Anda di halaman 1dari 7

KATA KATA ALUAN

Syukur Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan kurniaNya, dapat saya siapkan
folio ini dengan jayanya. Di sini, saya ingin saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Pendidikan Sivik dan Kearganegaraan
saya, Puan !ainab, yang telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam
membuat folio ini dari aal sehinggalah siap sepenuhnya.
"erima kasih juga diberikan kepada ibu bapa saya yang telah memberi sokongan
dari segi bantuan keangan dan dorongan yang tidak putus putus untuk saya menyiapkan
folio ini.
"idak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana
sudi menolong saya bagi melengkapkan folio ini dengan sempurna.
"erima kasih juga kepada mereka yang telah membantu saya mencari matlumat
melalui internet dan tidak putus putus menyokong saya serta di atas kesudian mereka
untuk meluangkan masa.
Akhir sekali, sekalung penghargaan saya ucapkan kepada pihak pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya sepanjang proses
penyiapan folio ini dijalankan.
#utaan terima kasih saya ucapkan.
$
PENDAHULUAN

Kes%kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku
dalam masyarakat &alaysia malah di merata tempat. 'agi masyarakat kian membangun
ini, membuanag bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan oleh pasangan yang
melakukan pen(inaan dan hamil. &enurut kes ini, perempuan yang telah dipersalahkan
dan terpaksa menanggung beban atas pembuatan pen(inaan tersebut.
"ujuan saya memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih
mendalam tentang punca%punca, realiti masalah dan langkah%langkah mengatasi
pembuangan bayi ini. Dalam folio ini, matlamat saya bertujuan untuk menyedarkan
bahaa pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan jenayah yang amat berat dan haram
di sisi islam kerana bayi merupakan re(eki yang Allah S.)." turunkan kepada kita
sebagai cahaya mata dalam kehidupan.Namun sebaliknya, kita membuang bayi tersebut
dan tidak bersyukur atas nikmat Allah s..t yang diberikan kepada kita. Pembuanagn bayi
sama maksudnya kita membunuh manusia yang tidak bersalah atas pen(inaan yang telah
kita lakui.
Saya berharap agar pihak kerajaan dan masyarakat mengambil peranan yang amat
penting bahaa gejala ini terus berlaku dan memperoleh peningkatan peratus yang tinggi
malah kaum melayu beragama islam.
*
ISI KANDUNGAN
Sejak akhir%akhir ini, negara digemparkan dengan beberapa berita yang amat
memeranjatkan semua pihak iaitu isu pembuangan bayi. +ejala ini amat menyedihkan
kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh
diterima dalam masyarakat kita.
,su ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang tidak sanggup
mengenangkan nasib bayi bayi ini yang tidak dipandang dan dicampak merata%rata
seolah%olah ianya sesuatu diciptakan tanpa nyaa. ,nilah yang telah berlaku pada
masyarakat kita pada masa kini. &aksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana%
mana. Anak%anak remaja kini terutamanya remaja &elayu yang beragama ,slam tidak
mengenal dosa atau pahala. &alah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan
yang tinggi dan belajar di ,P"%,P" yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang
dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang
dilakukan hanya mendatangkan dosa.
Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan bayi yang kemudiannya akan dibuang
seolah olah tidak bernyaa. -ampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen,
akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati
dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan
masih hidup. "ong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat aam
seperti masjid dan tandas aam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi%bayi malang
ini ditemui.
Perkara ini tidak seharusnya terjadi di negara ,slam seperti &alaysia. Namun,
remaja remaja &elayu yang beragama ,slam dan bangsa lain juga semakin dipengaruhi
oleh budaya barat dan semakin lupa adat ketimuran kita yang telah dipraktikkan sejak
(aman nenek moyang kita lagi. Perbuatan yang tidak sensitif ini jugalah yang
meujudkan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa deasa ini.
.
/aktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan
kefahaman agama. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman
hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya
terlibat dalam gejala%gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. 0emaja yang
melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah
semestinya menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahinan. -al ini telah menyebabkan
remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut,
remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak%agak untuk membuang dan
meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan
bayi dalam kalangan remaja berlaku. -al ini kerana, pada usia muda lagi, remaja amat
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. -al ini menjadi bertambah teruk apabila
mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. 0akan%rakan yang
negatif ini tidak teragak%agak mengajak remaja untuk melakukan perkara%perkara di luar
batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah,
melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya.
0emaja yang terjerumus dalam kancah%kancah negatif tersebut, akhirnya dipengaruhi
dengan nafsu dan akhirnya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa
membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.

Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut
menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja
perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina
dan memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga
pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. 0emaja perempuan berasa tertekan
dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak.
Demi menjaga maruah diri dan keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan
membuang bayinya kerana bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat. ,ni
membuktikan bahaa masyarakat seharusnya membuka mata tentang sikap mereka yang
bukan sahaja memberi tekanan kepada remaja tersebut, malah tidak menunjukkan sikap
sebagai seorang muslim yang berasaskan agama ,slam yang telah diajar agar menasihati
dengan lembut dan tidak menghina orang lain.

/aktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin tahu. Sikap ingin tahu
tentang sesuatu memang ujud dalam diri remaja. 'iasanya, mereka gemar mencuba
sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin mereka lakukan.
0emaja berfikiran bahaa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang
jarang dilakukan oleh orang lain. &ereka juga beranggapan bahaa diaktu usia
remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti
seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak
mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal terjadi. &ereka seharusnya
berfikiran lebih rasional tentang sesuatu dan memikirkan baik dan buruk sesuatu perkara
itu sebelum melakukannya.
1
'agi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya
memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak%anak mereka
lebih%lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi
kasih sayang yang secukupnya maka anak%anak akan mencari kasih sayang tersebut dari
orang lain seperti rakan sebaya. 2leh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang
penting dalam membentuk sahsiah diri anak%anak mereka supaya tidak terjerumus ke
lembah maksiat seperti pergaulan bebas, dan sebagainya.
Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah
peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. +uru guru juga seharusnya bersikap
lebih terbuka dan mendekatkan diri dengan pelajar. Sebagai contohnya, pelajar yang tidak
diberi layanan yang baik dan kasih sayang yang cukup serta perhatian yang lebih boleh
merujuk masalah mereka kepada guru guru prihatin yang sememangnya ingin tahu
tentang masalah mereka dan bukannya merujuk kepada rakan sebaya yang kadang kala
bersikap negatif dan masih belum matang.
Akhir sekali, anak%anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi
menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka
hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. -al ini
penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya
penjagaan rapi dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan alaupun
tidak sepenuhnya. Semua pihak digesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan
bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak
mengambil kesempatan terhadap anita.
3
PENUTUP
&elihat kepada permasalahan dan gejala pembuangan bayi yang melanda remaja
pada hari ini sememangnya amat mencemaskan. "indakan untuk mengaalnya sudah
sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan
generasi &alaysia. &eskipun ada cadangan mengenai cara untuk mengatasi masalah ini,
namun, semuanya masih tidak berjaya dan ada sebahagiannya tidak diambil berat oleh
pihak pihak tertentu. 0emaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan
masa depan negara. &ereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang
peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun
demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada
sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. #usteru itu,
setiap arga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu dalam mencegah
dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Pihak
atasan seperti badan%badan kerajaan dan bukan kerajaan juga perlu lebih peka dan
menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat
lebih informasi tentang gejala ini dan sedar mengenai kesan dan bahaya daripada
perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha%usaha yang dilakukan secara bersama dan
menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus
menjadi satu penyakit berbahaya di negara &alaysia ini.
4
MUKA SURAT
Kata%kata Aluan $
Pendahuluan *
0ealiti &asalah .
Punca%Punca 1
Penyelesaian 3
Penutup 4

Anda mungkin juga menyukai