Anda di halaman 1dari 1

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya

sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada
pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir
telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa
orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja
tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-
tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur
Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi,
semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang
disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh yang tiba
kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang
Satip bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan
lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah
menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara
yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat
pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari
4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul
11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada
para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah
Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari.
Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang
disediakan di kantin.

Anda mungkin juga menyukai