkegagalan hakisan.
Kegagalan hakisan merupakan diantara yang terpenting di sepanjanglebuhraya di Malaysia.
Kegagalan boleh terjadi akibat hakisan keping dan hakisan air laluan. Kegagalan akibat hakisan
air ini meninggalkan kesan yang lebih ketara berbanding hakisan keping. Hakisan air laluan
membentuk alur, takar atau baji danmemindahkan bahan daripada permukaan cerun lebih banyak
daripada kesan kegagalangelinciran, gelonsoran atau jatuhan. Kegagalan jenis ini sering dijumpai
pada cerun batuan terluluhawa tetapi lebih mudah terjadi pada cerun tanah sekiranya tidak
dikawal


















Rajah Jenis-Jenis Kegagalan Cerun Batuan dan Kegagalan Khas


KESIMPULAN
secara umumnya diketahui bahawa air merupakan faktor utama kegagalan cerundi kawasan
cerun. Faktor utama ini wujud dalam pelbagai bentuk seperti air hujan, air tanah, air permukaan
dan air larian. Kesemuanya menjurus kepada penguranganrintangan ricih tanah yang
menyebabkan berlakunya kegagalan. Faktor lain yangdianggap penyebab kegagalan cerun ialah
aktiviti luluhawa yang aktif, sistem saliranyang lemah, rekabentuk yang tidak sempurna dan
keadaan fizikal yang mempunyaikecuraman yang tinggi



3.4.2.1 Kegagalan Lingkaran
Ianya hampir sama dengan bentuk kegagalan gelonsoran pada cerun tanah. Cerunyang gagal
pada sepanjang satah bentuk lingkaran akibat daripada faktor keselamatanyang
rendah. Kegagalan seperti ini berlaku pada kawasan batuan lemah atau pada zon batuan hancur
3.4.2.2 Kegagalan Satah
Kegagalan berlaku sepanjang satah lemah dimana gelinciran boleh berlaku disepanjang satah
perlapisan, satah sesar, kekar atau jenis zon lemah yang lain. Kegagalan jenis ini berkait rapat
dengan orientasi zon lemah(ketakselanjaran) dan ciri-cirinya.Kegagalan jenis ini mudah diramal.
3.4.2.3 Kegagalan Baji
Kegagalan bentuk baji berpunca dari sifat jasad batuan yang sama, cumagelinciran berlaku
sepanjang dua atau lebih satah lemah
3.4.2.4 Jatuhan.
Kegagalan Jatuhan bongkah, piung dan terbalikan terjadi pada cerun batuan yangsangat
curam. Orientasi ketidakselajaran juga berperanan menyebabkan jatuhan tanah

terbalikan. Kehadiran beberapa set kekar pada jasad batuan sering menghasilkan bongkah atau
piung. Bongkah ini boleh jatuh apabila ketidakstabilan berkurangan akibat pengaruh air bawah
tanah, gegaran dan sebagainya.
3.4.3 Kegagalan Khas
Kegagalan Khas yang biasanya berlaku pada kawasan beriklim tropika
ialahkegagalan hakisan. Kegagalan hakisan merupakan diantara yang terpenting
di sepanjanglebuhraya di Malaysia. Kegagalan boleh terjadi akibat hakisan keping dan
hakisan air laluan. Kegagalan akibat hakisan air ini meninggalkan kesan yang
lebih ketara berbanding hakisan keping. Hakisan air laluan membentuk alur, takar atau baji
danmemindahkan bahan daripada permukaan cerun lebih banyak daripada kesan
kegagalangelinciran, gelonsoran atau jatuhan. Kegagalan jenis ini sering dijumpai pada
cerun batuan terluluhawa tetapi lebih mudah terjadi pada cerun tanah sekiranya tidak
dikawal.Rajah 3.4.2 Jenis-Jenis Kegagalan Cerun Batuan dan Kegagalan Khas


3.5 KESIMPULAN
secara umumnya diketahui bahawa air merupakan faktor utama kegagalan cerundi kawasan
cerun. Faktor utama ini wujud dalam pelbagai bentuk seperti air hujan, air tanah, air permukaan
dan air larian. Kesemuanya menjurus kepada penguranganrintangan ricih tanah
yang menyebabkan berlakunya kegagalan. Faktor lain yangdianggap penyebab kegagalan cerun
ialah aktiviti luluhawa yang aktif, sistem saliranyang lemah, rekabentuk yang tidak sempurna
dan keadaan fizikal yang mempunyaikecuraman yang tinggi.

Unit 8-Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam SekitarPresentation Transcript
1. UNIT 8 : KESAN KEGIATANMANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR Kesan
Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar Langkah-langkah Mengurangkan Kesan
Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar
2. Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam SekitarPenebangan Pokok dan
KesannyaKegiatan Pertanian dan Kesannya Pembinaan Jalan Raya dan kesannya
3. Penebangan Pokok dan Kesannya Tujuan Penbangan : pembalakan,pembinaan jalan
raya, petempatan,membina kilang, perlombongan mineral,pertanian Kesan : Hakisan
tanah Suhu permukaan bumi meningkat Banjir(pemendapan air berlumpur
mencetekkan dasar sungai) Ekosistem tergugat Flora dan fauna pupus Menjejaskan
kawasan tadahan hujan
4. Kegiatan Pertanian dan Kesannya Kegiatan Pertanian : menggunakan baja
kimia,racun serangga, racun kulat dan racun herba meninggalkan bahan toksik
Kesannya : bahan asid dalam tanah meningkat pencemaran sungaiPembinaan Jalan Raya
dan Kesannya Membina Jalan Raya di Cerun Bukit Kesannya : hakisan tanah
gelongsonran tanah tanah runtuh
5. Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar
Penanaman Semula : menanam pokok yang cepat tumbuh (medang teja,
akasia,batai,sesenduk) Penggunaan Kaedah Biologi dalam Pertanian : Menggunakan
baja organik (najis haiwan,sisa tanaman) Pengawal makhluk perosak : ular,burung hantu
(menangkap tikus) lalat (mengawal ulat karung yang makan daun pokok) Pemeliharaan
Cerun Tinggi Tarahan cerun di lebuh raya,plastik diletakkan sementara untuk
mengurangkan kadar hakisan. Rumput ditanam di cerun. Longkang dibina untuk
mengelakkan air bertakung. Dinding penahan dibina untuk mengurangkan hakisan.