Anda di halaman 1dari 4

Panduan menyusun sijil untuk temuduga

PERSEDIAAN DOKUMEN
1. Dokumen ASAL- Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah:
Kad Pengenalan
Sijil Kelahiran
Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
Sijil Berhenti Sekolah
Sijil SPM asal
Sijil STPM asal (jika ada)
Diploma asal (jika ada)
Transkrip diploma asal (jika ada)
Ijazah sarjana muda asal.
Transkrip sarjana muda asal.
Ijazah sarjana asal (jika ada)
Transkrip sarjana asal (jika ada)
Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negar
Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti
Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
(Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak payah bawa.
Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3)
Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan
disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat
temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun.
Kebanyakan penemuduga agak sensitif tentang susunan ini. Kalau calon menyusun mengikut
keterangan di atas, sudah pasti calon dapat menambat hati penemuduga memandangkan
dokumen ini perlu diserahkan kepada penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula. Mesti
ingat selalu bahawa "First Impression Counts".
Dan jangan lupa, dokumen-dokumen lain yang tak berkaitan eloklah disimpan ke dalam beg
anda. Folder ini biar nampak yang spesifik untuk temuduga ini.
Tapi ... seperti biasalah ada calon yang guna folder. Dalam folder macam tong sampah .. Bila
penemuduga cuba meneliti dokumen asal, sibuklah calon nak tunjuk yang itu.. yang ini.
Calon seperti ini biasanya bolehlah memohon semula tahun depan. Penemuduga sebenarnya
menilai kualiti seseorang calon dari folder dokumen asalnya. Folder itu merupakan
"portfolio" calon. Kalau nak jadi guru, jika nak simpan dokumen 20 helai pun sudah kelam
kabut, macam mana nak simpan beratus ... beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian
diri yang penting.
Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa ke pusat
temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan sijil tertinggal di KL, baru
sampai semalam ... sijil dihanyutkan banjir tahun 1991 dulu... sijil SPM (1993) masih di
sekolah lama . . dsb.
Jika pada hari ini, ada dokumen asal anda yang hilang atau rosak dapatkan yang baru. Sijil
Lahir boleh dapat baru dari Pejabat Pendaftaran. Jangan bawa sijil lahir yang dah berlipat-
lipat dan sukar dibaca. Jika dokumen asal hilang pastikan ada laporan ke pihak-pihak
berkenaan serta bukti surat asal. Kad pengenalan yang hilang boleh dibuat baru. Kalau
gambar pada kad pengenalan semasa anda darjah enam dulu, pastikan pergi pejabat
pendaftaran dan buat baru. Haa... barulah nampak calon pendidikan guru yang berpotensi dan
berwatakkan guru.
2.Salinan Fotostat
Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . . Semua salinan fotostat hendaklah difotostat
dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas
difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh
pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung, ketua balai, guru besar,
pengetua sekolah atau pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarah maktab dan guru-guru
berijazah. Jangan datang ke pusat temuduga dengan semua salinan fotostat belum disahkan.
Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.
Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut susunan
sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Wahhh ada pula calon yang sehingga buat binding
semua salinan fotostat. Tak perlu dibinding! Anda akan membazirkan wang sahaja jika buat
binding sebab kebanyakan calon yang buat binding salinan sijil mereka susunannya tidak
sama seperti diarahkan. Biasanya, sampai sahaja ke pusat temuduga, penemuduga akan suruh
tanggalkan dan susun semula. Jadi dalam kursus ini, saya sekalai lagi berpesan - Susun ikut
sepertimana disenaraikan di atas. Kemudian "staple" di bahagian atas sebelah kiri. Satu staple
sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak, guna staple besar dan mungkin kena
staple dua kali dari depan dan belakang. Jangan guna "paper clip" sebab dokumen mudah
tertanggal dan bertaburan di lantai.
3.Borang Maklumat Diri Calon ...
Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang yang
dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon untuk Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah.
Maklumat yang perlu diisi dalam borang ini ialah seperti :
1. Maklumat kursus yang anda pohon - seperti nama kursus, kod dan tahun ambilan.
2. Butir diri calon - seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll
3. Butiran keluarga - seperti maklumat bapa / suami / isteri
4. Butiran akademik - iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat ijazah, CGPA
dan bidang.
5. Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan
Borang ini hanya 1 muka surat. Saya ulang, 1 muka surat, tetapi apa dah jadi kepada ramai
calon-calon yang datang temuduga. Maklumat yang sebanyak ini pun tak sanggup
dilengkapkan dengan sempurna. Di bawah ini saya senaraikan penemuan saya selama
menemuduga KPLI selama 8 tahun sejak dilaksanakan:
1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan"liquid paper"
2. Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. Bila ditanya, ohhh... baru nak cakap
terlupa konon dan sebagainya... . Kalau penemuduga pun buat ohhh.. terlupa nak bagi markah
macam mana ?
3. Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu kecil. Bukan saiz passport tetapi saiz gambar
lesen memandu. Kalau gambar anda besar, potong bahagian muka sahaja dan tampalkan.
Kedua, gambar mesti terkini. Ya, terkini. Tetapi ada calon yang tanggalkan gambar dari kad
pusat sumber masa tingkatan 5 dan tampalkan. Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah
pulak tu. Ketiga.. kalau calon lelaki, gambar tu biarlah mencerminkan seorang calon yang
berwajah guru. Bergambarlah dengan pakai tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. Kat
kedai gambar tu.. ada banyak blazer untuk bergaya. Namun,,, ramai yang tampal gambar
mereka yang pakai tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan rocklah. Kalau
gambar macam tu mintalah jadi pelayan disko. jangan minta jadi cikgu.
4. Tandatangan ... Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru sedar belum
ditandatangan.
4. Kesimpulan ...
Cuba anda renong sejenak. Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri temuduga.
Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda ? Saya berharap, calon-calon yang
sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan mengalahkan semua calon lain dari segi "kualiti
diri calon" berasaskan kepada persediaan dokumen dan borang-borang.
- Sijil kepujian dekan diletakkan slps transkrip
- Boleh letakkan resume (susunan yg terakhir sekali)
- Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama akademik. Jadi
semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga universiti pun boleh, nak diletak dari
universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa menyemak aktiviti koko,
penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah terlebih dahulu sebab di dalam sijil
berhenti sekolah tercatat banyak maklumat - sukan, persatuan dan unit beruniform. Tak ramai
calon KPLI yang ada aktiviti semasa di U. Jika anda mempunyai banyak aktiviti di U, lebih
baik sijil-sijil sokongan ini diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih
tinggi. Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah antara watak guru
yang dicari.