Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN PEMAHAMAN

SET 1
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Kajang untuk menghadiri majlis
perkahwinan anak Pak Long Jaafar. Kami sampai sejurus majlis tersebut dilangsungkan.
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah. Saya
lihat ramai orang kampung yang sibuk bergotong-royong di rumah Pak Long. Ada yang sedang
memasang khemah, membuat pelamin dan juga menyediakan bahan untuk memasak lauk-pauk
di penanggah.
Ibu mengajak aku ke ruang dapur. Kami turut membantu mengupas bawang dan ubi
kentang. Suasana riuh-rendah. Ayah dan abang pula membantu menyiang ayam. Aku lihat abang
nyaris-nyaris muntah kerana tidak tertahan dengan bau hanyir ayam.
Upacara pernikahan dilangsungkan pada sebelah malam. Selesai sahaja akad nikah,
majlis berinai diadakan. Para tetamu pula dijemput makan di khemah yang telah disediakan.
Keesokan harinya, majlis persandingan diadakan pada pukul 2.00 petang. Pengantin
diarak dengan bunga manggar serta paluan kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai duduk di
atas pelamin. Cantik sungguh Kak Sarah, bisikku kepada emak. Pak Long Jaafar dan Mak
Long Kiah dijemput menepung tawar pengantin diikuti kaum keluarga terdekat. Tetamu yang
menepung tawar pengantin dihadiahkan sekuntum bunga telur. Selesai sahaja upacara menepung
tawar, pengantin dan para tetamu makan di khemah yang telah disediakan.
Selepas selesai makan, tetamu beransur pulang. Kami sekeluarga juga ingin pulang awal
kerana abang akan menduduki peperiksaan SPM pada pukul 8.00 pagi esok. Sebelum pulang,
Pak Long Jaafar sempat mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi menghadiri majlis
perkahwinan anaknya. Mak Long Kiah pula menghulurkan bungkusan yang berisi nasi dan lauk-
pauk sebagai buah tangan untuk kami.


1. Bilakah majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar diadakan ?



2. Mengapakah abang aku nyaris-nyaris muntah ?




4. Apakah yang dihadiahkan kepada tetamu yang menepung tawar pengantin ?



5. Apakah hubungan antara penulis dengan Sarah ?



SET 2

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, para Penolong
Kanan, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya hormati. Saya merakamkan ucapan terima kasih
kerana diberi peluang untuk menyampaikan sebuah syarahan pada pagi ini.

Hadirin yang dihormati,

Pada pagi yang indah lagi permai ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk "Pentingnya Bersenam". Slogan ini bermaksud bersenam merupakan satu daripada
penaja utama kesihatan jasmani seseorang.

Memang tidak dapat untuk mengelakkan diri daripada ancaman penyakit, kita mestilah
mengamalkan penjagaan kesihatan yang sempurna. Satu daripada kaedah untuk menjamin
kesihatan yang baik ialah melalui aktiviti bersenam. Senaman secara teratur boleh membantu
menyuburkan jasmani dan rohani seseorang.

Hadirin yang budiman,

Bersenam atau latihan jasmani memberi banyak faedah kepada kita terutamanya murid-
murid sekolah. Setelah penat belajar sepanjang hari, bersenam boleh menolong murid-murid
menghilangkan ketegangan dan membebaskan diri daripada perasaan bimbang. Murid-murid
yang jarang bersenam akan mudah mendapat selesema, batuk, dan lenguh-lenguh badan.

Ketika belajar, murid-murid banyak menghabiskan masa duduk di atas kerusi. Ini
membuatkan perjalanan darah menjadi kurang lancar. Akibatnya, badan mereka menjadi letih di
samping tidak berupaya untuk berfikir dan mengingati apa yang dipelajari.



Hadirin yang disenangi, kita harus menanamkan satu kesedaran di dalam diri tentang
kepentingan bersenam. Murid-murid yang selalu bersenam didapati lebih cergas dan
kebiasaannya dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Mereka dapat menyesuaikan diri di
kalangan rakan-rakan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakan-
rakan supaya mengamalkan senaman setiap hari.

Marilah kita jayakan slogan yang berbunyi "Pentingnya Bersenam" dalam diari
kehidupan kita seharian. Tiada insan yang menafikan dan menolak pentingnya kesihatan. Kita
juga perlu berusaha dan bertanggungjawab untuk merealisasikan hidup sihat dalam diri kita,
keluarga kita, kumuniti kita, kampung kita, dan negara kita.

Informasi yang saya nyatakan di sini, diharap dapat dijadikan sebagai panduan. Sebelum
saya mengundur diri, saya memohon kemaafan seandainya terselit jua keterlanjuran kata dan
kesilapan bicara.

Sekian, terima kasih.



1
Berdasarkan petikan di atas, matlamat bersenam ialah








5

Mengapakah kita digalakkan bersenam secara bersistematik?









SET 3


Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Sudah hampir dua tahun Tuk Mat meninggalkan aku. Dia pergi buat selama-lamanya.
Waktu itu aku baru melangkah ke tahap dua sekolah rendah. Tuk Mat amat istimewa bagiku.
Aku tidak pernah melupakannya. Imbasan peristiwa lalu masih segar dalam ingatanku.

Namanya selalu kusebut apabila kesunyian. Aku terasa seolah-olah Tuk Mat berada di
sisiku. Begitulah kasih sayang dan rapatnya aku dengan Tuk Mat. Aku merenung gambarku
bersama-sama Tuk Mat. Alangkah manjanya aku memeluk bahu Tuk Mat. Tuk Mat kelihatan
begitu ceria dengan senyumannya. Hanya potret inilah yang tinggal untuk mengubat rinduku
pada Tuk Mat.

Selama ini, pada Tuk Mat tempat aku bermanja. Tuk Matlah yang menyara aku. Segala
perbelanjaan persekolahanku ditanggungnya. Peristiwa sedih ini berlaku kira-kira tujuh tahun
yang silam. Ibu berkahwin lain setelah kematian bapa.

Ibu melahirkan Khairul Nizam. Sesungguhnya kehadiran orang baru dalam hidup ibu
menyebabkan aku jauh hati. Aku melarikan diri dan meninggalkan ibu. Mujur Tuk Mat faham.
Beliau mengajak aku tinggal bersama-sama dengannya. Selepas itu, ibu ada juga datang
memujukku. Tetapi Tuk Mat berkeras untuk terus menjagaku.

Tuk Mat benar-benar menyayangi aku. Setiap hari beliau menghantar dan mengambil aku
dari sekolah dengan motosikalnya. Sepanjang ingatanku, tidak pernah Tuk Mat melukakan
hatiku. Beliau sentiasa bersabar melayan segala kerenahku. Walaupun kadangkala aku ini kepala
angin, Tuk Mat tidak pernah memarahiku apatah lagi memukulku. Sebaliknya, Tuk Mat banyak
memberikan nasihat kepadaku. Hingga kini, kata-kata itu masih segar dalam ingatanku.

Kenangan dan kemesraanku bersama Tuk Mat amat payah untuk kulupakan. Memori ini
telah sebati dengan jiwaku. Tanpa kusedari, air mataku berlinangan di pipi. Aku benar-benar
rindu akan kasih sayang Tuk Mat. Doaku, semoga Tuk Mat damai di alamnya. Semoga Allah
mencucuri rahmat-Nya atas roh Tuk Mat.






6. Apakah hubungan Khairul Nizam dengan penulis?





7. Apakah yang dilakukan oleh penulis apabila terkenangkan Tuk Mat?








8. Penulis telah menceritakan tentang kehidupannya bersama-sama Tuk Mat,
berapakah usia penulis sekarang?








9. Mengapakah penulis berasa sedih sehingga mengalirkan air mata?



SET 4
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sabtu 12 Mac 2005
7.40 pagi
Berhimpun di kantin sekolah. Seramai 40 orang ahli unit beruniform akan menyertai
perkhemahan di Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Cikgu Kamal sibuk memberi arahan
kepada kami.
8.30 pagi
Bas bertolak meninggalkan kawasan sekolah. Sepanjang perjalanan kami menyanyi
dengan iringan petikan gitar Cikgu Azmi.
10.30 pagi
Sampai ke tapak perkhemahan. Kami diarahkan mengangkut segala peralatan seperti
khemah, peralatan memasak dan bekalan makanan.
11.00 pagi
Setiap kumpulan memasang khemah dengan bantuan guru-guru. Beberapa orang murid
perempuan dengan bantuan Cikgu Ng Mei Kwan dan Cikgu Nona sibuk memasak
untuk makan tengah hari.
1.00 petang
Makan tengah hari. Walaupun hanya berlaukkan sardin dan telur goreng, kami makan
dengan begitu berselera. Selepas makan kami berehat.
2.00 petang
Dibawa meredah hutan. Perjalanan agak sukar. Pegawai Jabatan Hutan Kuala Kangsar
yang mengetuai kami turut menerangkan tentang beberapa jenis pokok dan
kegunaannya. Tiba-tiba kami terdengar jeritan. Rupa-rupanya beberapa orang budak
perempuan terserempak dengan seekor biawak bukit.
4.30 petang
Kembali ke tapak perkhemahan. Cikgu Kamal membenarkan kami mandi di sungai.
Kami bersorak kegembiraan.
8.00 malam
Makan malam. Sambil makan, Cikgu Kamal memuji kerjasama yang kami tunjukkan
setakat ini.
8.30 malam
Persembahan kebudayaan. Setiap kumpulan diminta membuat satu persembahan.
Guru-guru pun tidak kurang hebatnya. Cikgu Nurul berduet dengan Cikgu Nona
menyampaikan lagu Aci Aci Buka Pintu. Cikgu Azmi pula menghiburkan kami
dengan petikan gitar dan lawak jenakanya yang mencuit hati.
Ahad 13 Mac 2005
6.00 pagi
Setelah mandi, murid Islam solat subuh dan murid bukan Islam menghadiri kelas
Pendidikan Moral. Kemudian setiap kumpulan menyediakan sarapan pagi, iaitu roti
dan telur setengah masak.
8.00 pagi
Aktiviti mencari harta karun. Setiap kumpulan diberikan sebuah peta.
10.00 pagi
Cikgu Kamal mengarahkan setiap kumpulan membuka khemah dan mengemaskan
barang-barang kerana bas yang membawa kami pulang akan sampai sebentar lagi.
11.00 pagi
Bas mula meninggalkan tapak perkhemahan Ulu Kenas yang memberikan banyak
pengalaman dan kenangan kepada kami.




1. Berapa orangkah yang menyertai perkhemahan ke Ulu Kenas?







2. Mengapakah murid-murid perempuan menjerit apabila terserempak dengan
biawak bukit?







3. Pada pendapat kamu, apakah jawatan Cikgu Azmi di sekolah?




5. Siapakah yang mengetuai perkhemahan tersebut?





SET 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

JOHOR BAHRU, 3 Februari Pesta Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang Ketujuh akan
bermula esok hingga 10 Februari ini. Pesta ini disertai oleh hampir 600 orang peserta yang akan
mewakili negara termasuk negara kita.
Pengerusi pesta itu, Tan Sri Mohamad Ali Hashim berkata, selain penyertaan tempatan dan
antarabangsa, pesta kali ini turut menyaksikan penyertaan sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Penganjur telah membahagikan pesta tersebut kepada dua bahagian, iaitu pertandingan layang-
layang naik dan pertandingan layang-layang cantik. Setiap pertandingan dibahagikan kepada dua
kategori lagi, iaitu moden dan tradisional.
Selain dapat menyaksikan reka bentuk wau yang unik, orang ramai juga berpeluang untuk
melihat layang-layang tradisional yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti daun.
Negara tuan rumah pula akan mempamerkan wau-wau dari seluruh negeri seperti wau kucing,
wau bulan dan wau burung.
Beliau berkata, tarikan utama pesta kali ini ialah pertunjukan layang-layang moden yang
direka secara kreatif, unik dan berwarna-warni oleh peserta tempatan dan luar negara. Seramai
15000 orang pengunjung dijangka menyaksikan pesta yang telah mendapat pengiktirafan
antarabangsa.
Sempena pesta itu, pelbagai acara menarik diadakan. Antaranya termasuklah pameran wau
tradisional dan bengkel membuat wau. Yang istimewa lagi ialah pengunjung berpeluang untuk
menaikkan wau ciptaan mereka.
Pesta ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Johor pada hari Sabtu
ini. Acara kemuncak pada hari tersebut ialah pertunjukan payung terjun oleh Angkatan Tentera
Malaysia.

1 Apakah tarikan utama dalam pesta layang-layang tersebut?

2 Keistimewaan yang akan diperoleh pengunjung pesta tersebut ialah

Anda mungkin juga menyukai