Anda di halaman 1dari 1

http://ensiklopedia-bahasa-malaysia.jbdirectory.

com/Ibu_Mertuaku_(filem)

Ibu Mertuaku ialah filem P. Ramlee yang mengisahkan hubungan cinta yang tragik antara Kassim
Selamat, seorang ahli muzik yang miskin, dengan Sabariah, anak perempuan tunggal seorang
wanita yang kaya. Filem ini terkenal kerana adegan pertamanya bermula sebagai komedi romantik yang
riang tetapi selepas 30 minit, ia tiba-tiba berubah menjadi sebuah tragedi yang dramatik. Serupa dengan
banyak karya P. Ramlee, filem itu mengkritik sistem sosiobudaya yang membahagikan anggota
masyarakat kepada lapisan tertentu berdasarkan kekayaan, keturunan dan pekerjaan.
Filem Ibu Mertuaku memenangi dua anugerah dalam Pesta Filem Asia Ke-10 di Tokyo pada 1962 untuk:
"Seniman pelbagai bakat" (P. Ramlee); dan
"Fotografi Hitam Putih Terbaik" (Abu Bakar Ali).
Filem itu juga mendapat "Sebutan Khas" dalam Pesta Filem Antarabangsa di Paris pada 1965.
Sinopsis
Kassim Selamat, seorang peniup saksofon yang berbakat, merupakan pemain muzik pujaan kepada
banyak peminat perempuan. Sabariah Mansoor, salah satu peminatnya, membuat usaha bersungguh-
sungguh untuk menemuinya dan mereka jatuh cinta pandang pertama. Apabila ibu Sabariah, Nyonya
Mansoor, mendapat tahu bahawa Sabariah hendak memutuskan hubungan dengan tunangnya, Doktor
Ismadi, dia begitu marah. Tambahan lagi, Kassim hanya merupakan pemain muzik.
Oleh kerana Sabariah terlalu mencintai Kassim, mereka berkahwin tanpa restu Nyonya Mansoor lalu
berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang untuk memulakan kehidupan baharu. Apabila Sabariah
mengandung, Nyonya Mansoor pergi ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang kerana tidak
sanggup melihat penderitaan anaknya yang hidup serba kekurangan kerana Kassim kini bekerja sebagai
buruh kasar. Setelah Sabariah melahirkan anak, Nonya Mansoor memberitahu Sabariah bahawa Kassim
telah meninggal dunia, akibat kemalangan. Lantaran, Sabariah dinikahkan dengan Doktor Ismadi.
Sementara itu, Nonya Mansoor juga menghantar telegram palsu kepada Kassim menyatakan yang
Sabariah telah meninggal dunia sewaktu melahirkan anak.
Kerana terlalu sedih, Kassim menangis siang dan malam sehingga akhirnya menjadi buta. Dia
diselamatkan oleh seorang perempuan ketika sedang merayau-rayau tanpa arah tujuan. Di rumah
perempuan tersebut, seorang lelaki bernama Mamak Maidin terdengar Kassim meniup saksofon lalu
membantunya kembali menjadi pemuzik. Mereka membuat lawatan persembahan bersama-sama di
merata tempat.
Semasa Kassim mengadakan pertunjukan di Singapura, Sabariah bertemu semula dengan Kassim dan
meminta pertolongan suaminya, Doktor Ismadi, untuk memulihkan penglihatan Kassim. Adakah
pembedahan itu berjaya? Apakah yang Kassim buat sewaktu dia menyedari bahawa Sabariah masih
hidup? Adakah ibu Sabariah berjaya berbohong sekali lagi?