Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TAHUN 5
MATA PELAJARAN / KELAS BAHASA MALAYSIA/ TAHUN 5 ARIF

TEMA / TAJUK KEKELUARGAAN /Menghormati ibu dan bapa.

MASA/ TARIKH 9.15 pagi-10.15 pagi / 10.08.2014 (KHAMIS)
STANDARD PEMBELAJARAN i) 4.1.1 Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui
nyanyian sambil berlakon.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir PdP, murid dapat :
i) Menyebut sekurang-kurangnya serangkap lagu dengan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta
melakonkan mengikut seni kata lagu tersebut.
ii) Murid dapat memaparkan sikap hormat kepada ibu
bapa melalui lakonan.

AKTIVITI i) Murid diperdengarkan lagu Ayah dan Ibu .
ii) Setiap murid diberikan lirik lagu Ayah dan Ibu.
iii) Murid menyanyikan lagu Ayah dan Ibu.
iv) Sesi soal jawab antara murid dengan guru mengenai ibu
dan bapa .
v) Murid melakonkan watak cara anak menghormati ibu
dan ayah.
vi) Murid menyatakan nilai yang terdapat dalam sesi
lakonan tersebut.
vii) Murid menjawab soalan kefahaman yang disediakan
oleh guru.
viii) Murid menyanyikan semula lagu Ayah dan Ibu.

EMK i) TMK (Belajar Dengan TMK)
Nilai murni : Kasih sayang






BAHAN BANTU BELAJAR i) Komputer Riba
ii) LCD
iii) Lembaran kerja
iv) Lirik Lagu

PENILAIAN PEMBELAJARAN &
PENGAJARAN
i) Murid dapat menyebut dan memahami seni kata lagu
Ayah dan Ibu melalui nyanyian sambil berlakon
mengikut kreativiti dengan betul.
REFLEKSI Seramai 30 orang murid dan 36 orang murid telah menguasai
objektif PdP pada hari ini.

Ayah dan ibu.......
Ayah dan ibu.......
Itulah permulaan kami......
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari.....ahai...

Ayah dan ibu.......
Ayah dan ibu.......
Itulah permulaan kami......
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari.....ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi......
Ahai...
Ayah dan ibu lah.....
Mesti dihormati......

Yang dikurniakan dari Ilahi......
Ahai........
Ayah dan ibu lah.....
Mesti dihormati........

Ayah dan ibu......
Ayah dan ibu......
Wali dan juga keramat......
Pada mereka kita beri hormat.......
Ahai......

Bagilah.. tunjuk.. ajar dan...
Ahali.....Nasihat....
Supaya hidup.....
Supaya hidup kita akan selamat........











Nama:________________________ Tarikh :_______________

Arahan: Jawab semua soalan kefahaman yang disediakan.
1. Siapakah yang perlu kita hormati?
______________________________________________________.

2. Mengapakah kita perlu menghormati ibu dan ayah?
_______________________________________________________.

3. Apakah peranan ibu dan ayah?
_______________________________________________________.

4. Bagaimanakah cara kamu menghormati ayah dan ibu?
_______________________________________________________.