Anda di halaman 1dari 20

Sistem Suria telah wujud sejak

4.6 bilion tahun dahulu.


Sistem Suria terdiri daripada
Matahari, lapan buah planet,
satelit semula jadi, asteroid,
meteoroaid dan komet.
Matahari adalah pusat Sistem Suria.
Semua planet dalam Sistem Suria beredar
mengelilingi Matahari.
Matahari ialah satu-satunya bintang dalam
Sistem Suria.
Matahari mengeluarkan cahaya dan haba
kepada planet-planet dan jasad-jasad lain
dalam Sistem Suria.
Matahari juga ialah jasad terbesar dalam
Sistem Suria.
Terdapat lapan planet dalam
Sistem Suria.
Planet-planet itu ialah:

(a)Utarid (b) Zuhrah
(c)Bumi (d)Marikh
(e)Musytari (f)Zuhal
(g)Uranus (h)Neptun
UTARID planet yang paling hampir dengan
Matahari. Permukaannya terdiri daripada
kawah dan dataran. Suhunya tersangat
panas dan tidak sesuai untuk hidupan.
ZUHRAH Planet yang kedua terhampir dengan
matahari. Ia juga merupakan planet yang paling panas
disebabkan oleh lapisan atmosferanya memerangkap
haba daripada matahari.
Bumi ialah satu-satunya planet yang mempunyai hidupan.
Bumi mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai untuk
hidupan.
Marikh dikenali sebagai planet merah kerana permukaannya
dilitupi debu merah. Hampir kesemua air adalah beku.
Musytari merupakan planet yang terbesar dalam Sistem Suria.
Zuhal merupakan planet yang kedua terbesar dalam
Sistem Suria. Zuhal mempunyai gelang-gelang yang terang
di sekelilingnya.
Uranus ialah planet berwarna biru kehijauan.
Neptun merupakan planet yang diliputi lautan cecair metana.
Neptune juga dikenali sebagai planet biru.
Asteroid ialah objek batuan yang beredar mengelilingi Matahari.
Mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza.
Kebanyakan asteroid berada dalam lingkaran di antara planet
Marikh dan planet Musytari.
Meteoroid ialah ketulan batu atau logam yang terapung dan
beredar di angkasa.
Kelihatan seperti jaluran cahaya melintasi langit pada waktu
Malam. Dikenali juga sebagai tahi bintang.
Komet ialah ketulan ais, gas beku dan debu yang beredar
Mengeliling Matahari.
Komet tidak mengeluarkan cahaya, namun akan bersinar dan
membentuk ekor yang panjang apabila berada berdekatan
dengan matahari.
Satelit semula jadi ialah jasad-jasad yang beredar mengelilingi
planet.
Contoh satelit semula jadi ialah bulan.

Anda mungkin juga menyukai