Anda di halaman 1dari 2

KERTAS 1

DUA BENTUK SOALAN OBJEKTIF



i) Satu jawapan betul
ii) Kombinasi dua jawapan betul

Satu jawapan betul
Contoh soalan.

Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan r.a. berjaya meluas wilayah Islam
?

A Semangat jihad dipupuk
B Armada laut diperkukuh
C Perkahwinan politik
D Perjanjian dengan pemimpin tempatan dimeterai



Kombinasi dua jawapan betul
Contoh soalan.

Antara yang berikut, yang manakah sumbangan tamadun Mesir ?

I Kolar kuda
II Pedati beroda
III Sistem kalendar
IV Tulisan hieroglif

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

TEKNIK MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF

1. Baca soalan dengan teliti.

2. Baca semua jawapan yang diberi dengan teliti.

3. Tandakan X atau potong jawapan-jawapan yang paling tidak munasabah. Proses
ini dinamakan eliminasi atau mengenepikan jawapan yang salah satu persatu.


Contoh proses eliminasi
Bagaimanakah masyarakat Melayu tradisional menerapkan nilai-nilai murni
kepada kanak-kanak melalui pendidikan tidak formal?

I Melalui cerita-cerita lisan
II Melalui seni mempertahankan diri
III Melalui pendidikan pondok X
IV Menerusi peribahasa dan pantun

A I dan II
B II dan III X
C III dan IV X
D I dan IV



4. Jika jawapannya sudah pasti, tandakan jawapan tersebut dalam kertas soalan
dan juga pada kertas jawapan dengan jelas.

5. Gunakan maklumat yang terdapat di dalam soalan/jawapan yang lain untuk anda
menjawab soalan lain. Kadang-kadang ada maklumat yang dapat membantu
anda.

6. Soalan yang sangat susah tinggalkan dahulu. Buat apabila soalan-soalan yang
senang sudah dijawab.

7. Jika soalan itu memang susah, langkah terakhir ialah membuat tekaan. Jangan
membuat tekaan secara membabi buta. Sebaliknya gunakan akal dan membuat
pertimbangan yang sewajarnya.

Anda mungkin juga menyukai