Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGHAYATAN MALAM

Kem Komandan akan sengaja memarahi murid dengan menyatakan


bahawa mereka adalah murid yang tidak bertanggungjawab.. Guru
kecewa dengan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program Tanya
apa tujuan murid menghadiri perkhemahan ini? Tanya seorang atau dua
orang murid. Jika seorang murid menjawab datang untuk menimba ilmu..
katakan kepada mereka TIPU. Kemudian tanya pelajar lain Jika
pelajar menjawab katakan lagi kepada mereka KAMU HIPOKRIT. Selepas
itu kem komandan akan memanggil seorang pelajar dan bertanya adakah
kamu tidak puas hati dengan saya.. Jika pelajar tersebut menjawab
TIDAK maka hemburannya ialah KAMU HIPOKRIT. Jika pelajar
menjawab YA, kem komandon akan mengucapkan terima kasih dan
hemburannya ialah SAYA SUKA KAMU, KAMU SEORANG PELAJAR YANG
JUJUR.
Sesi rasa sedih dan keinsafan bermula secara perlahan-lahan. Kem
Komandan akan menenangkan pelajar dan memberitahu apakah motif
berbuat demikian. Nasihat turut diberikan.

( Bunyi muzik kitaro)
Assalamualaiakum dan salam damai adik2 yang dikasihi. Syukur kerana dapat kita
sama-sama berkumpul pada malam yang indah ini, duduk bersama-sama menikmati
kebesaran ilahi. Lihat la di luar sana, pada bintang diangkasa, pandanglah bulan
yang menerangi langit malam, betapa indahnya ciptaan Tuhan. Subhanallah.
(Tutup lampu-biarkan suasana dalam keadaan gelap)
Adik-adik sekarang pejamkanlah mata kamu hilangkan segala kekusutan yang ada
dalam diri, tarik nafas dalam-dalam, hembuskan dengan perlahan, tarik nafas sekali
lagi.hembuskantarik..hembuskan
(Lagu ayah dan ibu)
Sekarang cuba bayangkan wajah ayah dan ibu(beri masa untuk murid
membayangkan) fikirkan seketika pengorbanan yang mereka lakukan kepada
kamu(beri masa untuk murid memikirkan) Betapa besarnya kasih ayah dan ibu
kepada kamu. Kasih sayangnya bermula sejak dari rahim ibu, walau peritnya
mengandungkan kamu, cinta dan kasih saying mereka tidak pernah padam, terlalu
banyak rintangan yang ditempuh hanya kerana kamu yang bergelar anak.
Adik-adik yang dirahmati Allah sekalian tahukah kalian betapa bertuahnya kamu
dapat menikmati kebesaran Allah ini beruntungnya kamu di lahirkan untuk
menikmati hidup di dunia yang indah seperti ini

Semuanya kerana kasih dan sayang ayah dan ibu betapa besarnya kasih sayang
ayah dan ibu kepada kamu semua pernahkah kamu melihat gembiranya wajah
mereka tatkala mendapat berita bahawa mereka akan menimang cahaya mata
kasih sayangnya bermula walaupun kamu hanya segumpal daging dalam dinding
rahim seorang ibu kamu tidak akan tahu semua itu kerana kamu belum
dilahirkan walau peritnya mencengkam cinta mereka pada anak yang bakal
dilahirkan tidak pernah padam terlalu banyak rintangan yang ditempuh hanya
kerana kamu yang bergelar anak, wahai adik-adik

Dalam keriangan ingin menyambut kelahiran seorang anak ayah dan ibu tetap
terus berusaha bersengkang mata mengerah kudrat melakukan pelbagai kerja
selagi terdaya agar anak yang bakal dilahirkan tidak merasai keperitan hidup yang
penuh pancaroba

Bayangkanlah ayah tetap masuk ke hutan dengan luka pada kakinya mencari
rebung untuk dibuat jualan sedang ibu berjalan ke seluruh kampung menjaja
kuih walaupun kala itu kamu sudah berusia 7 bulan dalam kandungan

Saat yang dinanti telah tiba ketika itu hujan turun renyai-renyai di waktu malam
dalam kedinginan malam ibu bertarung nyawa untuk melahirkan ayah dalam
resah menghantar ibu dengan motor buruknya meredah hujan hampir saja
beberapa meter dari pintu masuk hospital ibu dengan tiba-tiba terjatuh dari
motor betapa peritnya rasa yang mencengkam sehingga ibu tidak mampu
bertahan sehingga ayah mencampakkan motornya lalu berlari mendapatkan isteri
tercinta dalam basah hujan yang kian lebat guruh dan kilat sabung-menyabung
ayah mengendong ibu sehingga ke wad kecemasan mengendong ibu dengan
lelahnya tercungap-cungap ayah

Dan kamu selamat dilahirkan melalui pembedahan ayah yang menunggu dengan
penuh debar di luar tersenyum gembira bersyukur setelah mengetahui kamu
selamat dilahirkan ke dunia ini
Air mata gembira menitis membasahi pipi melihat anak yang telah dilahirkan
menangis di pangkuan.

Dalam keriangan membesarkan kamu, ayah dan ibu bersengkang mata, mengerah
kudrat, melakukan pelbagai kerja selagi terdaya agar anak mereka tidak merasai
keperitan hidup yang penuh pancaroba.
Ayah tetap ke hutan dengan luka-luka di kaki dan di tangan demi mencari nafkah
untuk keluarga, sedang ibu bertungkus lumus di rumah menjaga adik, menyediakan
makan minum, membasuh pakaian demi anak-anak tersayang. Kamu ditatang bagai
minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tak dibenarkan menghampiri kamu. Hidup
kamu memang tidak mewah dengan harta, makan minum serba kekurangan, ada
ketikanya kamu sekeluarga terpaksa makan berlaukkan garam. Sebagai anak yang
tidak mengenal erti keperitan hidup, kamu sering merungut. Ibu, Kenapa makanan
kita sikit, saya tidak kenyang la. Tapi ibu segeraa memujuk. Ketika makan ibu
memindahkan nasinya ke pinggan kamu lalu berkata makanlah nakibu tidak
lapar. Kamu tahu ibu lapar tapi kamu tidak peduli asalkan perut kamu terisi, asalkan
kamu mendapat apa yang kamu mahukan. Selepas selesai makan terus kamu turun
untuk bermain dengan kawan-kawan, meninggalkan pinggan nasi yang bersepah
untuk ibu kemaskan.
Saat kamu riang bermain datang seorang kawan membawa permainan barunya
katanya hadiah dari ayahnya kamu rasa teruja kamu pun mahukan permainan
dari ayah kamu kamu berlari pulang ke rumah merengek-rengek minta dibelikan
permainan baru

Esoknya ayah dengan lelahnya yang semakin teruk batuk tidak berhenti tetap
turun pada awal pagi ke hutan mencari rebung lebih untuk dibuat jualan hasilnya
dapatlah digunakan untuk membeli permainan baru kamu sedang kamu, terus
bersuka ria bermain dengan kawan-kawan

Sungguhpun kehidupan kamu tidak semewah mana, ibu dan ayah masih mampu
menyekolahkan kamu. Setiap hari ayah dan ibu giat berdoa semoga kamu Berjaya
dalam pelajaran. Alhamdulillah berkat doa ibu, kamu Berjaya dengan cemerlang dan
meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Masa kian berlalu pergi, kamu mula
berjinak dengan dunia luar, belajar melakukan sesuatu mengikut kata hati, kawan
merokok, kamu pun merokok. Resah hati ubu melihat kamu berubah. Pun begitu
hati kecil seorang ibu tetap memahami. Kamu baru mengenal dunia luar dan ibu
terus berdoa.
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah petunjuk kepada anak ku, lindungilah anak
ku dari segala macam bahaya yang ada. Ya Allah Yang Maha Esa, berkatilah ilmu di
dada anak ku agar ia menjadi orang yang berguna suatu masa kelak.

Suara Kem Komandan
kamu telah aibkan ibu dan ayah kamu, kamu malukan mereka, kamu anak
derhaka

Tidak setanding rasanya pengorbanan seorang ibu untuk anak yang menderhaka
seperti kamu. Kamu telah hancurkan hatinya. Entah kenapa ajaib sekali, ibu tidak
pernah menyalahi kamu malah ibu dan ayah masih bertungkus lumus mencari
nafkah untuk membiayai persekolahan kamu. Ibu dan ayah turuti kehendak kamu
dengan harapan dapat menaikan semangat kamu untuk belajar.
Tapi Kamu Enjoy
Bila ibu menegur, kamu melawan, kamu menjerit
DIAMLAH, JANGAN MENYIBUK HAL ORANG.
Sungguhpun kamu calari hati tuanya, ibu tetap berdoa agar kamu menjadi anak
yang baik dan berjaya.
Sehinggalah suatu hari, ibu sakit tenat, tetapi kamu masih sibuk dengan hal sendiri.
Bermain dengan rakan tak henti-henti tanpa mempedulikan ibu yang sedang sakit
tenat. Dalam keadaan nazak, ibu menghadiahkan kamu senyuman biarpun agak
kaku kerana menahan sakit. Saat itu baru kamu merasakan sebak di dada. Air mata
berlinangan di pipi. Kamu mencium tangan ibu, kamu kucup pipi dan dahinya
Tapi untuk apa?
Kamu terlalu banyak menyakiti hati ibu
Kamu calari jiwanya
Untuk apa lagi? Untuk apa?
Dalam saat-saat akhir hidupnya ibu masih mampu tersenyum dan berkata, Jangan
Menangis nak ibu tidak sakit Setelah mengucapkan kata-kata itu, ibu menutup
matanya ibu telah pergi menghadap ilahi
(Lagu Untuk mu Ibu)
Wahai adik-adik ku yang disayangi, kamu bertuah kerana masih mempunyai ibu dan
ayah, kamu masih boleh memeluk dan mencium mereka, masih boleh mengadu dan
bergurau senda, tekadkan azam di hati kamu, sematkan amanah mereka erat-erat.
Genggamlah tangan kamu, Tarik ke dada Marilah lafazkan ikrar ini bersama-sama..
Ayah.ibu
Diri ini adalaah amanahmu
Dengan ini berjanji
Sesungguhnya,
Aku akan berpegang pada ajaranmu,
Aku akan ingat dan genggam amanahmu
Biar pahit yang harus ditelan
Aku akan cuba sedaya upaya
Di dunia dan di akhirat
Aku berjanji
Kerana aku adalah juaramu, ayah ibu.

Moga ikrar ini sentiasa mekar dihati, Balik nanti pohonlah kemaafan pada ayah dan
ibu, andai ada keterlanjuran kamu dalam bersuara, andai ada kekasaran kamu,
ingatlah syurga itu di telapak kaki ibu. Pohonlah kemaafan.
Adik-adikku buka la matamu dengan keinsafan..

Anda mungkin juga menyukai