satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan yang tinggi dan latihan yang
khas.Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan melaksanakan tugas fungsi sosial yang penting.
Ciri-ciri profesion :
1. Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat
dan negara
2. Pekerja yang banyak menggunakan keupayaan kebolehan intelek semasa memberi
perkhidmatan.
3. Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas megikut tempoh
masa yang tertentu .
4. Pakar dalam bidang pekerjaan.
5. Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas.
6. Mementingkan mutu perkhidmatan.
7. Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran semasa menjalankan tugasan.
8. Pekerja terdiri daripada ahli organisasi yang berkuasa menentukan kemasukan,mengawal mutu
dan penyingkiran ahli.
9. Mematuhi kod etika profesion
Konsep profesional-
Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion .
Orntein dan Levine (1993)-4 Atribut dalam satu profesion
a.Penguasaan ilmu yang mendalam
b.Kecekapan dan kepakaran dalam bidang
c.Kod etika
d.Kebenaran atau persetujuan diberi kepada satu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.
Konsep profesional perguruan dan keguruan-
Perguruan :Diertikan sebagai pengajaran Kamus Dewan,(1989)
.Keguruan:Diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan
,tugas dan kelayakkan sebagai guru Kamus Dewan (1989)
Guru profesional Vs guru tidak profesional
Guru Profesional
-Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan
-Mempunyai autonomi kaedah mengajar dalam bilik darjah
-Menjadi ahli kesatuan menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala aktiviti profesional
-Guru adalah pakar dalam pendidikan
-Pekerjaan guru adalah erkhidmatan penting kepada individu dan negara
Guru Non Profesional
-Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja.contoh guru sandaran atau guru sementara
-Kemasukan ahli kedalam profesion guru tidak sukar dan tidak banyak persaingan
-Autonomi guru adalah terhad.Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya
guru tersebut tidak mematuhi kod etika
-Bukan semua guru wajib menjadi ahli kesatuan
Ciri-ciri guru profesional ( Abdul Shukor Abdullah, 1998)
Bersikap profesional
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
Berilmu
Patuh dengan Kod Etika
Bermoral
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
Prihatin terhadap murid dan ibubapa
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid
Mempunyai kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa
Memastikan suasana guru mengajar murid belajar di dalam kelas
Melahirkan persekolahan berwatak supaya murid mempunyai kekuatan ilmu ,berpesonaliti
sihat dan serba boleh
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya
Mempertahankan martabat profesionnya
Belajaran kandungan
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan,bebas pendirian dan tidak berbelah bahag
10 Treat Guru yang Berkesan ( McEwan,2002)
1. Dorongan oleh misi passionate
2. Positif dan benar
3. Guru sebagai pemimpin
4. Witt-it-ness
5. Gaya
6. Kepakaran motivasi
7. Keberkesanan pengajaran
8. Pembelajaran kandungan
9. Pintar
10. Celik minda
Model Guru Profesional Muhammad Sani (1998)
Sahsiah
Bertaqwa
Berakhlak
Berperibadi mulia
Komitmen
Bersopan
Positif
Berkepimpinan
Budaya Ilmu
Ketrampilan
Merancang dan mengurus P & P
Memilih strategi
Kemahiran teknologi
Kemahiran generik
Kemahiran kaunseling
Menilai P & P
Ilmu
Isi kandungan
Pedagogi
Bahan
Kaedah
Teknologi
Guru guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:
-Kaedah mengajar
-Kawalan sosial disekolah
-Kawalan disiplin murid
-Hal-hal tingkah laku perkembangan murid
-GERKO
-Pembimbing kepada murid
Guru Sebagai Satu Profesion
Guru sebagai satu profesion Pendahuluan ( Konsep Profesion)dalam mencapai misi Nasional,Pendidikan
adalah merupakan salah satu faktor penting bagi tujuan tersebut.Bagi menjayakan misi dalam
memartabatkan profesion perguruan ,guru adalah tunjang sebagai penjana dan pencetus bagi
merealisasikan matlamat tersebut.Menurut Kamus Dewan (1970),guru bererti pendidik ,pengajar dan
pengasuh.Jika dihiraikan dengan lebih mendalam lagi,pendidik bermaksud orang yang memelihara dan
melatih.Pengajar adalah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain,manakala pengasuh
membawa maksud memelihara,menjaga dan mendidik.Manakala keguruan ialah sesuatu yang
mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti
sekolah,tempat belajar pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang berkaitan dengan
guru.Bedasarkan ciri-ciri profesion Mok Soon Sang (1996)merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai
ketulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu.Untuk menjadi seorang yang profesional haruslah
bersikap jujur,dedikasi,bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai autonomi bertugas
dengan mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Pada pendapat saya ,jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan yang profesional.Hal
ini tidak dapat dipertikai kerana ciri-ciri pekerjaan ini banyak mengandungi pekerjaan yang profesional
.Mungkin sesetengah orang yang tidak terlibat menganggap profesion ini sekadar mengajar
sahaja.namun sekiranya mereka terlibat secara langsung,barulah mereka sedar bahawa seorang guru
bukan hanya perlu mengajar semata-mata,malah boleh melakukan tugasan golongan profesional yang
lain.contonya menjadi doktor,peguam,akauntan dan sebagainya.
Isu:Rukunnegara
Rukunnegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan usaha membina negara dan
bangsa Malaysia.Ia telah diisytiharkan pada 31.ogos.1970 oleh yang Dipertuan Agong Keempat
Ikrar Rukunnegara itu adalah seperti berikut:
Bahawasanya ,Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak :
Mencapai perpaduan yang lebih erat dikalngan seluruh masyarakatnya;memelihara satu cara hidup
demokratik;mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran negara akan dinikmati bersama
secara adil dan saksama;menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dengan berbagai corak ;membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden
Maka kita rakyat akan berikrar akan menumpukan dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
atas prinsip-prinsip yang berikut:
1.KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2.KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3.KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4.KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5.KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Melalui cara ini,kanak-kanak akan dilatih atau diasuh serta diserapkan nilai murni dan norma-norma
masyarakat dalam proses pendidikan dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi
mewujudkan perpaduan antara kaum
KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN
KONSEP ETIKA
-Sistem tingkah laku kumpulan manusia / organisasi
-Nilai moral baik atau buruk
-Masyarakat menganalisa ,menilai,sama ada mengikut peratuaran yang ditetapkan
-Guru perlu menjaga kod etika demi status ,akhlak damn maruah
KOD ETIKA KEGURUAN
-Etika berasal dari bahasa Greek ,Ethos diertikan sebagai sikap dan adat menentukan tingkahlaku iaitu
penemuan baik buruk perbuatan manusia.
-Tinjauan dari perspektif lain membawa maksud etika sebagai prinsip-prinsip moral yang merangkumi
ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran (Merican College Dictionary ,1940)
-Megikut Nikki (2009) pula dianggap sebagai pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan
tindak tindakan manusia dalam bahagian tertentu.
ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-
prinsip yang berikut:
Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Pengerak kearah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
Tanggungjawab terhadap pelajar
-Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
-Bersikap adil terhadap pelajar
-Merahsiakan maklumat ikhtisas
-Membimbing dan mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran
-Menunjukkan cara berpakaian ,pertuturan dan tingkahlaku
-Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas
Tanggungjawab terhadap Ibubapa
-Menghormati tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak mereka
-Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama
-Menganggap semua maklumat yang diberikan ibubapa adalah sulit
-Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka
-Menggelak daripada menggunakan /dipengaruhi oleh kedudukan sosial /ekonomi ibubapa
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
-Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar,masyarakat dan negara
-Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang setia dan bertanggungjawab
-Menghormati masyarakat tempat berkhidmat
-Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dan ibubapa ,institusi pendidikan dan
masyarakat
-Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima masyarakat
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
-Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik rakan sejawat
dihadapan ibubapa dan pelajar
-Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan seorang guru
-Berusaha menunaikan tanggungjawab
-Sentiasa membantu rakan yang baru menyertai perguruan
-Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion pergururan
-Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru
PENGETAHUAN GURU BERKAITAN DENGAN KOD ETIKA DAPAT MELAHIRKAN GURU SEBAGAI INSAN
ASPIRASI NEGARA
-Sebagai seorang pendidik,guru mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan
pelajar,ibubapa,masyarakat,negara rakan sejawat dan profesion guru itu sendiri.
-Oleh itu untuk meningkat profesionalisme guru, seseorang guru perlu menjadi role model dan uswatun
hasanah bukan sahaja kepada anak didiknya tetapi semua termasuk seluruh anggota masyarakat(Abu
Bakar Nordin,2003)
-Seorang guru harus mengamalkan disiplin cemerlang contohnya bekerja keras,menepati
waktu,berakhlak mulia ,mempunyai emosi yang mantapdan disiplin diri yang utuh.
-Seorang guru perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti dalam meningkatkan profesion
perguruan.
-ilmu menimbulkan semangat ingin tahu dan mengkaji ilmu-ilmu baru yang lain(Muhd Taib Hj Dora
,2005)
-Profesion guru dapat dipertingkatkan melalui penerapan insan rabbani dalam diri seseorang guru.Dari
sudut agama,guru hendaklah sentiasa sedar dia bertanggungjawab sepenuhnya kepada perbuatannya.
-Guru harus menerapakan elemen kasih sayang semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk
meningkatkan profesion guru
-Merujuk kepada Falsafah Pendidkan Negara (FLK) ,kekuatan dalaman untuk pembinaan untuk etika
keguruan boleh dimulakan dengan kekuatan potensi rohani yang membawa maksud potensi rohani
dihayati dalam potensi intelek,emosi dan jasmani.
-Kekuatan dalaman boleh dipertingkatkan menerusi peningkatan kepercayaan kepada Tuhan yang
merupakan ciri fitrah insaniah(Tajul Ariffin Nordin ,2007)
Kesimpulan
-Guru dan bakal guru didedahkan dengan Kod Etika Perguruan supaya dapat melahirkan guru yang
profesionalisme dan efektif
-bukan semua permasalahan guru dapat diselesaikan melalui kod etika
-Pemahaman yang mendalam terhadap kod etika amat bperlu dititikberatkan oleh semua warga
pendidik
AKAUNTABILITI GURU
Konsep
-Tanggungjawab kepada seseorang /sesuatu
-Tanggungjawab kepada profesion perguruan
-Laslie Kaplang & William Owing (2001),akauntabiliti guru sebagai
Kualiti guru
Kualiti pengajaran
Akauntabiliti terhadap diri/perlakuan
-Berilmu pengetahuan dan kemahiran menyampaikan maklumat
-Kemahiran Interpersonal
-Membentuk soalan penilaian
-Pengurusan bilik darjah
-Memotivasikan pelajar
-Pengurusan disiplin
Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibubapa
-Menjalankan tugas dengan dedikasi
-Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid
-Bersikap adil dengan murid-murid
-Membimbing murid-murid tanpa sebarang bayaran
-Memberikan contoh terbaik kepada murid-murid
Akauntabiliti terhadap profesion
-Melaksanakan aktiviti kurikulum dan korikulum
-Menjadi suri tauladan yang baik kepada murid murid
-Membantu rakan sejawat
-Tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang mencemarkan perguruan
Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara
-Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPN dan RN
-Memupuk nilai murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang kaum
-Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat malaysia
-Megeratkan persefahaman dengan ikhlas dalam kalangan ibubapa
-Memberi sumbangan sukarela kepada negara
Intergriti Guru
-Intergriti bermaksud wholeness atau completeness-kesempurnaan
-Nilsen 2004,bermaksud keikhlasan dan kejujuran
-Institut Intergiti Negara kualiti yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan
organisasi
-Berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam sehari hari
-Intergriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa dipertanggungjawab menurut
kepentingan umum
-Guru harus mengamalkan Kod Etika Profesion Dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja
organisasi yang bersistem
-Guru yang berintergriti akan melaksanakn tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan
serta penuh kasih sayang kepada pelajar
-Guru yang melaksanakan tugas dengan ikhlas mampu merancang P& P yang baik
PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU
PERINGKAT PERKEMBANGAN
Guru permulaaan
Guru cekap
Guru berkesan
Guru mahir
Guru pakar
1.Guru permulaan/novis:
Dikatakan pasif,tidak inovatif dan tidak imaginatif
Belum mencapai tahap yang dikehendaki sekolah
Masalah penyesuaian diri dengan sekolah/bilik darjah
1.1 Ciri- ciri Guru Permulaan
Mula aplikasikan kaedah mengajar
Memahami fakta,konsep & perkara asas mengajar
Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
Kurang berupaya menangani tugas harian guru
1.2 Fokus guru Permulaan
Mempunyai kualiti dan kebolehan diri
Melaksanakan P & P
Perlaksanaan aktiviti kokurikulum
Pengurusan tempat kerja (sekolah)
Penyesuaian diri dengan budaya sekolah
Peka dan sentiasa mendapatkan informasi
Mempunyai pelbagai idea
2.Guru Cekap
Mempunyai kecekapan dari segi:
-Profesinalisme
-Melaksanakan visi dan misi
-Keterampilan peribadi
-Mengaplikasikan ICT
-Kecerdasan mental dan intelektual
-Kestabilan emosi
-Kebijaksanaan dan kepimpinan
Guru cekap mempunyai kecekapan tahap maksimum
Guru mula mengenali lebih banyak konsep dan elemen dengan merujuk situasi khusus
Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah P & P
3.Guru Mahir
Guru terbaik dalam bidangnya
Menguasai kemahiran ICT dan mengaplikasikan dalam P & P
Berkemampuan membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan positif
Menjadi teladan sebagai seorang profesional dalam membentuk program yang membangunkan
murid
Mahir membuat jangkaan terhadap murid dan tahu menyelesaikannya
Menunjukkan gaya pengajaran yang tersendiri
4.Guru Pakar
Sentiasa menyerlah kepimpinan profesional
Terlibat sepenuhnya dalam pengurusan kurikulum
Dianggap sebagai pijak yang berautoriti bercakap dalam bidang profesinalismenya
Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah
AMALAN ETIKA KEGURUAN DIKALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN
SEGAR,CHERAS.
ABSTRAK.Kajian berbentuk abstrak ini dilakukan untuk melihat amalan etika keguruan
dikalangan 10 orang respoden guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Segar,Cheras.Aspek etika
profesion perguruan yang dilihat dalam kajian ini adalah perkara yang berkaitan tanggungjawab
guru terhadap pelajar ,tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara,tanggungjawab
guru terhadap rakan sejawat dan profesion dan tanggungjawab guru terhadap
ibubapa.Maklumat kaji selidik diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada respoden
dan dianalisa ddalam bentuk kekerapan dan peratusan.Hasil kajian mendapati keseluruhan
guru-guru sekolah ini mengamalkan etika profesion perguruan dalam aspek yang di kaji.
1.0.PENGENALAN
Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan
mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh
dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek(JERI)selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini,para guru telah diamanahkan untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam
pembentukan sahsiah anak didiknya.Generasi berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan
bangsa yang bertamadun.
Apabila FPK dihayati,guru harus sedar bahawa mereja sebenarnya memikul
tanggungjawab yang amat berat.Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau
tidak mahu menerimanya.Disamping itu mereka harus peka dengan perubahan semasa dan
menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama
yang berkaitan dengan disiplin pelajar.Pada amnya,guru perlu pakar atau profesional dalam
segala bidang.Untuk menjadi guru yang profesional ,seseorang guru itu harus menekankan tiga
aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran,pengetahuan dan pembentukan sahsiah
(Robiah,1998).Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu,malah
sikap,tingkah laku dan didiplin diri harus dibentuk ke arah profesional.
Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dulu untuk menjadikan bidang
perguruan sebagai satu bidang kerjaya yang profesional.Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai
Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat(Laporan Aziz,1971),tlah mencadangkan supaya
diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP)bagi pembentukan Tatasusila Guru.Semua guru yang
telah memperolehi sijil perguruan perlu mematuhinya.Namun sehingga ke hari ini kita masih
mendengar berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap
pelajar yang melampau mahupun salahlaku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion
perguruan ini.Dalam usaha memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak
terpinggir dalam arus zaman,Etika Profesion Perguruan (EPP) harus dikaji
semula(Najib,1997).Pengamalan EPP dikalangan guru-guru adalah penting demi menjamin
martabat profesion perguruan dipandang mulia dimata masyarakat.Kejayaan dan pencapaian
matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya sebagai
pendidik selaras EPP yang telah dimaktubkan dalam bentuk ikrar tercetak d halaman hadapan
buku pewrsediaan mengajar seperti berikut:
Kami guru Malaysia,yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju kearah
pembentukan warganegara yang berilmu,yang taat setia,bertanggungjawab dan
berkebolehan....
....dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya,maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut
sebagai panduan.
Dari pernyataan ikrar dan kod EPP diatas,guru sesungguhnya mempunyai beban yang untuk
dijayakan.Sepanjang penghayatan pengkaji kajian mengenai pengalaman EPP dikalangan guru-
guru di negara ini adalah terlalu sedikt.Pengkaji merasakan perlu meneruskan usaha ini bagi
menambah pendapatan hasil kajian.Hasil kajian ini kelak dapat memberi gambaran terhadap
amalan EPP disekolah dan dapat mengenalpasti pelbagai usaha yang dapat membantu para guru
yang mengamalkan EPP secara berterusan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara amnya kajian ini ingin mengetahui sejauh manakah guru-guru Sekolah Kebangsaan
Taman Segar,Cheras bertanggungjawab melaksanakan amalan EPP yang disarankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk meninjau:
AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU
(i).Sejauhmanakah guru-guru di Sek.Keb.Taman Segar,Cheras bertanggungjawab terhadap
pelajarnya?
(ii)Sejauhmanakah guru-guru di Sek.Keb.Taman Segar,Cheras bertanggungjawab kepada rakan
sejawat dan profesionnya
(iii)Sejauhmanakah guru-guru di Sek.Keb.Taman Segar,Cheras bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negaranya
(iv)Sejauhmanakah guru-guru di Se.Keb.Taman Segar, Cheras bertanggungjawab terhadap ibu
bapa.
3.0.METODOLOGI
Populasi dalam kajian ini adlah guru-guru Sek.Keb.Taman Segar,Cheras.Pemilihan sample kajian
berpandukan formula yang diperkenalkan oleh Krejie dan Morgan (1970).Sample sample ini
dipilih secara rawak mudah dilakukan secara rawak mudah yang dilakukan ke atas
populasi.Seramai 10 orang yang terpilih dijadikan sample dalam kajian ini untuk memberi
respon kepad soal selisik yang di edarkan.
Soal selidik dibahagikan kepad 2 bahagian iaitu bahahian A dan B.Bahagian Amengandungi item-
item demografi respoden.bahagian B pula mengandungi 25 item yang di pecahkan kepada 4
aspek berdasarkan kepada objektif kajian yang ingin di kaji.Amalan etika dan tanggungjawab
guru-guru ini di ukur menggunakan skala Likert yang mempunyai skala daripada 1-Tidak setuju
hingga 5- Setuju.Data-data di peroleh dan dianalisis dalam bentuk kekerapan dn peratusan.
4.0.KEPUTUSAN KAJIAN
Berikut dibentangkan dapatan kajian
4.1.Maklumat Respoden
Seramai 9 (90%) orang responden adalah terdiri daripada guru perempuan manakala 1 (10% )
adalah terdiri daripada guru lelaki.Dari jumlah tersebut didapati seramai 6 (60%)orang terdiri
daripada mereka yang telah berkeluarga dan selebihnya iaitu seramai 4(40%) orang adalah
mereka yang masih bujang.Dari segi pengalaman mengajar 40% orang respoden adalah
berpengalaman lebih daripada 21 tahun,30% mempunyai pengalaman mengajar tidak lebih 11
tahun,30% lagi respoden berpengalaman mengajar antara 5 hingga 10 tahun.Dari segi taraf
pendidikan seramai 70% sample mempunyai Sijil Perguruan Asas, manakala 30% mempunyai
lain-lain kelayakan.Keseluruhan respoden juga menyatakan mereka telah didedahkan secara
langsung tentang Etika Profesion Perguruan( EPP)
Objektif Kajian 1: Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajarnya
Jadual 1.Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajarnya
Bil Item Soalan Tak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju
4 Saya harus mengadakan
kelas tambahan untuk
kepentingan muridnya
100%( 10 org)
8 Saya sentiasa
membimbing pelajar
mengembangkan
potensi rohani mereka
100% (10 org)
9 Kepentingan pelajar
lebih penting daripada
kepentingan diri sendiri
100% (10 Org)
17 Saya membimbing
Pelajar
Mengembang
Potensi
Intelek
mereka
100% (10 Org)
20 Maklumat pelajar
adalah sulit tak boleh
diheboh-hebohkan
100% (10 Org)
Purata 100 % setuju
Berdasarkan Jadual 1,kajian ini mendapati bahawa purata keseluruhan dalam aspek
tanggungjawab guru terhadap pelajar menunjukkan bahawa keseluruhan respoden mempunyai
tanggungjawab yang tinggi terhadap pelajarnya dengan mendapat peratusan persetujuan
( 100%)
Objektif Kajian 2:Tanggungjawab Guru Terhadap rakan Sejawat dan Profesion
Berdasarkan Jadual 2,purata peratusanbagi aspek tangunggjawab terhadap rakan sekerja dan
profesion menunjukkan lebih kurang (100%) respoden memberi persetujuan bahawa mereka
mempunyai tanggungjawab tinggi terhadap rakan sejawat dan profesion.Perkara ini disokong
dengan dapatan item 1,2,3,12,13,14,16,dan 18 mendapat peratusan tinggi.
Jadual 2.Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion
Bil Item Tak Setuju Kurang Setuju Setuju
1 Saya berpakaian kemas dan rapi
mengikut landasan agama
100% ( 10 Org)
2 Saya berbangga diberikan
pangkat berdasarkan kecekapan
saya
100% (10 org)
3 Saya sering memohon
mengikuti kursus dalam
perkhidmatan
100 % (10 Org)
12 Saya selalu berusaha untuk
meningkatkan ilmu
pengetahuan
100%(10 Org)
13 Adalah tidak wajar untuk
menegur rakan sejawat secara
tidak sopan
100% (10 Org)
14 Saya sentiasa mengamalkan
tingkahlaku bermoral dalam
profesion perguruan
100% (10 Org)
16 Sikap amanah sangat penting
untuk menguruskan kewajipan
sekolah
100% (10 Org)
18 Hubungan interpersonal yang
baik dikalagan guru-guru
menjamin keberkesanan P&P
100 % (10 Org)
Purata 100% setuju
Objektif Kajian 3,Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat Dan Negara
Jadual 3: Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat Dan Negara
Bil Item Tak Setuju Kurang Setuju Setuju
5 Saya menghadiri mesyuarat
Badan Kebajikan walau sebagai
ahli biasa
- -
100 % (10 Org)
7 Saya bersikap adil tanpa
mengira agama bangsa dan
keturunan
- -
100% (10 Org)
10 Saya bersikap adil tanpa
mengira latar belakang
kedudukan keluarga
- -
100 % (10 Org)
11 Saya memberikan sepenuh
perhatian dalam pengajaran
tanpa mengira kaum
- -
100% (10 Org)
15 Saya sering menasihati pelajar
saya agar mengharga harta
awam
- -
100% (10 Org)
23 Saya menjadi pengganti ibubapa
disekolah
1 Org (10 %) 3 Org (30%) 7 0rg (70%)
24 Dalam proses P&P saya
mementingkan nilai-nilai moral
100 % ( 10 Org)
Purata 10 % 30% 70%
Berdasarkan dapatan kaljian yang ditunjukkandalam jadual 3 diatas,respon memberikan
komitmen yang tinggi kepada masyarakat dan negara.ini dibuktikan hampir kesmua item soalan
mendapat hampir 70% peratusan respoden.Manakala cuma seorang respoden tidak bersetuju
(10 %)dan 3 ( 30%) yang lain pula kurang bersetuju dengan item yang dikemukakan.Namun
keseluruhan purata dapatan dari respoden mengamalkan tanggungjawab kepada masyarakat
dan negara.
Objektif 4.Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu Bapa
Jadual4.Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu Bapa
Bil Item
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju
6 Saya akan memaklumkan
kepada bubapa pelajar
sekiranya anak mereka tidak
hadir ke sekolah selama tiga
hari berturut-turut
- -
100 % ( 10 Org)
19 Saya sedia berbincang dengan
ibubapa bagi membantu
menangani masalah anak yang
sering melanggar disiplin
sekolah
- -
100 % (10 org)
21 Saya meluangkan sedikit masa
untuk berkunjung ke rumah
keluarga pelajar bagi
merapatkan hubungan
persahabatan
-
60 % ( 6 org)
22 Saya sedia melaporkan
masalah salahlaku pelajar
kepada ibubapa mereka untuk
diambil tindakan
-
30 % ( 3 Org )
23 Saya menjadi ibubapa
disekolah
- 30 % ( 3 Org )
Purata 120 % 200%
Jadual 4 pula melaporkan amalan tanggungjawab responden terhadap ibubapa.Daripada
analisisa kajian yang dijalankan,responden mempunyai tanggungjawab yang baik terhadap
ibubapa dengan peratusan keseluruhan sebanyak 50 %.Bagi item-item tertentu seperti item
21,22 dan 23 kurang mendapat persetujuan daripada responden mungkin bagi sesetengah
pihak ia merupakan satu beban yang harus di tanggung selain waktu sekolah dan tidak mahu
mebuat kerja lebih masa dari waktu yang sepatutnya.Rangkuman peratus bagi tiga item itu ialah
120 % daripada 500%.Secara amnya responden hanya mampu sanggup meluangkan sedikit
masa tanggungjawab terhadap ibubapa bukan secara keseluruhannya.
5.0.KESIMPULANNYA
Berdasarkan kajian dapatan yang diperolehi dalam kajian ini dapatla disimpulkan bahawa guru-
guru di Sek.Keb.Taman Segar,Cheras ini mengamalkan etika profesion perguruan yang
merangkumi tanggungjawab terhadap pelajar,tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion,tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dan tanggungjawab terhadap
ibubapa.Dapatan kajian ini menunjukkan seramai 100% guru bertanggungjawab terhadap
pelajar,rakan sejawat dan profesion.Manakala sebanyak 70% bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.50% pula bertanggungjawanb terhadap ibubapa.hasil kajian ini
mengggambarkan bahawa guru-guru sangat mengambil berat terhadapp pelajar-pelajarnya
kerana mereka percaya tugas mendidik para pelajar adalah amat berat tidak boleh dimabil
sambil lewa sahaja.Ini bersesuaian dengan kenyataan Imam Ghazali (1980)dalam buku Ihya
Ulumiddin yang berbunyi dan rosaklah pemimpin kerana guru jahat,dan katanya lagi dua
golongan manusia yang penting dan berpengaruh kepada masyarakat ialah guru dan pemerintah
negara.
Walaupun dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan guru-guru telah
mengamalkan etika profesion perguruan seperti yang diharapakan oleh pihak Kementerian
Pendidikan ,namun dapatan juga segelintir guru dan berpelakuan tidak wajat terhadap
pelajarnya yang sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik profesion
perguruan.Kenapakah perkara ini boleh berlaku?Dan siapakah yang harus dipersalahkan dalam
hal ini?bagi meningkatkan lagi amalan etika profesion perguruan yang telah diamalkan guru-
guru tersebut,pengkaji mencadangkan agar:
(i) Pihak pentadbir hendaklah meneruskan usaha menyemai nilai-nilai murni seperti sikap kasih
sayang keseluruh keluarga di sekolah meliputi guru-guru dan kakitangan sekolah serta para
pelajarnya
(ii) Pihak pentadbir hendaklah sentiasa memberi perhatian dan juga memastikan guru sentiasa
sedar akan perananya dan tanggungjawab mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(iii) Guru perlu prihatin terhadap pelajar dan bersikap adil kepada semua pelajar serta
mewujudkan suasana muhibbah tanpa melihat kepada perbezaan kaum,agama dan perbezaan
status ekonomi di kalangan pelajarnya
(iv) Guru perlu semtiasa menunjukkan sahsiah yang baik dan bolehn menjadi model kepada
pelajar kerana setiap tingkah laku seseorang guru itu selalu menjadi ikutan para
pelajarnya.Selain ibubapa dirumah ,gurulah yang paling dekat dengan para pelajarnya