Anda di halaman 1dari 5

Palestin Di Ambang Bahaya

Utusan Malaysia
17 April 2009

Nun dari kejauhan, kelihatan tompokan awan kelabu, menyelimut
kemas Bandar Gaza. Kami terpinga, lalu terpacul soalan kepada
Adnan, si pemandu teksi: "Itulah asap peninggalan dari bom Yahudi..."
jawabnya bingkas. Kata-katanya itu membangkit kegusaran. Soalan
demi soalan menerjah masuk ke kotak fikiran.

Bahaya masih ada

Awan kelabu itu, apakah sisa-sisa bom kimia? Bom Dime yang mampu
menyelinap masuk dalam setiap urat nadi dan menyebabkan
pendarahan tidak henti-henti dengan kecanggihan teknologi nanonya
itu, masihkah ada sisanya di sana?

Bom sepanjang dua meter, berdinding besi setebal 10 milimeter dan
seberat satu tan itu, pastikah tiada yang masih menyala? Sisa bahan
radioaktif pembawa kanser untuk satu jangka masa yang lama,
pastikah tiada di sana?

Adakah sudah tidak ada lagi ancaman dari Helikopter Apache yang
berlegar-legar di udara dengan mesingan beratnya, atau pesawat tanpa
pemandu yang mampu mengenal pasti longitud dan latitud sasaran
dengan tepat? Dan..bom Fosforus putih buatan Amerika yang amat
gemar meratah daging lembut anak-anak kecil yang belum mengenal
erti dunia. Sudahkah terpadam semuanya? Tiada siapapun yang
mampu memberi jawapan yang benar-benar pasti.

Riehan thoyibah

Pemandangan dahsyat di sana sini, mengalih perhatian kami dari
kegusaran dek awan-awan hitam tadi. Malam pertama di bumi Gaza itu,
angin bertiup begitu kencang.

Tiga sahabat dalam kamar kecil di Gaza International Hotel itu, telah
lama dibalut mimpi. Perjalanan siang sungguh memenatkan. Tekanan
perasaan, gelodak jiwa dan mainan minda membuatkan diri lemah lesu
tidak bermaya. Sesekali deruan angin menghasilkan siulan demi siulan.
Atap zink di rumah berdekatan berkeriut riuh rendah, hingga barisan
gigi atas terasa ngilu.

Angin kencang tidak mampu mengejut mereka dari tidur yang sungguh
lena. Adakah ini angin rahmat yang menghalau setiap zarah debu-debu
beracun yang membentuk awan hitam tadi, atau angin azab yang bakal
membadai petualang yang bejat dan zalim itu? Walau apapun, pasti ia
angin rahmat. "Ya Allah, kurniakanlah bumi ini riehan thoiyibah (angin
rahmat) yang sesuai dengan Samudera Ilmu-Mu yang Maha Luas itu..."

Petikan munajat dari kitab Sheikh Abul Hasan as-Shazili selepas solat
tadi seakan terngiang-ngiang kembali... Dan angin semakin
kencang..Tentera Allah? Tentera-Nya di mana-mana. Angin, udara,
pasir, tanah, air dan api, semuanya patuh kepada kehendak dan
perintah-Nya jua.

"Bawakan Rahmat atas umat ini. Nyahkan petaka dari bumi teraniaya
ini. Ayuh! Jalankanlah tugasmu, duhai riehan thoyyibah!" Akhirnya, doa
dan munajatpun menyatu, berarak pergi bersama angin lalu, bersama
detik-detik malam yang penuh rindu.

Rupa Bani Israel

Ini bukan kali pertama berhadapan dengan Yahudi. Tahun lalu,
sekumpulan Rabbi berpakaian jaket, seluar dan toga hitam, berbaris
melintasi kami semasa transit di Lapangan Terbang Kaherah.

Semasa menziarah Masjid al-Aqsha as-Syarif tahun 1997, seluruh
badan diperiksa dengan teliti, selama dua jam sebelum dibenar masuk
ke al-Quds melalui Israel.

Pegawai mereka muda belaka. Tubuh mereka tidak sasa. Hanya biasa-
biasa. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Sederhana, seakan-
akan perawakan bangsa Melayu juga. Rangka badan agak lonjong dan
kecil. Tidak agam seperti kebiasaan orang Arab.

Kulit mereka putih mulus, kemerah-merahan. Kadang-kadang, sedikit
kekuningan. Rambut dan kening mereka hitam, hidung panjang dan
mancung.

Namun, ada juga yang berambut keemasan. Bagi yang lebih dewasa,
fizikal berubah menjadi lebih bundar. Tidak hairanlah, bukankah mereka
cucu cicit Nabi Allah Yusuf yang rupawan itu? Dunia Hollywood tidak
pernah sunyi daripada artis berketurunan yahudi.

Bagi peminat dunia hiburan, pasti mereka mengenali Adam Sandler,
Nicholas Cage, Elizabeth Taylor, Barbara Streisand dan lain-lain. Siapa
tahu, antara idola yang dipuja, rupa-rupanya seorang Yahudi!

Arab dan Israel cucu Ibrahim?

Dahulu mana ada bangsa bernama Israel. Bangsa Arab mahupun
Yahudi, keduanya berasal usul daripada zuriat Nabi Ibrahim. Dari Nabi
Ibrahimlah maka terbina salasilah keturunan Nabi Muhammad
berbangsa Arab, dan salasilah keturunan Nabi Yaakub yang membina
susur galur bangsa Bani Israel. Dari Siti hajar lahirnya Ismail. Dari
Ismail berjujuran zuriat Adnan hingga ke Nabi Muhammad S.A.W.

Dari Siti Hajar pula lahirnya Ishak. Dari Ishak lahir pula Yaakub. Dan
dari Yaakub lahir nabi-nabi berketurunan Bani Israel seumpama nabi
Yusuf nan rupawan, nabi Sulaiman seorang negarawan, nabi Daud
seniman dan wirawan, sehingga nabi Isa a.s. yang naik ke langit
membawa jawapan kepada seribu satu persoalan.

Justeru, Nabi Ibrahim a.s (juga disebut Abraham, atau Ebram) adalah
bapa kepada bangsa Arab dan Bani Israel. Dua bangsa pada asalnya
bersaudara inilah, Allah SWT kurniakan amanah untuk memelihara
kitab dan agama suci-Nya, iaitu risalah keesaan Allah SWT di
sepanjang zaman.

Asal nama Israel

Nama Israel berasal daripada nama nabi Allah Yaakub a.s. Baginda
digelar Israel, yang membawa maksud 'Hamba Allah' atau Abdullah. Al-
Quran memanggil anak cucu Israel (nabi Yaakub) dengan panggilan
penuh belaian kasih sayang, "Wahai Bani Israel..(anak-anak Yaakub),
ingatkah kamu ke atas nikmat-nikmat yang telah Ku anugerahi kepada
kamu, dan Aku telah melebihkan kamu di atas bangsa-bangsa lain di
alam ini..."

Mereka juga popular dengan sebutan Yahudi. Dari mana pula
datangnya Yahudi ini? Nama Yahudi lahir dari satu puak daripada 13
puak dalam bani Israel. Di antara terdapat satu puak bernama puak
Yahuda. Dari Yahuda lahirlah panggilan Yahudi. Jumlah 13 puak ini
pula terbentuk hasil daripada keturunan anak-anak nabi Yaakub
seramai 13 orang, termasuklah keturunan nabi Yusuf, Bunyamin, Levi,
dan lain-lain.

Benar mereka istimewa, tetapi itu suatu masa dahulu. Keistimewaan
mereka tetap ada syarat. Syarat perjanjian dengan Tuhan, mereka
mesti memelihara iman dan agama. Sepuluh wasiat firman Allah SWT
kepada nabi Musa a.s. adalah janji yang perlu dipelihara mereka.
Termaktub dalam perjanjian, "Tidak akan terkena janji ini, bagi mereka
yang menzalimi" sebagaimana maksud Firman Allah SWT.

Negara Israel

Negara Israel bukan lama, baru sahaja berusia 46 tahun. Sebelum ini,
tidak ada di mana-mana inci bumi ini sebuah negara bernama Israel. Di
saat negara-negara di dunia telah lama berdaulat, Israel baru terkial-kial
untuk mencari tempat di atas muka bumi ini. Kini dengan megah ia
berdiri sebagai sebuah negara.

Bermula tahun 1947, dengan helah mainan politik barat bersekutu, dan
campur tangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), negara
Israel tegak di atas bumi Palestin. Menerusi perjanjian Balfour, Inggeris
menyerahkan Palestin untuk dibina penempatan Yahudi.

Kini, yang ada hanya tinggal Tebing Barat dan Tebing Gaza sahaja.
Itupun, kedaulatan hanya pada nama. Kuasa legislatif, ekonomi,
ketenteraan semua dalam kepungan dan genggaman Yahudi.

Palestin dan mata wang Israel

Baik Gaza maupun Tebing Barat, Palestin tiada mata wangnya sendiri.
Semua urusniaga menggunakan mata wang Sheqel, milik Israel.
Sebelum ini, rakyat Palestin menggunakan mata wang Lira, Lubnan.

Sejak penguasaan Yahudi, matawang Sheqel telah digunapakai
sehingga kini. Semua barangan harus dibeli daripada Israel. Bukan
hanya penguasaan politik, Palestin juga dikepung dengan hegemoni
ekonomi Israel sehingga kini.

Palestin di ambang bahaya

Lihatlah peta Palestin. Sejak tahun 1947 hingga kini. Apa yang sudah
terjadi? Kini, Palestin tidak ubah tahi lalat manis di wajah anak dara
sunti. Kelak bakal hilang dari pandangan, jika umat masih leka, ralit
dibuai lena.

Adakah Palestin mendapat semula permata yang hilang, atau bakal
berputih mata dengan kehilangan tanah yang sekelumit cuma?
Tepuklah dada, tanyalah selera. Masing-masing mungkin sudah boleh
meneka jawapannya.

Formula yang digunapakai adalah jelas dan mudah. Buat kacau, damai
dan serah tanah. Dengan formula inilah negara Israel mendapat
kedaulatan. Pepatah Melayu klasik 'Bagai Belanda mendapat tanah' kini
mungkin terpaksa diganti 'Bagai Yahudi mendapat tanah'.

Agenda penaklukan Israel

Agenda mereka tertera pada bendera biru putih itu. Menurut Henry Ford
dalam bukunya The International Jew, dua palang biru bermaksud
Penaklukan di negara-negara yang berada di antara sungai Nil dan
sungai Furat.

Jika Palestin berjaya ditakluk sepenuhnya, maka, negara-negara yang
terletak di antara dua sungai bersejarah ini harus bersiap siaga.

Ini juga bermakna, Kota al-Quds dengan simbahan cahaya Kubah
Keemasan itu, mungkin hanya menjadi foto kenangan. Batu-batu Masjid
al-Aqsa, mungkin akan terkubur bersama runtuhan dinding kotanya.

Jika umat masih tidak bersatu, maka percayalah, igauan ngeri ini akan
menjadi nyata. Kala itu, kita hanya akan melihat, sambil berkata dengan
nada penuh lemah, penuh hina, penuh tidak bermaya, "Apakan
daya..kita hanya mampu berdoa..." Na'uuzu billah.

Di mana singa Allah?

Teringat semasa ziarah ke al-Aqsa tahun 1997 itu, dengan nada sinis,
bilal tua di Masjid al-Aqsa yang tergagap-gagap itu bersuara, "Wahai
umat, teruslah bercakaran. Wahai Arab, teruslah bersahabat dengan
mereka (Yahudi). Wahai anak muda, teruslah bermimpi dan hanyut
dalam dunia kamu yang indah. Semoga serpih-serpih dari runtuhan al-
Aqsa kelak akan menyentap urat leher kamu dan menyentak kamu dari
tidur lena nan indah!"

Agaknya, di masa itu, baru kita tercari-cari, di mana saf para pejuang
Ilahi. Di mana wira Salahuddin al-Ayyubi? Di mana Tariq Ibnu Ziyad? Di
mana Hamzah Singa Allah? Di mana Muhammad Ibni Abdillah?

Namun kala itu, nasi telah menjadi bubur. Semua harapan telahpun
hancur. Sesal kemudian, tiada apa lagi yang berguna. Jalan di hadapan
hanya dua. Adakah bangun membina saf hadapan atau masih ingin
terus dalam dakapan igau lena yang berpanjangan.

Ada akal, fikir. Ada mata, pandang. Ada telinga dengar. Jangan sampai
termakan sumpah Summum Bukmun 'Umyum Fahum La Yarj'iuun...!
(Mereka itu pekak tuli, bisu, buta dan tidak 'reti' bahasa! Keras, tegas.
Bagai jarum tersusuk dalam segenap urat dan nadi. Teruslah wahai
Bilal tua. Katakan yang benar, walaupun pahit. Umur kamu tidak lama
sahaja yang tersisa. Apa digentar, Tuhan kan ada.

Kami memerlukan orang dewasa seperti dirimu. Di luar masjid, suara-
suara bergema, Khaibar-Khaibar Ya Yahud, Jaisy Muhammad Saufa
Ya'uud! (Ingat nasibmu dalam peristiwa Khaibar, wahai Yahudi. Tentera
Muhammad pasti kan kembali!)

Anda mungkin juga menyukai