Anda di halaman 1dari 4

Jika ada sebarang cadangan dan maklumat

berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.



Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan
Aras 3, Blok E9, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya. Tel: 88721605
rosli@padu.edu.my
intan@padu.edu.my

Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia Mac 2014

Piagam Pemimpin Sekolah
Sesi Interaksi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025
Dialog Timbalan Menteri Pendidikan II Bersama-sama
Mahasiswa
Isu Bulan Ini
Anjakan Bil 12 Mac 2014
Dari Meja
Pengarang
Masyarakat meletakkan harapan
yang sangat tinggi terhadap
keupayaan dan kecekapan
pemimpin sekolah mentadbir
mengikut konteks dan keperluan
sekolah. Ini terbukti apabila
aspek kepimpinan sekolah
merupakan isu kedua terpenting
selepas isu guru yang diutarakan
oleh masyarakat semasa Dialog
Nasional Pendidikan Negara
ketika proses awal penghasilan
PPPM.

Antara isu yang diutarakan
termasuklah soal pemilihan dan
penempatan Pengetua dan
Guru Besar serta autonomi yang
perlu dimiliki. Oleh itu, Anjakan
5 dalam PPPM menjurus kepada
inisiatif mengupayakan
kepimpinan sekolah.

Anjakan keluaran ini memberi
tumpuan kepada inisiatif
berkaitan pemimpin sekolah,
iaitu Piagam Pemimpin Sekolah.

Ketua Editor

Pemimpin sekolah adalah penggerak utama yang paling penting di peringkat
sekolah untuk keberhasilan murid. Kita tidak boleh berkompromi di dalam hal
kualiti guru dan kompentensi Pengetua dan Guru Besar kita.

Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd
Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
merangkap Menteri Pendidikan Malaysia
Pemimpin di semua peringkat di bawah Kementerian
Pendidikan perlu melaksanakan tindakan dengan
pantas dan cepat. Perkara yang penting adalah bagi
semua warga pendidik dapat menghayati hasrat dan
pelan yang dilaksanakan. Jiwa warga pendidik perlu
dimenangi.


Datuk Dr. Khair Bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Menilai kemampuan:
Membina apa yang perlu dilaksana
Bertindak berdasarkan setiap perancangan
memberi keutamaan kepada tugas mengikut
keutamaan dan mempunyai keberhasilan yang
tinggi;
Berupaya untuk membuat anjakan dan lonjakan.





























MEMASTIKAN
PEMIMPIN
BERPRESTASI
TINGGI
DITEMPATKAN DI
SETIAP SEKOLAH

Memperkukuh kriteria
pemilihan dan proses
perancangan penggantian
bagi Pengetua/Guru Besar
mulai 2013

Melaksanakan Pakej
Kerjaya Pengetua/Guru
Besar yang baharu secara
berperingkat, dengan
lebih sokongan dan
kebertanggungjawaban
yang tinggi bagi
meningkatkan prestasi
keberhasilan murid

Piagam Pemimpin Sekolah (PPS) merupakan inisiatif di bawah Program
Tranformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Anjakan 5, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Terdapat 5 komponen utama dalam Piagam Pemimpin
Sekolah seperti Syarat Baharu Pemilihan Pengetua/Guru Besar, Program
Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL), Program
Residency dan Immersion (PRIme), Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
dan Pemberian Tawaran Baru (New Deals).

Kementerian akan memastikan setiap sekolah, tanpa mengira lokasi dan
tahap prestasi, mempunyai Pengetua/Guru Besar dan pasukan
kepimpinan sokongan yang berkualiti tinggi untuk menyediakan
kepimpinan pendidikan dan memacu prestasi sekolah secara keseluruhan.
Kementerian akan mencapai matlamat ini dengan memperkenalkan pakej
kerjaya baharu kepimpinan sekolah bagi memperkukuh cara Pengetua/
Guru Besar dipilih, dilatih dan diberi ganjaran.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
BAB 5, Pemimpin Sekolah, 5-13
PEMILIHAN CALON PENGETUA DAN GURU BESAR
Proses pemilihan Pengetua dan Guru Besar (PGB) yang rapi, jelas dan telus adalah
penting bagi memastikan setiap sekolah dipimpin oleh Pengetua dan Guru Besar yang
berprestasi tinggi. Oleh itu, perubahan ketara dalam syarat baharu pemilihan calon
Pengetua dan Guru Besar adalah pemilihan berasaskan pencapaian dan kompetensi,
bukan lagi berasaskan tempoh perkhidmatan.
Permohonan jawatan Pengetua dan Guru Besar dijalankan secara atas talian melalui
Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) dalam ePangkat. MPPS telah
dibangunkan khusus sebagai medium pengesanan dan perancangan penggantian
pemimpin sekolah. Hanya calon Pengetua dan Guru Besar yang memenuhi syarat
umum dan syarat khusus yang ditetapkan sahaja layak untuk memohon dan dianggap
telah melepasi tapisan pertama.

Tapisan kedua yang perlu dilalui adalah proses pentaksiran. Proses pentaksiran
dilaksanakan secara bersemuka dan bertulis melalui kaedah temuduga berstruktur
bersemuka, simulasi dalam kumpulan tidak terpimpin, dan penyediaan portfolio Calon
PGB yang telah berjaya akan dicadangkan untuk diperakukan oleh Ketua Jabatan dan
seterusnya diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran
(LKPPP) untuk urusan pemangkuan jawatan Pengetua dan Guru Besar. Setelah
ditawarkan pemangkuan dan penempatan, Pengetua atau Guru Besar baru tersebut
akan mengikuti Program Residency dan Immersion (PRIme) yang akan dikendalikan
oleh Institut Aminuddin Baki (IAB).


Anjakan ke-12 Mac 2014
Anjakan Bil 12 Mac 2014
Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)
Program NPQEL telah dilaksanakan oleh IAB sejak 1999 sebagai program persediaan pemimpin pelapis di peringkat
sekolah. Di bawah inisiatif Piagam Pemimpin Sekolah, kelayakan NPQEL/NPQH telah diwartakan sebagai salah satu syarat
untuk lantikan dan pengesahan PGB baharu mulai 2014 setelah mendapat kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan. IAB telah melatih seramai 1000 orang calon setahun untuk menyediakan pool pemimpin pelapis
sekolah.




























SYARAT KHUSUS
Telah dinaikan pangkat ke:
a) Gred DG48 (PPPS)
b) Gred DGA32 atau
c) Sekurang-kurangnya 5 tahun
di Gred DGA29 (SKM)
Mempunyai pengkhususan
dalam bidang tertentu:
a) Pengetua : BU/BTek/BPI
b) Guru Besar : BU/BC/BT
Lulus NPQEL atau NPQH
Mempunyai pengalaman
berkhidmat sekurang-kurangya
tiga tahun sebagai Guru Kanan
Mata Pelajaran/ Ketua Bidang/
Penolong Kanan/ jawatan-
jawatan pentadbiran di PPD/
JPN/ Bahagian/ IAB/ IPG/ KM
Mempunyai sekurang-
kurangnya 3 tahun tempoh
perkhidmatan sebelum bersara
(tertakluk kepada tarikh
kekosongan)
Melepasi tahap kesihatan yang
memuaskan

Syarat Baharu Pemilihan
Pengetua/ Guru Besar
SYARAT UMUM
Mencapai tahap prestasi yang
ditetapkan iaitu sekurang-
kurangnya 85% berdasarkan
wajaran LNPT tiga 3 terakhir:
Tahun 1 20%
Tahun 2 35%
Tahun 3 45%
Bebas daripada tindakan
tatatertib
Telah mengisytiharkan harta
Lulus tapisan keutuhan
Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM)
Bebas daripada senarai tegar
institusi pinjaman pendidikan
Diperakukan oleh Ketua
Jabatan

Anjakan Bil 12 Mac 2014
Program Residency dan Immersion (PRIme)
Program Residency dan Immersion (PRIme) merupakan program transisi bakal
Pengetua/Guru Besar (PGB) dalam menyedia dan memantapkan pelbagai
kompetensi kepimpinan dan pengurusan yang diperlukan sejajar dengan peranan
mereka sebagai pemimpin sekolah.

P
R
E

R
E
S
I
D
E
N
C
Y

Bakal PGB
menjalani
kursus/
bengkel
sebagai
persediaan
untuk
program
residency
R
E
S
I
D
E
N
C
Y

Bakal PGB
menjalani
program
residency
selama
sebulan
bersama PGB
yang akan
bersara/bert
ukar dan
membiasa-
kan diri
dengan
persekitaran
sekolah
P
E
N
E
M
P
A
T
A
N

PGB
bersara/ber
pindah dan
PGB Baharu
mengambil
alih
I
M
M
E
R
S
I
O
N

PGB
memenuhi
keperluan
immersion
selama 7
hari/42 jam
bersama
Principal
Coach
T
I
N
D
A
K

S
U
S
U
L

Program
coaching and
mentoring
oleh IAB
Pembangunan Profesional Terbeza Untuk Pemimpin
Sekolah (Differentiated CPD)

Institut Aminuddin Baki (IAB) telah dipertanggungjawabkan melaksanakan
Pembangunan Professional Terbeza kepada Pengetua dan Guru Besar sedia ada
bagi memastikan setiap Pengetua dan Guru Besar berada pada tahap terbaik
untuk menerajui kecemerlangan sekolah. IAB telah menyediakan modul-modul
latihan kepada Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Penilaian Bersepadu
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Modul ini akan membantu mereka
meningkatkan potensi diri dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah.
Pada tahun 2013, lapan modul baharu telah dirintis dengan melibatkan 104 orang
pengetua dan guru besar. Di samping itu, pemimpin berprestasi tinggi yang terpilih
telah diberi peluang mengikuti program sandaran industri untuk mendapatkan
pendedahan amalan terbaik di sektor korporat supaya dapat dipelajari dan
disesuaikan untuk diamalkan di sekolah.

Tawaran Baru (New Deals)
Menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA Pendidikan), satu sub-NKRA
telah diperkenalkan iaitu Tawaran Baru (New Deals) kepada Pengetua dan Guru
Besar berdasarkan Penilaian Berasaskan Pencapaian yang dibuat melalui Baiah atau
Kontrak Pencapaian. Tawaran Baharu diperkenalkan sebagai pengiktirafan Kerajaan
Malaysia ke atas kepentingan peranan dan tanggujawab Pengetua dan Guru Besar
dalam membangunkan modal insan minda kelas pertama bagi merealisasikan
matlamat tranformasi pendidikan negara.

Tawaran Baharu diberikan kepada Pengetua dan Guru Besar yang menunjukkan
peningkatan pencapaian yang cemerlang melebihi sasaran yang ditetapkan akan
diberi imbuhan yang menarik dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Bagi
Pengetua dan Guru Besar yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, mereka
dikehendaki mengikuti program-program latihan dan konsultasi yang relevan
dengan keperluan masing-masing.

Tarikh: 6 Mac 2014
Tempat: Kompleks
Cahaya Siswa USM
Masa: 3.00 Petang
Kehadiran: 250 peserta



























Peserta berharap agar program seperti
ini dapat diteruskan di masa hadapan.
Ini kerana sebagai bakal pendidikdan
pemimpin masa hadapan, adalah
penting bagi mahasiswa didedahkan
dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) agar
tranformasi pendidikan negara dapat
direalisasikan dengan jayanya.

SESI INTERAKSI
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
DIALOG TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II
BERSAMA-SAMA MAHASISWA
Pada 6 hingga 8 Mac 2014, Sesi Interaksi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Sesi Dialog
Bersama Timbalan Menteri Pendidikan II, YB. Kamalanathan a/l Panchanathan telah diadakan di 3 buah Universiti iaitu
Universiti Sains Malaysia(USM), Pulau Pinang, Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah dan Universiti Malaysia Perlis
(UNIMAP), Perlis. Sesi Interaksi dan Dialog tersebut telah dihadiri seramai 470 orang peserta yang terdiri daripada
pemimpin mahasiswa.

Tarikh: 8 Mac 2014
Tempat: Auditorium
Pusat Islam
Masa: 4.00 Petang
Kehadiran: 100 peserta
Anjakan Bil 12 Mac 2014
Tarikh: 7 Mac 2014
Tempat: Auditorium
Perpustakaan
Masa: 3.00 Petang
Kehadiran: 120 peserta
Saya pernah mendengar tentang
PPPM, namun belum pernah
menghadiri mana-mana program
yang berkaitan. Sesi ini sangat
menarik kerana Timbalan Menteri
sendiri turun padang bertemu
kami.

Nurul Nabilah Takiudin
Tahun 3, Jurusan Pendidikan
Universiti Sains Malaysia

Hasil kaji selidik yang dijalankan
tehadap 230 peserta pada Sesi
Interaksi dan Dialog bersama-
sama Timbalan Menteri
Pendidikan II menunjukkan
bahawa sebelum sesi ini diadakan,
58% peserta tidak memahami
kandungan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Majoriti peserta tidak jelas atau
langsung tidak mengetahui
kandungan pelan tersebut.

Namun setelah menghadiri sesi
interaksi dan dialog yang
dijalankan, majoriti mahasiswa
berpendapat, sesi penerangan
dan dialog sangat jelas dan
menyeluruh. Interaksi YB Timbalan
Menteri II dengan peserta begitu
terbuka dan telus. Sifat ramah
beliau telah menarik perhatian
mahasiswa yang rata-rata
memberi respon positif.
Saya memang tidak pernah
mendengar tentang PPPM, tetapi
saya rasa memang perlu mahasiswa
seperti kami diberi penerangan yang
jelas tentang hala tuju pendidikan
negara.
Buvaneswary a/p Ganesan
Tahun 3, Jurusan Pendidikan
Universiti Sains Malaysia


Apa kata mereka

Anda mungkin juga menyukai