Anda di halaman 1dari 10

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Isi kuliah
1. Konsep pluralisme dan masyarakat pluralistik
2. Pembentukan pluralisme dalam alam Melayu
3. Kesan sekularisme penjajah & pembentukan masyarakat pluralistik
4. Pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka dari perspektif
pendidikan dan pembangunan ekonomi dalam konteks HET di Malaysia & luar
negara

PENGERTIAN KONSEP

Pluralisme- kepelbagaian/ kemajmukan
Masyarakat pluralisme merujuk kepada masyarakat majmuk/ kepelbagaian
bangsa/kaum yang mendiami sesuatu wilayah/ negara mengamalkan
kepelbagaian budaya dan tradisi

PENGENALAN: KEADAAN MASYARAKAT DI TANAH MELAYU

Latar belakang (sejarah awal malaysia tiada bukti yang konkrit hanya
berdasarkan bahan tinggalan prasejarah)
1. Masyarakat zaman batu awal(paleolitk)-penduduk terawal tm, pada tahun 35
000 sm
2. Masyarakat zaman mesolitik menduduki tm pada tahun 11 000 sm (dikenali
sebagai hoabinh)
3. Masyarakat neolitik menduduki tm pada tahun 5 000 sm
Sejarah awal malaysia bermula dari zaman kerajaan melayu melaka-1400
sebagai pusat perdagangan yang berjaya,
PLURALISME DALAM ALAM MELAYU SEBELUM KEDATANGAN EROPAH

Sebagai wilayah pertemuan pelbagai tamadun / budaya utama dunia
Tiupan angin/ arus laut menghimpunkan manusia/ didorong oleh 3 matlamat
agama, kekayaan, kemegahan. Sebelum 1848 (sebelum penemuan bijih timah di
larut perak) hampir seluruh penduduk tm adalah orang melayu
Perkembangan politik Tanah Melayu
Kerajaan awal terbentuk pada kurun ke-7 di Kedah yang dikenali sebagai
Langkasuka
Kurun ke-9 kerajaan sri vijaya
Kurun ke-13 kerajaan temasek
Kurun ke-14 kerajaan melaka
1511 kerajaan melaka jatuh ke tangan Portugis
446 tahun tm dijajah oleh barat dan jepun

KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU KESULTANAN MELAYU MELAKA
Proses penghijrahan berlaku secara semula jadi/ tiada paksaan
Pertemuan para pedagang seluruh dunia The Venice of the East (pelabuhan
sibuk)
Pemerintah/ sultan berpandangan jauh/ diplomasi/ terbuka- pegawai istana
pelbagai bangsa-Melayu/India
Berlaku perkahwinan campur /akomodasi Cina dan India dengan penduduk
tempatan- masyarakat Baba.
Struktur masyarakat pada zaman Melaka (zaman tradisi) dipengaruhi agama
Hindu
Masyarakatnya maju (kegiatan perdagangan) terutamanya selepas Islam
dijadikan asas kehidupan
Masyarakat Melayunya `berbangsa-bangsa (bukan berkasta) berdasarkan darah
keturunan: keturunannya berbangsa juga
Mobiliti sosial ( vertikal / horizontal) boleh tapi jarang berlaku (beroleh kekayaan,
menjadi pahlawan, perkahwinan)
Penggunaan bahasa, gelaran, adat
Saling membantu dalam semua aspek kehidupan

SISTEM SOSIAL ZAMAN PENJAJAHAN
Kemasukan orang asing ke negeri Melayu bermula sejak zaman tradisi lagi
Kedatangan bertambah rancak pada zaman penjajahan Portugis, Belanda tetapi
bertambah-tambah pada zaman British apabila Pulau Pinang dan Singapura
diduduki British . Era 1870-1939 kemasukan beramai-ramai kerana faktor
`menolak dan `menarik
Sebelum penjajahan 90% penduduk Semenanjung termasuk Singapura
didiami oleh Orang Melayu dan Orang Asli
Perniagaan dalam negara dan antarabangsa dikawal oleh kerajaan Melayu dan
peniaga-peniaga Melayu
Lombong bijih timah dimiliki dan diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu

FAKTOR MENOLAK
Bencana alam seperti kemarau di India dan banjir di China
Penduduk ramai, kekurangan tanah untuk pertanian dan kebuluran
Kesempitan hidup / kemiskinan
Keadaan huru-hara di China




FAKTOR MENARIK
INDIA
Galakan daripada penjajah Inggeris untuk menjadi buruh di ladang kopi, tebu
getah
Sistem Kangany diperkenalkan untuk membawa buruh ke Tanah Melayu secara
sistematik (1911-1931)

CINA
Pengaruh keluarga yang telah berpindah
Galakan daripada penjajah Inggeris untuk mengusahakan lombong bijih timah,
tanag yang luasa untuk diteroka dan Undang-undang Imigresen untuk
melindungi buruh Cina
Wujudnya kawasan bandar beri peluang untuk berniaga

KESAN
Wujud masyarakat majmuk
- Awal abad ke-19: 90% Bumiputera
- 1991 45% Bumiputera
Pemisahan kaum melalui petempatan
- Cina : bandar (berniaga) dan kawasan lombong
- India: kawasan ladang getah
- Melayu luar bandar
Pemisahan kaum melalui kegiatan ekonomi
- Wujud dual ekonomi: pertanian padi dan ikan terbiar sementara lombong dan
ekonomi eksport digalakkan
- Bumiputera tidak dilibatkan dalam ekonomi moden
Pemisahan melalui pendidikan
- Melayu: sekolah agama, sekolah Melayu (bacaan dan kemahiran asas dan
Rumi
- Cina dan India: Kurikulum, buku dan guru dari negara asal dan melanjutkan
pelajaran ke negara asal
- Inggeris: Berasaskan gereja dan agama Kristian (Katolik dan Protestant)
- Cara hidup ala Inggeris
Pemisahan Pembangunan
- Tertumpu di kawasan bandar
- Luar bandar diabaikan

KEADAAN MASYARAKAT DI SABAH/SARAWAK
Pekembangan di Sabah
Orang Murut dan Kadazan penduduk awal datang dari tanah besar asia pada
tahun
2 000 sm
tabuaran penduduk sabah-ikut muka bumi
-penduduk pesisir (Brunei, Bajau dan Suluk)
-penduduk lembah pantai (Kadazan)
-penduduk pedalaman (Murut)

PENDUDUK SARAWAK
(diperintah oleh pemerintahan Brunei dan Sulu)
Penduduk sarawak wujud 40 000 sm
Pelbagai kaum melayu melanau, iban, bidayuh, kenyah, kelabit, kayan, penan.
Penduduk sarawak terbahagi kepada 2 bahagian:
penduduk yang tinggal di kawasan persisiran
a-orang melayu, asal sumatera, islam , nelayan, petani, pedagang
-orang melanau, islam dan kristian, aktivi menanam sagu
b-penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman
-iban, bidayuh, kelabit, kayan dan penan

MASYARAKAT MAJMUK SELEPAS MERDEKA & KESANNYA
Kesan sekularisme penjajah & pembentukan masyarakat pluralistik selepas
merdeka dari perspektif pendidikan
-Pendidikan bermula sekitar tahun 1800, dipelopori oleh sekolah vernakular
Inggeris dan diikuti oleh tiga lagi aliran persekolahan di Tanah Melayu iaitu
Vernakular Melayu, Cina dan India.
Wujudnya berbagai aliran ketika itu akibat daripada visi penajajah British sendiri
yang cuba memisahkan perpaduan kaum hasil daripada sistem dasar pecah dan
perintah mereka.
Faktor lain ialah kerana tiada satu kurikulum yang seragam selain setiap kaum
mahu mengekalkan identiti bangsa dan bahasa mereka.

Sekolah Vernakular Melayu
Sejarah pendidikan anak Melayu bemula sekitar tahun 1821 apabila Penang
Free School dibuka, diikuti di Teluk Belanga dan Kampung Gelam di Singapura.
Walaubagaimanapun, sekolah-sekolah itu terpaksa ditutup akibat kurang
sambutan dari orang Melayu dan masalah kekurangan guru-guru Melayu.
Ciri-ciri Sekolah Vernakular Melayu ialah :
Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Dibiayai oleh British
Pengajian hanya di peringkat rendah.
Dibina di kawasan luar bandar
Persekitaran belajar yang daif
Tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi.


Sekolah Vernakular Cina
Dasar terbuka dan tidak campur tangan British terhadap hal ehwal sosial
pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah Cina yang mana ianya
mengekalkan kebudayaan, pelajaran serta identiti masyarakat Cina.
Kurikulum serta struktur pelajaran diambil terus dari Negara China beserta
dengan guru-guru yang juga didatangkan khas dari China.
Isi kurikulumnya menegaskan kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan
menulis serta melukis.
Pada awal tahun 1920-an, pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan
British tentang bahaya penubuhan sekolah Cina tanpa kawalan.
Oleh itu, British telah menubuhkan satu undang-undang pada tahun 1920-an
iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan bertujuan bagi mengelakkan
sekolah itu terasing serta dapat mengawal aktiviti sekolah tersebut
Ciri-ciri Sekolah Vernakular Cina :
Ditubuhkan oleh pihak persendirian dan parti politik.
Sukatan pelajaran, tenaga pengajar dibawa terus dari Negara China.
Bertujuan untuk mengekalkan identiti kecinaan di Tanah Melayu.
Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan peradaban Cina di
seluruh Tanah Melayu.

Sekolah Vernakular Tamil
Wujud pada tahun 1821 selepas Penang Free School dibubarkan.
Ianya didirikan di ladang-ladang getah dan dikelolakan oleh masyarakat India
sendiri kerana pihak kerajaan tidak memberi sebarang bantuan daripada segu
kewangan, pedagogi dan kurikulum.

Seperti sekokah vernakular lain, sekolah jenis Tamil ini juga mengambil
kurikulum serta kemahiran yang bersumberkan dari negara India.
Kurikulumnya menegaskan pengetahuan asas dalam kemahiran seperti 3M, ilmu
alam, kebersihan diri dan sebagainya.
Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad pada di peringkat rendah dan
sebahagian besar pelajarnya kekal di ladang-ladang dan bekerja sebagai buru
kasar.
Ciri-ciri Sekolah Vernakular Tamil :
Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai satu tanggungjawab sosial.
Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan dari India.
Guru uang mengajar juga dibawa masuk dari India.
Pengajian hanya di peringkat rendah sahaja.
Kurang mendapat sambutan kerana ibu bapa lebih suka anak mereka
membantu mereka di ldaang sahaja
Ciri-ciri Sekolah Vernakular Tamil :
Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai satu tanggungjawab sosial.
Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan dari India.
Guru uang mengajar juga dibawa masuk dari India.
Pengajian hanya di peringkat rendah sahaja.
Kurang mendapat sambutan kerana ibu bapa lebih suka anak mereka
membantu mereka di ldaang sahaja

Vernakular Inggeris
Mula diperkenalkan di Tanah Melayu sejajar dengan penubuhan Penang Free
School.
Kebanyakkan sekolah-sekolah jenis ini ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh
kristian dan dibina di kawasan bandar-bandar dengan bantuan daripada Inggeris.

Kurikulumnya diambil bersumberkan daripada School Of Great Britain bertujuan
untuk melahirkan pegawai-pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan
pentadbiran British.
Pendidikannya mempunyai 2 tahap iaitu rendah dan menengah.
Bagi memenuhi keperluan guru-guru pelatih, program latihan guru kelas normal
dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan Pulau Pinang pada tahun 1907.
Kursus perguruan peringkat diploma pula ditawarkan di Raffles College di
Singapura
Bagi memenuhi keperluan guru-guru pelatih, program latihan guru kelas normal
dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan Pulau Pinang pada tahun 1907.
Kursus perguruan peringkat diploma pula ditawarkan di Raffles College di
Singapura
Ciri-ciri Sekolah Vernakular Inggeris:
Bahasa pengantar ialah Bahasa Inggeris.
Diambil alih oleh kerajaan British kerana keperluan tenaga pekerja rendah di
sektor kerajaan dan swasta.
Didirikan di bandar-bandar serta murid berpeluang melanjutkan pengajian ke
peringkat lebih tinggi.

Pendidikan yang tidak seragam menyebabkan perpaduan semakin sukar dicapai
selain jurang antara kaum yang semakin ketara.
Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa laporan pelajaran telah dikeluarkan
bertujuan memberi cadangan untuk melahirkan sistem pendidikan kebangsaan
Tanah Melayu supaya murid dapat belajar menerusi sistem pendidikan yang
sama.
Laporan Pelajaran
Antara laporan pelajaran tersebut ialah :
Laporan Barnes 1951
Laporan Fenn-Wu 1951
Ordinan Pelajaran 1952
Laporan Razak 1956

Selepas merdeka
Pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka dari perspektif politik dan
pembangunan ekonomi dalam konteks HET di Malaysia & luar negara
Politik- kerjasama antara etnik/semua bangsa bersatu menuntut kemerdekaan
-1974 Parti Perikatan (UMNO,MCA, MIC) permuafakatan politik
Perlembagaan- panduan asas kontrak sosial/ persetujuan antara kaum sebagai
syarat Br untuk memberi kemerdekaan kepada T. Melayu
Perkara penting-soal kerakyatan orang Melayu setuju terima kehadiran bukan
Melayu dan sebaliknya orang bukan Melayu setuju peruntukan hak-hak istimewa
orang Melayu

PENDIDIKAN
Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman
-kurikulum
-sukatan mata pelajaran
-berorientasikan tempatan
-bertujuan memupuk perpaduan

EKONOMI
Kerajaan mengatasi masalah sosioekonomi dan sosiopolitik antaranya:
Rancangan ekonomi pramerdeka-Racangan Malaya Pertama 1956-1960
Rancangan ekonomi selepas merdeka (Rancangan Malaya Kedua RM 9), DEB,
Dasar-Dasar Pembangunan negara.