Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN RASMI

MINGGUAN
AZMAN BIN SAFII,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
TARIKH : ISNIN 20 APRIL 2009

1. Terima kasih kepada pengacara Majlis


2. Yang Berusaha En Wong Kim Fah, Penolong Kanan HEM, En Mohd Tahir bin
Ismail, PK Kokurikulum, Yang dihormati Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Rakanrakan guru dan yang dikasihi semua murid warga SMK Kulai Besar.
3. Sekiranya semua murid masih ingat pada minggu lalu saya telah menyentuh
berkenaan visi sekolah iaitu menjadi sekolah cemerlang daerah Kulaijaya pada
tahun 2012. Saya juga telah menyatakan apakah fokus kita untuk mencapai
kecemerlangan tersebut iaitu kecemerlangan akademik, sahsiah, kokurikulum,
dan 3K. Saya juga telah menyatakan bahawa untuk mencapai tahap cemerlang,
semua pihak harus bertindak mengikut tatacara orang cemerlang.
4. Halangan utama kita untuk menjadi cemerlang sebenarnya ialah sikap, inilah
yang menyebabkan pada minggu lalu saya tertarik untuk mengulas agak
panjang satu episode dalam Temasya Olimpik Rimba Sedunia......iaitu
pertembungan klasik antara kura-kura dan sang arnab. Saya dah huraikan
dengan panjang lebar apakah iktibar dan moral yang boleh kita pelajari daripada
peristiwa tersebut.
5. Namun kerana terlalu fokus kepada kura-kura, arnab dan murid-murid SMK
Kulai Besar saya terlupa untuk menyampaikan kandungan ucapan saya
sepatutnya iaitu tetang perlunya kita mengubah cara berfikir (paradigma)
supaya menjadai orang cemerlang dan seterusnya sekolah pun cemerlang.
6. Oleh itu pada perhimpunan pagi ini saya menyeru kepada semua murid agar
dapat mengubah cara berfikir, kepada cara berfikir sebagai seorang yang
cemerlang berpandukan kepada lima perkara yang harus murid miliki;
a. Tetapkan matlamat datang ke sekolah untuk belajar. Berilah tumpuan kepada
pengajaran guru, libatkan diri dalam semua aktiviti yang menyubang kepada
keilmuan . Peluang untuk belajar di alam persekolahan datang sekali seumur
hidup
b. Rebutlah peluang yang ada. Program-program kecemerlangan yang dijalankan
di sekolah perlulah disambut dengan kesungguhan. Kelas Bimbingan Hikmah,
GPMS, PIBG, dan pelbagai program akademik, koakademik dan kokurikulum yang
akan dilaksanakan oleh pihak sekolah perlu dihargai dan dimanfaatkan oleh

semua murid.
c. Manfaatkan sumber yang ada di sekolah secara bijak sana. Jagalah harta
benda sekolah dan gunakan dengan berhemah. Tindakan vandalisme seperti
merosakkan harta benda sekolah akan menyebabkan sekolah terpaksa
menggunakan peruntukan untuk tujuan baik pulih. Sedangkan peruntukkan
tersebut boleh digunakan untuk program peningkatan dan kebajikan murid.
d. Patuhi peraturan sekolah kerana sekiranya semua murid dapat mematuhi
peraturan sekolah, guru-guru dapat menggunakan masa yang lebih untuk
mengajar dan mendidik. Kajian mendapati sekolah yang berprestasi rendah
mempunyai korelasi dengan masalah disiplin murid.
e. Penghayatan terhadap nilai-nilai murni, Berbudi bahasa, hormat menghormati,
hargai masa
7. Pada minggu lalu pihak sekolah telah terlibat dalam pertandingan bola sepak
peringkat daerah. Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada
guru-guru yang terlibat dalam melatih pasukan sekolah, En Sofian, En Roslee, En
Anas dan murid-murid yang mengerah keringat di padang. Seperti yang
diketahui kita gagal mempertahankan kejuaraan kita apabila kalah di peringkat
suku akhir. Kita tampil pada masa itu sebagai juara bertahan untuk 2 tahun
berturut-turut.
8. Saya melihat kekalahan pada tahun ini ada pengajaran yang berguna untuk
murid-murid iaitu jangan terlalu yakin dengan rekod dan sejarah. Sejarah lalu
tidak menyubang kepada kecemerlangan dan kejayaan masa kini. Perkara
penting ialah kekuatan mental......Saya dapati musuh utama kegagalan itu ialah
kelemahan mental;
a) Merasa diri seperti hebat...buktinya ada murid yang di sekolah tidak
menimbulkan masalah rambut, tetapi apabila sertai pasukan bolak sepak terus
ubah kepada rambut berfesyen hingga saya terpaksa membuat amaran untuk
menahan murid daripada turut serta. Saya mohon kepada En Tahir dan kepada
semua guru agar memandang berat perkara ini. Masalah disiplin sebenarnya
adalah satu isyarat bahawa mental murid yang lemah iaitu sekadar hendak
menunjuk penampilan bukannya untuk menunjukkan kemampuan dalam
permainan.
b) Berfikiran kekampungan. Perkara ini dibuktikan apabila murid gagal mengawal
emosi hingga membawa kepada tindakan pembuangan atau keluar padang oleh
pengadil ke atas pemain kita.
Terdapat pemain yang menganggap dirinya berstatus bintang oleh pemain lain
dalam pasukan. Ini menyebabkan pemain hilang fokus. Dapatan ini saya peroleh
menerusi perbualan dengan beberapa pemain yang mewakili sekolah. Kenapa
saya kata mentaliti kekampungan, ini adalah kerana bila kita berfikiran glokal
kita akan lebih rasional dan profesional.
Saya juga dimaklumkan bahawa kekalahan itu disebabkan kecergasan pasukan

kita yang lemah kerana berhadapan dengan lawan yang memang telah berehat
lama.
9. Saya berharap kepada semua warga SMKKB agar memandang serius terhadap
pertandingan-pertandingan yang kita sertai. Satu daerah melihat kita dengan
satu tanggapan bahawa kita adalah sekolah yang bertanding untuk dibelasah
dan dikalahkan. Dalam apa pun pertandingan semua nak jumpa kita. Kita kena
bersungguh-sungguh.....kalah tidak apa asal kekalahan itu setelah kita tunjukkan
kehebatan dan semangat juang yang tinggi. Kecemerlangan dalam sukan adalah
salah satu fokus untuk kita menjadi sekolah cemerlang
10. Seperkara lagi ingin saya ingatkan semua murid bahawa pada Mei nanti akan
diadakan peperiksaan pertengahan tahun. Sekali lagi kita diperhatikan sebagai
sekolah yang bakal berada di kelompok tercorot. Kita pedulikan tanggapan
seperti ini, kita terus berusaha, yang paling utama kita tunjukkan peningkatan.
Anda buatlah persiapan yang rapi...jangan peduli apa orang lain kata yang
penting kita mesti tanam satu matlamat iaitu peningkatan yang berterusan.
11. Saya mengesyorkan agar amalkan pengurusan ABCDEF untuk cemerlang
menjadi pegangan semua murid;
A : Atitude/ Sikap/ Positif/interaktif/semangat
B : Belief/ Percaya kebolehan diri
C : Confidence/ yakin/ bertanya, menjawab
D : Determination/ keazaman, dorongan, iltizam
E : Enthusiasm/ semangat, minat membara
F : Fun/ Perlu masa untuk berhibur dan riadah
11. Selamat barjaya, sekian terima kasih.