Anda di halaman 1dari 1

Orang papa pada hari Kiamat

Daripada Abu Hurairah r.a., Raulullah SAW telah bersabda:


"Adakah kamu tahu siapakah orang yang papa pada hari Kiamat? Jawab sahabat, "Orang papa yang
kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya." Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya
orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di
samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan
harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala
amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan
yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur
dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke
neraka."

(Riwayat Muslim)

Kesimpulan dan pengajaran
1. Mereka yang tidak berakhlak akan mudah melakukan jenayah, dari mencabul kemuliaan
agama Islam, teristimewa bagi mereka yang pandai menggunakan agama untuk kepentingan diri
sendiri.
2. Rasulullah SAW mengingatkan bahawa mereka yang mementingkan ibadat sahaja dan
menganggap bahawa merekalah orang yang layak masuk Syurga adalah salah dalam Islam.
3. Pencerobohan terhadap akhlak (menceroboh hak orang lain) adalah serupa dengan
pencerobohan ke atas harta benda. Orang yang melakukannya akan diperhitungkan nasibnya di
akhirat dan akan diperlihatkan apakah amalan ibadat fardhunya mampu menutup segala
kesalahan akhlaknya.
4. Islam mengarahkan supaya penganutnya menjadi kaya di dunia dan di akhirat. Orang
Islam perlu berusaha membentuk masyarakat yang tinggi pekerti dan berkemanusiaan yang
boleh menjadi contoh kepada masyarakat lain.

Anda mungkin juga menyukai