Anda di halaman 1dari 12

KAJIAN PENDEKATAN STRATEGIK BAGI SEBUAH SYARIKAT

MULTINASIONAL (MNC) IAITU SYARIKAT DUTCH LADY



ABSTRAK
















1.0 PENGENALAN
Menurut Richard L.Daft (2008) melalui buku The Era of Globalization edisi ke-9
ialah tiada istilah yang tepat tentang MNC. MNC biasanya menerima 25% dari hasil
jualan daripada negara asal. Pada peringkat MNC ini mempunyai kemudahan pemasaran
dan pengeluaran yang berada di pelbagai negara yang mana lebih daripada 1/3 daripada
jualan adalah dari luar negara asal. Syarikat-syarikat ini mengambil pendekatan
globalisasi bermaksud fokus mereka adalah untuk mengeluarkan produk yang sama
kepada berbilang negara.
Kajian yang dijalankan ke atas syarikat multinasional Dutch Lady. Syarikat Dutch
Lady merupakan suatu syarikat mutinasional Belanda dan antara syarikat tenusu terbesar
di dunia. (Rahul Colaco 1950). Sebuah syarikat MNC diuruskan sebagai sistem
perniagaan bersepadu di seluruh dunia di mana sekutu asing bertindak dalam satu pakatan
yang rapat dan bekerjasama antara satu sama lain. Modal, teknologi dan tenaga manusia
saling dipindahkan diantara negara tersebut. MNC juga boleh memperolehi bahan-bahan
dan alat-alat perkilangan di mana-mana bahagian di dunia yang dapat memberi kelebihan
kepada mereka (Richard L.Daft (2008) The Era of Globalization).
Sebuah syarikat MNC dikawal secara muktamad oleh pihak pengurusan induk
yang membuat keputusan strategik utama yang berkaitan dengan syarikat utama dan
sekutu. Walaupun, sesetengah ibu pejabat dalah binational seperti Royal Butch/ Shell
Group untuk meningkatkan integrasi di seluruh dunia dan memaksimumkan keuntungan
untuk perusahaan secara keseluruhan. Pihak pengurusan atasan melaksanakan global
perspektif. Mereka menganggap seluruh dunia sebagai satu pengurusan strategik
perolehan sumber dan lokasi pengeluaran, pengiklanan dan keberkesanan atau kecekapan
pasaran (Richard L.Daft (2008) The Era of Globalization).
Pada peringkat MNC syarikat-syarikat ini mempunyai kemudahan pemasaran dan
keluaran yang berada di pelbagai negara. Syarikat ini mengambil pendekatan globalisasi
bermaksud fokus mereka adalah untuk mengeluarkan produk yang sama kepada
berbilang negara. Strategi bagi rekaan bentuk produk pemasaran dan strategi pengiklanan
adalah sama di seluruh dunia (Richard L.Daft (2008) The Era of Globalization).
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengenal pasti pendekatan strategik syarikat Dutch Lady melalui analisis
SWOT.
2.2 Mengenal pasti aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Dutch Lady.
2.3 Mengenal pasti konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan
oleh syarikat Dutch Lady.
2.4 Mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai digunakan oleh syarikat Dutch
Lady.















3.0 LATAR BELAKANG/ LOKASI KAJIAN
3.1 LATAR BELAKANG
Syarikat Dutch Lady ditubuhkan pada tahun 1950 iaitu selepas perang dunia
ke-2, susu pekat manis mula diperkenalkan dari syarikat induknya iaitu dari
Holland. Pada tahun 1954, sebuah syarikat perdagangan Friesland (Malaya)
Pte. Ltd, yang berpangkalan di Singapura, telah dibentuk untuk pasaran susu
pekat manis diimport dari Holland di Malaya dan Singapura. Beberapa jenama
diimport, termasuklah Dutch Baby. Manakala, pada tahun 1963 Industri Susus
Pasifik (Malaya) sdn bhd telah diperbadankan di Malaysia dengan pembukaan
kilang susu pekat manis di Petaling Jaya. Tapak kilang ini ialah kemudahan
pengilangan luar negara yang pertama bagi syarikat induknya. Nama syarikat
ditukar dari Industri Susu Pasifik (Malaya) Berhad untuk mengelakkan
kekeliruan dalam perdagangan dan pasaran mengenai nama syarikat dan
produk utamanya iaitu Susu Pekat Manis Dutch Baby. Pada tahun 1980
syarikat mengalami penyusunan semula ekuiti untuk mematuhi Dasar
Ekonomi Baru Kerajaan. Modal saham berkembang ke RM 16.0 juta. Dutch
Lady menerima Readers Digest SuperBrands Gold Award (Anugerah Emas
Jenama Terbaik Readers Digest) kerana dipilih sebagai produk susu digemari
di Malaysia. Kilang Dutch Lady menerima pengiktirafan Sijil Piawaian
HACCP (Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal- Hazard
Analysis and Critical Control Point). Pada tahun 2000 Dutch Lady telah
diiktirafkan dengan pensijilan yang halal.

3.2 LOKASI KAJIAN
Dutch lady bertapak di Friesland yang merupakan provinsi di utara Belanda.
Sampai akhir tahun 1996, provinsi Friesland diangkat sebagai nama
resminya. Pada tahun 1997 nama Belanda ini kehilangan status rasmi menjadi
Frisian Frysln. Namun, Friesland tetap dalam penggunaan umum, menjadi
nama untuk provinsi Belanda Friesland memiliki 646.000 penduduk (2010
dan ibukotanya adalah Leeuwarden (W. Frisian: Ljouwert), dengan 91.817
penduduk, di tengah provinsi. Fryslan membedakan dirinya dari sebelas
provinsi lain dengan memiliki bahasa sendiri, Frisian Barat, yang juga
diucapkan di bagian kecil yang berbatasan dengan provinsi Groningen, bagian
timur. Bahasa yang terkait erat, Frisian Timur ("Seeltersk", yang berbeza dari
"FrisianTimur (Ostfriesisch)", kumpulan dialek Jerman Rendah Timur Frisia)
dan Utara Frisia, masing-masing diucapkan di Saterland dan di daerah
Friesland Utara di Jerman. Friesland utamanya adalah sebuah provinsi
pertanian. Sapi hitam dan putih Frisian yang terkenal dan kuda hitam terkenal
Frisian berasal dari sini. Pariwisata adalah sumber pendapatan penting, tujuan
utama wisata termasuk danau terbesar di barat daya provinsi, dan pulau-pulau
di Laut Wadden di utara. Fitur menarik lainnya adalah adanya banyak kincir
angin. Ada 195 kincir angin di provinsi Friesland, dari total sekitar 1200 di
seluruh negeri.

Sumber:
4.0 KAEDAH KAJIAN
4.1 DATA SEKUNDER
Pengkaji telah menggunakan kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat.
Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah data sekunder yang
diperolehi melalui kajian di perpustakaan, dan semakan bahan daripada
sumber internet. (Silalahi, 2006:267-268)
4.2 PENGUMPULAN DATA
Data dan maklumat yang diperolehi dikumpulkan dengan menggunakan
pelbagai cara seperti dokumentasi, dan cara analisis data.

4.2.1 Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap sumber bertulis yang sudah
diterbitkan seperti buku, akhbar, majalah, dan bahan-bahan daripada
internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarikat
multinasional.

4.3 CARA MENGANALISIS DATA
Menganalisis dan menginterpretasi daya hasil kajian merupakan perkara yang
penting. Keadaan ini tidak memerlukan analisis yang rumit, cukup setakat
menggunakan laporan pemerhatian. Hal demikian kerana sampel kajian tidak
besar dan yang paling penting ialah dapatan yang diperolehi hasil analisis data
tersebut. Cara menganalisis data kajian terbahagi kepada dua iaitu kaedah
kuantitatif dan kualitatif. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah
kualitatif. Kaedah kualitatif adalah untuk menganalisis data berbentuk
maklumat yang melibatkan aspek-aspek berkaitan dengan sikap, tingkah laku
atau tabiat yang sukar diukur dengan nombor. Maklumat hasil penyelidikan
kualitatif perlu dicatat semasa atau sebaik sahaja kerja lapangan dijalankan
supaya tidak terlupa atau tercicir maklumat penting. ( Creswell, J.W. 2005)
5.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini merumuskan dapatan kajian yang telah diperoleh daripada sumber
internet. Perbincangan dalam bahagian ini dibahagikan kepada empat iaitu
pendekatan strategik melalui analisis SWOT, aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh
syarikat Dutch Lady, konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan
oleh syarikat Dutch Lady, dan mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai
digunakan oleh syarikat Dutch Lady.

5.1 PENDEKATAN STRATEGIK SYARIKAT DUTCH LADY MELALUI
ANALISIS SWOT

5.1.1 ANALISIS KEKUATAN, KELEMAHAN, PELUANG DAN
ANCAMAN (SWOT)

Kajian yang dijalankan ini menggunakan analisis SWOT yang
merupakan teknik asas yang lazim digunakan dalam pengurusan strategik
untuk meningkatkan kecemerlangan organisasi. Analisis SWOT digunakan
untuk memastikan strategi yang digubal benar-benar berkemampuan ubtuk
merealisasikan objektif, misi, dan visi organisasi. Dutch Lady telah
menggunakan analisis SWOT bagi membantu meningkatkan pengurusan
organisasi. Berikut merupakan analisis SWOT yang telah digunakan oleh
Dutch Lady:

A) Strengths ( kekuatan )
Menurut Mokhtar Pet (2013) kekuatan merupakan faktor dalaman
organisasi yang membantu pencapaian objektif. Oleh itu, Dutch Lady
mempunyai kekuatan yang tersendiri iaitu kadar pertumbuhan yang tinggi.
Selain itu, bantuan kewangan disediakan. Seterusnya, unit-unit perniagaan
yang berpengalaman dalam mengendalikan mesin-mesin. Disamping itu,
kekuatan juga dapat mengurangkan kos buruh dari luar. Akhir sekali,
tenaga buruh mahir dapat ditingkatkan.

B) Weaknesses ( kelemahan )
Menurut Mokhtar Pet (2013) kelemahan merupakan faktor dalam
organisasi yang boleh menjejaskan objektif dan pengurusan organisasi
tersebut. Oleh itu, Dutch Lady juga mempunyai kelemahan iaitu struktur
cukai yang dikenakan oleh kerajaan.

C) Opportunities ( peluang )
Menurut Mokhtar Pet (2013) peluang merupakan faktor luaran yang
diambil oleh organisasi untuk mengembangkan dan meningkatkan
produktiviti organisasi. Oleh itu, antara peluang yang boleh diambil oleh
Dutch Lady adalah meneroka modal yang lebih besar lagi. Selain itu,
permintaan terhadap susu Dutch Lady semakin meningkat. Seterusnya,
memperkenalkan produk yang baru untuck menarik minat pelanggan. Di
samping itu, mewujudkan pasaran baru untuk meningkatkan jualan. Akhir
sekali, pendapatan meningkat secara berterusan kerana dapat merebut
peluang yang ada.

D) Threats ( ancaman )
Menurut Mokhtar Pet (2013) ancaman merupakan faktor luaran yang
boleh menjejaskan produktiviti organisasi. Oleh itu, terdapat juga ancaman
kepada syarikat Dutch Lady iaitu peningkatan kos bahan mentah yang
menyebabkan pengeluaran terpaksa dihadkan. Selain itu, ekonomi global
yang menjurus kepada negara membangun memjejaskan ekonomi syarikat
Dutch Lady. Seterusnya, peningkatan dalam kos buruh kerana telah ramai
buruh yang digunakan dan kos mengimport terlalu tinggi. Akhir sekali,
risiko perniagaan luar yang terpaksa di tanggung oleh syarikat Dutch
Lady.



5.2 AKTIVITI PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN
Secara keseluruhannya, syarikat Dutch Lady merupakan salah satu perniagaan
francaisor yang telah lama bertapak di Belanda. Menurut Mokhtar Pet (2013)
francaisor merupakan satu aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran
pembuatan atau perkilangan. Pembuatan atau perkilangan ialah aktiviti
memproses bahan-bahan yang dikeluarkan oleh aktiviti ekstraktif untuk
menjadikan barang siap atau barang separuh siap.

5.3 KONSEP-KONSEP PERNIAGAAN ANTARABANGSA YANG
DIAPLIKASIKAN OLEH SYARIKAT DUTCH LADY

5.3.1 KONSEP DUNIA TANPA SEMPADAN
Menurut Mokhtar Pet (2013) dunia tanpa sempadan
memperlihatkan pergerakan dan perkembangan sesebuah
perniagaan merentasi sempadan negara. Syarikat Dutch Lady
menggunakan konsep dunia tanpa sempadan kerana syarikat Dutch
Lady berada di seluruh dunia. Hal ini kerana, syarikat Dutch Lady
sudah mempunyai lebih daripada 90 cawangan di seluruh pelosok
dunia. Konsep ini digunakan berikutan terdapat tingginya
permintaan daripada pelanggan.

5.3.2 KONSEP PASARAN MENIMBUL
Menurut Mokhtar Pet (2013), pasaran menimbul merupakan
pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa beli
pengguna dalam pasaran. Syarikat Dutch lady menggunakan
konsep pasaran menimbul apabila meningkatnya permintaan
terhadap pasaran Dutch Lady di sesuatu kawasan. Apabila sesuatu
kawasan itu belum adanya Dutch Lady tetapi permintaan terhadap
Dutch lady tinggi, maka wujudlah Syarikat Dutch lady yang
dinamakan sebagi pasaran menimbul.

5.3.3 KONSEP GLOBALISASI
Menurur Mokhtar Pet (2013), globalisasi merupakan proses
meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh
sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Dutch Lady
menggunakan konsep globalisasi kerana strategi memulakan
perniagaan secara francaisor sangat mendapat sambutan. Selain itu,
konsep globalisasi ini digunakan oleh syarikat Dutch Lady kerana
ingin meluaskan pasaran ke seluruh dunia berikutan terdapat
permintaan yang tinggi.

5.3.2 KONSEP LOKALISASI
Menurut Mokhtar Pet (2013), lokalisasi merupakan satu strategi
perniagaan yang menumpukan sesuatu keluaran terhadap sesuatu
pasaran di sesuatu kawasan. Lokalisasi mestilah tempat yang
strategik untuk menjalankan perniagaan agar dapat menarik minat
pelanggan untuk mengunjungi organisasi tersebut.

5.4 STRATEGI PEMASARAN YANG SESUAI DIGUNAKAN OLEH
SYARIKAT DUTCH LADY

Keputusan menentukan strategi memerlukan penglibatan jangka panjang
dengan disokong kedudukan kewangan yang baik. Menurut Aini Haryati
Mohamad dan lain-lain (2013), kaedah yang sering digunakan bagi mengenal
pasti peluang-peluang pemasaran ialah Grid Pertumbuhan Pasaran Ansoff.
Kaedah ini dibentuk berdasarkan faktor iaitu kategori produk dan kategori
pasaran. Kaedah ini juga dilihat daripada dua perspektif iaitu baharu dan
sedia ada. Berikut merupakan rajah Grid Pertumbuhan Pasaran Ansoff:





PASARAN SEDIA ADA PRODUK BAHARU

PASARAN
SEDIA ADA



PASARAN
BAHARU


RAJAH GRID PERTUMBUHAN PASARAN ANSOFF

5.4.1 PENEMBUSAN PASARAN
Penembusan pasaran merupakan suatu strategi pertumbuhan dengan
perniagaan menmberikan tumpuan kepada penjualan prosuk sedia ada
ke pasaran yang sedia ada. Tujauan penembusan pasaran ialah
mengekalkan atau meningkatkan bahagian pasaran produk semasa.
Hal ini dapat dicapai dengan gabungan strategi harga yang kompetitif,
pengiklanan, promosi jualan, dan lebih banyak sumber yang
diagihkan untuk jualan peribadi. Selain itu, menguasai pasaran
pertumbuhan. Seterusnya, menstrukturkan pasaran matang dengan
menyingkirkan pesaing melalui kempen promosi yang lebih agresif
dan disokong oleh strategi harga untuk menjadikan pasaran tidak
menarik kepada pesaing. Akhir sekali, meningkatkan penggunaan

PENEMBUSAN PASARAN




PEMBANGUNAN PRODUK



PEMBANGUNAN PASARAN

PEMBANGUNAN
PEMPELBAGAIAN PRODUK
oleh pengguna-pengguna yang sedia ada seperti memperkenalkan
skim kesetiaan dan layanan peribadi.

5.4.2 PEMBANGUNAN PASARAN
Pembangunan pasaran merujuk kepada suatu strategi pertumbuhan
dengan perniagaan bertujuan untuk menjual produk yang sedia ada
ke dalam pasaran baru. Strategi ini boleh dilakukan dengan
mengeksport produk ke pasaran baru di luar Negara, mengubah
dimensi produk atau pembungkusan baru, mencari saluran agihan
baru, dasar perbezaan harga untuk menarik pelanggan yang
berbeza, dan mewujudkan segmen pasaran baru.

5.4.3 PEMBANGUNAN PRODUK
Pembangunan produk merujuk kepada suatu strategi pertumbuhan
perniagaan yang bertujuan untuk memperkenalkan produk baru
kepada pasaran sedia ada. Strategi ini memerlukan pembangunan
kemahiran yang baru untuk menghasilkan produk baru atau
mengubah suai produk sedia ada bagi menarik pelanggan dalam
pasaran sedia ada.

5.4.4 PEMPELBAGAIAN
Pempelbagaian di sini bermaksud strategi pertumbuhan perniagaan
yang bertujuan untuk memasarkan produk-produk baru dalam
pasaran baru. Ini merupakan satu strategi berisiko yang wujud
kerana perniagaan tersebut bergerak ke suatu pasaran yang peniaga
hanya mempunyai sedikit atau tiada pengalaman langsung.