Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP CHALOK BARAT,

21450 SETIU, TERENGGANU.


Tel : 09-6571099

Fax : 09-6572885

Rujukan Kami : SKCB 300/01/2 (1)


Bertarikh
: 13/05/2014

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu,


Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,
Jalan Bukit Kecil,
20604 Kuala Terengganu.
U/P : Unit Pengurusan Pembangunan Dan Bekalan
Melalui dan salinan :
Pegawai Pendidikan Daerah Setiu,
Pejabat Pendidikan Daerah Setiu,
22100 Setiu.
U/P : Unit Pengurusan Pembangunan Dan Bekalan
Tuan,

PERMOHONAN PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN ALAT PENGHAWA DINGIN


DI MAKMAL KOMPUTER DAN PERBEKALAN ALAT PENGHAWA DINGIN DI PUSAT
AKSES
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa alat penghawa dingin di makmal komputer sedia
ada tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan alat tersebut telah digunakan mulai
tahun 2005. Makmal komputer menempatkan peralatan ICT seperti komputer,printer
dan scanner serta digunakan sebagai bilik pembelajaran.
3.
Bagi pusat akses pula,bilik tersebut tidak pernah dipasang dengan alat
penghawa dingin semenjak bilik tersebut beroperasi. Memandangkan pusat akses
menempatkan peralatan ICT dan digunakan sebagai bilik pembelajaran maka adalah
wajar dipasang alat penghawa dingin bagi memastikan peralatan sentiasa dalam
keadaan baik.
4.

Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar yang berkenaan :


4.1 Keadaan di makmal komputer
4.2 Keadaan di pusat akses

5.
Oleh
yang
demikian,mohon
kerjasama
pihak
tuan
agar
dapat
mempertimbangkan permohonan ini kerana pihak sekolah benar-benar memerlukan
kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan dengan segera bagi mengelakkan sebarang
kemungkinan yang tidak diingini berlaku.
Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.
Terima kasih.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
" GURU PENYAYANG MURID BERKUALITI "
Saya yang menurut perintah ,
......................................................
( FADILATON BT MD TOP )
Guru Besar

s.k. fail

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP CHALOK BARAT,


21450 SETIU, TERENGGANU.
Tel : 09-6571099

Fax : 09-6572885

4.1 Keadaan di makmal komputer

Kipas terpaksa digunakan bagi mengantikan penghawa dingin yang tidak berfungsi

4.2 Keadaan di pusat akses

s.k. fail