Anda di halaman 1dari 28

HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

1



FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

HBEF 1403
SENI DALAM PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : SAMAEYAH BINTI KAMARUDIN
NOMBOR KAD MATRIK : 780620065308002
NOMBOR KAD PENGENALAN : 780620-06-5308
NOMBOR TELEFON : 013-9938533
E-MAIL : samaeyah@yahoo.com
NAMA TUTOR : ENCIK NORSHAMSURI BIN SHAFIE
PUSAT PEMBELAJARAN : IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN,
KUALA LIPIS, PAHANG

SEMESTER JANUARI 2012

PENGHARGAAN
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia NYA, saya dapat
menyiapkan tugasan individu yang telah diamanahkan kepada saya. Tugasan ini adalah untuk
memenuhi kerja kursus bagi mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan (HBEF1403).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tutor Seni Dalam Pendidikan
(HBEF1403), Encik Norshamsuri bin Shafie yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar
sepanjang saya menjalankan tugasan dan dapatan hasil ilmiah bagi menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan sekuliah kerana memberi garis
panduan dan banyak membantu dalam menyampaikan informasi terutamanya semasa sesi
perbincangan bagi memenuhi kehendak tugasan ini.
Akhir kata, pada semua ahli keluarga yang membantu diri ini, terutamanya ibu bapa dan
orang yang paling banyak memberi bantuan dan sokongan dari belakang iaitu suami dan anak
yang tercinta. Terima kasih kerana memahami kerjaya saya sebagai seorang pelajar dewasa.
Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik kalian semua. Amin.


Samaeyah binti Kamarudin JANUARI 2011
SMP Semester Januari 2012
IPGMKTAA
Kuala Lipis, Pahang



KANDUNGAN
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

3


1.0 Pengenalan 3
2.0 Pendahuluan 5
3.0 Pelan Lokasi sekolah
4.0 Pelan Bangunan Sekolah 7
5.0 Pelan Cadangan (Pelan Lantai Rekabentuk Bilik Seni) 8
5.1 Aspek Fizikal
5.2 Aspek Sosial
5.3 Aspek Emosi
6.0 Huraian Empat Bidang
7.0 Penutup
8.0 Bahan Sokongan

RUJUKAN
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

4

1.0 Pengenalan
Sekolah Kebangsaan Morib terletak di daerah Kuala Langat. Jaraknya 12km dari Pekan
Banting dan berhampiran dengan pantai perkelahan iaitu Pantai Morib. Peringkat awal
Sekolah Kebangsaan Morib bermula dengan menumpang rumah orang perseorangan dan
berpindah randah sehinggalah ia berada di lokasi sekarang . Sekolah ini mula beroperasi
secara formal sepenuhnya pada tahun 1906.
Pada awal penubuhan sekolah ini, ianya hanya terdiri daripada dua bangunan satu
tingkat yang menempatkan 4 buah bilik darjah, sebuah bilik pusat sumber dan setor.
Keadaan ini menjadikan sekolah ini terlalu sempit untuk diduduki. Ini adalah kerana
pertambahan bilangan murid dari setahun ke setahun sehingga mencecah 300 orang. Oleh
kerana itu, kerajaan telah membina sebuah bangunan dua tingkat sebagai bangunan
tambahan bagi meningkatkan keselesaan murid-murid dan guru-guru dalam
melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran.
Walau bagaimanapun, kini bilangan bilik darjah masih lagi kekurangan. Ini
adalah kerana pertambahan bilangan kelas dan wujudnya kelas Pendidikan Khas dan Pra
sekolah. Untuk menampung kekurangan bilik darjah, maka pada penghujung tahun 2008
satu blok bangunan yang menempatkan 3 buah bilik darjah telah dibina di bawah
peruntukan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Namun begitu, sekolah ini masih lagi
menumpang 3 buah bilik darjah di Sekolah Rendah Agama Morib.
Pada tahun 2004, sebuah bangunan berasingan yang merupakan Makmal
Komputer telah dibina. Tahun 2006, Pejabat Daerah Kuala Langat di bawah Rancangan
Pembangunan Luar Bandar telah memberi peruntukan untuk membina Dataran
Perhimpunan Berbumbung dan bilik Kemahiran Hidup telah dinaik taraf pada tahun
2007 dengan peruntukan yang sama.
Di bawah Rancangan Malaysia ke 9, beberapa bahagian sekolah telah dinaik
taraf merangkumi Pusat Sumber, Bilik Kesihatan, Bilik jQaf, Bilik Sains, Bilik BOSS,
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

5

Bilik Kemahiran Hidup, Kantin dan bumbung bagi 3 blok bangunan. Jabatan Pelajaran
Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat pula memberi peruntukan
untuk menaik taraf Bilik Pemulihan, Bilik Pendidikan Khas dan Prasekolah. Pada
penghujung tahun 2008, sekolah telah menerima satu blok bangunan setingkat yang
mengandungi 4 buah bilik darjah, namun ianya masih lagi tidak dapat menampung
jumlah pelajar yang sedia ada. Pada tahun 2010 pula sebuah surau telah dibina dan diberi
nama Raudhatul Jannah.
Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan ibu bapa
seperti nelayan, petani, buruh, penternak dan kakitangan kerajaan serta swasta. Berasal dari
beberapa buah kampung dan taman perumahan yang berhampiran iaitu dari Kampung Tali
Air, Kampung Morib, Kampung Tongkah, Taman Seri Bayu dan Taman Seri Desa.
Agak sukar untuk pihak sekolah mewujudkan suasana yang agak kondusif untuk
para pelajar dan guru-guru lantaran kekurangan prasarana yang sepatutnya namun dengan
adanya kolaborasi dengan Sekolah Rendah Agama Morib, masalah kekurangan kelas dapat
diatasi. Selari dengan kehendak semasa dalam dunia pendidika era kini, satu lagi bilik khas
akan diwujudkan iaitu bilik seni khususnya melancarkan program KSSR yang mula
diperkenalkan di bawah program NKRA negara mulai tahun 2011.
Pihak sekolah memandang serius tentang peri pentingnya agenda kerajaan ini lalu
bercadang untuk mewujudkan bilik seni bagi kelancaran proses p&p murid khususnya yang
berkaitan dengan bidang seni dalam pendidikan murid-murid di SK Morib. Justeru, sebuah
pelan cadangan reka bentuk bilik seni yang akan di bina telah disediakan bagi kemudahan
tersebut. Adalah menjadi harapan semoga pelan cadangan rekabentuk bilik seni ini akan
dipertimbangkan untuk direalisasikan.

2.0 Pendahuluan

HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

6

Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria
pelajar. Jika pelajar berada di dalam persekitaran yang banyak memberi dorongan dan
galakan, maka ia akan menjadikan pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak, ia akan
berlaku sebaliknya. Untuk itu, menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan sebuah
bilik khusus untuk Pendidikan Seni Visual supaya dapat membantu persekitaran yang
menarik ketika berada di dalam waktu persekolahan.
Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual. Guru Pendidikan Seni Visual
hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah
sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan
dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.
Suasana dalam Bilik Seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi
sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat
sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklah cuba mendapatkan
contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam
Bilik Seni.
Mewujudkan iklim Bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif adalah
tanggungjawab guru untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian. Aspek-
aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu dititikberatkan. Selain
daripada itu, guru juga dikehendaki mengenal pasti sumber pengajaran dan pembelajaran
dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraan tampak kanak-kanak.



3.0 Pelan Lokasi Sekolah
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

7


HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

8

4.0 Pelan Bangunan Sekolah
PELAN SUSUN ATUR BANGUNAN
SEKOLAH KEBANGSAAN MORIB














PADANG
PONDOK LETAK KERETA

MAKMAL
KOMPUTER

RUMAH
GURU

Bilik
Pemulihan
Khas

Tahun 5I

Stor Sukan
Tandas Guru
Lelaki


Tahun 2J

Tahun 3J
Tandas Guru
Perempuan


Bilik Guru

Pejabat




Tandas Murid

Makmal
Sains

Prasekolah

Bilik BOSS

Pendidikan
Khas



GELANGGANG



Pusat Sumber


Bilik
Rawatan
PONDOK BASIKAL

BILIK
KEMAHIRAN
HIDUP


Tahun 6I


Tahun 6J


Tahun 6J


STOR


KANTIN

RUMAH
GURU
PONDOK
BACAAN
PONDOK
JAGA
DATARAN INFO
BILIK
SENI

SURAU
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

9

5.0 Pelan Cadangan Reka bentuk Bilik Seni

HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

10

Bilik Seni seharusnya mempunyai standard yang tertentu. Standard di sini bermaksud, Bilik
Seni itu mestilah mempunyai kemudahan yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-
aspek keselamatan. Dalam pengurusan Bilik Seni, aspek-aspek yang perlu diberi perhatian
yang sewajarnya adalah seperti berikut :

Teraputik
Bilik Seni mestilah mempunyai cirri-ciri kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan berasa
selesa ketika berada di dalamnya. Bilik Seni seharusnya menampilkan suasana yang
menyeronokkan apabila melangkah masuk ke dalamnya.

Perabot
Perabot-perabot di dalam Bilik Seni mestilah sesuai dengan Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Seni Visual. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian-bahagian untuk bengkel
halus dan bengkel kasar.

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Bilik Seni juga mestilah lengkap dengan bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang
sesuai. Bahan-bahan ini mestilah diletakkan di tempat-tempat yang sesuai seperti carta,
buku-buku rujukan, alatan mewarna dan sebagainya.

Alatan Pengajaran dan Pembelajaran
Bilik Seni mesti dilengkapi dengan LCD projektor, komputer, mesin pencetak untuk
kegunaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah disebabkan oleh
perkembangan sukatan pelajaran yang memerlukan pelajar menghasilkan seni menggunakan
alatan tersebut.

Bahagian Pameran
Bahagian Pameran merupakan bahagian yang wajib ada dalam Bilik Seni. Hasil-hasil kerja
murid mesti dipamerkan di bahagian ini. Bahagian Pameran ini terbahagi kepada dua.
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

11

Bahagian Pameran 1 adalah untuk hasil seni yang kekal manakala Bahagian Pameran 2
untuk hasil seni semasa pelajar.

Sinki Air
Sinki air harus ada dalam Bilik Seni. Ini bertujuan untuk memudahkan proses Pengajaran
dan Pembelajaran di mana pelajar perlu membersihkan alatan dan sebagainya.

Stor Alatan
Stor di Bilik Seni adalah ruang untuk menyimpan segala alatan dan bahan-bahan seni.

Poster Keselamatan
Poster yang menunjukkan tatacara keselamatan semasa berada di dalam Bilik Seni.

Papan Maklumat
Tujuan papan maklumat ini adalah untuk member makluman dan notis-notis yang berkaitan.
Contohnya jadual pengagihan tugas dan jadual penggunaan bilik seni.

Pejabat Seni
Pejabat Seni adalah untuk memudahkan segala pengurusan Pendidikan Seni Visual sama
ada dari segi pengurusan fail dan sebagainya.

Seiring dengan era globalisasi, Pendidikan Seni Visual juga turut terkena tempiasnya. Ia
menuju ke arah kesenian yang lebih kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia
maklum, melalui peredaran masa dan zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling
kita. Pelajar semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan, tulisan mahu pun
melalui seni khususnya melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Justeru, setiap
sekolah perlu mempunyai satu arena yang kondusif serta lengkap prasarana dan juga
kemudahan insfrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap.

HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

12

Untuk itu, saya telah mereka bentuk satu pelan lantai Bilik Seni yang diharap dapat
diaplikasi di Sekolah Kebangsaan MOrib. Konsep Bilik Seni yang saya bawakan adalah
lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas di dalam Bilik Seni. Terdapat
beberapa ruang utama di dalam Bilik Seni tersebut. Ruang-ruang itu adalah seperti ruang
aktiviti lantai, ruang cetakan, ruang tekstil, ruang tembikar, ruang pejabat seni, galeri
pameran, ruang tutorial, stor, sudut alam dan taman ilham. Semuanya ini bertujuan untuk
member keselesaan yang optimum kepada pelajar-pelajar.

Bilik Seni yang saya reka ini juga memenuhi aspek-aspek dalam membantu
meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranya:

5.1 Aspek Fizikal
Dari aspek fizikal, saya berusaha untuk menentukan bahawa Bilik Seni adalah bersih,
susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Ruang
Pameran hasil kerja pelajar perlu diuruskan dengan menarik dan terkini. Selain itu, aspek
fizikal juga dapat dilakukan dengan cara-cara yang berikut:
Penyusunan kerusi dan meja murid mengikut kumpulan.
Suasana Bilik Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak
pameran dan alat bahan bantu mengajar yang menggalakkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
Saiz Bilik Seni yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan dapat
memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan
permainan.
Tingkap-tingkap dan pintu-pintu yang mencukupi untuk membolehkan cahaya
masuk dan udara beredar bebas dalam Bilik Seni.
Keadaan kebersihan dan keindahan Bilik Seni dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Kemudahan asas seperti sinki dan punca elektrik perlu diubahsuai agar dipasang
di tempat yang sesuai dengan kebanyakan aktiviti pendidikan seni visual.
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

13

5.2 Aspek Sosial
Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan
murid khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya
akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam
penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan di sinilah proses pengajaran dan
pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat :
Menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru.
Berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan
inovatif.
Mewujudkan suasana interaksi sesama murid.
Memudahkan komunikasi antara guru dan murid.
Menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.

5.3 Aspek Emosi
Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana
emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat
guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif
biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa,
peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan
sikap demokrasi dan tidak memilih kasih.
Untuk memenuhi aspek emosi tersebut, Bilik Seni yang dicadangkan
menyediakan ruang yang dapat menggalakkan interaksi murid dengan murid dan murid
dengan guru. Ini terbukti dengan wujudnya ruang pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
Bilik Seni ini menyediakan ruang untuk aktiviti berkumpulan. Ini bertujuan agar aktiviti
kumpulan dapat dijalankan dengan berkesan.

6.0 Huraian Empat Bidang
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

14

Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan
murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan
teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan
dalam bidang ini ialah:
1. Lukisan
2. Catan
3. Kolaj
4. Montaj
5. Cetakan
6. Resis
7. Gosokan
8. Stensilan
9. Percikan
10. Gurisan
11. Capan
12. Mozek
13. Poster
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan
menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan
kegunaannya. Oleh itu, ruang cetakan disediakan untuk murid-murid lebih selesa
menggunakan alatan dan fokus terhadap karya yang dihasilkan.
Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam
proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan
menggambar. Taman ilham yang terletak berhampiran dengan bilik seni ini juga dapat
memberi ilham kepada murid. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid
dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

15

akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang
dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan,
puisi,lakonan, nyanyian dan cerita.

Membuat rekaan dan corak
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan
tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain
seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.
Antaranya melalui kegiatan seperti:
Corak tidak terancang secara:
1. Pualaman
2. Tiupan
3. Titisan
4. Ikatan dan celupan
5. Renjisan dan percikan
Corak terancang secara:
1. Lukisan
2. Catan
3. Cetakan
4. Capan
5. Lipatan dan guntingan
6. Resis
7. Kolaj
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

16

8. Kaligrafi
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan
kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya
untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Ruang pengajaran dan pembelajaran yang
terletak di tengah-tengah amat sesuai untuk melakukan aktiviti ini.
Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang,
corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil
kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam
pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

Membentuk dan membuat binaan
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi
bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat
memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang
kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan
pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi
secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:
1. Arca Timbul
2. Asemblaj
3. Mobail
4. Stabail
5. Model
6. Diorama
7. Boneka
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

17

8. Topeng
9. Origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat
rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan
kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu
proses pembelajaran. Ruang tembikar diwujudkan khusus aktiviti membentuk dan membuat
binaan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan di ruang tutorial.

Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-
temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
1. Alat domestik
2. Alat permainan
3. Alat pertahanan diri
4. Perhiasan diri (ornamen)
5. Batik
6. Tekat
7. Ukiran
8. Tenunan
9. Anyaman
10. Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya
tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat,
alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Ruang tekstil adalah salah satu ruang yang sesuai
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

18

digunakan untuk menghasilkan arca dan sebagainya. Begitu juga dengan ruang tembikar
yang dapat digunakan untuk aktiviti menghasilkan tembikar.
Sesungguhnya, bilik seni yang direkabentuk ini amat sesuai dan relevan diadaptasikan di
sekolah. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap
bidang kraf yang dinyatakan. Ruang pameran adalah tempat untuk memaparkan hasil-hasil
karya murid selain mereka dapat membuat apresiasi sesame sendiri atau pun bersama guru.
Kegiatan ini juga boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.

7.0 Penutup
Bilik Seni futuristik amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual. Binaan yang unik serta kedudukan bilik yang jauh jaraknya dari kebisingan dan
gangguan dari pihak luar amat sesuai dan menarik. Situasi teraputik ini jelas menunjukkan
bahawa ketenangan dan kejauhan dari gangguan dan kebisingan dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang memberangsangkan dan dapat menarik minat murid ke arah Pendidikan
Seni Visual. Sebagai guru Pendidikan Seni Visual, kita boleh berusaha untuk mewujudkan
suasana iklim bilik yang kondusif dan dapat meningkatkan lagi kreativiti pengajaran dan
pembelajaran.
Dengan empat bidang yang merangkumi menggambar, membuat rekaan dan
corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional diharap murid dapat
menghayati warisan seni visual serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Pengurusan Bilik Seni amat penting dalam membantu peningkatan mutu pendidikan.
Pengurusan Bilik Seni yang baik dapat membantu pelajar menguasai ilmu Pendidikan Seni
Visual dengan berkesan. Guru perlulah kreatif dan inovatif dalam mendidik pelajar selaras
dengan arus kemajuan masa kini.
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

19


















8.0 Bahan Sokongan
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

20







Sudut hiasan aktiviti membentuk dan membuat binaan






Sudut hiasan kraf tradisional




HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

21





Sudut hiasan dalaman dengan pelbagai bahan seni visual





Pencahayaan dan peredaran udara yang baik





Panel pameran pelajar
8.1 Suasana bilik seni SK Morib sebelum pengubahsuaian dibuat
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

22


Stor

Ruang pejabat seni

Pintu masuk bilik seni
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

23


Ruang tutorial

Kabinet dan sinki

Ruang pameran

HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

24


Ruang kerja

Bilik kerja

Studio seni
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

25

CADANGAN PELAN LANTAI BILIK SENI SELEPAS PENGUBAHSUAIAN



















E
E
D C B
A
F
G
H
LALUAN PEJALAN KAKI
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

26

PETUNJUK
A

STOR
B

BILIK CETAKAN
C

RUANG TEKSTIL
D

RUANG TEMBIKAR
E

GALERI PAMERAN
F

RUANG PEJABAT SENI
H

RUANG AKTIVITI LANTAI




SET SOFA




MEJA DAN KERUSI PEJABAT





PAPAN PAMERAN GANTUNG




KABINET


TINGKAP


SINKI




RODA PEMUTAR TEMBIKAR




MEJA DAN KERUSI MURID


TANUR ELEKTRIK




PINTU




DAPUR




PAPAN PAMERAN




PENGGANTUNG TEKSTIL
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

27




















PAPAN LCD




PAPAN PUTIH




PAPAN KENYATAAN BILIK
SENI




SUDUT ALAM




TAMAN ILHAM




PINTU GELONGSOR




LALUAN PEJALAN KAKI




TANGGA
HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan Samaeyah Binti Kamarudin 780620065308

28

RUJUKAN
Lowefeld, V. & Brittain W. L., (1986). Creative and mental growth, NY. Macmillan.
Penny, S., Ford, R. Price, L., & Young, S. (2002). Teaching arts in the primary schools. Uited
Kingdom: Leraning Matters Ltd.

Reiner, B. & Smith, R. A. (1992). The arts, education, and aesthetic knowing. Chicago: The
University of Chicago Press.

Schmeer, G. (1994). Movement improvisation-in the word of a teacher and her student. Illinois:
Human Kinetics.

Kathleen Chee. (1999). Pendidikan Seni, Bangi: Penerbitan Pelangi.

Rahmat Salihon (2003) Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1, Fajar Bakti, Selangor Darul Ehsan.

Anda mungkin juga menyukai