Anda di halaman 1dari 8

SUHAILAH BINTI SALIP,

760223-01-6846,
PENGAJIAN MELAYU KUMPULAN 2,
PPG AMBILAN JUN 2011.

Pilih dan huraikan mana-mana 5 nilai murni utama dalam pendidikan Malaysia.
Terangkan bagaimana mengaplikasi nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian
seorang guru beserta contoh-contoh yang jelas supaya peribadi seorang guru
menjadi ikutan murid-murid dan masyarakat sekeliling.

Guru adalah satu golongan masyarakat yang khas. Atan Long ( 1980 )
mendefinisikan sebagai satu golongan masyarakat untuk memberikan pendidikan secara
formal dan bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat itu. Guru memang
dikatakan memainkan peranan penting dalam pendidikan. Sebagaimana ibu bapa, guru-
guru dipandang oleh anak-anak didiknya sebagai contoh atau role model . Oleh itu, setiap
guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti.
Sebagai role model bukan mudah. Guru yang baik amat disenangi anak-anak didiknya.
Apatah lagi jika guru itu jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan atau nasihat serta
bimbingan mudah diterima. Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung
kepada kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam
pembentukan dalam pembentukan sahsiah murid-murid. Oleh itu seorang guru perlulah
mempunyai sifat penyayang, dedikasi, ikhlas, bertanggungjawab dan kaizen.

Penyayang.
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,
dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru
Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian(concern) terhadap setiap
perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan
nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati,
sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang
perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
Amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan
murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.


Seorang guru mestilah berperasaan dan berpelakuan memahami, menghargai dan
mengambil berat terhadap anak muridnya. Ia mempunyai sifat pemaaf,penyayang, tidak
berdendam, tidak sombong dan tidak meninggi diri. Seorang guru perlu menganggap setiap
orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa berprasangka buruk. Guru perlulah
mempunyai sifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas.
Hal ini dapat menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga yang besar yang penuh
kemesraan serta bersifat simpati dan empati dalam melaksanakan tugas seharian. Ini dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehingga anak murid akan berasa
sekolah seperti rumah keduanya. Kalau suasana itu dapat diwujudkan maka sudah tentu
murid-murid dapat memperkembangkan potensi dan mengawal emosi secara meyeluruh
dan seimbang. Suasana begini dapat membantu guru dan pihak sekolah memberi tunjuka
ajar yang berkesan dan bertanggungjawab membentuk minda, sikap dan kelakuan murid-
murid yang bakal menjadi anggota masyarakat selepas tamat persekolahan. Guru
seharusnya menjadi berupaya menjadi contoh dan teladan yang baik, pendorong yang
berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan
menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak muridnya.
Sebagai pengurus dan pemimpin yang sentiasa berhadapan dengan berbagai
masalah serta terpaksa membuat berbagai keputusan , penilaian dan penghakiman
terhadap orang lain khususnya murid-murid adalah penting seseorang guru bersifat adil
dalam segala tindak tanduknya. Keadilan adalah satu hak asasi yang perlu dipertahankan
dalam segala bentuk hubungan dan tindakan guru. Murid-murid tidak sukakan guru mereka
yang pilih kasih, berat sebelah dan melebih-lebihkan sesuatu kelompok atau individu
tertentu tanpa memberi pertimbangn yang saksama dan adil dalam sesuatu hal.
Guru sebagai seorang pengurus dan pendidikan yang baik perlu menunjukkan sifat
mesra dengan murid-murid. Kemesraan adalah satu kualiti sosial yang sihat yang
membolehkan guru bergaul dan mewujudkan hubungan yang baik dengan murid dan guru-
guru lain di sekolah.


Berdedikasi.
Selain itu guru seharusnya menunjukkan sikap dedikasi dalam menjalankan tugas
hariannya dan mengamalkan apa yang disampaikan kepada anak-anak muridnya dengan
penuh tanggungjawab dan beretika. Hubungan guru dengan masyarakat juga menjadi
perhatian. Selain mewujudkan sekolah penyayang, guru juga berperanan mewujudkan
permuafakatan dengan masyarakat setempat. Ini kerana guru telah lama dikenali sebagai
pemimpin kecil yang dapat menyatupadukan masyarakat melalui jalinan mesra dalam
pergaulan mereka dengan masyarakat. Setiap guru harus komited terhadap kerjaya
pendidikan,berperibadi tinggi dan bersikap terbuka tanpa memilih kaum atau keturunan
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, murid-
murid terdiri daripada pelbagai keturunan dan fahaman agama. Dalam hal ini, guru yang
berdedikasi dan komited terhadap tugasnya ialah guru yang sejati, berinovatif dan kreatif.
Lebih penting ialah guru perlu menerap nilai-nilai murni seperti mana yang dikenal pasti
sebagai nilai inti dalam pengajaran masing-masing.
Seorang guru hendaklah berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara
berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Maka ia seharusnya bekerja tanpa
jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah.
Seseorang guru sanggup berkorban demi kepentingan, tekun, rajin dan bersikap positif
dalam melasanakan tugas dengan mendapat hasil yang berkualiti. Guru tersebut perlulah
seorang yang sabar, bertanggungjawab, teliti, ceria, tidak cuai atau merungut dalam
menjalankan tugas. Guru hendaklah cergas dan pantas dan hasilnya menepati kehendak
organisasi. Sikap yang baik ini akan menjadi contoh kepada anak murid.
Guru sebagai pengurus yang baik perlu mempunyai sifat dedikasi yang tinggi.
Kebolehan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi pada umumnya bergantung kepada
daya usaha, kesungguhan, ketekunan, kegigihan, dan rasa tanggungjawab guru terhadap
pendidikan anak-anak mengatasi soal-soal dedikasi yang tinggi membentuk guru menjadi
seorang pendidikan dan pengurus pakar yang cekap. Inisiatif bagi memajukan diri dan
memajukan profesion perguruan amat bergantung kepada sifat dedikasi seorang guru.
Seseorang guru yang baik perlu memiliki sifat kesediaan mendengar kritik dan
teguran. Kesediaan ini amat penting supaya guru tidak dapat melenting atau membalas
dengan amarah dan cepat rasa tersinggung terhadap kritikan dan teguran yang dibuat oleh
pihak-pihak tertentu seperti rakan sebaya ( sesama guru) , guru besar, ibu bapa atau pun
murid-murid. Kesediaan guru mendengar kritikan dan teguran akan membolehkannya
mengambil segala kritikan dan teguran tersebut sebagai satu maklum balas ( feedback)
yang sangat berguna untuk memperbaiki kelemahan dirinya dan kelemahan kerjayanya
dalam menjalankan tugas yang agak mencabar. Keegoan yang melampau mungkin tidak
berapa baik kerana akan mencuba mempertahankan kelemahan tanpa memberi ruang
untuk menerima pandangan dan kritikan membina kekuatan diri dan prestasi kerjayanya.







Keikhlasan.
Keikhlasan dan kejujuran merupakan kunci bagi kejayaan guru dalam menjalankan
tugasnya. Seseorang guru mestilah berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk
menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran. Menerima tugas dengan
rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada tangungjawab. Guru
tersebut menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan
kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain. Seorang guru dapat
memberi layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak
bersikap pilih kasih dalam menjalankan tugas. Ia seharusnya bersedia menerima teguran
dan kritikan dengan hati dan fikiran terbuka. Seorang guru juga seharusnya saling hormat-
menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan diri.
Untuk menjadi seorang pendidik haruslah dibekalkan dengan sebuah perasaan halus
memahami anak murid, di samping ketebalan rasa sabar serta kekuatan minda
menyampaikan ilmu dengan berkesan dan kreatif. Sifat kasih sayang akan menyuburkan
jiwa kita dan jiwa murid yang kita curahkan ilmu. Semoga lebih ramai lagi pendidik
mengamalkan sifat toleransi dan memahami anak didik masing-masing. Pendidik yang
terbilang akan melahirkan murid yang cemerlang daripada sudut ilmu dan akhlak.
Seorang guru mestilah mempunyai niat dan perbuatan yang ikhlas seta benar. Ia
mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang
tersembunyi ataupun mengharapkan balasan. Guru mestilah bercakap benar dan menepati
janji. Guru seharusnya bersedia mempelajari atau menerima nasihat orang lain seta tidak
bersikap sombong. Guru juga mesti memberi dan menerima arahan yang jelas dan tepat
seta tidak mengelirukan, boleh berkongsi pengalaman, ilmu, dan kepakaran untuk kejayaan
bersama.

Bertanggungjawab.
Seorang warga pendidik hendaklah mempunyai sifat bertangggungjawab dalam
melaksanakan tugas tanpa meyalahgunakan kuasa dan kedudukannya. Justeru itu, ia
mestilah menjalankan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab tanpa
penyelewengan dan cuai. Seorang peendidik mempunyai sikap jujur serta setia kepada
organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Ia menggunakan masa kerja
dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan tugas dalam tempoh masa yang ditetapkan dan
tidak menggunakan masa bekerja untuk urusan peribadi. Seorang guru juga hendaklah
berdisiplin serta mengawal diri dan tidak melakukan kerja yang membolehkan ia hilang
kepercayaan orang lain terhadap dirinya. Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan
dan penyalahgunaan kuasa merupakan satu sifat amanah yang amat dituntut.
Dia harus berwawasan untuk membentuk muridnya menjadi manusia yang mulia. Ini
adalah satu sifat yang penting untuk menjadi guru yang sempurna. Sifat yang
bertanggungjawab ini harus ada dalam guru kerana ini akan membuat guru akan sering
memikir ke arah yang positif tentang muridnya. Sifat ini juga akan membuat guru-guru rasa
lebih bertanggungjawab atas kerjaya yang mereka pilih.
Seorang guru yang baik sentiasa rajin menjalankan tugasnya tanpa menunjukkan
minat yang merosot walaupun menghadapi pelbagai masalah dan peningkatan beban kerja.
Kerja dan tanggungjawabnya dilakukan dengan penuh kesungguhan dan dedikasi. Guru
juga jarang ponteng dan mencari helah, meninggalkan kelas atau pun mengabaikan murid-
muridnya. Kajian yang ditunjukkan guru memberi faedah yang besar kepada murid-murid.
Sifat rajin guru seorang role model yang dihargai oleh murid-muridnya.
Sifat kreatif dan inovatif amat penting untuk membolehkan guru menunjukkan
prestasinya yang cemerlang dalam profesion pengurusan. Tugas guru sebagai seorang
pengurus dan pendidik menuntut supaya guru sentiasa mempunyai idea-idea baru, bersifat
kreatif, dapat memperkenalkan pelbagai pembaharuan, dapat merangsang minat, dapat
megubah stail dan pendekatan pengajaran yang menarik, dapat meningkatkan motivasi dan
aspirasi, mempunyai keinginan untuk membaiki kelemahan dengan membuat
penilaian kendiri (self-evaluation). Guru sentiasa sensitif terhadap keperluan kepada
perubahan dan pembaharuan , dan kesediaan untuk melaksanakan perubahan dan
pembaharuan dengan penuh dedikasi. Sifat kreatif dan inovatif menjadikan pengajaran guru
lebih menyeronokkan dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada murid-murid.

Kaizen.
Masyarakat Jepun membuat tanggapan terhadap segala penambahbaikan dalam
sesuatu organisasi sebagai kaizen. Menurut Owen ( 1995 ) kaizen ialah proses pemulihan
yang tiada hentinya dan penambahbaikan yang berlaku secara kecil-kecilan adalah lebih
baik.
Falsafah Pendidikan Malaysia Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan secara
berterusan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1987)
Cabaran guru pun semakin bertambah dengan teknologi maklumat yang menjadikan
masyarakat mendapat ilmu pengetahuan tanpa melalui pengajaran guru semata-mata lagi.
Guru harus sentiasa mengembangkan dirinya secara profesional supaya ia dapat bergerak
bersama-sama dengan arus perkembangan ilmu dan dapat menjalankan tugasnya dengan
baik dan berkesan. Perubahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi seperti sekolah
haruslah melibatkan ciri-ciri yang berterusan (Kaizen), berlaku secara beransur-ansur serta
menyeluruh ke arah yang lebih baik atau penambahbaikan. Perubahan juga dikaitkan
dengan memperkenalkan sesuatu tingkahlaku baru atau amalan-amalan baru yang diharap
akan dapat memperbaiki amalan atau keadaaan yang sedia ada di sekolah. Oleh itu
perubahan tidak dapat dipisahkan daripada konsep "transfomasi", "inovasi" dan
penambahbaikan.
Kemahiran berkomunikasi akan dapat membantu guru-guru meningkatkan
kemahiran kepemimpinanya di sekolah. Kebolehan guru-guru berinteraksi dengan baik,
menjaga tingkahlaku dan pertuturan akan dapat meningkatkan kejeleketan dalam kalangan
guru-guru. Guru-guru dapat mengawal keadaan dengan menguasai suasana melalui daya
pujukan, berhemah tinggi dan gaya yang bersesuaian apabila berinteraksi dengan guru-guru
lain. Pengetahuan yang luas dalam banyak bidang yang boleh dijadikan isu perbincangan
boleh mempengaruhi imej guru-guru.
Seterusnya ialah bersifat fleksibel, guru-guru harus bersikap fleksibel dalam segala
perubahan tidak kira suasana, murid dan kaedah pengajaran. Penerimaan perubahan baru
dengan serta merta tidak akan memeranjatkan guru kerana sifat fleksibel mereka. Guru-guru
haruslah bersedia membuat anjakan paradigm khusus berkaitan dengan isi-isu pendidikan
demi kejayaan murid-murid. Seterusnya ialah guru sebagai fasilitator yang sentiasa memberi
sokongan dan nasihat kepada murid-murid. Guru haruslah membuka minda murid supaya
mereka lebih berfikiran terbuka dan terjana untuk memudahkan guru itu sendiri
mempengaruhi pelajar ke arah kebaikan.
Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk
peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari
penyelesaian. Perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah
seiring dengan perubahan peranan seorang guru. Untuk menghadapi tuntutan dan cabaran
daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya
memainkan peranan yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa melengkapkan
diri dengan mengemas kini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke
semasa.
Salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah.
Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian demi
mempertingkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang
profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas
seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mereka di bilik darjah.
Mempunyai sifat berani dan mahu mencuba idea baru dan inovatif. Keberkesanan
guru yang mengajar di bilik darjah pula tidak akan tercapai dengan baik tanpa sokongan alat
dan bahan bantu mengajar yang kreatif, cantik dan menarik. Bahan bantu mengajar itu pula
perlu diinovasikan (Kamus Dewan 1989: 455) menjelaskan inovasi bermaksud
memperkenalkan sesuatu yang baru atau memperbaharui sesuatu yang telah sedia ada
dengan diberi wajah baru).
Justeru itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan teknik dan kaedah
pengajaran. Antara kaedah yang berkesan ialah melalui penggunaan bahan multimedia di
dalam pengajaran seperti penggunaan microsoft power point, klip video, peta minda dan
internet. Selain itu, guru harus berani untuk mencuba apa-apa cara tradisional atau masa
kini untuk menarik perhatian murid dalam pelajaran. Spontan, lantang dan berani adalah
perkara yang wajib disematkan di dalam diri seorang guru. Lakonan yang menjadi hiburan
serta membuat murid lebih memahami apa yang guru ingin sampaikan. Keberanian ini
bukan semua guru dapat menguasainya, akan tetapi jika kita mencintai profesion ini, kita
akan bersungguh dalam segala usaha. Inovasi penggunaan cara lama dan cara baru
ataupun menggabungkan kedua-duanya sekali pasti akan membuat murid terhibur dan
mencuri perhatian murid.
Pengajaran dan pembelajaran secara efektif akan berjaya menjadikan mata
pelajaran ini lebih menarik, memberi motivasi dan mampu meningkatkan kefahaman murid
bermula daripada guru itu sendiri.Menjadi guru yang ideal dan berpengaruh, para pendidik
perlulah memahami kemahiran yang digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan
kemahiran kepada mereka. Melengkapkan diri dengan ilmu dan teknik-teknik yang
berkemahiran tinggi serta kaedah yang di luar jangkaan murid dan pemikiran masa kini. Ia
haruslah digunakan secara meluas di kalangan pendidik dan semestinya melaras dengan
objektif yang hendak disampaikan.
Untuk mencapai tahap yang tinggi dan dihormati, para guru perlulah sentiasa
mencari, mempelajari dan mempraktikkan pelbagai cara yang memjadikan mereka antara
guru yang ideal dan menarik. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang ideal dan
diterima semua murid. Ini kerana setiap murid mempunyai kaedah teknik pembelajaran yang
berbeza, serta minat mereka yang pelbagai. Murid yang beratus mempunyai pelbagai minat
dan cita-cita malah seorang guru harus menandingi berates murid-murid itu supaya mereka
lebih mendekati apa yang mereka impikan. Secara tidak langsung, membuatkan guru
menguasai semua yang dikehendaki murid.
Semua pihak mesti melakukan reformasi terhadap masing-masing serta memandang
ke hadapan dengan fikiran yang terbuka dan positif, mengamalkan cara hidup yang
bermoral, berhemah tinggi, serta sanggup menjadi model dalam masyarakat. Guru
mharuslah memahami bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas
kepada kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion keguruan yang
bertanggngjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Di
samping itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik diharap dapat merealisasikan
matlamat pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
serta mencapai Wawasan 2020.