3
PROSPEK KEDUDUKAN
EKONOMI MALAYSIA
MENUJU KE
TAHUN 2020
1
Sebelum kegawatan ekonomi
melanda negara pada tahun 1997-
1998, Malaysia merupakan salah satu
negara daripada Rantau Asian
Tenggara yang paling pesat
membangun.
2
Arah aliran pertumbuhan ekonomi yang pesat
dan berterusan ini dalam dekad 80-an dan awal
90-an menjadikan
Malaysia sebuah negara yang progresif,
dinamik, berdaya tahan, makmur dan memiliki
sebuah ekonomi yang mampu bersaing
menjelang tahun 2020 (Ali Abul Hassan, 1991).
3
Berasaskan ramalan pertumbuhan ekonomi
yang kukuh dan berterusan pada kadar 7.0%
sehingga tahun 2020, dijangkakan KDNK negara
bertambah daripada RM115,000 juta pada tahun
1990 kepada RM920,000 juta pada tahun 2020.
Manakala pendapatan per kapita (2020)
meningkat kepada RM26,100 berbanding
RM6,180 pada tahun 1990, iaitu melebihi empat
kali ganda daripada paras 1990.
4
Jika kadar pertumbuhan ini dapat dikekalkan
sehingga tahun 2020, perkembangan ekonomi
Malaysia adalah yang tertinggi berbanding
negara-negara perindustrian.
Contohnya dalam tahun 1990, KDNK negara
tumbuh pada kadar 7.9% dan diramal
meningkat kepada 9.8% pada tahun 2020.
5
Manakala negara-negara perindustrian seperti
EEC, NAFTA dan Jepun masing-masing
berkembang pada kadar 2.1%, 1.7% dan 3.3%.
Berdasarkan Jadual 15.11 antara tahun 1990
hingga 2020 perkembangan ekonomi Malaysia
adalah pada paras 8.0% berbanding
perkembangan ekonomi dunia yang hanya
2.4%. Walau bagaimanapun, ekonomi dunia
masih dikuasai oleh negara-negara maju (lihat
Jadual 15.11).
6
7
Struktur ekonomi Malaysia dalam tahun 2020
mengikut sektor, dijangka adalah seperti
ditunjukkan pada Jadual 15.12.
Pertumbuhan sektor utama seperti pertanian
dan perlombongan dalam tempoh 30 tahun
akan datang berkembang dengan kadar yang
perlahan.
8
9
Sektor ini (Pertanian dan perlombongan)
menguasai 7.6% KDNK (2020) berbanding
28.0% pada tahun 1990.
Sektor pertanian berkembang kira-kira 3.2%.
Bagaimanapun jumlah keluaran merosot
daripada 18.7% kepada 6.3% bagi beberapa
keluaran pertanian seperti padi, kelapa dan
getah.
10
Punca-punca pertumbuhan utama (walaupun
merosot) adalah daripada kelapa sawit, kayu
balak, perikanan dan penternakan.
Perkembangan ini adalah didorong oleh
kenaikan dalam pertambahan nilai, penggunaan
tanah yang intensif dan galakan secara komersil.
Sektor perlombongan juga merosot kesan
pengawalan keluaran minyak dan gas untuk
jangka panjang dan kepupusan galian bijih
timah.
11
Sektor pembuatan dijangka mencatatkan
pertumbuhan yang pesat menjelang tahun 2020
iaitu pada Kadar 40.0% berbanding
pertumbuhan keluaran sekarang 27.0%.
Nilai ditambah dalam sektor ini terus
mencatatkan Kadar pertumbuhan yang tinggi
sebanyak 13.9% setahun.
12
Perkembangan ini merupakan satu lagi
pencapaian yang penting dalam peralihan
pembangunan negara ke arah ekonomi yang
membangun.
Walaupun prestasi sektor pembuatan pada
keseluruhannya adalah memuaskan, tetapi
pembangunannya masih bercirikan asas
perindustrian yang sempit.
13
Oleh itu
Penekanan lebih perlu kepada usaha
meningkatkan kandungan teknologi, kecekapan
dan daya pengeluaran produk-produk perlu
dikembangkan di sektor-sektor kecil tradisional.
Dengan penyerapan dan eksploitasi teknologi
moden, adalah dijangkakan sektor ini dapat
mengekalkan kadar pertumbuhan sekitar 35.0%
pada tahun 2020.
14
Sektor perkhidmatan moden
Sektor perkhidmatan moden juga mengalami
perkembangan mengalakkan dalam tempoh
30 tahun akan datang walaupun subsektor
perkhidmatan kerajaan dijangka merosot.
Sektor ini dijangka meningkat daripada
41.8% dalam tahun 1990 kepada kira-kira
50.0% pada tahun 2020.
15
Pertumbuhan ini dijangka berlaku dalam semua
perkhidmatan bukan kerajaan kesan
pembangunan pesat dalam keluaran
perindustrian serta perkembangan yang
semakin kompleks dalam ekonomi dunia
menjelang tahun 2020.
16
Sektor perkilangan yang merupakan pendorong
utama dijangka berkembang pada kadar 42.8%
pada tahun 2020 dari tahun 1990.
Dengan adanya usaha-usaha yang berterusan
untuk menyerap, mengubah dan
mengeksploitasi teknologi moden ke sektor ini
supaya pencapaian pertumbuhan yang lebih
pesat berlaku dan mampu bersaing telah
menggalakkan pewujudan rantaian yang lebih
kukuh dengan sektor-sektor lain dalam
ekonomi.
17
Secara keseluruhannya
Keseluruhan sumbangan keluaran sektor utama,
perindustrian dan perkhidmatan pada masa
akan datang bergantung kepada peningkatan
nilai ditambah, kemahiran, pengetahuan dan
intensiti aktiviti teknologi yang diigunakan.
18
Berdasarkan anggaran sumbangan sektor-
sektor ini dalam ekonomi negara pada tahun
2020, adalah dijangkakan ekonomi Malaysia
berada dalam lingkungan ekonomi membangun
atau boleh dikategorikan sebagai negara maju,
berbanding masa sekarang yang masih berada
dalam ekonomi berpendapatan sederhana.
19
Kategori negara maju atau ekonomi
membangun adalah berdasarkan peratusan
sumbangan sektor-sektor ini kepada ekonomi
negara, iaitu
3% daripada sektor utama,
34% sektor industri,
20% pembuatan dan
63% perkhidmatan.
20
Sektor perdagangan luar negeri
Sektor perdagangan luar negeri dijangka terus
kukuh sebagai penyumbang utama dalam
pertumbuhan dan pembangunan ekonomi pada
tahun 2020.
Walaupun sumbangan sektor ini berkurangan
daripada 71.3% pada tahun 1990 kepada 53.8%
pada tahun 2020, tetapi nilai eksportnya terus
mencatatkan pertambahan.
21
Kemerosotan sumbangan ini kepada
pendapatan negara adalah disebabkan
permintaan dalam negeri yang dijangka terus
berkembang pesat.
Eksport Malaysia keseluruhan dijangka
berkembang pada kadar 10.2% setahun antara
tahun 1990-2020.
22
Jumlah eksport negara diramal meningkat
sebanyak RM1,480,000 juta pada tahun 2020
berbanding RM78,300 juta pada tahun 1990,
iaitu menguasai 2.73% daripada eksport dunia
(lihat Jadual 15.13).
Pertambahan eksport ini sebahagian besarnya
disumbang oleh sektor buatan, iaitu 95.0%.
23
24
25
26
27