Tamadun Jepun dianggap oleh para pengkaji masyarakat sebagai sesuatu yang
unik dan hanya sesuai untuk orang Jepun sahaja. Dari segi geografinya kedudukan
Jepun agak jauh dari Tanah Besar Asia, Justeru itu bolehlah dianggap ia kurang
menerima pengaruh tamadun lain dan banyak berpegang kepada tamadun asalnya
sehingga ke hari ini. Walaupun orang Jepun seperti bangsa-bangsa moden yang lain
berasal daripada berbagai-bagai keturunan darah, namun menurut Samson G. B. dalam
bukunya A Short Cultural History (1997) mereka adalah pada dasarnya berketurunan
Monggol yang rapat pertalian dengan jiran-jirannya di negeri Korea dan negeri China.
Mengikut teori-teori yang diketahui umum, orang Jepun yang mula-mula menduduki
kepulauaan Jepun adalah dari Selatan Pulau Farmosa dan Ryukyu, tetapi bukti-bukti
dari segi kaji purba menunjukkan dengan jelas bahawa kebanyakkan daripada orang
Jepun yang mula-mula sampai ke Jepun adalah melalui Korea. Setengah daripada
mulanya mungkin berasal dari daerah yang lebih jauh di timur laut Asia, dan sesetengah
daripadanya juga berasal dari kawasan pantai China Selatan. Di sini dapat kita lihat
mereka mungkin telah berhubung dengan orang Asia Tenggara dan pulau-pulau yang
berdekatan dan kenyataan ini mungkin juga boleh menerangkan bahawa banyaknya
persamaan yang rapat di antara institusi Jepun yang kuno dengan rumpun-rumpun yang
terdapat di kawasan-kawasan selatan di Timur Asia. Gangsa dan besi yang sampai ke
Jepun kira-kira pada awal kurun Masihi yang pertama adalah yang dibawa oleh
gelombang - gelombang serangan kaum Mongol dari Korea. Penyerang-penyerang ini
ketara sekali berhubung rapat dengan kebudayaan yang separuh nomad orang-orang di
timur laut Asia. Mereka ialah pejuang-pejuang berkuda, yang menggunakan pedang
besi seperti yang didapati di Asia Utara, dan seperti kaum-kaum nomad di rantau.
Beralih kepada kepercayaan asas Shinto iaitu sehingga ke hari ini masih kekal
dengan tidak ada perubahan sejak zaman prasejarah. Banyak usaha telah dilakukan
dalam masa 1500 tahun yang lepas untuk mewujudkan satu agama yang tersusun dari
adat yang menyembah alam yang mudah ini, dan baru-baru ini, dengan menegaskan
cerita-cerita dongeng lama yang bersangkut-paut dengan Shinto, untuk menggunakan
sebagai suatu alat perpaduan kebangsaan dan suatu ilham untuk semangat
kebangsaan yang fanatik. Tetapi walaupun ada susunan-susunan yang di paksa ini asas
Shinto yang sebenar kekal tiada berubah, iaitu menyembah alam dengan cara yang
mudah.
SEJARAH AWAL JEPUN
Jepun atau Nihon(Nippon) dalam bahasa jepun dikenali secara meluas sebagai
Tanah Matahari Terbit. Nihon sebenarnya bermakna asal matahari, iaitu matahari terbit.
Jepun juga pernah dikenali sebagai Yamato. Nihon, telah diterima secara am sebagai
nama untuk Jepun dan telah digunakan buat pertama kalinya oleh cendiakawan-
cendiakawan. Istilah Nippon telah digunakan dengan meluas semasa era Meiji (186-
1912) dan Taisho (1912-1926). Selepas perang kedua, nihon disebaliknya lebih banyak
digunakan dirujukkan kepada jepun.
Kepulauan Jepun terdiri daripada Honshu, Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan
pulau-pulau kecil yang berhampiran. Honshu, yang merupakan pulau yang terbesar dan
menjadi tempat tinggal empat-perlima daripada penduduk Jepun masa kini. Beberapa
buah daripada bandar-bandar yang terbesar di Jepun, seperti Tokyo, Osaka, Kyoto,
Nagoya, Yokohama, dan lain-lain terletak di pulau ini. Jepun adalah sebuah negara
yang kekurangan kawasan-kawasan dataran, dan sungai-sungai yang panjang lebar.
Bagaimanapun, oleh kerana kedudukannya di zon monsun, ia mendapat hujan dan
kelembapan yang secukupnya dan dengan yang demikian ia kaya dengan tumbuh-
tumbuhan. Secara am iklim adalah sederhana, dan kempat-keempat musim, (bunga,
panas, luruh, dan sejuk) adalah jelas berbeza.
Empat-perlima daripada negara Jepun diliputi oleh kawasan pergunungan dan
seperlima oleh dataran rata. Antara dataran-dataran ratanya ialah yang terkaya adalah
yang terletak di Honshu, terutamanya di sebelah kawasan timur Jepun. Ketiga-tiga
dataran tersebut ialah Kanto (terletak di Tokyo), Kinai (terletak di teluk Osaka) dan yang
ketiga terletak di teluk Ise. Ketiga-tiga dataran ini mempunyai penduduk yang padat.
Dataran-dataran tersebut amat penting dalam sejarah Jepun kerana ia merupakan
kawasan-kawasan pengeluaran makanan dan juga sumber kekayaan dan kuasa utama.
Oleh itu, Dataran dataran-dataran ini telah menjadi punca perselisihan dan persaingan
di kalalangan tuan-tuan tanah dan keluarga-keluarga feudal pada masa lampau.
Orang-orang Jepun sebahagian besarnya berketurunan Mongol dan dengan itu
mereka mempunyai pertalian rapat dengan orang-orang Cina, Korea, Thai, Burma dan
lain-lain. Mereka berbadan sederhana dengan potongan muka yang berbentuk bujur
serta rambut dan mata yang berwarna hitam. Orang-orang Jepun berketurunan Mongol
ini telah sampai ke Kyushu melalui negara China dan kemudian berhijrah ke Honshu,
Shikoku, dan Hokkaido oleh Sonoski dan Daniel dalam buku mereka Introduction to
Japanese Culture. Orang-orang Jepun juga telah bercampur aduk dengan kumpulan-
kumpulan bangsa lain, misalnya orang-orang Ainu.
Orang-orang Ainu merupakan bangsa proto-Caucasoid yang telah menduduki
Jepun terlebih awal daripada orang-orang Mongol. Beberapa ahli antropologi telah
menganggarkan bahawa orang-orang Ainu hidup di jepun lebih kurang 5000 tahun yang
lalu. Hasil-hasil penyelidikan arkeologi, misalnya pertukangan barang-barang tembikar,
siput dan lain-lain, menunjukkan kewujudan suatu kebudayaan neolitik yang mungkin
telah diteruskan oleh orang-orang Ainu. Apabila semakin ramai orang-orang Jepun
(suatu proses yang telah berlanjutan sehingga abad ke-8 M), orang-orang Ainu, telah
berpindah ke utara ke Hokkaido. Dalam proses tersebut, ramai orang Ainu kini
merupakan suku bangsa Jepun. Orang-orang Ainu kini merupakan suatu bangsa yang
sedang mengahadapi proses pemupusan dan mereka hidup dalam penempatan-
penempatan kecil di Hokkaido.
Sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali sebagai Jomon. Perkataan Jomon ini
berasal daripada barang-barang yang telah direka oleh orang-orang Jepun dari tanah
liat jenis Jomon. Pertukangan tembikar Jomon telah dijumpai di Jepun telah
menunjukkan kehalusan seni dan corak-corak yang luar biasa. Ini menunjukkan bahawa
penduduk asli Jepun telah mencapai taraf seni kebudayaan yang agak tinggi menjelang
tahun 5000 SM. Menjelang tahun 5000 SM dipercayai suku kaum ini telah mengikut
aliran hidup yang kolektif dan tetap tanpa jurang perbezaan antara miskin dan kaya.
Mereka juga mempercayai suatu jenis kuasa ghaib. Ini boleh disimpulkan dari rupa-rupa
patung patung dewi yang diperbuat daripada tanah liat dan gada-gada batu besar yang
dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu sihir. Orang-orang yang sudah meninggal
dikebumikan tanpa keranda, dengan tangan dan kaki dilipatkan dan kadangkala
diletakkan sebuah batu yang besar di atas dada mereka supaya mereka tidak menjelma
semula.
Pada hampir tahun 200 SM, pengaruh kebudayan dari negara China mula
mengalir masuk ke Jepun. Perkara ini telah dinyatakan oleh Tiedemann Arthur E. dalam
bukunya An Introduction to Japanese Civilization. Selain itu, Dinasti han di negara China
(206SM-24SM) telah menekankan pengaruhnya ke atas penduduk awal Jepun.
Akibatnya masyarakat Jepun mula mengalami banyak perubahan. Seni berkebun dan
membuat perkakas-perkakas tembaga dan besi serta jenis periuk-belanga tembikar
yang telah direka pada waktu itu iaitu dari zaman-prasejarah Jepun sehingga hampir
abad ke-14 M. Barang-barang tembikar ini telah dicirikan oleh garisan-garisan inrus dan
corak-corak ibi mudah dan kemas.
ZAMAN-ZAMAN DALAM TAMADUN JEPUN
2.1 Zaman Yayo
Era Yayoi telah dibezakan dengan pengenalan alat-alat logam dari benua asia
terutamanya dari negara China. Suatu bentuk ekonomi pertanian telah juga
diperkenalkan. Tanah-tanah telah dibuka untuk penanaman padi dan teknik-teknik
pengairan telah digunakan dengan meluas yang telah menyebabkan berlakunya lebihan
dalam pengeluaran padi. Setelah amalan menyimpan beras dan hasil-hasil pertanian
yang lain mula berkembang, maka wujud perbezaan di antara orang-orang kaya dengan
orang-orang miskin. Perbezaan-perbezaan di dalam perkembangan sosial dan politik
juga wujud di antara pihak pemerintah dan rakyat. Lama-kelamaan lebih ramai
pemimpin-pemimpin politik mula muncul di jepun, seperti di Yamato (kini merupakan
daerah Nara) dan Kyushu. Kumpulan Yamato atau Nara ini (nenek-moyang keluarga
Imperial Jepun yang bertakhta sekarang) telah berjaya mendapat keunggulan ke atas
golongan-golongan lain yang dipanggil Uji. Menjelang pertengahan abad ke 4 TM.
Kekuasaan pemimpin-pemimpin yamato telah meluas ke hampir seluruh negara jepun
kecuali di beberapa daerah di Kyushu, seperti bahagian timur-laut dan selatan pulau ini.
Pemerintah-pemerintah Yamato telah menuntut bahawa mereka berketurunan
dari Dewi Matahari (Amateresu) dan dengan demikian mereka telah menentukan
bahawa pemujaan dewi ini menjadi penyembahan yang ulung di negara ini. Simbol
kekuasaan pemimpin-pemimpin Yamato ialah sebuah cermin tembaga, sebuah pedang
besar yang panjang dan permata melengkung (digelar magatama) yang dibentuk seperti
tanda koma yang kecil. Sebenarnya, ketiga-tiga khazanah ini menjadi bahagian yang
penting Alat Kebesaran Imperial keluarga diraja yang sedang memerintah di Jepun pada
masa sekarang. Pemerintah-pemerintah Yamato (yang merupakan keturunan keluarga
diraja jepun pada masa sekarang) telah memberi kepimpinan awal di Jepun. Mereka
juga telah berjaya membawa perpaduan kepada negara tersebut. Kerajaan yamato juga
telah memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke beberapa bahagian di Korea Selatan,
tetapi pengaruh tersebut berakhir pada 562 M.
2.2 Zaman Nara Dan Heain ( 710- 1185 Masihi )
2.2A: Zaman Nara
Zaman Nara bermula pada tahun 710 Masihi dan berakhir pada tahun 749
Masihi. Pada zaman Nara, Jepun banyak menjalin hubungan dengan Korea dan China
sehingga membawa kepada Jepun dipengaruhi oleh sistem pemerintahan di China iaitu
pemerintahan dibawah Dinasti Tang (618-906 Masihi).
Terbinanya tamadun Jepun zaman Nara bermula dengan perhubungan Korea
dan China yang membawa akibat yang besar. Pendapat ini telah dikemukakan oleh
Albert M. Craig didalam Japan Tradition and Transformation. Di antaranya ialah
kemasukan kelompok-kelompok orang Korea yang datang menetap di Jepun; mereka ini
terdiri daripada tukang yang mahir, seperti pekerja logam dan pakar dalam menternak
ulat sutera.
Menjelang kurun ke-6 terdapat lebih daripada 100 000 orang Korea dan China
dari Manchuria yang lahir di Jepun. Kebanyakan mereka terdidik dengan lebih sempurna
sama ada dalam bidang pendidikan mahupun dalam pengetahuan pertukangan dan
kemahiran seni- daripada orang Jepun yang kemudian meyerapi mereka. Sumbangan
mereka kepada perkembangan kebudayaan Jepun tidak boleh diperkecilkan.
Kepentingan Jepun dari segi mutu dapat diukur dari hakikat bahawa menjelang
permulaan kurun ke-8 lebih daripada satu per tiga keluarga bangsawan Jepun mengaku
diri mereka keturunan dari benua Asia, sama ada Korea atau China.
Cabaran yang dihadapi pada zaman Nara ialah selepas kemangkatan Putera
Shotoku pada 621 Masihi, suku Soga telah mengukuhkan dan menambah kekuasaan
mereka serta menunjukan tanda-tanda yang mereka bersedia hendak merampas kuasa.
Pada tahun 645 Masihi berlaku rampasan kuasa yang diketuai oleh Nakatomi-no-
Ktamari yang dikenali sebagai Fujiwara Katamari.
2.2B: Zaman Heian
Dalam sejarah Jepun, Zaman Heian yang dikatakan mahsyur dianggap bermula
pada tahun 794 Masihi apabila istana di Heian-kyo didirikan di Kyoto dan berakhir pada
tahun 1185 Masihi. Dalam tempoh itu sebuah kerajaan tentera telah ditubuhkan di
bawah pimpinan Minamoto-no-Yoritomo.
Zaman Heian boleh dianggap sebagai suatu zaman yang penuh tradisi Jepun
dan amat memberi perhatian kepada hidup berperaturan, beradab dan dilafazkan
dengtan indah dalam kehidupan serta kesenian. Zaman Heian merupakan kebudayaan
yang sangat mengambil berat tentang gaya terutama untuk mencapai kesempurnaan
dalam bidang seni lukis, puisi, kesusasteraan, ukiran dan seni bina.
Sepanjang zaman Heian, keluarga Fujiwara iaitu pemerintah sebenar di Jepun
pada keseluruhannya bersifat berperikemanusiaan dan memetingkan keindahan.
Golongan penentang atau musuh mereka hanya dihukum buang negeri berbanding
dengan cara tradisi iaitu dihukum mati. Walaupun keluarga Fujiwara tidak dapat
menyebarkan kebudayaan Heian ke segenap lapisan masyarakat Jepun, tetapi mereka
telah berjaya memperkenalkan adat memuliakan pelajaran dan ilmu serta cintakan
kesenian. Budaya cintakan ilmu dan kesenian ini menjadi asas dan pengaruh untuk
merebut kuasa di Jepun hingga kurun 19.
2.3 Zaman Kamakura
Kerajaan Kamakura ini ditubuhkan oleh Yoritomo pada 1192M, beliau dilantik
sebagai Sei-I-Taishogun. Kamakura terletak diwilayah sagami telah menjadi ibu negara
dan pusat kegiatan politik Jepun. Zaman Kamakura juga merupakan kerajaan
keshogunan iaitu bersifat kediktatoran tentera yang pertama dalam sejarah negara
Jepun. Kerajaan seperti ini dipanggil kerajaan Khemah atau Bakufu dalam bahasa
Jepun.
Apabila dilihat dari aspek pembinaan kerajaan Kamakura pada zaman Kamakura
ini, secara keseluruhannya kerajaan ini mempunyai dua pusat pemerintahan iaitu Kyoto
dan Sagami. Kyoto mengekalkan keagungan pentadbiran tradisional Jepun, yang mana
ia menempatkan maharaja Jepun bersemayam dan lebih menumpukan kepada
perkembangan sastera yang merangkumi penulisan sastera Jepun. Manakala Sagami
pula merupakan jentera pentadbiran Kamakura. Ia menjadi pusat dominasi kuasa
tentera oleh golongan Samurai.
Bagi mengekalkan kestabilan negara yang baru pertama kali menerima suasana
pemerintahan yang berorentasikan kuasa tentera, Yorimoto dikatakan mengekalkan
pentadbirannnya di bahagian Timur. Dari aspek pentadbiran kerajaan Kamakura pada
asasnya mempunyai tiga jabatan iaitu Samurai Dakoro, Mandokoro dan Manchujo.
Selain dari tiga unit asas utama dalam pentadbiran kerajaan, dua lagi jawatan
diwujudkan oleh Yoritimo iaitu Shugo dan Jito. Dengan wujudnya jawatan-jawatan ini
maka pentadbiran kerajaan Kamakura menjadi semakin kukuh. Tanggungjawab dan
tugas utama setiap jabatan dalam kerajaan ini adalah seperti Samurai Dokoro yang
diketuai oleh kumonjo bertanggunjawab menguruskan hal ehwal tentera dibawah
autonomi jabatan supaya dapat mendisiplinkan golongan samurai.
2.4 Zaman Kesyogunan Ashikaga
Sebelum zaman kebangkitan pemerintahan kerajaan Kesyogunan Ashikaga,
Jepun berada di bawah pentadbiran Maharaja Godaigo. Pemerintah pada zaman
kesyogunan Ashikaga Takauji adalah seorang pemimpin tentera di bawah pentadbiran
Maharaja Godaigo Kebangkitan Pemerintahan Kesyogunan Ashikaga adalah di
sebabkan oleh kegagalan pemerintahan Maharaja Godaingo menjaga kepentingan
komander tentera di bawah pentadbirannya. Ashikaga Takauji pada masa itu tidak
berpuas hati dengan Maharaja Godaigo mengenai perlantikan gabenor wilayah tentera
kepada puteranya dan bukan kepada tentera yang menyokongnya. Ashikaga Takauji
telah bangkit dan memberontak menentang kepimpinan Maharaja Godaigo. Pada tahun
1336 Ashikaga Takauji dengan kerjasama Maharaja Komya berjaya mengalahkan
Maharaja Godaigo. Dua tahun kemudian Ashikaga Takauji telah di beri taraf shogun.
Ashikaga shogun yang berjaya mengambil alih pemerintahan mengalami
kesukaran untuk membentuk satu kerajaan yang kuat. Ini di sebabkan kekurangan ilmu
dalam hal-ehwal menguruskan pentadbiran negara. Namun demikian pengaruh
Ashikaga Shogun bertambah teguh melalui sistem persekutuan feudal diperkenalkan
serta kemampuan Ashikaga mengawal vassal dengan tentera. Keluarga Ashikaga di
beri kelebihan dalam kekayaan dan sumber tentera pada setiap vasalnya.
2.5 Zaman Sengoku Jidai
Zaman Sengoku Jidai ini berlangsung sekitar tahun 1460 hingga 1573 masihi.
Zaman ini juga dikenali sebagai zaman peperangan. Dimana pada zaman ini,
pertempuran dan siri peperangan antara daimo-daimo seringkali berlaku. Setiap daimo-
daimo bersaing diantara satu sama lain untuk menguasai suatu kawasan. Khususnya,
kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian. Penguasaan kawasan seperti ini
membolehkan kuasa dan kedudukan suatu daimo akan lebih stabil.
Faktor kelemahan pengaruh dan kuasa penganti Youshimasa serta ketiadaan
kuasa keluarga Liosokawa terhadap daimo-daimo menyebabkan daimo-daimo ini bebas
bersaing dan berperang diantara satu sama lain untuk mnguasai wilayah-wilayah bagi
mengukuhkan kedudukan masing-masing. Oleh itu, pergolakan, peperangan dan
ketidak stabilan sosial seringkali berlaku pada zaman ini.
2.6 Zaman Kesyogunan Tokugawa
Kesyogunan Tokugawa telah diasaskan oleh Tokugawa Ieyasu (1603-03). Beliau
telah menyertai Perang okehazama antara Oda Nobunaga dan Imagawa. Beliau telah
mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi sekutu rapat Oda Nobunaga yang
dipercayai. Ini dapat dibuktikan apabila Oda Nobunaga mengahwinkan anak
perempuannya dengan anak sulung Ieyasu iaitu Nobuyasu. Pada yahun 1567, beliau
menjadi pemerintah Mikawa dan diiktirafkan oleh kerajaan imperial kuasanya dan
memakai nama keluarga Tokugawa. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang majlis
pemangku raja yang diwujudkan oleh Toyotomi Hideyosi. Pada tahun 1603, beliau telah
dilantik menjadi Shogun dan meletakkan jawatan dan digantikan oleh anaknya iaitu
Hidetada. Beliau juga terkenal sebagai Daimyo yang terkuat di Jepun.
Pada zaman Shogun Tsunayoshi (1680-1709), Jepun mencapai zaman
kemewahan. Dalam pemerintahan Shogun Yoshimune, Jepun mengalami kejatuhan
ekonomi sehingga berlaku peristiwa kebuluran. Keadaan itu secara tidak langsung
menjejaskan kedudukan shogun tokugawa. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila
Yoshimune meniggal dunia, ia diganti oleh shogun-shogun yang lemah. Misalnya
Shogun Ieshige (1745-88) adalah bebal dan gagap hingga sukar memahami
percakapannya. Shogun Ieharu adalah pemalas dan tidak mengambil berat tentang
urusan pentadbiran. Selain itu, Shogun Tokugawa telah mengabaikan soal-soal
pertahanan dan hubungan dengan penyokongnya. Akibatnya ramai penyokongnya tidak
lagi taat kepada Shogun Tokugawa.
2.7 Zaman Meiji
Permodenan Meiji pada tahun 1868 merupakan suatu peristiwa yang penting
dalam sejarah Jepun. Tumpuan utamanya ialah untuk mengembalikan Maharaja kepada
kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan
pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo. Pada bulan Disember 1868, Eo telah
ditukar kepada Tokyo. Maharaja Meiji yang masih muda telah muncul dari tempat
pengasingannya di Kyoto ke Tokyo yang berjarak 6.4 kilometer. Beliau telah diiringi oleh
seribu orang bangsawan, pembesar, samurai dan lain-lain pegawai tinggi. Pemilihan
tersebut tidak memperlihatkan Maharaja Meiji mempunyai kuasa autokratik untuk
memerintah negaranya. Sebaliknya, Maharaja Meiji hanya merupakan ketua negara
yang simbolik. Kuasa politik terletak terutamanya dalam tangan beberapa orang
pemimpin samurai muda yang telah menjalankan inisiatif menjatuhkan rejim Tokugawa.
Pemimpin-pemimpin samurai ini berasal dari kawasan-kawasan penguasaan feudal atau
Han suku kaum Satsuma, Choshu, Tosa dan Hizen. Diantara mereka termasuk Okubo,
Saigo, Matsukata Masayoshi dan Kuroda (dari Satsuma), Kido, Ito, Inone, Yamagata
Aritomo dan Katsura (dari Choshu); Okuma (dari Hizen) dan Itagaki Taisuke (dari Toza).
Pemimpin-pemimpin baru Meiji juga termasuk Saionji Kimmochi, seorang bangsawan
dari Kyoto. Bermula dari zaman pemulihan Meiji 1868, kepimpinan kerajaan baru telah
didominasikan oleh samurai muda dari suku kaum Satsuma dan Choshu atau Oligarki
Sat-cho.
Langkah pertama ke arah proses modenisasi Jepun ialah penghapusan sistem
feudal. Oligarki Meiji khususnya Kido, Okubo, Itagaki dan Okuma telah berjaya
mempengaruhi golongan daimo dari suku kaum Choshu, Satsuma, Tosa dan Hizen
supaya menyerahkan tanah mereka secara sukarela pada maharaja. Dalam bulan Julai
1869, semua daimo yang lain telah diperintahkan oleh kerajaan Meiji agar menyerahkan
tanah mereka.
Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan Kerajaan Meiji Baru. Ia
membolehkan Kerajaan mempunyai bidang kuasa yang sepenuhnya keatas seluruh
penduduk dan negara, selain dari meletakkan hasil-hasil pendapatan bekas Han
dibawah penguasaan Kerajaan Pusat. Ini memberi jalan kearah mewujudkan sebuah
negara moden. Langkah selanjutnya kearah modenisasi ialah penghapusan sistem atau
hiraki sosial ketat yang telah diwujudkan oleh Kesyogunan Tokugawa. Pemimpin-
pemimpin Meiji telah menghapuskn sistem kelas yang terdiri dari golongan samurai,
petani, petukang dan saudagar dalam tahun 1871. Golongan samurai telah menikmati
taraf sosial yang tinggi semasa era atau zaman Tokugawa telah terjejas oleh
penghapusan hiraki sosial tersebut. Dalam bulan september 1871, golongan samurai
telah kehilangan hak menggunakan pedang terhadap kelas-kelas yang lebih rendah.
Pada bulan Mac 1876, Kerajaan telah mengharamkan pemakaian pedang oleh samurai.
Golongan samurai juga telah kehilangan hak tradisional mereka sebagai pahlawan.
Modenisasi Angkatan Tentera bermula dalam tahun 1870an. Awal tahun 1868,
Timbalan Menteri Hal ehwal Tentera iaitu Omura Masojiro telah mencadang kerahan
tentera dilaksanakan di Jepun. Walau bagaimana pun, beliau terpaksa menunggu
sehingga penghapusan sistem feudalisme dan sistem Han selesai dilaksanakan. Dalam
tahun 1872, Yamagata Aritomo yang mengantikan Omura Masojiro telah
mengemukakan suatu usul yang menyokong kuat tindakan kerajaan Meiji melakukan
polisi kerahan tentera dan polisi memodenkan Angkatan Tentera Darat dan Laut Jepun.
Dalam bidang pendidikan, beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar ke luar
negeri untuk mempelajari sains dan pentadbiran serta teknik perindustrian Barat.
Kerajaan juga telah mengkaji sebilangan besar pakar-pakar, golongan profesional,
pakar teknologi Barat dan lain-lain untuk mengajar berbagai-bagai kemahiran kepada
rakyat Jepun di dalam negeri. Pada tahun 1871, sebuah Kementerian Pelajaran telah
ditubuhkan dan langkah-langkah telah diambil untuk mewujudkan sistem pelajaran yang
seragam di negara tersebut. Pada tahun 1872, kerajaan telah mengumumkan bahawa
negara Jepun akan dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran dan pendidikan. Setiap
kawasan ini akan mempunyai sebuah universiti, 32 sekolah menengah dan 210 sekolah
rendah. Semua kanak yang berusia 6 tahun ke atas akan menerima pendidikan dan
pelajaran wajib selama 16 tahun menjelang tahun 1880, terdapat hampir 28000 buah
sekolah rendah dengan lebih dari 2 juta murid-murid. Dalam tahun 1886, Mori Arinori
yang menjadi Menteri Pelajaran dari tahun 1885 hingga 1889 telah membuat perubahan
selanjutnya kepada sistem persekolahan.
Dalam bidang undang-undang, pemimpin-pemimpin Meiji telah membuat
pembaharuan. Sistem undang-undang yang moden dianggap sebagai syarat mutlak
yang penting untuk mengkaji semula perjanjian-perjanjian tidak adil dan berat sebelah
yang telah ditandatangani di antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat dalam tahun
1850-an dan 1860-an. Sistem undang-undang yang moden juga perlu bagi
perkembangan industri kapitalisme di negara tersebut. Pada tahun 1873, seorang
peguam Perancis, Gustave Roissonade de Fontarabe telah dilantik sebagai penasihat
kepada Kementerian Keadilan di Jepun. Beliau ditugaskan mengubal satu undang-
undang jenayah moden yang telah dikuatkuasakan dalam tahun 1882. Satu undang-
undang sivil dan perdagangan turut digubal dan kedua-dua enakmen ini diluluskan
dalam tahun 1898 hingga tahun 1899.
3.0 Pengaruh Tamadun Jepun terhadap Malaysia
Pendidikan tamadun Jepun memberikan pengaruh yang besar kepada sistem
pendidikan di Malaysia. Pada zaman meiji, agenda utama pendidikan mereka ialah
dengan menandingi kemajuan barat. Ramai penuntut dihantar keluar negara untuk
menimba ilmu dalam pelbagai bidang sains, pentadbiran dan teknologi. Pada tahun
1886, sistem pelajaran sekolah rendah selama lapan tahun dimulakan dan sekolah
menengah menawarkan kursus selama empat tahun. Pendidikan moden wujud di Jepun
selepas pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta pendidikan tinggi dibentuk
dalam tahun-tahun seterusnya. Sistem pendidikan Jepun dibahagikan kepada lima
peringkat iaitu tadika, sekolah rendah, sekolah menengah peringkat rendah selama 3
tahun, sekolah menengah atas selama 3 tahun dan universiti. Hal ini telah banyak
mempengaruhi sistem yang digubal oleh Kerajaan Malaysia iaitu Malaysia
mengamalkan sistem pendidikan serupa seperti tadika, sekolah rendah selama 6 tahun,
sekolah menengah rendah selama 3 tahun dan sekolah menengah tinggi adalah selama
3 tahun termasuk pelajar STPM.
Seterusnya, dari segi politik pula, Jepun telah mengamalkan konsep demokrasi
berparlimen di bawah pentadbiran raja perlembagaan. Jepun menggunakan slogan
"kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Selain daripada itu juga, Jepun
mengamalkan sistem negara raja berpelembagaan yang amat mengehadkan kuasa
Maharaja Jepun. Jepun juga memiliki sebuah keluarga diraja yang diketuai oleh seorang
Maharaja yang juga merupakan ketua negara Jepun. Di Malaysia, sistem demokrasi
berparlimen di bawah pentadbiran raja perlembagaan diamalkan dimana sesebuah
negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Pemerintahan beraja di Malaysia diketuai
oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa
Malaysia banyak terpengaruh dengan sistem pentadbiran Jepun yang mengamalkan
sistem raja berperlembagaan.
Selain itu, Jepun memiliki sebuah Pasukan Pertahanan Diri yang terletak di
bawah pengawasan Kementerian Pertahanan, dan terdiri dari Pasukan Pertahanan Diri
Darat Jepun (JGSDF), Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun (JMSDF), dan Pasukan
Pertahanan Diri Udara Jepun (JASDF). Malaysia juga mempunyai pasukan pertahanan
negara yang hampir sama seperti pasukan tentera Jepun yang terdiri daripada Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat
Diraja Malaysia (TDDM).
Tambahan pula, dari aspek sosial Jepun mengamalkan prinsip bekerja seperti
dedikasi, menepati masa, prinsip perniagaan yang teguh, profesionalisme dan kreatif.
Prinsip yang diamalkan di Jepun ini telah berjaya melahirkan pekerja yang mampu
memajukan negara Jepun berdasarkan prinsip yang dipegang oleh rakyat Jepun.
Negara Malaysia telah melaksanakan pelbagai program berdasarkan kepada dasar
pandang ke timur (DPT) untuk meningkatkan kecekapan kekesanan dan penghasilan
kerja yang lebih baik dalam kalangan pegawai dan kakitangan. Dasar Pandang ke Timur
merupakan dasar ekonomi yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia,
Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Ketika itu Dr Mahathir baru menjadi
Perdana Menteri Malaysia (1981). Dasar ini adalah sebagai reaksi kepada dasar 'Buy
British Last' yang juga diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 1981.
Dasar Pandang Ke Timur bermaksud pihak kerajaan Malaysia dan swasta menjadikan
negara Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh etika bekerja. Ramai pegawai dan
pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun untuk mempelajari selok belok teknikal dan
aspek pengurusan di negara tersebut. Di antara program yang telah dijalankan adalah
Perubahan Struktur, Perubahan Sikap, Latihan dan Kursus.