Anda di halaman 1dari 12

TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI

Pilih jawapan yang paling sesuai.


1. Kita harus membuat keputusan yang bijak, adil serta ________________ apabila
menghadapi situasi di mana kita perlu membuat keputusan.
a.beremosi
b.bertoleransi
c.berat sebelah
d.bertanggungjawab
2. Pilih keputusan yang bijak.
a.Sharlini enggan mengikut rakannya ke kafe siber kerana ingin mengulang kaji
pelajaran.
b.Rahim mengambil keputusan untuk ponteng kelas Matematik kerana tidak
menghabiskan kerja rumahnya.
c.Chan lebih seronok menonton televisyen daripada mengemas biliknya.
d.David mengambil keputusan untuk bermain mercun bersama rakan-rakannya sempena
perayaan Krismas
3. Serena mengambil pil ecstasy kerana pengaruh rakannya. Apakah kesan yang mungkin
dihadapi olehnya akibat tindakan tersebut?
a.Dapat melupakan masalah yang dihadapinya.
b.Boleh meningkatkan semangat untuk belajar.
c.Boleh merosakkan sistem saraf dan menyebabkan penyakit mental.
d.Dapat mengurangkan kebosanan yang dialaminya.
4. Keadaan di mana susah untuk membuat keputusan dipanggil
a.dilema.
b.gelisah.
c.masalah.
d.gangguan perasaan.
5.Tabiat merokok akan memberi kesan berikut kepada kesihatan kecuali
a.memendekkan tempoh usia.
b.menyebabkan penyakit bronkitis.
c.menyebabkan kanser paru-paru.
d.menyebabkan gangguan pada sistem penghadaman.
6. Pilih tindakan yang bersifat prihatin terhadap orang lain.
a.Merokok di perhentian bas.
b.Bercakap panjang di telefon awam.
c.Memakir kereta di petak khas orang kurang upaya.
d.Memandu mengikut had kelajuan di jalan raya.
7. Antara berikut yang manakah menunjukkan tindakan yang bertanggungjawab?
a.Membiarkan televisyen terpasang ketika sedang mandi.
b.Menghabiskan makanan tanpa memikirkan anggota yang belum makan.
c.Menggunakan pensel warna rakan dengan maksimum.
d.Membersihkan kelas tanpa disuruh oleh guru.
8. Keputusan yang manakah dikatakan keputusan yang bijak dan adil?
a.Keputusan yang hanya mementingkan diri sendiri.
b.Keputusan yang menguntungkan diri sendiri.
c.Keputusan yang mengambil kira kesan terhadap diri dan orang lain.
d.Keputusan yang memihak kepada individu yang disayangi.
9. Antara berikut, individu manakah yang bijak membuat keputusan?
I Zamri memohon jawatan wartawan kerana memiliki ijazah dalam bidang komunikasi.
II Ganesh yang mahir dalam subjek Sejarah dan Pengajian Am memilih jurusan
undang-undang.
III Loh Kee Cheng yang mahir dalam judo menyertai kumpulan kongsi gelap.
IV Gerald menyertai kelas muzik kerana pandai bermain piano dan sitar.
a.I dan III
b.I, II dan III
c.I, III dan IV
d.I, II dan IV
10. Pilih keputusan dan kesan yang positif
Keputusan Kesan
A Ponteng kelas
Dapat bermain permainan
video.
B Hadir aktiviti Menambahkan ilmu
C Meniru jawapan ujian
Mendapat markah yang
tinggi.
D Menghisap rokok
Mendapat vitamin yang
cukup.
Jawapan:
1. C
2. C
3. D
4. C
5. B
6. D
7. D
8. C
9. D
10. B
TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Setiap anggota keluarga bertanggungjawab dalam _____________ hubungan
kekeluargaan.
a.melekatkan
b.memisahkan
c.mengeratkan
d.merenggangkan
2. Kecemerlangan dapat meningkatkan maruah diri dan _________________.
a.jiran
b.rakan
c.saudara
d.keluarga
3. Yang manakah menggambarkan langkah keselamatan di rumah?
a.Menyimpan ubat dalam peti kecemasan.
b.Meletakkan penyembur serangga di belakang pintu.
c.Tidur dengan membiarkan lampu terpasang.
d.Membiarkan adik menyediakan minuman sendiri.
4.Antara berikut, individu manakah yang menjaga maruah diri dan keluarganya?
a.Zukhairi bercakap kuat dengan neneknya yang sudah tua.
b.Melati tidak mengendahkan kakaknya yang cacat penglihatan.
c.Danish tidak membuka pintu walaupun diketuk oleh jirannya beberapa kali.
d.Susmita berpakaian sopan ketika melawat datuknya di hospital.
5. Kasih sayang merupakan _______________ yang lahir dari dalam diri seseorang
terhadap dirinya, orang lain dan persekitaran.
a.impian
b.dilema
c.perasaan
d.tanggapan
6.Kasih sayang ibu bapa merupakan sesuatu yang _____________ kerana mereka
melindungi dan menjaga keselamatan anak-anak mereka.
a.mulia
b.mahal
c.murah
d.dibentuk
7. Antara hari istimewa keluarga yang boleh diraikan bersama ialah ____________
I hari ibu dan hari bapa.
II ulang tahun kelahiran.
III ulang tahun perkahwinan.
IV Hari Kebangsaan
a.I, II dan III
b.I, II dan IV
c.II, III dan IV
d.I, II, III, dan IV
8. Perbuatan yang manakah boleh menaikkan imej keluarga?
a.Mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.
b.Keluar dengan rakan pada waktu malam.
c.Melibatkan diri dalam aktiviti lumba haram.
d.Berkelah bersama keluarga pada hujung minggu.
9. Antara berikut individu manakah yang menjaga pertuturan dan tingkah laku?
I Jay Jay meminta maaf kepada ibunya kerana memecahkan pasu bunga.
II Fakri mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang memasak makanan
kegemarannya.
III Sarah tidur di atas sofa walaupun rakan ayahnya datang ke rumah.
IV Salman sentiasa memberi salam kepada orang yang lebih dewasa.
a.I, II dan III
b.II, III dan IV
c.I, III dan IV
d.I, II dan IV
10. Tindakan yang manakah tidak menunjukkan ibu bapa yang prihatin terhadap anak-
anaknya?
a.Menyediakan segala kemudahan pembelajaran kepada anak-anak.
b.Memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak.
c.Menumpukan perhatian kepada kerjaya tanpa mengambil berat tentang ahli keluarga.
d.Sentiasa membawa anggota keluarga makan angin.
Jawapan:
1. C
2. D
3. A
4. D
5. C
6. A
7. A
8. A
9. D
10. C
TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT
PILIH JAWAPAN YANG SESUAI BAGI SOALAN-SOALAN DI BAWAH
1 Memelihara kesejahteraan alam merupakan tanggungjawab
A kerajaan
B setiap individu
C pemimpin
D majlis perbandaran
2 Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan sungai kita?
I Supaya kita mendapat bekalan air yang bersih
II Untuk menjaga imej negara
III Supaya kita dipuji oleh orang lain
IV Agar terhindar daripada penyakit
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
3 Antara berikut yang manakah merupakan peranan dan tanggungjawab Jabatan
Alam Sekitar?
A Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran
B Menggalakkan penebangan pokok secara berleluasa
C Melakukan pembakaran secara terbuka
D Menggalakkan pembuangan sampah di merata-rata tempat
4 Bagaimanakah cara untuk memelihara dan memulihara alam sekitar?
I Penanaman semula pokok
II Penebangan pokok secara berleluasa
III Membuang sampah di merata-rata tempat
IV Saling bekerjasama membersihkan alam sekitar
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
5 Antara berikut merupakan jenis-jenis pencemaran alam dan bencana alam kecuali
A penanaman semula pokok
B jerebu
C tanah runtuh
D kemarau panjang
6 Pencemaran alam boleh berlaku apabila kita
I membuang sampah di tempat yang disediakan
II menanam pokok
III melakukan pembakaran terbuka
IV membuang sampah di merata-rata tempat
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
7 Antara berikut merupakan punca pencemaran udara kecuali
A asap-asap daripada kilang
B asap-asap daripada kenderaan
C tumpahan minyak daripada kapal
D asap daripada pembakaran terbuka.
8 Pencemaran air akan mengakibatkan
I kemusnahan habitat laut
II air berkelodak
III meningkatkan tahap kesihatan manusia
IV udara berdebu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV
9 Antara berikut merupakan langkah yang dapat diambil oleh penduduk sesebuah
bandar dalam usaha
menghijaukan alam sekitar kecuali
A menanam pokok di kawasan sekitar
B menghalang penebangan pokok
C menanam bunga-bungaan di taman
D menebang pokok yang baru ditanam
10 Kemarau berpunca daripada
A kandungan lembapan tanah yang berkurangan kerana ketiadaan hujan
B berlakunya limpahan air yang berlebihan bagi satu-satu saliran
C letupan gunung berapi
D ketidakstabilan lereng atau cerun tanah tinggi
JAWAPAN
1. B
2. B
3. A
4. C
5. A
6. D
7. C
8. A
9. D
10. A

1 Memelihara kesejahteraan alam merupakan tanggungjawab
A kerajaan
B setiap individu
C pemimpin
D majlis perbandaran.................................................................................JWP: B

2 Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan sungai kita?
I Supaya kita mendapat bekalan air yang bersih
II Untuk menjaga imej negara
III Supaya kita dipuji oleh orang lain
IV Agar terhindar daripada penyakit
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV........................................................................................JWP: B

3 Antara berikut yang manakah merupakan peranan dan tanggungjawab Jabatan Alam
Sekitar?
A Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran
B Menggalakkan penebangan pokok secara berleluasa
C Melakukan pembakaran secara terbuka
D Menggalakkan pembuangan sampah di merata-rata tempat............JWP: A

4 Bagaimanakah cara untuk memelihara dan memulihara alam sekitar?
I Penanaman semula pokok
II Penebangan pokok secara berleluasa
III Membuang sampah di merata-rata tempat
IV Saling bekerjasama membersihkan alam sekitar
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV.......................................................................................JWP: C

5 Antara berikut merupakan jenis-jenis pencemaran alam dan bencana alam kecuali
A penanaman semula pokok
B jerebu

C tanah runtuh
D kemarau panjang..........................................................................JWP: A

6 Pencemaran alam boleh berlaku apabila kita
I membuang sampah di tempat yang disediakan
II menanam pokok
III melakukan pembakaran terbuka
IV membuang sampah di merata-rata tempat
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV...................................................................................JWP: D

7 Antara berikut merupakan punca pencemaran udara kecuali
A asap-asap daripada kilang
B asap-asap daripada kenderaan
C tumpahan minyak daripada kapal
D asap daripada pembakaran terbuka.........................................JWP: C

8 Pencemaran air akan mengakibatkan
I kemusnahan habitat laut
II air berkelodak
III meningkatkan tahap kesihatan manusia
IV udara berdebu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV................................................................................JWP: A

9 Antara berikut merupakan langkah yang dapat diambil oleh penduduk sesebuah bandar
dalam usaha
menghijaukan alam sekitar kecuali
A menanam pokok di kawasan sekitar
B menghalang penebangan pokok
C menanam bunga-bungaan di taman
D menebang pokok yang baru ditanam.................................JWP: D


10 Kemarau berpunca daripada
A kandungan lembapan tanah yang berkurangan kerana ketiadaan hujan
B berlakunya limpahan air yang berlebihan bagi satu-satu saliran
C letupan gunung berapi
D ketidakstabilan lereng atau cerun tanah tinggi..................JWP: A

Anda mungkin juga menyukai