Anda di halaman 1dari 2

Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-peringkat iaitu menyediakan tanah.

Kerja-kerja membuat labu bermula dengan pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada
tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering,
membentuk, menghias dan akhirnya membakar.
PROSES PEMBUATAN LABU SAYONG
Menyediakan Tanah
Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan
lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk
memisahkan sampah-sarap dan ketul-ketul batu yang ada.
Setelah nyata bersih, tanah itu diuli supaya ia menjadi
padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan
tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung
udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder
untuk memudahkan proses berikutnya.

Membentuk
Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan
labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan
dan kekuatan labu.
Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam
pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering.
Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan
dan diletakkan di atas pinggan.
Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses
pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar
terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip
buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya
kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk
memampatkan badan labu.
Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah
dileperkan dicantum bagi menutup bahagian yang terbuka.
Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

Menghias
Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan
digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering
sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan
menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini
sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar.

Membakar
Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu
menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup
kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering
dan sedikit kayu kering yang dibakar.
Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup
dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai.
Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan
untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan
labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.
Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi
untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu.
Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan
damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu
dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.