Anda di halaman 1dari 14

Nasi arab kak ini

NASI ARAB SIMPLE


Sumber : Naimah Md Ludin / facebook @ Buku Resepi
Olahan : UDA

Bahan untuk nasi:
2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi
pewarna kuning dan oren

Bahan yg disangai dan dikisar kering:
1/2 sm jintan manis
1/2 sm jintan putih
1/2 sm bunga cengkih
1/2 sm lada hitam
1/2 sm biji ketumbar
1/2 sm buah pelaga

Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang

Caranya:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.


Resepi Ayam: ( saya settlekan yg ni dulu, perap....kemudian baru masak nasi)

1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok
ayam.
garam dan gula secukupnya

Bahan dikisar:
3 in halia
2 biji kunyit hidup ~ guna yg serbuk pun ok
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Caranya:
1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi
lama lagi bagus.
2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.


Resepi Salad:
1 - 2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya
( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)


Air Asam:
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 b
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)





Resepi Nasi Arab
Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)



Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar

Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih

Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis


Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam

1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis
beras yang digunakan.

2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh
dijadikan air rebusan yang lain.

3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.

4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.

5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan
tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam jam dengan api yg sederhana kuat.

6) Selepas jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan
dahulu.


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.

2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis
sehingga naik bau dan garing.

3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih
dahulu dan masukkan garam secukupnya.

4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.

5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.

6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).

7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.

8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah
masak.

9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.

10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang
sederhana sahaja sampai hampir masak.

11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.

12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal
merah dan ayam tandoori.



Cara-Cara untuk Memasak Ayam

1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk,
panaskan oven/ grill kepada suhu 200C.

2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah.
Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.

3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.

4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam
tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.


Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh

1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.

2) Tambahkan air dan garam secukupnya.

3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.


Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi

1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.

2) Campurkan dengan potongan lobak merah.

3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan
limau nipis.


Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan
direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi.
Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian
pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan
makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk
juga Orang-orang Arab.

Resepi Nasi Arab
Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)



Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar

Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih

Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis


Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam

1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.

2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang
lain.

3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.

4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.

5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam
tersebut dalam jam dengan api yg sederhana kuat.

6) Selepas jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.

2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan
garing.

3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan
masukkan garam secukupnya.

4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.

5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.

6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).

7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.

8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.

9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.

10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai
hampir masak.

11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.

12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam
tandoori.



Cara-Cara untuk Memasak Ayam

1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill
kepada suhu 200C.

2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya
dan juga bahagian bawah ayam.

3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.

4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya
bahagian bawah juga dapat dipanaskan.


Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh

1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.

2) Tambahkan air dan garam secukupnya.

3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.


Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi

1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.

2) Campurkan dengan potongan lobak merah.

3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.


Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-
bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar.
Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran
atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala
termasuk juga Orang-orang Arab.






Resepi Nasi Mandy Kambing/Ayam
Semalam sempena sambutan Maulidurrasul I had decided untuk buat Nasi Arab....dari hari tu
lagi anak2 mintak saya buat sebenarnya....tak terbuat2.....semalam dah kebetulan cuti plak so
apa lagi kita buat lah. Alhamdulillah anak2 and cik abang suka sangat. Anak2 siap makan dalam
talam lagi haa....

Sebelum makan of kos la kena amek gambar, dah amek gambar kena la pos kat fesbuk
ke,,,,share kat IG and Whatsapps la kan ? hehehe....Bila dah kongsi2 gambar ni ramai pulak yang
minta resepi. Saya ni memang suka kongsi resepi....lagi pon resepi ni saya amek dari orang
juga......so marilah kita berkongsi2 ilmu yang elok kan ? Semoga mereka yang dah berkongsi
resepi sebelum ni mendapat pahala yang berpanjangan....

Perangai saya ni....sebelum nak cuba satu2 resepi baru saya akan search kat internet lah. Saya
akan search banyak2 resepi....tengok resepi orang ni, baca resepi orang tu....pastu saya akan
amek resepi yang saya rasa macam sedap dan senang di buat. Sungguh tak bersemangat nak
cuba resepi2 baru kalau tengok senarai bahan2 yang panjang serta pelik2, pastu plak ada banyak
sangat step.

So setelah saya belek resepi itu dan ini...pastu kebetulan kawan saya yang baik hati Amelia (
tokey Nasi Beriani dan Nasi Arab Haji Thamby, Padang Temu, Melaka) pon ada kongsi resepi dia
dengan saya...maka saya pon campor2 resepi tu dan jadi lah resepi kat bawah ni.....

InsyaAllah , senang je nak buat rasa nya...dan tak renyah sangat.






Nasi Mandy Kambing/ Ayam.
Bahan2 untuk stok kambing/ayam :

-6 keping daging kambing ( kira2 1kg) - saya beli kepingan lamb chop yang sejuk beku tu, sebab
di Keningau ni memang tak ada jual fresh mutton/lamb

atau,

- 4 keping peha ayam ( saya tak buang kulit nya)

- air secukupnya untuk merebus daging.
- 1 sudu besar buah pelaga ( cardamom)
- 1 sudu besar biji lada hitam
-2,3 keping bay leaf kering.
- garam secukup rasa.

Cara2:
- masukkan semua bahan ke dalam periuk, dan rebus sehingga kambing/ ayam empuk.


Bahan2 untuk sup

- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1inci halia

(semua di hiris)

- 2 atau 3 cawan stok kambing/ayam
- air secukup nya ( jika nak kuah banyak)
- garam skit.
- minyak utk menumis
-secubit serbuk kunyit,


Cara2:
- panas kan minyak dalam periuk, pastu tumis bawang merah, bawang putih, halia dan secubit
serbuk kunyit hingga layu dan wangi,
- kemudian masukkan stok kambing/ayam dan tambah kan air dan garam jika perlu.
- Biarkan ia mendidih dan rasakan.


Bahan2 untuk masak nasi.

- 1kg beras Basmathi ( saya guna Jasmine Pusa Gold Extra Panjang, memang cantik nasi nya
jadik, kalau tak ada guna beras Basmathi biasa je pon boleh)

- Stok ayam secukupnya.
- sedikit pewarna kuning

CAra2:

- Sukat beras terlebih dahulu walaupon dah tahu beratnya 1kg ( ini bertujuan untuk
memudahkan proses menyukat stok kambing/ayam)

- cuci bersih dan rendam kira2 10 minit.

- masukkan ke dalam periuk dan sukat stok kambing ( yang sudah di tapis ) mengikut ratio 1
bhgn beras : 1.1 bhgn stok ( tak tepat pon tak apa, agak2 je) .

- kemudian masukkan kambing/ayam yang sudah masak tadi bersama2 dan tanaklah sehingga
nasi masak. Masa tengah tanak nasi tu jangan di godek2 atau di kacau2 ye, nanti beras hancur.

- kemudian amek sedikit pewarna kuning dan titik2kan ke sedikit bahagian nasi. ( Supaya nasi
ada warna kuning2 skit, kalau original Nasi Arab diaorang guna air rendaman Safron, tp Safron
ni mahal, tapi kalau anda ada jumpa di jual mana, boleh beli dan guna safron ni, misti nasi
bertambah sedap, guna 3,4 helai je ye. Jangan banyak. )

- Ada tips untuk bagi Nasi wangi..iaitu dengan membakar sedikit arang sampai berbara,
kemudian masukkan ke dalam loyang kecik atau bentukkan alluminium foil mcm bentuk mangkuk,
pastu letakkan sedikit lemak kambing or ayam, biar berasap , pastu masukkan dalam periuk nasi
yang dah kering tadi, tutup periuk dan biarkan asap tu terperangkap dalam periuk...so nanti Nasi
kita tu nanti akan berbau wangi...seolah2 di masak di atas dapur arang macam orang Arab buat,
Hehehe.


Bahan2 untuk buat Saltah :

- 4 bij tomato
- 4 bij cili merah ( kalau suka pedas campur la dgn beberapa biji cili padi, ikut selera sendiri)
- sedikit daun ketumbar
- sebiji bawang bombay
- secubit garam
- 3 sudu besar gula ( manis2 skit ,sedap, hehehe)
- 2 biji air perahan limau nipis
- 4, 5 sudu besar cuka

Cara2 :

Masukkan semua bahan2 ke dalam blender, dan blend hingga hancur. Rasakan masam, manis,
masin biar balance, pastu siap .


Okey...itu la resepi penuh Nasi Arab Kambing/Ayam. Nampak macam panjang juga kan ? Tapi
insyaAllah senang je nak buat....buat stok nya dulu....sambil2 tu boleh la rendam
beras.....sementara daging lembut boleh sediakan saltah nya...blend siap dan simpan kat peti ais ,
nak makan baru kuarkan.

Bila stok dah siap boleh terus buat sup nya pulak....dan seterusnya masak nasi......

Sayur2 yang sesuai di makan dengan Nasi Arab ni adalah tomato, timun, bawang besar dan juga
lettuce, tp selalunya saya makan dengan lettuce je sbb anak2 memang tak makan sayur2 mentah
gitu....huhuhuh.


Saya harap kawan2 yang mintak resepi dengan saya tu boleh la cuba..kalau ada apa2 nak tanya
atau tak faham jangan malu2 tanya ye...saya sedia membantu....boleh wassap, pm, atau call je
saya....Bahan2 insyaAllah tak susah nak cari....ada di jual di supermarket .

Selamat Mencuba ya !