Anda di halaman 1dari 4

3.

0 Perbezaan Kata Ganda Menurut Tatabahasa Dewan dan


Nahu Melayu Terakhir
3.1 Pengenalan
Dalam bahasa melayu, proses penggandaan merupakan proses menggandakan kata dasar.
Tujuan utama proses penggandaan ialah untuk menghasilkan maksud jamak. Misalnya
perkataan buku merujuk kepada sebuah buku. Apabila perkataan buku tadi digandakan kepada
buku-buku menghasilkan maksud banyak buku.
3.2 Analisis Perbezaan Kata Ganda erdasarkan Tatabahasa
Dewan dan Nahu Melayu Mutakhir
Tokoh bahasa terkemuka seperti Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan !disi aharu
menyatakan penggandaan merujuk kepada proses menggandakan kata dasar. Dalam proses
tersebut, kata dasar akan mengalami penggandaan penuh atau separa dan boleh juga menjadi
berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Manakala, menurut Asmah Hj. mar dalam
buku beliau iaitu Nahu Melayu Terakhir menyatakan ! Kata ganda ialah bentuk kata yang
dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut
diulangi se"ara keseluruhan atau pada bahagian#bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa
imbuhan$.
Dari segi perbe%aan jenis#jenis kata ganda, Tatabahasa &disi 'aharu mengelaskan
kepada tiga iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
Menurut Nahu Melayu Mutakhir &disi Kedua, menyatakan penggandaan boleh dikelaskan
mengikut unsur yang mengalami penggandaan dalam sesuatu kata dan struktur kata yang
merupakan hasil penggandaan. (enggandaan penuh dalam Tatabahasa De)an merujuk
kepada proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar tersebut
mempunyai imbuhan atau tidak. (enggandaan penuh yang terjadi pada kata dasar yang tidak
ada imbuhan menggandakan seluruh kata dasar misalnya, pulau-pulau, rumah-rumah, tiba-
tiba dan banyak lagi. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan
sepenuhnya. *ontohnya, pelatih-pelatih, pemimpin-pemimpin, kehendak-kehendak dan
berbagai#bagai lagi. (enggandaan penuh menurut Nahu Melayu Mutakhir melibatkan kata
dasar dan kata berimbuhan dan proses ini melibatkan perkataan dalam semua golongan seperti
kata nama, kata kerja, kata sifat dan ad+erba.
(enggandaan separa mengikut Tatabahasa De)an pula dinyatakan proses
menggandakan sebahagian kata dasarsahaja. Kata dasar tersebut boleh merupakan kata
tunggal ataupun kata terbitan dan penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di
belakang. (enggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal la%imnya melibatkan
pengulangan suku kata pertama dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar.
,okal dalam bentuk gandaan mengalami pelemahan menjadikannya +okal e pepet. *ontohnya-
.angit#langit / lelangit
.aki#laki / lelaki
Siku#siku / sesiku
(enggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan pula hanya
menggandakan kata dasar utama tanpa melibatkan imbuhannya. (enggandaan separa jenis ini
hanya berlaku pada golongan kata kerja dan kata adjektif sahaja. *ontohnya, berlari-lari,
mencari-cari dan seumpamanya. Manakala, menurut Nahu Melayu Mutakhir kata ganda
separa dikenali sebagai penggandaan suku kata pertama yang merupakan pengulangan suku
kata pertama pada kata dasar dengan atau tanpa perubahan dalam nilai bunyi +okal.
(enggandaan jenis ini hanya berlaku pada golongan kata nama seperti rerambut 0rambut1,
bebenang 0benang1, jejari 0jari1 dan seumpamanya. (enggandaan jenis ini juga dikatakan
boleh mendapat akhiran an. Misalnya dedaunan dan bebuahan.
'agi jenis penggandaan ketiga, iaitu penggandaan berentak Tatabahasa De)an
memba)a maksud menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
Dalam penggandaan berentak, keseluruhan kata dasar digandakan dan bunyi#bunyi tertentu
diulang atau diubah. (enggandaan berentak dalam Tatabahasa De)an boleh dikelaskan
kepada tiga jenis iaitu penggandaan berentak pengulangan +okal, penggandaan berentak
pengulangan konsonan dan penggandaan berentak bebas. (enggandaan berentak
pengulangan +okal ialah penggandaan yang mempunyai "ir#"iri persamaan pada bunyi +okal
tertentu dan terdapat "iri#"iri keharmonian +okal seperti sayur-mayur, kuih-muih, selok-belok
dan seumpamanya. (enggandaan berentak pengulangan konsonan pula merujuk kepada
penggandaan yang mempunyai "iri#"iri persamaan pada bunyi#bunyi konsonan tertentu.
*ontohnya, gunung-ganang, bukit-bukau, mandi-manda dan banyak lagi. (enggandaan
berentak bebas pula ialah penggandaan yang tidak mengandungi "iri#"iri persamaan pada
bunyi +okal atau konsonan. *ontoh bagi penggandaan ini ialah anak-pinak, lintang-pukang,
saudara-mara dan tengik-bengik.
Menurut Nahu Melayu Mutakhir pula, kata ganda boleh dikelaskan kepada beberapa
jenis iaitu penggandaan berima, penggandaan menyaling, penggandaan suku kata akhir,
penggandaan dengan bentuk ke..-an, penggandaan dengan sisipan dan penggandaan
dengan ber. (enggandaan berima dikatakan dapat berlaku pada mana#mana unsur#unsur A,
sama ada unsur ini merupakan suku kata, konsonan atau +okal. (enggandaan berima ini
dikatakan berlaku terhadap golongan kata nama, kata kerja, kata sifat dan ad+erba. *ontoh
penggandaan ini mengikut Nahu Melayu Mutakhir adalah seperti di ba)ah.
Kata nama- gunung#ganang, bukit#bukau, sedu#sedan, serba#serbi
Kata kerja- mandi#manda, bolak#balik
Kata sifat- bengkang#bengkok, ka"au#bilau, gopoh#gapah
Ad+erba- serta#merta
(enggandaan menyaling melibatkan unsur yang diulang itu ditandai imbuhan me#.
Denga lebih tepat, penggandaan jenis ini dibatasi hanya kepada kata dasar yang tergolong
dalam kata kerja. (enggandaan ini dikatakan penggandaan menyaling kerana kebanyakan
frasa yang terbentuk merupakan frasa kerja menyaling. Misalnya, bantu-membantu, kejar-
mengejar, tawar-menawar dan seumpamanya.
Nahu Melayu Mutakhir seterusnya menyenaraikan jenis kata ganda suku kata akhir.
(enggandaan jenis ini dikatakan hanya berlaku pada suku kata kedua sahaja seperti segala-
gala dan pertama-tama.
Seterusnya, penggandaan dengan bentuk ke.....#an. (enggandaan jenis ini dikatakan
tidak produktif kerana hanya terdapat satu "ontoh sahaja yang boleh disenaraikan iaitu lama-
kelamaan.
Struktur gandaan dengan sisipan dirumuskan kata dasar yang terlibat menerima
imbuhan 2em. Kata dasar yang fonem pertamanya +okal tidak mengalami proses penggandaan
jenis ini. 3rasa yang terhasil dari proses penggandaan ini masih terdapat dalam bahasa melayu
)alaupun dikatakan tidak produktif. Antara frasa yang terhasil adalah seperti, tali-temali, jari-
jemari, turun-temurun dan gilang-gemilang.
Dalam Nahu Melayu Mutakhir, penggandaan dengan ber#. *ontoh frasa yang terhasil
ialah anak#beranak. Kata gandaan ini pada mulanya terhasil se"ara bersahaja bagi merujuk
keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan anak#anak.
4elaslah baha)a, kata ganda yang mempunyai maksud yang sama namun mempunyai
pandangan dan keterangan yang berbe%a daripada tokoh#tokoh bahasa di Malaysia. Dalam
Tatabahasa De)an, kata ganda lebih mudah untuk difahami dan lebih sesuai dijadikan bahan
rujukan manakala, Nahu Melayu Mutakhir sedikit kompleks jika dibandingkan dengan
Tatabahasa De)an.

Anda mungkin juga menyukai