Anda di halaman 1dari 1

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

No. Pendaftaran: PPM/SEL.1688/96-12


Pejabat ISMA DHL, 7-2-1, Jalan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 019-668 1300 Fax : 8926 2520 E mel: khai_ali@yahoo.co.uk Blog:ismadhl.wordpress.com

No Rujukan: ISMA/DHL/SU/2009/
Tarikh: 18 Jun 2009

Y.bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Assalamualaikum wbt,

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK AKTIVITI PEMBANGUNAN INSAN

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) adalah merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang
ditubuhkan dengan misi membangun kekuatan tamadun islam berdasarkan keadilan bersama.
Di dalam mencapai objektif ini, pelbagai program disusun di antaranya ialah program
pembangunan insan, pembangunan kepimpinan berwawasan, pembangunan remaja dan belia,
pembangunan wanita dan aktiviti kebajikan masyarakat.

2. Dalam menjayakan lagi aktiviti fisabilillah pada tahun 2009 ini, sejumlah wang diperlukan
bagi memastikan semua perancangan dapat berjalan dengan lancar. Sehubungan dengan ini,
pihak ISMA (Cawangan Hulu Langat) ingin memohon jasa baik daripada pihak Y.bhg. Tan
Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan, peruntukan/sumbangan kewangan bagi menampung sebahagian
perbelanjaan aktiviti yang akan dijalankan. Untuk melihat sebahagian daripada contoh aktiviti
yang telah dijalankan, Y.bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan bolehlah melawat laman blog
kami di alamat http://ismadhl.wordpress.com.

3. Segala sumbangan boleh dibuat secara tunai atau bank-in ke akaun Maybank 1621-
4296-9089 atau dengan mengemukakan cek di atas nama “Majid Jantan”, Bendahari ISMA
DHL, (no. Tel: 019-668 1300). Sila maklumkan kepada kami jumlah sumbangan dengan
mengemukakan slip pembayaran melalui faks ke pejabat ISMA DHL, 03-8926 2520 (u.p.:
Saudara Majid Jantan) atau emailkan kepada abu.kauthar@gmail.com atau sms/telefon ke
nombor beliau sebagai pengesahan.

4. Semoga sumbangan daripada pihak Y.bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan diberkati


Allah dan mendapat ganjaran dari-Nya. Pihak ISMA DHL mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

Sekian, wassalam.

“MEMBINA GENERASI HARAPAN”

Yang berusaha,

( KHAIRUDIN MOHD ALI )


Setiausaha
Ikatan Muslimin Malaysia
Cawangan Hulu Langat
Tel: 019-267 7180 khai_ali@yahoo.co.uk

Anda mungkin juga menyukai