Anda di halaman 1dari 12

Kuiz peribahasa

Soalan 1 : Berikan maksud peribahasa di bawah


1) Kacang lupakan kulit
2) Bak cendawan tumbuh selepas hujan
3) Bagai kaca terhempas ke batu
4) Seperti lembu dicucuk hidung
5) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
6) Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
7) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
8) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Soalan 2 : Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya.
1. Mencari jalan
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
2. Anak dagang
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
3. Memerah otak
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
4. Batu penghalang
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
5. Lintah darat
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
6. Kacang lupakan kulit
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
7. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
8. Bagai kaca terhempas ke batu
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________



LATIHAN KENDIRI-PERIBAHASA
PERIBAHASA
A. LATIHAN MEMBINA AYAT DENGAN
PERIBAHASA

Ayat atau kelompok kata yang mengandungi susunan tetap dan pengertian tertentu

Bina ayat menggunakan peribahasa.

1. selembap-lembap puntung di dapur di tiup menyala juga
- sesuatu pekerjaan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh lambat-laun
berhasil juga.

Contoh ayat:
Ali tetap dapat menyiapkan sebuah kertas projek tentang pencemaran di negara ini
kerana komitmen dan kesungguhannya menjalankan penyelidikan tersebut umpama
peribahasa selembap-lembap puntung di dapur ditiup menyala juga

2. kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek
- lebih mementingkan kerja orang lain daripada kerja sendiri

Contoh ayat:
Lebih baik kamu siapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru daripada
asyik menolong kawan kamu itu menyiapkan kerja rumahnya ,jangan
sampai kerja raja dijunjung kerja sendiri dikelek, leter ibu kepada Krishnan.

3. dijunjung merekah kepala,dipikul meruntuh bahu
- hukuman, peraturan,perintah yang sangat berat dan keras.

Contoh ayat:
Hukuman lucut jawatan ketua kelas yang dikenakan ke atas Halim kerana
merosakkan komputer sekolah dirasanya bagai dijunjung merekah kepala,
dipikul meruntuh bahu kerana melibatkan maruah dirinya.

B. LATIHAN MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN RANGKAI
KATA

Cari makna rankai kata terlebih dahulu

1. kecut hati: takut, gerun, gentar
Contoh ayat: Kecut hati Lam Ting apabila melihat kemunculan guru displin di
hadapan kelas.

2. hati kaudu: hati yang jahat dan busuk dalam diri seseorang/ hati iri/hati
tamak/hati dengki/hati busuk/hati sakit

Contoh ayat: J angan ada sedikitpun hati kadau dalam diri kita jika mahu
perpaduan kekal dalam masyarakat negara kita.

3. dapat terpijak: memperoleh sesuatu dengan mudah atau dengan tidak perlu
berusaha

Contoh ayat: Keadaan hidup Melati yang dapat memenuhi semua kehendak
hati setelah berkahwin dengan Amir yang kaya raya itu boleh diumpamakan
seperti peribahasa dapat terpijak.

4. laut lepas: laut yang terbentang luas
Contoh ayat: Fuad merenung laut lepas di hadapannya dengan perasaan sayu.
B. LATIHAN MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN PERIBAHASA

1.Bina satu ayat dengan peribahasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan
makna peribahasa tersebut

1. 1.Adu tenaga-
mempertandingkan kekuatan
Contoh Ayat: "Adu tenaga kamu di gelanggang jika mahu menguji
kehandalan!" Tok Wali
memberi amaran keras kepada ahli-ahli silat itu.
2. 2.Adu nasib -
mencuba untung
Contoh ayat: Demi masa depan yang gemilang, akan saya adu nasib dalam
bidang perniagaan
herba.

3. 3.Alah sabung menang sorak-
biarpun kalah namun masih cakap besar
Contoh ayat: Sikap pasukan ragbi itu tidak disenangi oleh jurulatihnya kerana
masih lagi
bercakap besar walupun sudah tewas umpama peribahasa alah sabung
menang
sorak.
4. 4.Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan,ke hutan juga
perginya
Orang dagang, bagaimana senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya
sendiri.
Contoh ayat: Abu Bakar seorang ahli perniagaan yang berjaya di Brunei tetapi
dia umpama
ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan ke hutan juga
perginya kerana dia tetap rindu akan kampung halamannya di Kota Bahru
( AYAM BEROGA=AYAM HUTAN )
5. 5.Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan
Orang yang menderita kesusahan di tempat yang mewah.
Contoh ayat: Walaupun negara ini kaya dengan pelbagai hasil bumi, namun
kita akan menjadi
seperti ayam bertelur di atas padi mati kelaparan jika kita malas berusaha dan
belajar bersungguh-sungguh, kita pasti akan hidup susah.


2.
BIL PERIBAHASA MAKSUD
BERANI
1. Berani lalat Berani di
belakang lawan
(kalau
berhadapan
,takut)
2. Berani malu,
takut mati
Pengecut
3. Berani pegang
berani tanggung
Tiap-tiap yang
dicakapkan akan
berani pula
dikerjakan
4. Berani udang Tidak tetap hati
BESI
1. Besi baik tiada
berkarat
Perbuatan baik
tetap terpuji
selamanya (tidak
dilupakan)
2. Asal besi
pengapak kayu,
asal emas
menjadi penduk
( nota; penduk
ialah salutan
emas atau perak
pada sarung keris
)
Asal atau darjat
seseorang
ditentukan pada
tingkah lakunya.
3. Dahulu parang
sekarang besi
Dahulu sayang
sekarang benci
4. Memegang besi
panas
Berbuat sesuatu
pekerjaan yang
tidak tetap (
dengan perasaan
khuatir atau
takut)
5. Sedencing bagai
besi, seciap bagai
ayam
Mengerjakan
sesuatu
bersama-sama



Jawapan Latihan Peribahasa SPM

Jawapan Latihan 1
1. bagaikan kera mendapat bunga
-Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
-Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana dia bagaikan kera mendapat bunga dan tidak
menghargai pemberian kita itu.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
-disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk.
-Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemar kerana seekor kerbau
membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
-mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
-Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagai burung terbang dipipiskan lada kerana
belum pasti lagi keuntungan anak menjelma.
4. menegakkan benang yang basah
-cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar.
-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah tahu bahawa perkara itu tidak
benar.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
-dalam keadaan berbahaya.
-Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai telur di hujung tanduk.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
-orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya.
-Walaupun pandai namun James sentiasa merendah diri kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
-mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba.
-Manprit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak jutawan itu dan bagaikan tikus jatuh di kepuk.
8. matinya semut kerana gula
-mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.
-Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat kerana matinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
-pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula.
-Pergaduhan anak-anak Pak Samad tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
-kasih-sayang yang tidak berkekalan.
-Cinta Sam Kong kepada Winnie bagaikan embun di hujung rumput dan tidak berkekalan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan Latihan 2
1. seperti mendukung biawak hidup
-membuat pekerjaan yang sukar dan berbahaya.
-Perbuatan awak menyertai kongsi gelap itu bagaikan mendukung biawak hidup.
2. sudah jatuh ditimpa tangga
-menerima nasib malang/ kesusahan yang bertimpa-timpa/ berterusan.
-Hidupnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana selepas kematian anaknya, dia kematian isterinya pula.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
-mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
-Sikap Abu membiayai pengajian gadis itu bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
kerana keluarganya sendiri hidup dalam kedaifan.
4. ditelan mati emak, diluah mati bapak
-dalam keadaan serba salah.
-Sam Chong tidak tahu membuat pilihan untuk mengikut ibunya atau bapanya setelah mereka bercerai kerana
ditelan mati emak, diluah mati bapa.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
-berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tersembunyi.
-Saya tahu, Sabrina berbuat baik untuk memikat Manprit kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua
bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
-orang yang tamak akan rugi.
-Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-bayang, nanti kamu sendiri yang rugi.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
-telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja.
-Saya tahu tujuan kamu datang ke rumah saya kerana sekilas ikan di air, sudahku tahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
-membuat kerja bersungguh-sungguh sehingga mendatangkan hasil.
-Belajarlah dengan tekun hingga berjaya umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
-membuat kerja dengan sia-sia.
-Nasihat guru kepadanya bagai mencurah air ke daun keladi kerana dia tidak pernah mahu mendengarnya.
10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
-kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang besar kita tidak nampak.
-Janganlah asyik menyalahkan orang lain dan bersikap kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak
nampak.
----------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan Latihan 3
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
-di mana ada punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul.
-Di tempat menjual loteri itu terlalu ramai orang berkumpul bagaikan lalat mengharung najis.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
-pembangunan yang tumbuh dengan pesat.
-Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan petempatan di Bangi semakin maju bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
-usaha gigih yang berterusan.
-Jika kita gigih berusaha, lama-kelamaan kita akan menempa kejayaan kerana sehari sehelai benang, lama-lama
menjadi kain.
4. seperti pelanduk dua serupa
-mempunyai wajah yang serupa.
-Saya menegur orang itu kerana saya menyangkanya Manprit Singh sedangkan dia hanya pelanduk dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
-mendidik anak biarlah sejak mereka masih kecil.
-Ibu bapa perlu mendidik anak mereka sejak dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu
-barisan yang bengkang-bengkok.
-Guru disiplin itu menjerit kerana terlalu marah apabila melihat barisan pelajar tersebut tidak lurus seperti ular
kena palu.
7. mati semut kerana gula
(Sila rujuk maksud dan ayat di atas = soalan ulangan)
8. bagai mendapat durian runtuh
-mendapat keuntungan dengan banyak.
-Pada minggu lepas, Nazri mendapat durian runtuh apabila peniaga itu menghadiahkan beliau sebuah kereta baru.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
-dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.
-Walaupun Ah Keong dan Rajoo sangat rapat, tetapi masing-masing mempunyai impian yang berbeza umpama
tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
-mendengar sesuatu keuntungan yang belum pasti, apa yang telah ada dibuang/ ditinggalkan.
-Apabila mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana apabila mendengar berita yang belum jelas
bahawa dia akan mendapat pekerjaan baru itu, Ah Cun berhenti daripada kerja lamanya.


LATIHAN PERIBAHASA SPM
PERIBAHASA
Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah:
A. Membina ayat daripada peribahasa:Contoh:
1. bagai menatang minyak yang penuh
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah
mereka dewasa.


2. seperti katak di bawah tempurung
Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti
katak di bawah tempurung.


3. seperti paku dengan penukul
Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan.


4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus
Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah
seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.


B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:Contoh: Beri tiga peribahasa yang
sesuai dengan cerita yang diberi.


1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara
yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah
memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan
kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.


i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)
ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii. anak emas (anak kesayangan)
iv. air muka (diri, peribadi)


2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri.
Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta
saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan
perasaan kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.


i. bagai pinang dibelah dua.
ii. sedangkan lidah lagi tergigit.
iii. bagai embun di hujung rumput.


C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:Contoh:


1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang
lelaki yang hendak meragut beg tangannya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.


2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung halamannya
kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.
* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.


3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi
kucar-kacir dan saling berbalah.
* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.


D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:Contoh:


1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi
mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap
umpama (i) Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan
tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana
(ii).. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk
menyelesaikan masalah (iii)..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.


i. rumah siap pahat berbunyi
ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
iii. anak buah


Latihan 1:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.


1. bagaikan kera mendapat bunga
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3. burung terbang dipipiskan lada
4. menegakkan benang yang basah
5. bagaikan telur dihujung tanduk
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
8. matinya semut kerana gula
9. air dicincang tidak akan putus
10. bagaikan embun di hujung rumput


Latihan 2:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.


1. seperti mendukung biawak hidup
2. sudah jatuh ditimpa tangga
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
9. bagai mencurah air ke daun keladi
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak


Latihan 3:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.


1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
4. seperti pelanduk dua serupa
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
6. seperti ular kena palu
7. mati semut kerana gula
8. bagai mendapat durian runtuh
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan