Anda di halaman 1dari 8

Info 5 Minit

Enam Ciri Utama Murid


Enam Ciri Utama Murid
1. Pengetahuan
Di peringkat paling asas, setiap kanak-
kanak perlu menguasai kemahiran literasi
dan numerasi.
2. Kemahiran Berfikir
Setiap murid belajar cara untuk memperoleh
ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan
mereka (menerapkan perasaan ingin tahu
dan mengamalkan pembelajaran sepanjang
hayat) untuk membolehkan murid
menghubungkan pelbagai disiplin ilmu.

3. Kemahiran Memimpin
Dalam dunia yang saling berhubungkait, kebolehan untuk
memimpin dan bekerja dengan orang lain secara
berkesan adalah penting.
Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid
mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan
peluang yang formal dan bukan formal, bekerja dalam
pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan.
4. Kemahiran Dwibahasa
Setiap kanak-kanak menguasai sekurang-
kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta
bahasa inggeris sebagai bahasa komunikasi
antarabangsa.

5. Etika Kerohanian
Sistem pendidikan akan menyediakan pengalaman
kepada setiap kanak-kanak untuk berdepan dengan
cabaran yang bakal ditempuhi ketika dewasa, agar
mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni,
bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip
ketika berada dalam situasi kritikal, serta berani
melakukan sesuatu yang betul.
6. Identiti Nasional
Identiti nasional yang kukuh terikat dengan prinsip
Rukunnegara yang diperlukan untuk kejayaan masa
depan Malaysia.
Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat
Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau
sosioekonomi.

Anda mungkin juga menyukai