Anda di halaman 1dari 5

Skrip Sketsa DI AMBANG MERDEKA

PERJUANGAN BELUM SELESAI


BABAK 1

Pernaklukan Komunis di bumi malaya mungkin belum bergitu meluas
sehingga ke kawasan Kg.Tualang , dengan Suasana Tenang Di Kampung
selalunya di selang selikan dengan kehijauan flora dan fauna yang mengindah
dengan kicauwan burung-burung berbunyi riang ria di halaman
kampung ..

Bapak : Ibu. tidak tahu kenapa, abang rasa macam tak sedap hati lah hari ini..
rasa macam ada sesuatu yang tak baik akan belaku hari ini.

Emak : Apa abang merepek ini , abang ini membuatkan saya memikir tentang
peristiwa yang berlaku di rumah keluarga abah saja , janganlah memikir yang bukan-
bukan abang .

Bapak : Hurm yalah mungkin mainan perasaan saja rasanya.. mudah-
mudahan tiada apa-apa yang belaku

Dalam rancak berborak-borak , kepulangan anak sulung yang di tunggu sejak
tadi hadir di keheningan waktu petang yang tenang

Sulung : Emak . Bapak. Sulung sudah pulang nie.( Sulung berjalan dari
tengah-tengah pentas dan bergerak menuju ke atas pentas )

Bapak & Emak : ya, sulung
( Sambil bapak & emak bangun menyambut kepulangan anak sulung bernama
sulung naik ke tangga rumah )

Sulung : Bapak , mak tadi semasa pulang dari tempat berkebun , sulung
Nampak sekumpulan komunis sedang memukul anak muda yang berkumpul ,
mereka takut anak-anak muda mewujudkan kumpulan menentang Komunis pak ,

Bapak : Nasib lah kamu tidak terlibat sama , hurm..(sambil mengeluh)

Emak : Kenapa abang mengeluh nie , mesti ada sesuatu yang difikirkan di
kepala .

Sulung : Ha ah , pak kenapa mengeluh? kalau ada sesuatu nak dikatakan,
beritahu sajalah.

Bapak : (dengan nada emosi )Bapak mengenangkan nasib Negara kita nie ,
adakah Negara kita ini akan mendapat kebebasan tanpa dijajah oleh golongan
penjajah (mengeluh )

Emak : Sulung kamu Nampak tak adik kamu semasa kamu pulang ke rumah
tadi? Mak dari tengah hari tak nampak Nampak dia .

Sulung : Entah lah mak, sulung tak perasan pula , mungkin masih ada di
pondok bersama rakan-rakan nya.

Orang Kampung : Orang kampung lari lari lari. komunis datang lari lari .

orang kampung lari dari arah kanan ke kiri pentas , menandakan kekacauan
kerika kedatangan komunis ke kawasan kampung tualang..

Emak : Aduh , abang komunis dah sampai kampung kita abang , apa nak buat
ni?
(dalam keadaan cemas)

Bapak : Dah dah masuk dalam rumah kunci semua pintu, sulung masuk
cepat .. masuk. (dalam keadaan emosi , mengarahkan ton dan sulung masuk ke
dalam rumah, tetapi sulung tertinggal barang di halaman rumahnya )

Dalam keadaan haru biru orang kampung berkeliaran lari , keluarga Rahmat
hanya mampu menyorokkan diri di dalam rumah , hanya Tuhan yang
mengetahui betapa takutnya mereka dengan kuasa komunis yang tidak
mengenal erti peri kemanusiaan ,komunis datang kerana mencari anak muda
lelaki untuk di pancung kerana komunis menjangkakan anak muda lelaki akan
membuat pakatan untuk menentang komunis , AKHIRNYA..komunis tiba
di kawasan rumah Keluarga Rahmat dalam keadaan marah dan mencari-cari

*komunis berkomunikasi dalam pelat melayu cina.

Ketua Komunis : Kamu periksa ini rumah , kalau ada orang bawah itu semua
orang keluar ,

setelah di periksa , rahmat dan zaiton di bawa keluar , kecuali sulung kerana
menyorok tempat tersembunyi

Bapak : Tolong tuan kami tak ada apa-apa harta tuan , kami miskin tuan

Emak : Ya Tuan kami miskin tuan .

Pembantu Ketua Komunis : Kami datang mahu cari orang muda lelaki ,

Emak & Bapak : (saling berpandangan) kami tiada anak tuan , kami hanya hidup
berdua tuan kami tiada anak tuan .

Pembantu Ketua Komunis : Betul kamu tiada anak muda lelaki ? kalau kamu
bohong kamu akan di pancung kepala kamu tau .

Bapak : Betul tuan kami tiada anak .

Orang Bawahan Komunis : (sambil mengambil sesuatu kepunyaan sulung
yang menandakan rahmat dan zaiton menipu , sambil berbisik kepada pembantu
komunis)

Pembantu Ketua Komunis : (Berbisik kepada ketua komunis , tentang
pembohongan rahmat dan zaiton berkenaan anak lelaki mereka iaitu sulung)

Ketua Komunis : Kamu sangat berani berbohong dengan tentera komunis , kamu
sendiri tahu balasan pada mereka yang berbohong dengan tentera komunis

ketua komunis mengarahkan orang bawahan nya untuk memancung kepala
rahmat dan zaiton , ketika itu juga sulung hanya memerhatikan peristiwa itu di
hadapan matanya dibalik tempat persembunyianya , dikala itu juga rahmat dan
zaiton diperlakukan seperti binatang di sepak terajang tanpa belas kasihan ,
sulung tidak dapat menahan lagi api amarahnya dan sulung bertindak tanpa
pikir panjang

Sulung : (sulung ditangkap oleh orang bawahan komunis)Anjing komunis
jangan kau fikir komunis akan dapat menakluk Malaya ini dengan senang , kami
orang-orang Malaya akan pertahankan Malaya ke titisan darah yang terakhir sekali
pun

Ketua Komunis : Tangkap orang muda itu , ikat tangan mereka bertiga pancung
kepala mereka. Pancung kepala mereka ha ha ha ha ha.

diketika itu , rahmat zaiton dan sulung telah di ikat dan akan dipancung

Sulung : (Sulung menjerit sekuat hati , melihat mak dan bapaknya di pancung
tentera komunis)
Makkkkkkkkkkkk , Bapakkkkkkkkkkkk . Perjuangan Belum Selesai.

selepas menjerit ayat perjuangan belum selesai akhirnya sulung di
pancung kemudian orang-orang komunis beredar meninggal kan mayat-
mayat rahmat zaiton dan sulung..

BABAK 2

Disuatu sudut yang lain kelihatan beberapa orang rakan-rakan yang muda belasan
tahun , sedang belajar dan berborak tentang cita-cita pada masa hadapan

Ejah : Ajak.. nanti kalau kau dah habis belajar , kau nak kerja apa ?

Ajak : Aku kalau ditakdirkan panjang umur kan , aku nak kawin dengan anak
orang kaya dulu , lepas itu aku tak payah kerja duduk rumah saja , mesti bapak
mertua aku bagi duit punya hahahahaha
Ejah: Si Ajak ini memang pandai bermimpi saja. Asyik nak kahwin dengan
orang kaya.
Samad : Apa lah kamu orang ini, tak baik cakap macam tu pada ajak , dia pun
ada hati dan perasaan , setiap orangkan ada cita-cita masing-masing biarlah dia
nak bercita-cita nak kawin dengan anak orang kaya , kesian dia tengok muka dia
dah berubah dah nak nangis dah ajak nie ..
Ajak : Samad. Si leman mana , kan kau selalu dengan dia , kenapa hari ini
kau tak datang dengan dia?

Samad : Entahlah aku pergi rumah dia tadi tapi , mak dia cakap dia tak ada di
rumah , aku pun terus ke sini , kejap lagi datang lah tu , bersabar

Leman terkenal di kalangan rakan-rakan kerana gurauan yang boleh bikin
pecah perut tetapi ketika itu , Dalam keadaan riuh rendah disebabkan gelak
ketawa rakan-rakan tadi tiba-tiba mereka semua terdiam kerana kedatangan
Leman dalam keadaan kalang kabut dan tak tentu arah , semuanya terdiam

Leman : (Terdengar dari jauh suara leman memanggil samad) Samad.
Samad samad (Leman jatuh di hadapan samad)

Samad : Man kenapa ? beritahu pelahan-pelahan , kami dengar penjelasan
kau

Leman : (Leman dalam keadaan menangis , ketakutan) Samad aku nak
beritahu pekara sedih pada kau, harap kau bersabar ,

Samad : (Samad tak senang dengan kenyataan leman) Kenapa man?

Leman : (Sambil mencekak baju samad) Mad bapak kau emak kau abang sulung
kau kena pancung dengan komunis mad.

Samad : Leman kita kawan dah lama, kau jangan nak bergurau gila dengan aku
macam ini man , jangan sampai pekara ini boleh buat kita putus hubungan sahabat
man

Leman : Mad aku tak akan gurau dengan perkata bodoh macam ini Samad
tapi apa aku cakap ini pekara betul mad tadi aku lalu depan rumah kau , aku
Nampak komunis sedang menyerang keluarga kau , sampailah bapak kau emak kau
dengan abg sulung kau kena pancung mad. Aku terus datang sini nak bagi tau
kau mad , kalau kau tak pecaya pergi rumah kau sekarang ..

Mereka bergerak ke arah rumah samad dengan segera
BABAK 3

Mereka sampai ke kawasan rumah Samad ,dan .

Samad : Makkkkkkkkkkk , Bapakkkkkkkkkkkkkkk , Abangggggggg
(Samad menjerit sekuat hati ,)
Komunis tak guna , kurang ajar , aku bunuh kau komunis sial
(berlari turun ke tengah pentas , tetapi di tahan oleh leman dan malik)

Sedang masing-masing mencari kain-kain untuk menutup jenazah rahmat ,
zaiton dan sulung , kedengaran dari jauh suara komunis datang ke kawasan
rumah samad , rupa-rupanya orang-orang bawahan komunis telah mengintip
pergerakan mereka bersahabat dan telah memberitahu kepada ketua komunis
bahawa ramai anak muda berkumpul dan pelu dipancung kepala mereka , dan
akhirnya komunis berada di rumah Samad dan mulalah pergaduhan dan
peristiwa berdarah ..

Samad : Cis! Komunis yang tak guna, aku nak bunuh kau!
Samad menyerang komunis , tetapi akhirnya dia telah ditahan. Seorang demi
seorang rakan-rakan Samad di ikat tangan dan dipancung kepala sehinggalah
giliran Samad yang terakhir..
Samad : Bilalah perjuangan boleh selesai? Bilakah kita boleh mendapat
kemerdekaan(sambil mengeluh)


TAMAT