Anda di halaman 1dari 1

Teori Fungsional

Teori ini berkembang dalam tahun 60-an dan 70-an. Mereka mengkaji
bahasa bukan sahaja dari segi strukturalnya malah dari segi fungsi bahasa itu.
Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi.

Menurut teori ini bahasa bukan semata-mata dikaji dari segi bentuknya
tetapi apa yanglebih penting ialah bagaimana bahasa itu berubah-ubah sifatnya
sewaktu ia digunakan untuk berkomunikasi.

Teori ini mengutarakan beberapa ciri penting:

a). Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli masyarakat untuk berkomunikasi
tidaklah merupakan satu sistem yang statik dan tertutup sifatnya tetapi
sistem itu bertenaga dan terbuka.

b). Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan
bukan hubungan-hubungan sintaksis

c). Semasa bahasa itu dituturkan ada terdapat kepelbagaian di dalamnya
kerana bahasa itu tidak statik dan bertindak mengikut sesuatu keadaan
dan sistem sosial.

d). Bahasa sebagai alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan
menyatakan perasaan malah dapat menggambarkan watak dan peribadi
penuturnya.

Anda mungkin juga menyukai