Anda di halaman 1dari 4

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

532






Teori Pembangunan Sosial menurut Perspektif Islam

1
Norhidayu Hamzah,
2
Nor Hanani Syuhadah Zulkipli &
3,4
Ezad Azraai Jamsari

1
Jabatan Usuluddin dan Falsafah,
2
Jabatan Syariah
3
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
4
Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor


Abstrak: Pembangunan adalah satu elemen yang penting dan merupakan proses yang berlaku di sekeliling
kita setiap hari. Konsep dan teori pembangunan sering dibincangkan dalampelbagai disiplin, namun maksud
pembangunan sendiri masih belumjelas. Sehubungan dengan itu, penulisan ini akan membincangkan tentang
Teori pembangunan sosial menurut pandangan Islam. Penulisan ini juga akan meninjau tentang definisi dan
ciri masyarakat islam, matlamat pembangunan sosial Islam, dan juga pandangan beberapa tokoh sarjana Islam
tentang konsep pembangunan mengikut tradisi Islam.



PENGENALAN

Pembangunan masyarakat merupakan suatu aspek
yang amat penting di dalam sesebuah negara.
Apabila sesebuah masyarakat itu teguh, maka secara
tidak langsung sesebuah negara itu akan sentiasa
kuat dan stabil sama ada dari sudut ekonomi, sosial,
atau politik. Oleh itu, membina sesebuah negara atau
tamadun yang utuh, aspek pembangunan masyarakat
adalah perlu dititikberatkan.
Ketika dunia telah menuju ke pengakhiran ini,
dapat dilihat kehidupan manusia semakin menjadi
porak peranda. Setiap hari dan waktu, berbagai
berita yang tidak baik dilakukan oleh manusia
seperti jenayah rogol, samun, rasuah dan sebagainya
yang dipaparkan di dada-dada akhbar mahupun
media elektronik. Tidak perlu penulis
mengemukakan statistik atau sebarang bentuk
perangkaan kes jenayah yang berlaku di negara
Malaysia pada masa kini, cukuplah dengan
membaca akhbar pada setiap hari, semestinya
banyak berita yang dipaparkan berkaitan dengan
jenayah. Pembangunan telah dijalankan oleh pihak
kerajaan samada dalam bentuk kempen-kempen
seperti kempen anti-rasuah dan sebagainya,
penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain,
namun kes jenayah tetap berlaku secara berleluasa
dalam masyarakat. Oleh itu, penulis berpendapat,
salah satu faktor yang mendorong berlakunya
keadaan ini disebabkan pembangunan masyarakat
yang tidak menepati prinsip Islam.
Firman Allah s.w t: dalam surah al-Rad, ayat
11, yang mafhumnya:

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan
menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu
kaumsehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan
kepada sesuatu kaumbala bencana (disebabkan kesalahan mereka
sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau
menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun
yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Ayat di atas menunjukkan perubahan yang
hendak dilakukan mestilah bertitik- tolak dari dalam
diri manusia itu sendiri. Perlu ada usaha dan ikhtiar
untuk keluar dari kepompong kefasadan supaya
masyarakat yang ada ini menjadi masyarakat yang
rabbani. Namun, perubahan atau pembangunan ini
bukan perkara mudah dan ringan, tetapi sesuatu
perkara yang serius dan amat berat kerana ia perlu
kepada iltizam yang tinggi. Perubahan jiwa, hati dan
fikiran manusia termasuk dalam soal yang paling
sukar. Oleh itu, pembangunan masyarakat dilihat
sebagai aspek utama yang perlu diberi perhatian
yang serius. Pembangunan yang dimaksudkan
bukanlah dilihat dari sudut material semata-mata,
malah hendaklah mencapai pembangunan dari sudut
rohani manusia.

Definisi dan Ciri Masyarakat menurut Islam:
Masyarakat Islam ialah masyarakat yang
beridentitikan agama, iman dan akidah
(berkeyakinan penuh kepada kebenaran Islam).
1

Dengan akidah dan keyakinan seperti itu, mereka
mampu mengubah sejarah dunia. Mereka telah
berjaya mengeluarkan umat dari kegelapan kepada
cahaya terang. Mereka adalah umat pejuang pada
jalan Allah s.w.t berjiwa perjuangan dan
kehidupannya penuh dengan perjuangan. Umat yang
benci kepada kehidupan mewah. Di waktu senang,
jumlah mereka berkurangan dan di waktu susah,
jumlah mereka bertambah banyak. Sikap individu
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara
disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, HakimZainal,
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, MaheramAhmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin
J abatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
533

mereka ialah sentiasa apabila dipanggil untuk
berjuang, mereka menyahut cabaran itu dengan
bersedia untuk berkorban. Mereka adalah
masyarakat yang sedar dan memahami hukum dan
musabbab, dapat membangunkan berbagai-bagai
usaha dan tidak menyerah kepada nasib tanpa
berusaha. Mereka sanggup mengurangkan segala
kurniaan ilahi untuk merancang kepada kehidupan
yang lebih baik.
2

Masyarakat sedemikian adalah masyarakat
yang meletakkan kepada akhlak sebagai unsur yang
paling utama, baik dalam kehidupan sosial,
perbuatan individu, dalam hubungan kekeluargaan
dan hubungan di dalam masyarakat. Masyarakat
yang sedar akan bertanggungjawab bersama (mutual
responsibility) dalam kebanyakan urusan harian.
3

Masyarakat yang didefinisikan tersebut adalah
masyarakat yang mengamalkan Islam dengan
sepenuh jiwa raga, namun dalam konteks zaman
sekarang, kebanyakkan masyarakat yang disebut
sebagai masyarakat Islam adalah masyarakat yang
pada zahirnya sememangnya seorang yang
menganut agama Islam tetapi hakikatnya mereka
tidak mengamalkan agama Islam itu sendiri secara
keseluruhan. Masyarakat sebegini lebih dikenali
sebagai masyarakat yang menganut agama Islam
berdasarkan keturunan. Oleh yang demikian, dalam
soal spiritual terlebih dahulu sebelum diprogramkan
dengan soal pembangunan material yang lebih besar.
Sememangnya Islam sangat mengutamakan
pembangunan dari sudut rohani tetapi sama sekali
tidak menafikan hak-hak atau pembangunan
material. Firman Allah s.w.t dalam surah Al Imran,
ayat 112, yang mafhumnya:

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja
mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan
adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh
kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari
segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa
kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan
mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar.
Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa
mencerobohi (hukum-hukumAllah).

Daripada ayat al-Quran ini menunjukkan
kepentingan mengadakan perhubungan dengan
manusia selain perhubungan dengan Allah s.w.t.
Perhubungan dengan manusia ini juga boleh
diertikan sebagai melakukan kebajikan untuk
masyarakat oleh individu, jemaah atau pemerintah.
4

Tujuannya supaya dari sudut material, semestinya
seseorang individu, jemaah atau pemerintah tidak
mampu melakukan kebajikan dalam keperluan
masyarakat dan secara tidak langsung menjatuhkan
imej agama Islam. Di seluruh dunia, dapat
disaksikan bagaimana negara-negara Islam
kebanyakannya miskin dan mundur seperti
Bangladesh, Indonesia dan lain-lain akibat tidak
mencapai kemajuan material.

Matlamat Pembangunan Masyarakat menurut
Islam: Dalam membincangkan matlamat
pembangunan masyarakat Islam ini, penulis akan
membahagikan kepada dua matlamat umum dan
matlamat khusus:

Matlamat Umum: Pembangunan masyarakat
menurut Islam sememangnya bertujuan untuk
mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Dalam proses pembangunan ini, keutamaan
harus diberikan ke arah mendidik manusia ke
arah takutkan Allah s.w.t, cintakan Rasulullah,
takutkan azab neraka dan sentiasa rindukan
nikmatnya. Sebagaimana dalam proses
kebangkitan Islam dan pembangunan Islam di
Mekah dahulu, kebanyakan ayat-ayat al-Quran
yang diturunkan banyak menyentuh bab
ketuhanan dan keimanan. Justeru, pembangunan
ini adalah untuk meletakkan manusia sentiasa
beriman kepada Allah s.w.t dan sentiasa
melaksanakan segala suruhan dan menjauhi
larangannya.

Matlamat Khusus: Matlamat khusus pula
terbahagi kepada dua:

Melahirkan manusia berakhlak mulia:
Pembangunan masyarakat menurut Islam
melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia
kerana pembangunan yang ditekankan bukan
sahaja dalam aspekmaterial semata-mata
tetapi disulami dengan nilai-nilai kejiwaan
yang mulia. Penurunan Islam itu sendiri
sememangnya bertujuan untuk membentuk
akhlak mulia dari dalam masyarakat
sebagaumana sabda Rasulullah s.a.w:

5
, yang bermaksud:
Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia.
Maksud akhlak manusia di sini harus dilihat
dalam skop yang luas dalam setiap cabang
kehidupan manusia, ianya tidak tertumpu
kepada soal akhlak budi pekerti seperti
bersopan santun, bercakap benar dan lain-lain
sahaja. Malah dalam bidang perniagaan
misalnya, dengan adanya akhlak mulia ini ia
akan melahirkan masyarakat yang tidak
mempunyai sifat hasad dengki antara satu
sama lain. Hal yang demikian secara tidak
langsung akan membangunkan masyarakat
itu sendiri dengan berlakunya persaingan
yang sihat tanpa timbulnya sebarang unsur
tersebut.
Membina masyarakat yang mampu
bersaing dengan cabaran-cabaran sains:
Telah diketahui, di dalam dunia moden yang
semakin berkembang pesat ini, telah banyak
berlaku kemasukan unsure-unsur yang
bertentangandengan Islam daripada tamadun
Barat. Oleh kerana itu, hasil pembangunan

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
534

masyarakat yangseimbang dari sudut rohani
dan material akan memberi dua sumbangan
kepada masyarakat khususnya masyarakat
Islam dalam menghadapi situasi ini. Pertama,
hasil daripada keutuhan pembangunan hal
kerohanian ini akan dapat memberi kekuatan
kepada masyarakat Islam untuk menghadapi
sebarang unsure yang tidak baik daripada
Barat. Kedua, hasil daripada pembangunan
yang kukuh dari sudut ilmu keduniaan, iaitu
sains dan teknologi, ia akan memberi
persaingan yang kuat terhadap tamadun
Barat. Contohnya, sekiranya Barat mampu
membina sebuah kapal terbang yang
berteknologi tinggi, maka masyarakat Islam
yang mempunyai kekuatan pembangunan
dari sudut material juga akan mampu
membina kapal terbang seperti itu, maka
secara tidak langsung masyarakat Islam akan
berjaya menyaingi ketamadunan Barat dan
juga masyarakat Barat pula tidak lagi akan
menjadikan masyarakat islam dan negara
Islam tunduk kepada segala bentuk pemikiran
dan suruhan mereka. Masyarakat Islam akan
berjaya memenuhi keperluan hidup mereka
sendiri tanpa perlu bergantung kepada
tamadun Barat.

Pandangan Tokoh-Tokoh Sarjana Islam:
Perbincangan tentang teori pembangunan
masyarakat Islam di dalam kajian ini lebih jelas
dengan adanya pandangan daripada tokoh-tokoh
sarjana Islam. Oleh itu beberapa pandangan daripada
tokoh-tokoh sarjana Islam telah digariskan oleh
penulis iaitu:

(1) Ibnu Khaldun: Nama penuh Ibnu Khaldun ialah
Waliuddin Abdurrahman bin Muhammad bin Abi
Bakar Muhammad Al-Hasan. Beliau lahir pada 1
Ramadhan tahun 732H/27 Mei 1332M di Tunissia.
Beliau adalah seorang sejarawan dan bapa sosiologi
Islam. Beliau diberi gelaran pengasas ilmu sosial
kerana beliau sering membincangkan tentang
perkembangan manusia atau kemajuan manusia.
Beliau meneliti hal ehwal manusia daripada pelbagai
kelompok samada yang tinggal di padang pasir,
pendalaman atau di persisiran pantai. Beliau juga
membuat penelitian tentang udara dan persekitaran
serta aktiviti harian mereka yang mempengaruhi
tingkah laku dan tidakan manusia.
Perbincangan yang telah disentuh oleh Ibnu
Khaldun mengenai perkembangan masyarakat lebik
kepada pengkajian ilmu sosiologi moden
termasuklah tentang sejarah masyarakat lampau dan
memahami tentang perkembangan hidup manusia
seterusnya. Berdasarkan fakta tersebut, jelas
membuktikan bahawa pemikiran beliau yang
menitikberatkan ilmu sejarah adalah sejajar dengan
al-Quran yang menyuruh manusia berfikir dan
mengambil pengajaran daripada peristiwa lampau.
Kisah-kisah yang disebutkan di dalam al-Quran
seperti kisah Ad dan Samud, kisah kaum Saba,
kaum Luth dan sebagainya adalah rentetan daripada
kisah hidup masyarakat manusia. Menurut Ibnu
Khaldun lagi, perkembangan ilmu pengetahuan
adalah selari dengan perkembangan masyarakat.
Beliau mendapati bahawa ilmu pengetahuan adalah
pra syarat kepada perkembangan sosial dan ekonomi
dunia atau lebih tepat pendidikan adalah penggerak
kepada perkembangan manusia.
Persekitaran juga kata beliau dapat
mempengaruhi kemantapan pemikiran. Pemikiran
ilmu pengetahuan biasanya wujud di kawasan yang
mempunyai Bandar terutamanya di kota-kota besar.
Justeru, beliau menggalakkan penghijrahan ke
tempat-tempat yang maju untuk menimba ilmu
kerana kemajuan menunjukkan ketinggian ilmu.

(2) al-Farabi: Nama sebenar beliau adalah Abu
Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibn Takhan Ibn
Uzlaq Al-Farabi. Beliau lahir pada tahun 259
H/870M di Trasoxia yang terletak dalam wilayah
Wasij di Turki. Pemerhatian al-Farabi terhadap
masyarakat cukup besar. Beliau menulis buku al-
Madinah al-Fadhilah (kota utama). Dalam buku
tersebut beliau membandingkan antara kota utama
dengan al-Madinah al-Jahiliyah (kota jahil), al-
Madinan al-Fasiqah (kota fasiq) dengan al-Madinah
al-Dhalalah (kota sesat). Menurutnya, sebuah kota
baru dapat digolongkan sebagai kota utama jika
penduduknya hidup dalam kebenaran. Hidup dalam
kebenaran akan bahagia dunia dan akhirat.
6

Al-Farabi menggunakan perkataan kota
dalam bembicarakan soal peradaban. Beliau
menganggap peradaban pencapaian masyarakat
Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah,
syarak dan akhlak. Malek Benabi pula menggariskan
rangkuman aspek material dan moral bagi memandu
anggota kearah pencapaian kemajuan.
7
Al-Farabi
umumnya diiktiraf oleh para sarjana pemikiran
Islam sebagai pengasas politik dalam tamadun
Islam, beliau dianggap sebagai pengasas teori
masyarakat madani bukan sahaja konteks sejarah
Islam tetapi juga konteks dunia pada amnya. Ilmu
Madani yang dimaksudkan oleh beliau adalah ilmu
ketamadunan atau ilmu peradaban (science of
civilization).
Menurut beliau, ilmu madani terbahagi kepada
beberapa bahagian. diantaranya terdiri daripada
bidang pengajian tentang pelbagai jenis perlakuan
dan cara hidup manusia tentang naluri dan tabiat
manusia serta akhlak dan keadaan jiwanya yang
menyebabkannya terdorong kearah perlakuan dan
cara hidup seperti yang diperlihatkannya, tentang
tujuan, matlamat yang hendak dicapai menerusi
parlakuan dan cara hidup yang diamalkan dan
tentang bagaimana perlakuan dan cara hidup yang
boleh menjadi darah daging manusia.


PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
535

(3) Sayyid Qutb: Salah seorang tokoh pergerakan
Islam yang paling berpengaruh pada abad ke-20
ialah Sayyid Qutb. Beliau dilahirkan dalam keluarga
kelas menengah di Desa Musha, Mesir. Sayyid Qutb
mendapat pendidikan di Kaherah yang umumnya
berorientasikan Barat. Pada 1930-an, beliau mula
menulis tentang masalah sosial, politik dan agama.
Pada tahun 1930-an, Mesir sedang berjuang untuk
memperolehi kemerdekaan daripada penjajahan
Inggeris. Hal ini mempengaruhi pandangan Sayyid
Qutb. Beliau melihat bahawa Imperialisme
mengakibatkan keruntuhan moral rakyat Mesir.
Semasa menyelidiki masalah ini, beliau
menyimpulkan bahawa masyarakat Islam yang telah
terjerumus ke kancah jahiliyah atau kebodohan.
Suatu keadaan yang hampir menyamai keadaan di
semenanjung tanah Arab sebelum kedatangan Islam.
Untuk keluar daripada keadaan jahiliyah, umat
Islam mesti menegakkan maruah yang berasaskan
etika Islam secara individu, sosial dan menyeluruh.
Faktor yang menjadi kunci kejayaan ini adalah
kepercayaan kepada al-Quran tentang masyarakat
dan keadaan untuk mengubah teori menjadi amalan.
8

Menurut Sayyid Qutb lagi, masyarakat yang
berperadaban pertama sekali dinilai dari dasar
akidahnya, sistem nilai, tingkah laku, hubungan dan
aturan sosialnya bukan dari kemajuan kebendaan
semata-mata, tetapi peradaban tauhid yang
dilahirkan oleh Islam yang menyempurnakan
manusia dengan kemanusiaannya, menimbulkan
makna sebenar ubudiyah kepada Allah s.w.t dan
keseimbangan yang menyeluruh dalam hidup
individu dan masyarakat.
9


KESIMPULAN

Pembangunan sosial dilihat sebagai satu bentuk cara
untuk meningkatkan taraf suatu masyarakat dari
segala aspek kehidupan seharian. Tujuan
pembangunan masyarakat adalah untuk membina
keutuhan sesuatu masyarakat dari segenap aspek
supaya mampu menghadapi cabaran. Islam sebagai
sebuah agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t
sememangnya telah memenuhi keperluan manusia
tidak kira dari apa segi sekalipun. Ini kerana, Allah
s.w.t yang mencipta manusia pastinya akan
megetahui keperluan-keperluan yang dikehendaki
oleh manusia pastinya akan dan mengetahui apakah
yang terbaik untuk disediakan kepada manusia.
Umat Islam seringkali menilai keadaan umat Islam
masa kini yang jauh mundur ke belakang berbanding
negara-negara bukan Islam, tetapi pada masa yang
sama mereka tidak pernah cuba untuk berusaha
membangunkan agama Islam itu sendiri sehingga
menjadi titik tolak kepada pemahaman masyarakat
bukan Islam bahawa agama Islam itu tidak
memetingkan pembangunan material semata-mata.
Oleh kerana itu, setiap individu muslim harus
sentiasa berpegang dengan segala yang ditekankan
oleh agama Islam tanpa perlu mempertikaikan atau
membuat andaian seolah-olah Islam hanya
memetingkan soal pembangunan masyarakat dari
sudut kerohanian semata-mata tanpa memperdulikan
pembangunan dari sudut material. Sekiranya
dikatakan bahawa dalam keadaan masyarakat yang
berbilang bangsa dan kaum pada hari ini menjadi
penghalang untuk menjalankan sistem pembangunan
menurut Islam dan menjadi penyebab untuk terus
menggunakan ciri pembangunan mengikut
perspektif Barat, maka pendapat ini sepatutnya
ditolak. Ini kerana sekiranya diambil contoh
daripada ciri pembangunan masyarakar Barat,
kebanyakannya sesuai dengan pendekatan Islam dari
sudut luaran sahaja.

NOTA HUJUNG

1
Muhammad Abdullah Khatib, Ciri-ciri Khusus
Masyarakat Islam, (terj) Taib Azamudden Mohd
Taib, et al. Kuala Lumpur: Pustaka Abdul Majid.
2
Ibid.
3
Ibid.
4
Roslin Syamsuri (1996), Arus Kebangkitan
Remaja Muslim ke Arah Islam Secara Global.
Selangor: Pustaka Ilmi, h. 77.
5
Ahmad Ibnu Hanbal (t.t), Musnad Al-Imam Ibnu
Hanbal. Andalus: Muassasah Qurtiah. No Hadith
8939, h. 381.
6
H. Kafrawi Ridwan M.A et al. 1994.
Ensiklopedia Islam Jilid, PT Ichtiar Baru Van
Hoeve.
7
Mohd Kamil Abdul Majid, t.t. Pemikiran Malek
Benabi Mengenai Tamadun Dunia Islam Kini,
Jurnal Usuluddin. Bil 1, Oktober.
8
Ensiklopedia 2004,. h. 34.
9
Ali al-Quraisiyya, 1996. h. 106-107.

RUJUKAN
Ali al-Quraisiyya, 1996.
Mohd Kamil Abdul Majid, t.t. Pemikiran Malek
Benabi Mengenai Tamadun Dunia Islam Kini,
Jurnal Usuluddin. Bil 1, Oktober.
Muhammad Abdullah Khatib, Ciri-ciri Khusus
Masyarakat Islam, (terj) Taib Azamudden Mohd
Taib, et al. Kuala Lumpur: Pustaka Abdul Majid.
Roslin Syamsuri (1996), Arus Kebangkitan Remaja
Muslim ke Arah Islam Secara Global. Selangor:
Pustaka Ilmi.
Ahmad Ibnu Hanbal (t.t), Musnad Al-Imam Ibnu
Hanbal. Andalus: Muassasah. Qurtiah. No
Hadith 8939.
Ensiklopedia 2004.
H. Kafrawi Ridwan M.A et al. 1994. Ensiklopedia
Islam Jilid, PT Ichtiar Baru Van Hoeve.

Anda mungkin juga menyukai