Anda di halaman 1dari 66

BAB 6

IMBANGAN PEMBAYARAN
Balance Of Payment (BOP)

1
+ Ekspot barang 100
- Impot barang 80

A. Imbangan Perdagangan 20
+ Ekspot perkhidmatan 80
- Impot perkhidmatan 110
B. Imbangan Perkhidmatan -30
C. Bayaran Pindahan Bersih -10
D. = A + B + C = Akaun Semasa -20
E. Aliran modal jangkapanjang 50
+ Aliran modal rasmi 10
+ Pelaburan swasta 40
F. = D + E Imbangan Asas +30
G. Aliran modal jangkapendek
+ Modal swasta bersih 10
+ Kesilapan dan ketinggalan 10
20
H. Imbangan Keseluruhan (F + G) +50
I. Perubahan Rizab Bank Negara (kesan negatif) -50
Emas dan wang asing +30
SDR +10
IMF +10
Imbangan Pembayaran 0
2
100 80 = 20 (A) 80 110 = -30 (B) C = -10
D = A + B + C = 20 + (-30) + (-10) = -20 ( D = Akaun semasa)
E = 10 + 40 = 50 ( E = akaun Modal) F = D + E = -20 + 50 = 30
G = 10 + 10 = 20 (G = Akaun Modal)
H = F + G = 50 I = - (+30 + 10 + 10) = -50 ( I = Akaun Rizab Bank)
BOP = H + I = 0
6.0 Pengenalan

Imbangan pembayaran ialah satu rekod
sistematik yang mencatatkan nilai aliran
masuk dan keluar barang-barang,
perkhidmatan dan pergerakan modal antara
negara.
Catatan setiap item dalam Akaun BOP
(Balance Of Payment) penting untuk
dikawal kerana ia memberikan petunjuk
mengenai keadaan ekonomi semasa
sesebuah negara
3
6.1 Komponen Utama BOP
i. Akaun Semasa
ii. Akauan Modal

4
i. Akaun semasa

Akaun Semasa mencatatkan aliran masuk
dan keluar wang melalui aktiviti ekspot
dan impot barang-barang, perkhidmatan
dan bayaran pindahan bersih antara negara.
Perbezaan di antara nilai ekspot dan impot
barang-barang nampak dinamakan sebagai
Imbangan Perdagangan. Jika ekspot
melebihi impot, Imbangan perdagangan
dikatakan positif.

5
Sebaliknya jika impot melebihi ekspot,
Imbangan perdagangan dikatakan negatif.
Ekspot dan impot melibatkan urusniaga
barang-barang secara fizikal sahaja yang
biasanya meliputi hasil perindusrian dan
perkilangan, hasil pertanian, hasil-hasil
perlombongan dan sebagainya.
6
Perbezaan ekspot dan impot perkhidmatan
dinamakan Imbangan Perkhidmatan.
Ekspot dan impot perkhidmatan juga
dikenali sebagai ekspot dan impot barang-
barang tak nampak.
Jika ekspot perkhidmatan melebihi nilai
impot perkhidmatan, akaun Imbangan
perkhidmatan bernilai positif.
Sebaliknya, jika impot perkhidmatan
melebihi ekspot perkhidmatan, Imbangan
perkhidmatan menjadi negatif.

7
Akaun bayaran pindahan bersih mencatatkan
perbezaan penerimaan bayaran pindahan dari luar
negara berbanding dengan pembayaran bayaran
pindahan keluar negara.
Bayaran pindahan dilakukan oleh kerajaan dan
juga pihak swasta.
Contoh bayaran pindahan ialah bantuan
kewangan atau material yang di buat antara
negara, hadiah antara kerajaan dan swasta atau
apa-apa sumbangan yang berlaku di antara
negara. Bayaran pindahan juga disebut sebagai
"unilateral transfers".

8
Imbangan dari ketiga-tiga akaun tadi iaitu
Imbangan Perdagangan, Imbangan
Perkhidmatan dan Bayaran Pindahan
bersih dikenali sebagai Akaun Semasa.

Biasanya, Malaysia mengalami defisit
akaun semasa disebabkan akaun
perkhidmatan yang selalu negatif.

9
Oleh sebab itu usaha-usaha perlu dibuat supaya
akaun perkhidmatan menjadi lebih positif.
Misalnya, mengurangkan perbelanjaan perjalanan
ke luar negera, mengurangkan penghantaran
pelajar-pelajar ke luar negera dan mengurangkan
penggunaan khidmat pengangkutan dari negara
asing.

Contoh akaun semasa ditunjukkan di bawah:
10
Ekspot barang & Impot barang

A. Imbangan Perdagangan

Ekspot perkhidmatan & Impot perkhidmatan

B. Imbangan perkhidmatan

C. Bayaran pindahan bersih

A+B+C Akauan Semasa

11
ii. Akaun modal

Di bahagian akaun modal ia terdiri dari 3
akaun iaitu

i. Akaun aliran modal jangka panjang,
ii. akaun aliran modal jangka pendek dan
iii. Akaun perubahan rizab Bank Negara.

12
ii. Akaun modal
i. Aliran modal jangka panjang:

Ialah pergerakan modal yang berlaku
antara kerajaan dengan kerajaan dalam
jangka panjang dan pelaburan
korporat/swasta dalam jangka panjang.
Pergerakan modal antara kerajaan dalam
jangka panjang dikenali juga aliran modal
rasmi. Ia meliputi pinjaman dan bayaran di
antara badan-badan kerajaan negara
berkenaan dengan negara lain.

13
Manakala pelaburan korporat meliputi
penanaman modal langsung, pelaburan
berbentuk pembelian saham atau simpanan
jangka panjang dalam matawang negara
lain.
Perbezaan di antara modal jangka panjang
yang diterima dari luar negara dengan
modal jangka panjang yang dibayar ke luar
negara dinamakan Imbangan Modal jangka
panjang.
14
Apabila nilainya positif bererti lebih
banyak modal jangka panjang yang
diterima dari luar negara berbanding
dengan pembayaran yang dibuat ke luar
negara.
Campuran di antara akaun IMBANGAN
AKAUN SEMASA dengan IMBANGAN
MODAL JANGKA PANJANG dinamakan
Imbangan Asas.

15
ii. Aliran modal jangka pendek:

Terdiri dari aliran kewangan pihak swasta dalam
jangka pendek. Ia dibezakan kepada 3 jenis iaitu :

i. aliran kewangan oleh bank-bank perdagangan,
ii. aliran kewangan badan-badan kewangan lain.
Dan
iii. aliran kewangan yang tidak dapat dikesan atau
direkodkan (dicatat di bawah "kesilapan dan
ketinggalan").
16
Contoh aliran modal jangkapendek,
misalnya: rakyat Malaysia melabur di luar
negara dengan membeli saham-saham
bernilai 100 juta dalam tempoh kurang dari
setahun.

Aliran i. dan ii dikenali juga sebagai modal
swasta bersih.


17
Jika Akaun Modal ditambahkan dengan Akaun
Semasa akan diperolehi Imbangan Keseluruhan.
Imbangan Keseluruhan boleh positif atau negatif.

Jika Imbangan keseluruhan positif, ia akan
diseimbangkan oleh Akaun Rizab Bank Negara.

Sebaliknya jika negatif, ia juga akan
diseimbangkan oleh Akaun Rizab Bank Negara.
18
Oleh sebab itu akaun rizab bank negara
juga dikenali sebagai Akaun Penyelesaian
Rasmi atau "Official Settlement Account".
Di mana akhirnya akaun Imbangan
Bayaran akan sentiasa menunjukkan baki
kosong atau sentiasa seimbang.
Oleh sebab itu kita dapati dari segi catatan
sahaja akaun BOP sentiasa seimbang
walaupun dari segi praktikalnya ia tidak
seimbang.

19
iii. Akaun perubahan rizab Bank
Pusat

Akaun ini berperanan untuk
mengimbangkan akaun BOP.
Akaun ini dapat dibahagikan kepada 3
jenis iaitu
i. Akaun emas dan matawang asing,
ii. Akaun hak pengeluaran khas (SDR), dan
iii. Akaun simpanan untuk tabung
kewangan antarabangsa (IMF).

20
Jika aktiviti perdagangan antarabangsa
menguntungkan atau negara lebih banyak
menerima pendapatan dari luar, maka
imbangan keseluruhan akan mencatatkan
nilai positif. Andaikan lebihan Imbangan
Keseluruhan ialah +50 billion.
Maka nilai ini akan dicatat positif dalam
imbangan keseluruhan. Tetapi ia akan
dicatat negatif dalam Akaun Rizab Bank
Negara.
21
Nilai 50 billion ini mungkin telah disimpan
dalam ketiga-tiga akaun di bawah Rizab
Bank Negara. Andaikan 30 billion dalam
emas dan mata asing, 10 billion dalam
SDR dan 10 billion dalam IMP.
Contoh imbangan pembayaran ditunjukkan
dalam jadual berikut:

22
+ Ekspot barang 100
- Impot barang 80

A. Imbangan Perdagangan 20
+ Ekspot perkhidmatan 80
- Impot perkhidmatan 110
B. Imbangan Perkhidmatan -30
C. Bayaran Pindahan Bersih -10
D. = A + B + C + Akaun Semasa -20
E. Aliran modal jangkapanjang 50
+ Aliran modal rasmi 10
+ Pelaburan swasta 40
F. = D + E Imbangan Asas +30
G. Aliran modal jangkapendek
+ Modal swasta bersih 10
+ Kesilapan dan ketinggalan 10
20
H. Imbangan Keseluruhan (F + G) +50
I. Perubahan Rizab Bank Negara (debit ) -50
Emas dan wang asing +30
SDR +10
IMF +10
Imbangan Pembayaran 0
23
Dari contoh di atas, kita dapati lebihan
RM50 billion dalam akaun Imbangan
Keseluruhan telah diimbangkan oleh
RM50 billion juga dalam akaun Rizab
Bank Negara.

24
Adakah Imbangan Pembayaran Selalu
Seimbang?

25
Pada hakikaktnya BOP selalu tidak
seimbang. Ini bererti Imbangan
Keseluruhan mungkin negatif atau positif.
Tetapi disebabkan oleh peranan Akaun
Rizab Bank Negara.
Maka kita dapati dari segi catatan sahaja
akaun ini akan sentiasa menunjukkan baki
kosong. Tiada lebihan atau kurangan dalam
BOP.
26
Contohnya, Jika imbangan keseluruhan
mencatatkan baki positif 50 billion tadi,
maka Akaun Rizab Bank Negara akan
menunjukkan baki negatif 50 billion juga.
Sebaliknya jika akaun Imbangan
Keseluruhan baki negatif 50 billion, maka
Akaun Rizab Bank Negara akan
menunjukkan posotif 50 billion.
27
Punca utama mengapa akaun BOP selalu
menjadi negatif atau defisit ialah
disebabkan Imbangan perkhidmatan yang
selalu negatif.
Terutamanya dalam konteks Malaysia.
Imbangan pembayaran Malaysia selalu
negatif disebabkan oleh Imbangan
Perkhidmatan yang negatif.

28
Ini kerana Malaysia lebih banyak
menggunakan perkhidmatan dari luar
negara, misalnya aktiviti melancung keluar
negara, melanjutkan pelajaran keluar
negara, menggunakan khidmat perunding
luar negara, menggunakan khidmat
pengangkutan kapal asing, menyewa kapal
terbang asing dan sebagainya.

29
KesanBuruk Jika BOP
Sentiasa Negatif

BOP yang negatif bererti Imbangan
keseluruhan yang negatif.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan
kepada sesebuah negara kerana:

30
i. Kehabisan rizab asing

- Apabila aliran wang keluar melebihi aliran wang
masuk, ini bererti rakyat tempatan lebih banyak
menggunakan rizab asing (secara berhutang)
untuk membeli barang atau menggunakan
perkhidmatan negara luar.
- Mata wang asing, lama kelamaan akan kehabisan
stok. Ini menyebabkan negara tidak mempunyai
keupayaan untuk mengimpot terutamanya untuk
barangan perlu.

31
ii. Mengelakkan pinjaman luar negara

Apabila stok matawang asing berkurangan,
kerajaan terpaksa meminjam dari badan-badan
kewangan antarabangsa seperti Tabung
Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia, Tabung
Pembangunan Asia dan sebagainya.
Ini boleh meningkatkan hutang negara.
Tambahan pula pinjaman yang dibuat akan
dikenakan kadar bunga.

32
iii. Memburukan kadar pertukaran
matawang asing
Permintaan terhadap matawang asing yang
tinggi dan stok matawang asing yang
berkurangan akan menyebabkan kerugian
kepada kadar pertukaran matawang asing.
(ekport berkurangan)
Bererti rakyat tempatan lebih banyak
mengimpot atau menggunakan barang
impot.
33
Oleh itu mata wang tempatan akan turun
nilai (depreciate) berbanding matawang
asing.
Kenaikan nilai matawang asing akan
menyebabkan harga barang-barang impot
menjadi lebih mahal. Ini boleh
menyebabkan masalah inflasi dalam
negeri.

34
iv. Kesan buruk ke atas guna tenaga

Impot barang luar yang tinggi juga
menyebabkan barang tempatan akan
kurang diminta.
Oleh itu pengeluaran barang domestik akan
terjejas. Ini menyebabkan pengurangan
pengeluar tempatan akan mengurangkan
pekerja mereka. Ini boleh menimbulkan
masalah pengangguran dalam negara.

35
Kesan buruk yang berterusan keatas
Imbangan Pembayaran
Impot yang tinggi, menyebabkan
matawang tempatan turun nilai. Harga
barang impot meningkat. Ini menimbulkan
masalah inflasi domestik.
Masalah inflasi dalam negara akan
menyebabkan orang ramai terus
menggunakan barang luar negara kerana
barang impot relatifnya menjadi lebih
murah.
36
Pelabur juga akan kurang berminat
melabur dalam negara. Suasana ini akan
menyebabkan aliran keluar wang dan
modal secara berterusan.
Oleh itu ia akan memburukkan lagi
keadaan Imbangan Pembayaran yang sedia
ada.

37
Cara-cara Membaiki Imbangan
Pembayaran Yang Defisit

Imbangan pembayaran boleh menjadi
defisit disebabkan oleh Akaun Semasa atau
Akaun Modal.

Sekiranya keadaan defisit berterusan maka
langkah-Iangkah kawalan harus dilakukan.


38
i. Menggunakan cadangan emas dan
matawang asing
Sekiranya BOP mengalami defisit, kerajaan
boleh menggunakan langkah sementara iaitu
membiayai lebihan permintaan wang asing
melalui stok emas dan juga mata wang asing
yang ada dalam simpanan di Bank Negara.
Tetapi langkah ini adalah sementara sahaja atau
bersifat jangka pendek kerana stok rizab asing
akan semakin kurang dan kehabisan bekalan.

39
ii. Menggunakan kadar pertukaran tetap
Jika BOP sentiasa menunjukkan keadaan yang
defisit, maka kerajaan boleh campurtangan
dengan menetapkan harga matawang negara
tersebut berbanding dengan mata wang negara
lain.
Misalnya jika impot dari US semakin meningkat,
kerajaan Malaysia boleh menetapkan ringgit
berbanding US dollar. Misalnya RM3.80 = 1
$US. Ini membuatkan nilai ringgit tidak berubah
berbanding dengan matawang US. dikawal.

40
Oleh itu jika masih ada peningkatan impot atau
penggunaan perkhidmatan negara luar, maka
permintaan mata wang asing ini akan dibekalkan
oleh kerajaan.
Langkah ini juga boleh menyebabkan bekalan
rizab kehabisan stok. Tetapi ia agak baik kerana
nilai mata wang tempatan tidak akan turun lebih
rendah lagi dan barang tempatan relatifnya lebih
murah pada pandangan rakyat Amerika. Oleh itu
urusniaga dapat dilakukan dengan lebih teratur .
41
iii. Menghadkan impot
Bererti tindakan kerajaan mengurangkan
impot. Ia boleh dilaksanakan dengan
mengenakan cukai impot atau tariff dan
mengenakan kouta.
Tarif akan menaikkan harga barang-barang
yang diimpot dan memberikan hasil
kepada kerajaan.
Tarif sangat berkesan jika permintaan
barang impot sangat anjal.
42
Ini bererti dengan kenaikan harga yang
sedikit sahaja, permintaan barang impot
akan turun dengan banyak.
Kuota ialah tindakan menghadkan jumlah
barang yang boleh diimpot. Ini boleh
mengurangkan permintaan terhadap
matawang asing. Kerajaan juga boleh
mengenakan Embargo. Iaitu
mengharamkan langsung barang-barang
tertentu dari diimpot.


43
iv. Kawalan ke atas pertukaran matawang
asing
Kawalan ini boleh dikenakan terhadap
pengimpot dan pengekpot.
Kerajaan melalui bank pusat bertindak
sebagai monopoli kepada pengawal
matawang asing.
44
Sekiranya pengimpot ingin membeli
barang-barang dari luar negara, mereka
mesti mendapat kebenaran dari pihak
kerajaan melalui Bank Negara.
Bank Negara boleh mengawal jumlah
barang yang diimpot dan matawang asing
yang diminta.
45
Manakala pengekspot pula mestilah
menyerahkan matawang asing yang
diperolehi kepada Bank Negara.
Ini membolehkan Bank Negara mengawal
bekalan matawang asing yang diterima dari
luar negara.
Dengan kuasa ini Bank Negara boleh
menyekat jumlah wang keluar dan masuk
ke dalam negara mengikut keperluan
ekonomi domestik.
46
v. Menaikkan kadar bunga
Kerajaan boleh menaikkan kadar bunga
domestik. Tindakan ini boleh menarik
pelabur-pelabur dana masuk ke dalam
negara, terutamanya pelabur jangkapendek
yang sentiasa cuba mendapatkan
keuntungan secara cepat.
Simpanan dalam negara memerlukan
mereka meminta matawang tempatan. Ini
adalah langkah untuk menambahkan rizab
matawang asing dalam negara.

47
vi. Melaksanakan dasar deflasi
Iaitu dasar penguncupan dalam permintaan
aggregat. Bila dasar ini dilaksanakan,
bererti polisi fiskal lebihan dan polisi
kewangan menguncup dilaksanakan.
Oleh itu jumlah wang yang beredar dalam
negeri akan berkurangan. Maka kuasa beli
akan berkurangan. Oleh itu impot juga
akan berkurangan.

48
vii. Menggalakkan ekspot
Ini satu langkah yang baik iaitu dengan
menggalakkan pengeluaran barang dalam
negeri dan juga untuk tujuan ekspot.
Untuk menggalakkan pengeluaran dan
untuk tujuan ekspot, kerajaan perlu
memberi insentif berupa subsidi dan
mengurangkan tarif ekpsot.

49
Ini penting supaya barang-barang domestik
relatifnya menjadi lebih murah di pasaran
antarabangsa.
Di samping itu pengeluar tempatan juga
perlu meningkatkan kecekapan supaya kos
pengeluaran dapat diminimakan. Ini akan
mempastikan harga barang-barang yang
dijual tidak tinggi dan dapat bersaing di
pasaran antarabangsa.
50
viii. Melaksanakan dasar devaluasi
Devaluasi ialah langkah kerajaan
menurunkan nilai matawang tempatan
berbanding dengan matawang asing.
Biasanya langkah ini merupakan pilihan
terakhir. Devaluasi akan menyebabkan
nilai matawang tempatan menjadi lebih
murah. Oleh itu ekspot barang dan
perkhidmatan menjadi lebih murah pada
pandangan negara luar.
51
Misalnya Kadar tukaran ringgit dan US$
dollar ditetapkan pada RM3.80 = 1 US$
dollar.
Jika kerajaan menurunkan nilai ringgit
sebanyak 1 ringgit maka, sekarang RM4.60
= 1 US$ dolllar. Ini menyebabkan ringgit
lebih murah. Tujuannya ialah untuk
menggalakkan ekspot dan pada masa yang
sama mengurangkan impot kerana mata
wang US menjadi bertambah mahal.
52
Kesukaran Membaiki BOP
Yang Defisit

53
1. Kelemahan menggunakan cadangan
emas dan matawang asing
Langkah ini hanya berkesan dalam
jangkapendek dan bersifat sementara.
Ini kerana stok emas dan rizab asing akan
berkurangan. Ini akan mengurangkan
kuasa mengimpot untuk masa depan.
Langkah ini juga akan menimbulkan
masalah kekurangan penawaran wang
dalam negeri.
54
Ini kerana rakyat tempatan lebih banyak
membeli matawang asing. Mereka
menawarkan ringit dan pada masa yang
sama rizab akan berkurangan. Pengurangan
penawaran wang akan menyebabkan
permintaan domestik merosot. Seterusnya
jualan barang tempatan akan merosot.
55
2. Kelemahan menggunakan kadar
pertukaran rasmi
Cara ini juga memerlukan penjualan stok
emas dan rizab asing untuk mengekalkan
kadar pertukaran yang telah ditetapkan.
Lama kelamaan bekalan rizab akan kurang
atau habis. Ini akan menimbulkan masalah
kepada negara untuk mengimpot barang-
barang perlu dari luar negara.
56
Selain itu ia akan berjaya jika negara lain
tidak menetapkan kadar pertukaran yang
baru.
Jika negara lain turut mengambil tindakan
yang sama, maka kadar pertukaran rasmi
kurang berkesan.
Misalnya kadar asal ialah RM4.80 = 1 US$
dollar. Andaikan Malaysia tetapkan kadar
tukaran rasmi pada kadar RM3.80 = 1 US$
dollar...

57
Jika US merendahkan nilai matawangnya
kepada RM3.80 = 0.79 US$ dolar, maka
kadar pertukaran berbalik seperti
kedudukan asal.
Selain dari itu tidak ada polisi antarabangsa
yang mewajibkan negara yang mengalami
lebihan dalam BOP untuk mengurangkan
aliran masuk emas dan rizah asing ke
dalam negaranya.
58
Polisi ini juga menyebabkan pengaliran
berterusan stok emas dan rizab. Ini berlaku
sekiranya impot masih tinggi maka emas
dan rizab asing terpaksa dijual untuk
membiayai impot.
Oleh itu penawaran wang dalam negeri
kurang, permintaan domestik turun dan
pengeluaran barangan dalam negara akan
merosot.

59
3. Kelemahan menggunakan sistem
kawalan pertukaran
Kesukaran untuk mendapatkan kerjasama
pengekspot untuk menyerahkan emas dan rizab
asing kepada pihak berkuasa kewangan.
Begitu juga dengan pengimpot, mereka akan
berurusan dengan pihak lain yang boleh
memberikan kadar petukaran yang lebih murah
dari yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini akan
menggalakkan perniagaan matawang negara
secara haram atau "pasar gelap". Selain dari itu
sukar untuk membuat pengawasan terhadap
kaedah ini.

60
4. Kelemahan menaikkan kadar bunga
Biasanya apabila kadar bunga simpanan
dinaikkan, maka kadar bunga pinjaman
juga terpaksa dinaikkan untuk
memperolehi keuntungan.
Ini menyebabkan minat untuk meminjam
dan melakukan pelaburan akan berkurang.
Kekurangan pelaburan boleh menjejaskan
perbelanjaan aggregat dan pendapatan
negara.

61
5. Kelemahan menggunakan tarif
Tarif akan menyebabkan barang yang diimpot
menjadi lebih mahal.
Jika barang yang diimpot penting kepada
ekonomi atau permintaannya tidak anjal, maka
permintaan akan tetap dilakukan. Ini mendorong
kepada wujudnya masalah inflasi dalam negara.
Selain itu dasar ini hanya akan berjaya jika
negara lain tidak mengambil langkah yang sama.
Jika mereka berbuat demikian, maka langkah ini
tidak memberi apa-apa kesan terhadap harga
ekspot dan impot.

62
6. Kelemahan dasar deflasi
Dasar deflasi bererti mengurangkan
perbelanjaan aggregat dengan cara
melaksanakan polisi fiskal lebihan dan
polisi kewangan menguncup.
Jika perbelanjaan aggregat kurang,
permintaan terhadap barang domestik akan
berkurang. Ini menjejaskan pengeluaran
barang.
63
Seterusnya akan mengakibatkan pengurangan
bilangan pekerja atau pembuangan pekerja-
pekerja.
Ini boleh menimbulkan masalah pengangguran
dalam negara. Masalah pengangguran yang
seriuos akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara.
Selain dari itu dasar ini juga memerlukan masa
untuk menjadi berkesan. Kadang-kadang polisi
yang dibuat tidak menepati dengan masalah yang
berlaku dalam negara.

64
7. Kelemahan dasar devaluasi

Devaluasi ialah langkah kerajaan menurunkan
nilai matawang tempatan berbanding dengan
matawang asing.
Kejayaan dasar ini bergantung kepada beberapa
perkara:
Ia akan berjaya sekiranya negara lain tidak
melaksanakan dasar yang sama. Jika negara lain
juga melaksanakan dasar yang sama, maka
tindakan devaluasi tidak akan bermakna, kerana
kadar pertukaran tidak akan berubah.
65
Sekiranya negara lain tidak melaksanakan
devaluasi, penawaran barang dalam negara
untuk tujuan ekspot mestilah anjal. Iaitu
negara mesti berupaya untuk mengeluarkan
barang yang dikehendaki oleh negara luar.
Jika negara tidak berkemampuan untuk
mengeluarkan barang untuk tujuan ekspot,
maka devaluasi juga tidak akan berjaya.

66

Anda mungkin juga menyukai