Anda di halaman 1dari 22

X PENGENALAN

Topik ini akan membahaskan sepintas lalu kerangka-kerangka aliran pemikiran


masa kini. Kemudian, fokus akan diberi kepada pemikiran Islam dalam
menghadapi cabaran semasa. Objektif topik ini ialah untuk menjelaskan tentang
ancaman-ancaman serius, negatif dan membinasakan yang bersifat universal
bawaan Tamadun Barat kepada manusia beragama, terutamanya umat Islam.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

Aliran
Pemikiran
Semasa
X
1
1
0
0

4. Mengkritik ajaran-ajaran yang menyeleweng dan menyesatkan.
3. Mengembangkan pemikiran Islam dalam menghadapi cabaran-
cabaran semasa; dan
2. Menerangkan aliran-aliran semasa yang mempengaruhi umat Islam;
1. Menyatakan sejarah kemunculan beberapa aliran pemikiran semasa;
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
HASIL PEMBELAJARAN
X TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA
178

PENGENALAN DAN SEJARAH
KEMUNCULAN
10.1
Pemikiran ialah satu proses atau perihal berfikir (memikir). Manakala pemikir
merujuk kepada orang yang berfikir atau ahli fikir. Beberapa pola pemikiran
atau ideologi telah timbul dalam kerangka berfikir itu. Pada abad ke-20 yang
lalu, telah muncul aliran pemikiran semasa yang datang dari Barat seperti
Orientalisme, Sekularisme, Liberalisme, Pluralisme dan lain-lain lagi.

Gagasan pemikiran modenisme telah digerakkan bertujuan untuk menjadikan
umat Islam maju dalam bidang-bidang sains dan teknologi. Namun, fahaman
yang berakar dari falsafah Barat ini telah meninggalkan banyak kesan negatif
dalam pemikiran umat Islam.
10.1.1 Pengenalan
(a) Masalah-masalah besar yang melanda umat mestilah difahami dengan
mengambil kira sejarah pertentangan antara Tamadun Islam dan Tamadun
Barat.
(b) Cabaran dan ancaman kepada manusia:
(i) Dalaman kekeliruan, kesalahan, kedangkalan ilmu, kejahilan.
(ii) Luaran pengaruh budaya dan tamadun asing.
(c) Kedua-dua cabaran itu memberikan impak kritikal, serius dan
membinasakan kepada manusia beragama.
(d) Pengalaman kehancuran yang dilalui oleh agama Kristian dalam budaya
dan Tamadun Barat harus dijadikan iktibar oleh agama-agama lain.
10.1.2 Komposisi Pembentukan Tamadun Barat
(a) Terhasil daripada adunan sifat-sifat kebudayaan, falsafah, nilai dan hasrat
hidup Yunani dan Rumawi lama.
(b) Percampuran dengan unsur-unsur agama Yahudi dan Kristian.
(c) Perkembangan selanjutnya dibentuk lagi oleh pengaruh bangsa-bangsa
Latin, Jerman, Celtic (Inggeris) dan Nordic yang mendiami bahagian utara
Eropah.
(d) Islam telah memberi sumbangan dalam bidang ilmu yang menimbulkan
semangat akliah dan ilmiah.
TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA W 179
10.1.3 Inti Pati, Semangat, Sifat dan Tabiat dan
Peribadi Tamadun Barat
Jadual 10.1 menerangkan inti pati, semangat, sifat dan tabiat dan peribadi
tamadun Barat dengan lebih lanjut.

Jadual 10.1: Inti Pati, Semangat, Sifat dan Tabiat dan Peribadi Tamadun Barat
Rasionalisme Kepercayaan yang kuat kepada kebolehan dan kesempurnaan akal
haiwani manusia sebagai pemandu mereka dalam kehidupan.

Secara ringkasnya, kepercayaan ini
x Memecah dan menyelesaikan pelbagai masalah dan rahsia
x Memandunya dalam kehidupan di dunia ini
x Merumuskan segala nilai akhlakiah yang sentiasa berubah dan
berkembang
Dualisme

Pengiktirafan terhadap penduaan hakikat dan kebenaran yang
dianggap mutlak dan bertentangan antara satu sama lain.

Contoh: subjektif-objektif, empirisisime-rasionalisme, idealisme-
realisme, agama-politik, minda-jasad, dunia-akhirat.
Sekular,
Sekularisasi
dan
Sekularisme
Penerimaan terhadap hakikat kefanaan sebagai yang sah dan sesuai
bagi tabiat serta sifat dan kehidupan insan yang menggambarkan
pandangan alam yang sekular.
Humanisme

Keutamaan manusia sebagai dasar hidup, tumpuan paling sentral
kepada kewujudan manusia ialah pembentukan kehidupan
berpandukan akal.
x Kepercayaan dan keyakinan melampau kepada kuasa akal dan
autonomi sebagai aspek-aspek asas kepada kewujudan dan
penentuan kehidupan manusia.
x Kepercayaan bahawa akal, skeptisisme dan teknik-teknik saintifik
sahajalah intrumen untuk mencari kebenaran dan menyusun
kehidupan manusia.
Fahaman
Tragedi

Penerimaan akan hakikat drama dan tragedi yang kononnya
merupakan kenyataan sebenar yang melingkari kehidupan manusia.
x Pencarian terus menerus tanpa persuaan dengan apa yang
dicari.
x Penuntutan ilmu tanpa kepuasan/perjalanan tanpa kesudahan.
X TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA
180
AKTIVITI 10.1
Bilakah muncul aliran pemikiran semasa dan apakah kesannya kepada
pemikiran Islam?
ALIRAN-ALIRAN SEMASA 10.2
Di bahagian ini kita akan menerangkan mengenai aliran orientalisme,
sekularisme, liberalisme, pluralisme dan wahabiah.
10.2.1 Orientalisme
Orientalis bermaksud golongan yang mengkaji hal-hal ketimuran. Gerakan ini
menyerang Islam melalui perkara-perkara berikut:
(a) Mereka menyerang al-Quran dengan menganggapnya sebagai khayalan
Muhammad dan tidak ada hubungannya dengan wahyu
(b) Mereka menyerang peribadi Rasulullah dan berani juga menikam
reputasinya
(c) Mereka menyerang Sunnah Rasul dengan menyebarluaskan kempen
bahawa ia bertentangan dengan akal dan ilmu pengetahuan serta
meragukan ilmu dan kesahihan sumbernya
(d) Mereka menyerang sejarah Islam dengan memutarbelitkan beberapa fakta
dan banyak menuduh tokoh-tokoh Islam sebagai pendusta dan pembohong
(e) Mereka menyerang Islam dengan meremehkan bahasa Arab seolah-olah
tidak mempunyai kemampuan untuk melukiskan pendapat dan menyeru
supaya bahasa Arab fasih diganti dengan bahasa Arab awam agar boleh
memisahkan generasi-generasi Islam yang akan datang daripada warisan
Islamnya yang murni dan asli

Rangka Kerja Orientalis boleh dirumuskan rangka kerja mereka kepada beberapa
perkara di bawah:
(a) Pengajaran di universiti-universiti
(b) Berusaha mengumpulkan manuskrip dan membuat fihris (senarai)
(c) Melakukan penyuntingan dan penerbitan
TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA W 181
(d) Melakukan penterjemahan dari bahasa Arab ke bahasa-bahasa Eropah
(e) Menulis dalam pelbagai bidang pengajian Arab dan Islam


AKTIVITI 10.2
Bincangkan serangan-serangan orientalis terhadap agama Islam.
10.2.2 Sekularisme
(a) Sekular
(i) Berasal daripada bahasa Latin saeculum dengan dua konotasi makna:
masa dan tempat, atau lokasi. Dengan kata lain, sekular merujuk
kepada masa kini.
(ii) Oleh itu, daripada memikirkan bahawa dunia ini berubah dan binasa,
fahaman sekular menggalakkan manusia memberi keutamaan kepada
kehidupan duniawi semata-mata.
(iii) Kebebasan manusia untuk merubah segala dasar kepercayaannya
untuk disesuaikan hanya untuk zamannya dan bagi kepentingan
dirinya sahaja.

(b) Sekularisasi
(i) Pembebasan manusia daripada kawalan agama dan metafizika ke
atas akal-budi dan bahasanya.
(ii) Pengasingan dunia daripada kefahaman agama atau separa agama
terhadapnya.
(iii) Menyingkirkan semua pandangan hidup yang tertutup, melenyapkan
mitos/peranan kuasa ghaib dan perlambangan-perlambangan rohani.
(iii) Defatalisasi sejarah.

(c) Sekularisasi sebagai satu ideologi dan program falsafah
(i) Pembebasan alam tabii daripada unsur-unsur spiritual ataupun
pemisahan makna-makna rohaniah termasuk Tuhan daripada alam
tabii.
(ii) Pemisahan politik daripada unsur-unsur kudus atau penolakan
segala sistem nilai dan agama daripada politik dan masyarakat.
X TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA
182
(iii) Penyingkiran nilai-nilai daripada sifat suci, kemuktamadan dan
kemutlakan atau penafian kekekalan nilai dalam akal serta perlakuan
manusia.

(d) Sekularisme adalah fahaman yang terhasil daripada proses sekularisasi.

(e) Sekularisasinisme
(i) Fahaman yang tercerna daripada penggabungan ketiga-tiga makna
dan proses sekular-sekularisasi-sekularisme.
(ii) Masyarakat Barat menganggap sekularisasi bukan sekadar proses
yang berlaku dalam sejarah, malah menegaskan bahawa sejarah mesti
berlaku mengikut acuan sekularisasi itu.

(f) Latar belakang sejarah (pengalaman agama Kristian)
(i) Kedatangan gelombang sekularisasi telah disedari dan diberi amaran
oleh tokoh-tokoh agama Kristian dari awal lagi.
(ii) Fahaman ini dikembangkan oleh golongan intelektual Barat melalui
gerakan falsafah yang kemudiannya dirancakkan lagi oleh ahli-ahli
teologi Kristian sendiri.
(iii) Pandangan hidup anjuran Kristian yang tertutup, tegar, penolakan
terhadap usaha-usaha saintifik dan pencarian kebenaran berdasarkan
rasional akal, keterlibatan dalam urusan politik mempercepatkan lagi
penyebaran fahaman sekularisme.


AKTIVITI 10.3
Terangkan mengenai sekularisme dan bahayanya kepada pemikiran
umat Islam.
TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA W 183
10.2.3 Liberalisme
Liberalisme ialah aliran pemikiran yang bertujuan meningkatkan kebebasan
yang diberi kepada individu.

Ciri-ciri:
(a) Kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau dengan sekatan yang
paling sedikit dalam ekonomi politik dan sosial (kebebasan moral).
(b) Ia mempunyai gagasan-gagasan pemikiran tersebut:
(i) Individu lebih penting daripada masyarakat
(ii) Masyarakat wujud untuk individu
(iii) Individu bebas daripada nilai-nilai agama
(iv) Oleh kerana ketenteraman masyarakat perlu dipelihara, moral agama
digantikan dengan moral etika tetapi itu tidak dapat menyekat krisis
demi krisis yang telah timbul dalam masyarakat Barat dalam institusi
keluarga, ekonomi, siasah dan masyarakat.

Penilaian Tentang Liberalisme
Jika diteliti, liberalisme amat berbahaya kerana boleh membawa kekecohan
dalam agama. Ini disebabkan jika dalam pemikiran agama Islam terikut-ikut
konsep liberalisme yang berlaku dalam ajaran Kristian, maka sudah tentu akan
membawa kerosakan dan kecelaruan kepada umat Islam.

Gerakan liberalisme di Barat dipelopori oleh Martin Luther (1483 1546M).
Beliau ialah seorang tokoh dari mazhab Protestan dalam ajaran Kristian. Mazhab
Protestant adalah mazhab yang baru dibentuk pada abad ke-16.

Salah satu prinsip yang penting dalam mazhab Protestant itu ialah setiap
individu Kristian yang sanggup membaca kitab suci Injil berhak
mentafsirkannya sendiri. Golongan-golongan reformis Islam ala Barat mengalu-
alukan prinsip sebegini dengan alasan untuk memajukan umat Islam.
Selanjutnya, para reformis ini menggalakkan agar umat Islam membebaskan diri
daripada pentafsiran ulama silam.

Dalam hal ini, perlu diingat bahawa Nabi Muhammad sendiri telah
meninggalkan pesanan bahawa

sesiapa yang mentafsirkan al-Quran dengan akal fikiran atau tanpa
ilmu pengetahuan yang layak maka tempatnya adalah di dalam
neraka.
X TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA
184

Hadis ini adalah mutawatir. Apabila ini berlaku, umat Islam akan menghadapi
krisis pemikiran yang amat berbahaya yang boleh menjatuhkan umat Islam itu
sendiri dan bukannya membawa kepada kemajuan-.


AKTIVITI 10.4
Apakah penilaian anda terhadap liberalisme? Terangkan.
10.2.4 Pluralisme
Berikut adalah berkenaan dengan pluralisme:
(a) Gagasan pluralisme agama-agama didokong kuat oleh pemikiran Islam
liberal.
(b) Pendokong gagasan pluralisme agama berhujah bahawa dengan
memahami konsep aslama atau pasrah terhadap Tuhan, agama-agama
lain adalah sah. Kepasrahan ini dianggap sebagai asas kebenaran bagi
semua agama.
(c) Mereka juga berhujah dengan al-Quran (Surah al-Ankabut: 46) dan
memberi tafsiran bahawa semua agama yang benar adalah Islam, iaitu
dengan berserah diri terhadap Tuhan.
(d) Mereka mendakwa bahawa jalan kebenaran dan keselamatan bukan
terdapat dalam agama Islam sahaja. Bagi mereka, seseorang yang tidak
beragama Islam boleh digelar Muslim, kerana agama-agama lain juga
adalah jalan yang sah untuk mendapat kebenaran yang sama.
(e) Mereka mengatakan setiap agama merupakan ekspresi keimanan terhadap
tuhan yang sama, dengan mengandaikan bahawa berbagai agama adalah
ibarat jari-jari roda dan pusat roda adalah tuhan.
(f) Mereka menganggap penganut-penganut agama bukan samawi seperti
Hinduisme, Buddhisme, Sikh dan lain-lain sebagai Ahlul Kitab.
(g) Mereka mendakwa keharmonian hidup dalam masyarakat beragama akan
wujud melalui pluralisme agama.
(h) Mereka berpendapat bahawa seseorang itu tidak boleh mendakwa
kebenaran hanya berada dalam agamanya sahaja.
(i) Mereka menafikan kedatangan Islam telah menghapuskan syariat
sebelumnya.
TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA W 185
(j) Mereka membenarkan seseorang Muslim keluar meninggalkan paradigma
Islam lama yang dianggap mengongkong, dan membangunkan paradigma
Islam yang lain, dengan merujuk kepada al-Quran, kitab suci agama lain
dan hadis, yang mereka anggap masih selari dengan al-Quran.
(k) Fatwa-fatwa baru telah muncul di kalangan pendokong pluralisme agama
ekoran terdapatnya tafsiran baru mengenai makna pluralisme agama,
yang membenarkan bacaan doa bersama antara penganut agama Islam dan
semua agama lain, perkahwinan antara agama berlainan dan pewarisan
berbeza agama.


AKTIVITI 10.5
Nyatakan bagaimanakah seseorang Muslim itu boleh terpengaruh
dengan pluralisme.
10.2.5 Wahabiah
Berikut adalah berkenaan dengan wahabiah:

(a) Wahabiah, disebut juga sebagai Salafi, merupakan satu fahaman yang
diasaskan oleh Muhammad bin Abd Wahab. Beliau merupakan salah
seorang tokoh Islam yang menjadi kontroversi di sepanjang zaman. Ada
segolongan yang membenci ajarannya, serta dikaitkan sebagai pembawa
ajaran yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah wa al-
Jamaah. Manakala ada juga segolongan yang lain menganggap ajarannya
tidak lari daripada ajaran Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

(b) Golongan yang menentang ajaran beliau, antaranya:
(i) Al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, seorang bekas mufti Makkah
menyebut dalam kitabnya al-Darar al-Saniyyah fi al-Radd ala al-
Wahhabiyah: Muhammad bin Abd Wahab adalah orang yang
mula-mula berterus terang mengkafirkan orang Islam semenjak 600
tahun dahulu. Kemudian pendapat itu diikuti oleh ramai
pengikutnya.
(ii) Syeikh Ali Alwi al-Haddad menyebut dalam kitabnya Misbah al-
Anam wa Jala al-Zalam bahawa Muhammad bin Abd Wahab
mengatakan Allah S.W.T berjisim, menyerupai makhluk ...

X TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA
186
(c) Penyokong ajaran Wahabi mendakwa bahawa mereka menurut pemikiran
Imam Ahmad bin Hanbal, satu Mazhab dalam Ahli Sunnah wal Jamaah.
Mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah dalam hukum fiqh
kerana menganggap fahaman Wahabi adalah penerusan kepada fahaman
Ibn Taymiyyah.

(d) Berikut adalah antara perkara-perkara yang dilakukan oleh Wahabi:
(i) Meruntuhkan bangunan di atas kubur Sayidatina Khadijah di Mualla,
makam Saidina Hamzah di Uhud dan makam sahabat-sahabat lain di
Baqi kerana membuat binaan di atas perkuburan dilarang oleh Nabi
s.a.w.
(ii) Meruntuhkan bangunan tempat kelahiran Nabi di Suq al-Lail di
Makkah kerana menganggapnya sebagai syirik dan membawa
kepada penyembahan berhala.
(iii) Melarang membaca selawat dan memuji Nabi seperti burdah dan
berzanji dan menganggapnya sebagai bidaah yang tidak pernah
diamalkan oleh Nabi s.a.w.
(iv) Melarang menziarahi makam Nabi s.a.w dan berdoa mengadap ke
sana kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada
Allah.
(v) Melarang perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj
yang dianggap sebagai bidaah dan perlu dihapuskan.
(vi) Melarang al-Quran dilagukan.


AKTIVITI 10.6
Bincangkan tentang pemikiran Wahabiah dan perkara-perkara yang
telah dilakukan olehnya.


TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA W 187

SEMAK KENDIRI 10.1
Terangkan pengertian dan ciri-ciri aliran pemikiran berikut:
(a) Orientalisme
(b) Sekularisme
(c) Liberalisme
(d) Pluralisme
(e) Wahabiah


PEMIKIRAN ISLAM DALAM
MENGHADAPI CABARAN SEMASA
Budaya dan tamadun Barat memang merupakan ancaman besar dan cabaran
semasa kepada umat Islam kerana inti pati, semangat, perwatakan dan sahsiahnya
mampu meruntuhkan asas-asas agama, dasar-dasar akhlak dan mengelirukan
mereka. Begitu juga masalah dalaman yang dihadapi umat Islam menjadi cabaran
semasa kepada mereka. Menurut Prof. Dr.Syed Muhammad Naquib al-Attas,
masalah dalaman umat Islam ini adalah berpunca daripada satu krisis yang
dinamakan sebagai kehilangan adab (loss of adab) yang dapat dilihat kesannya
berdasarkan gejala-gejala yang timbul dalam masyarakat Islam hari ini.

Jadual 10.2 menerangkan adab dan keadilan dan adab dan ilmu dengan lebih lanjut.

Jadual 10.2: Adab dan Keadilan dan Adab dan Ilmu
Adab Penerangan
Adab dan
Keadilan

Kewujudan adab membuahkan keadaan di mana 'Keadilan'
(justice) terlaksana.
Kehilangan adab menggambarkan kekeliruan dan salah faham
terhadap ilmu.
Dalam konteks masyarakat dan umat, kekeliruan tentang Islam dan
pandangan hidup yang dipancarkannya menyebabkan kemunculan
pemimpin-pemimpin palsu yang akan bermaharajalela
merencanakan kezaliman yang berterusan.
Masalah ini hanya dapat diatasi apabila punca sebenarnya, iaitu
kekeliruan dan salah faham terhadap ilmu diselesaikan.

10.3
X TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA
188
Adab dan Ilmu

Ilmu yang benar tidak akan tercapai tanpa adab
dalam diri.
Ilmu tentang Islam dan pandangan hidupnya
diasaskan pada Kewibawaan (authority), bersifat
Muktamad dan Sempurna. Oleh itu, tidak berhajat
kepada perubahan dan pentafsiran mengikut
perubahan zaman.
Pentafsiran dan penjelasan tentang Islam dan
pandangan hidupnya disandarkan kepada
Kewibawaan Ulama yang mewarisinya daripada
para Ulama sebelum mereka bertali temali hinggalah
kepada Rasulullah s.a.w. Oleh itu, kita mesti
memiliki sikap yang betul terhadap mereka, iaitu
hormat, kasih, rasa rendah diri dan kepercayaan
secara bijaksana terhadap mereka.
Sikap ini hanya terhasil apabila seseorang mengenal
dan mengiktiraf kewujudan perbezaan darjat dan
taraf (hierarki) dalam soal kebijaksanaan, ilmu
kerohanian dan martabat akhlak.

10.3.1 Tiga Golongan dan Ciri-ciri Asas Mereka
Jadual 10.2 menerangkan tiga golongan dan ciri-ciri asas mereka.

Jadual 10.2: Tiga Golongan dan Ciri-ciri Asas Mereka
Golongan Ciri-ciri
Sekularis
tulen/sejati

x Golongan yang memperolehi pendidikan dan inspirasi dari
pandangan hidup sekular Barat tetapi amat jahil tentang Islam
dan pandangan hidupnya.
x Memegang jawatan strategik dalam masyarakat serta terlibat
dalam perencanaan dasar dan pelaksanaannya.
x Amat merbahaya sekiranya tidak diperbetulkan pemikiran
mereka.

Modenis

x Memperoleh inspirasi sebahagiannya daripada Barat dan
sebahagian lagi daripada ulama yang rendah kelayakannya.
x Cuba melakukan pembaharuan terhadap umat Islam dengan
membawa masuk fahaman Barat.
TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA W 189
x Terputus hubungan dengan tradisi Islam yang sebenar serta
tidak pula memahami fahaman Barat dengan sebenar.
x Membawa masuk fahaman Barat yang menyesatkan tanpa
disedari.

Tradisionalis

x Ulama yang tidak berwibawa, atau ulama palsu
x Tidak mampu memaparkan keterampilan ulama mujtahidun.
x Menghadkan ilmu kepada persoalan fiqh semata-mata.
x Memperbesarkan perkara remeh-temeh seperti perbezaan
antara mazhab.


(a) Kehilangan Adab dalam Pendidikan
Berikut adalah beberapa kehilangan adab dalam pendidikan:
(i) Gejala yang disebutkan di atas terbit daripada ketiadaan Pendidikan
Islam yang mencukupi dan sempurna yang membuka jalan kepada
kemunculan pemimpin-pemimpin palsu dalam segala bidang.
(ii) Kekeliruan dan ketidakseimbangan dalam soal ilmu Fardu Ain dan
Fardu Kifayah menimbulkan banyak masalah apabila Ilmu Fardu
Kifayah diutamakan dan Fardu Ain dihadkan pada aspek-aspek
tertentu dalam Ilmu Fiqh. Ini selaras dengan penumpuan terhadap
aspek kemasyarakatan dan politik yang sering diutarakan oleh
golongan Modenis.
(iii) Tanpa kefahaman yang betul terhadap konsep ilmu Fardu Ain (yang
sebenarnya dinamik), umat Islam akan mudah terkeliru dengan
kemasukan idea-idea sekular yang datang bersama ilmu-ilmu sains
sosial Barat kerana mereka tidak lagi mampu menilai dan menyaring
ilmu-ilmu berkenaan yang dihasilkan daripada perspektif masyarakat
yang mempunyai pandangan hidup yang berbeza.
(iv) Tanpa usaha bersungguh-sungguh merubah sistem dan dasar
pendidikan sekarang ke arah pendidikan Islam yang tulen, masalah
yang menimpa kaum muslimin tidak akan selesai, bahkan akan
menjadi semakin parah.


AKTIVITI 10.7
Huraikan cabaran-cabaran semasa terhadap umat Islam.

X TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA
190

SEMAK KENDIRI 10.2
1. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan tamadun Barat.
2. Apakah cabaran yang paling besar yang dihadapi oleh umat Islam?
3. Nyatakan pengertian adab dan kesan sekiranya kehilangan adab.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan dualisme?

AJARAN SESAT DI MALAYSIA 10.4
Di Malaysia, ada beberapa ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang
sebenar. Mereka bergerak sama ada secara individu atau berkumpulan. Di
bawah ini akan dibincangkan mengenai ajaran sesat yang berlaku di Malaysia.
10.4.1 Definisi Ajaran Sesat
Ajaran sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran
dan amalan Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya
ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam yang
berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli
Sunnah wal Jamaah. (Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, t.t)

Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, orang-orang yang sesat ialah orang-orang
yang tidak mempunyai pengetahuan agama, kerana tidak berusaha untuk
mempelajarinya atau orang yang mempunyai pengalaman agama yang tidak
betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.
10.4.2 Sejarah Ajaran Sesat di Malaysia
Berikut adalah berkenaan dengan sejarah ajaran sesat di Malaysia:
(a) Ajaran amalan sesat dalam masyarakat Islam di Malaysia mulai bergerak
secara senyap-senyap sejak Islam mula bertapak di sini pada abad ke-15
iaitu melalui konsep-konsep:
(i) Animisme
(ii) Dinamisme
(iii) Ajaran Hindu-Buddha
TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA W 191
(b) Ajaran sesat semakin ketara setelah kedatangan pengaruh Syiah melampau
seperti Sabaiyyah, Kaysaniyyah dan Ismailiyyah Batiniyyah dan juga aliran
teosofi.
(c) Ajaran sesat yang paling lama bertapak di negara ini ialah ajaran Taslim
yang dibawa oleh Hj. Ahmad Matahari pada tahun 1870-an di Kampung
Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini telah berkembang ke
negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain.
(d) Di Kelantan, ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud telah
disebarkan dalam tahun 1950-an dan juga ajaran Martabat Tujuh. Ajaran
Subud hampir hilang tetapi ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih hidup,
bukan sahaja di Kelantan malah di negeri-negeri lain.
(e) Pada akhir tahun 1999, jumlah ajaran sesat telah menjangkau lebih
daripada 100 ajaran yang diadukan ke Jabatan Agama di seluruh Malaysia.
(f) Antara peristiwa-peristiwa yang menggugat ketenteraman dan
keselamatan awam berlaku berikutan daripada ajaran sesat ialah:
(i) 19 Oktober 1974: Seorang daripada kumpulan ajaran sesat 4 Sahabat
di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan telah mati ditembak
dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan.
(ii) 7 Julai 1979: Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah
mencederakan imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak (Tn. Hj.
Damanhuri b. Hj. Abd. Wahab).
(iii) 19 Ogos 1979: Pengikut ajaran sesat telah mati terbunuh apabila
mereka sedang melakukan pemecahan kuil Hindu di Kerling,
Selangor.
(iv) 16 Oktober 1980: Lapan orang daripada kumpulan ajaran sesat yang
dipimpin oleh Ahmad Nasir b. Ismail (Kemboja) telah terbunuh
apabila mereka menyerang Balai Polis Batu Pahat dan mencederakan
ramai anggota polis, kakitangan balai dan orang awam.
(v) 1 Februari 1996: Dua orang lelaki warga Indonesia yang menyebarkan
ajaran sesat cedera ditembak selepas mengamuk dan cuba
mencederakan orang ramai di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu,
Sabah.
(vi) 18 Mac 1996: Pengikut ajaran Tabarani telah memukul Sidek
Mohamad iaitu Ketua Kampung, Kampung Pandan Satu, Kuantan,
Pahang kerana didakwa menghalang kegiatan mereka.
X TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA
192
10.4.3 Ciri-ciri Ajaran Sesat
Secara umumnya, ciri-ciri ajaran sesat adalah seperti berikut:
(a) Mencemarkan kesucian kitab al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w
seperti mengubah, mempertikai, memansuhkan al-Quran dan hadis Nabi.
Contoh: Ajaran Bahai yang mendakwa ajaran mereka telah memansuhkan
semua kitab samawi dengan adanya kitab mereka yang dipanggil al-Bayan.
(b) Terlalu mendewa-dewakan pemimpin.
Contoh: Pengikut ajaran Qadiani yang menganggap pemimpin mereka
sebagai jelmaan tuhan.
(c) Mengubah bentuk atau cara beribadat.
Contoh: Ajaran Bahai yang mengurangkan puasa wajib kepada 19 hari dan
solat hanya dengan niat sahaja.
(d) Mendakwa boleh melakukan suatu perkara pelik.
Contoh: mendakwa boleh memanggil roh orang mati.

Secara khususnya, ciri-ciri yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia
adalah seperti berikut:
(a) Mendakwa diri atau gurunya sebagai Nabi atau wakilnya dan mendakwa
menerima wahyu
(b) Mendakwa diri atau gurunya sebagai Imam al-Mahdi atau mempercayai
bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia
yang istimewa seperti Imam al-Mahdi dan sebagainya
(c) Percaya bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad
orang yang masih hidup
(d) Mendakwa bahawa pengikut-pengikut ajaran/tarekatnya sahaja yang
dijamin masuk syurga
(e) Mendakwa bahawa gurunya memegang kunci pintu syurga
(f) Percaya bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang
(g) Menyebarkan ajaran bahawa semua agama adalah sama
(h) Percaya bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila
diseru namanya
(i) Memohon kepada batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kepada tuhan
(j) Nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh anak-anak
hakikat
(k) Mengaku bahawa Allah menjelma di dalam diri
TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA W 193
(l) Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi
syafaat kepada muridnya
(m) Menyebarkan ajaran bahawa ajaran atau tarekatnya yang diamal sekarang
diambil terus daripada Rasulullah s.a.w secara jaga (Yaqazah)
(n) Percaya bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur
Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian didakwa
pasti masuk syurga
(o) Membuat syariat baru dengan memansuhkan sembahyang, puasa, haji dan
dan lain-lain syariat atau menganggap bahawa bila sampai kepada hakikat,
maka tidak perlu lagi syariat
(p) Berfahaman bahawa boleh meninggalkan sembahyang Jumaat kerana
mengamalkan suluk
(q) Menyebarkan ajaran bahawa ibadat haji boleh ditunaikan di mana-mana
tempat, tidak semestinya di Makkah
(r) Mengubah ayat al-Quran dan maksudnya
(s) Percaya bahawa azimat (tangkal) boleh memberi kesan
10.4.4 Faktor-faktor Berlakunya Ajaran Sesat
Antara faktor-faktor berlakunya ajaran sesat adalah seperti berikut:
(a) Tasawuf Falsafah atau Teosofi
(b) Ajaran Batiniah
(c) Ajaran Syiah
(d) Khurafat, Amalan Bomoh dan Tradisi
(e) Usaha menjauhkan umat Islam dari al-Quran dan al-Sunnah
10.4.5 Langkah Menangani Ajaran Sesat
Antara langkah-langkah menangani ajaran sesat adalah seperti berikut:
(a) Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar
(b) Menyebarkan Islam
(c) Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang
(d) Program pemulihan akidah
X TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA
194
10.4.6 Contoh Ajaran Sesat
Berikut adalah tiga contoh ajaran sesat:

(a) Qadiani
(i) Ialah kumpulan yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad pada
1889.
(ii) Digelar Qadiani sempena tempat lahir pengasasnya iaitu Kadiani
Gusdampur, India.
(iii) Dibawa ke Malaysia oleh Maulana Sadik bin Barakatullah pada 1949.
(iv) Ciri-ciri kesesatan Qadiani:
x Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai nabi dan
jelmaan tuhan
x Beriktikad bahawa Allah menurunkan kitab suci at-Tazkirah
kepada Mirza Ghulam Ahmad
x Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad mempunyai sejuta
mukjizat
x Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah

(b) Bahai
(i) Ialah kumpulan yang diasaskan oleh Husin Ali Al-Mazandarani pada
1847.
(ii) Digelar Bahai sempena nama pengasasnya, Bahaullah.
(iii) Dibawa ke Malaysia oleh Yan Kee Leong pada 1953.
(iv) Ciri-ciri kesesatan Bahai:
x Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah
x Beriktikad semua agama adalah sama dan digabungkan dalam
ajaran Bahai
x Beriktikad Nabi Isa mati disalib
x Memansuhkan agama Islam





TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA W 195
(c) Taslim
(i) Ialah kumpulan yang diasaskan oleh Haji Muhammad b Syafie / Haji
Muhammad Matahari pada tahun 1970 di Kampung Seronok, Bayan
Lepas, Pulau Pinang.
(ii) Ajaran sesat paling tua di Malaysia.
(iii) Ciri-ciri kesesatan Taslim:
x Menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin
maksum
x Mentafsir al-Quran mengikut hawa nafsu
x Menolak hari kiamat, syurga dan neraka
x Solat secara niat tanpa rukun qauli (perkataan) dan fi'li
(perbuatan)
x Mengharuskan perzinaan melalui nikah batin




AKTIVITI 10.8
Terangkan ciri-ciri ajaran sesat dan contoh-contohnya.

SEMAK KENDIRI 10.3
1. Terangkan pengertian dan ciri-ciri ajaran sesat.
2. Kemukakan contoh ajaran sesat yang berlaku di Malaysia.
3. Kenapa seseorang itu mudah terpedaya dengan ajaran sesat?
4. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani
masalah ajaran sesat?
X TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA
196

x Wujudnya sejarah pemikiran selari dengan perkembangan faktor luaran dan
dalaman bidang sosial, politik, ekonomi, akidah, falsafah dan sebagainya.
x Awal perkembangan pemikiran dalam sejarah Islam adalah bermulanya
proses perkembangan Islam di beberapa kawasan selepas zaman rasulullah
s.a.w dan faktor ijtihad dalam menyelesaikan masalah umat.
x Sekularisme adalah aliran sesat yang bertujuan memisahkan agama daripada
negara, mengutamakan dunia dan menyibukkan diri dengan kenikmatan
dan kelazatan dunia, menjadikannya sebagai tujuan satu-satunya dalam
kehidupan dunia.
x Sekularisme telah membawa kesan yang amat mendalam dalam aspek-aspek
penting kehidupan manusia, merangkumi aspek politik, perundangan,
pendidikan, sosial, pemikiran dan juga aspek ekonomi.
x Perkembangan sekularisme di Barat berkembang dan disebarluaskan ke
seluruh dunia, termasuk di dunia Islam.
x Idea-idea Islam liberal yang kononnya bersandar kepada hujah-hujah al-
Qur'an dan al-Sunnah, sebenarnya telah menyimpang daripada tafsiran-
tafsiran konvensional ulama salaf dan khalaf yang muktabar.
x Pemikiran Islam liberal mendukung kuat gagasan pluralisme agama-agama.
x Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-
orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran
dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran
Islam; sedangkan hakikatnya bertentangan dengan Islam yang berdasarkan
al-Quran dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah
wal Jamaah.
x Ajaran-ajaran dan amalan-amalan sesat dalam masyarakat Islam di Malaysia
mulai bergerak semasa Islam mula bertapak di Semenanjung pada abad ke-
15 iaitu melalui konsep animisme, dinamisme dan ajaran Hindu-Buddha.
x Kini, setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran sesat yang
disebarkan secara senyap-senyap dan ada kalanya mendapat sokongan
daripada tokoh-tokoh kecil agama tempatan.
TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA W 197
x Umat Islam di negara ini sentiasa terdedah kepada ajaran sesat yang
berkembang hasil daripada faktor-faktor tasawuf dan falsafah, ajaran
Batiniah, ajaran Syiah, khurafat, amalan bomoh dan tradisi; dan usaha
menjauhkan umat Islam daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Adab
Ajaran sesat
Aliran Pemikiran Semasa
Bahai
Dualisme
Liberalisme
Martabat Tujuh
Orientalisme
Pemikiran Islam
Pluralisme
Qadiani
Sekularisme
Subud
Tamadun Barat
Taslim
Wahabiah

Ab. Latif B. Muda, & Rosmawati Ali. (1998). Pengantar Ilmu Tauhid
(Teks Komprehensif Pengajian Islam). Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.
Bhd.
Bahagian Hal Ehwal Agama Islam. (t.t). Kriteria dalam ajaran sesat. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Sdn. Bhd.
Mohd Zaidi Abdullah. 2000. Pegangan sejati ahli sunnah Wal-Jamaah: Suatu
Keluhuran Dan Kemurnian Pegangan Hidup. Kuala Lumpur: Syathariyah
Niagajaya Sdn. Bhd.
Mohd. Sulaiman Haji Yasin. (1988). Pengantar Aqidah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Prof. K. H. M. Taib Thahir Abdul Muin. (1986). Ilmu Kalam. Jakarta: Penerbit
Widjaya.
Puteh Ishak. (1993). Ibn Taimiyyah; Sejarah Hidup dan Tasawuf. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
X TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA
198
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (2001). Risalah untuk Kaum Muslimin. Kuala
Lumpur: Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur:
ABIM
Wan Mohd. Nor Wan Daud. (1994). Konsep Ilmu Dalam Islam. Terj. oleh
Rosnani Hashim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): http://www. islam.gov.my/ppi/
ajaransesat.html
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS): http://www1. muis.gov.sg/lectures/
azhar012.html
Wikipedia Eksiklopedia Bebas: http://ms.wikipedia.org/wiki/Wahabi

Anda mungkin juga menyukai