Anda di halaman 1dari 11

Pembelajaran Sains Kanak-kanak ( SCE 3102 ) | I

Pembelajaran Sains Kanak-kanak ( SCE 3102 ) | II
























Pembelajaran Sains Kanak-kanak ( SCE 3102 ) | III






















Pembelajaran Sains Kanak-kanak ( SCE 3102 ) | IV






















Pembelajaran Sains Kanak-kanak ( SCE 3102 ) | V

Halaman Pengakuan Hasil Kerja

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya sumbernya.


Tandatangan :
Nama Penulis : Liew Ying Hui
Tarikh : 11 April 2011












Pembelajaran Sains Kanak-kanak ( SCE 3102 ) | VI

Penghargaan
Penghargaan khusus dirakamkan kepada pelbagai pihak yang saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan, bantuan dan tunjuk ajar
mereka, Kerja Kursus Pembelajaran Sains Kanak-kanak ini dapat disiapkan
tepat pada masanya.
Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah pembimbing saya yang banyak membantu, membimbing dan
juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.
Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya
akan dapat menghasilkan satu kerja kursus yang baik. Saya ingin
menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada beliau yang juga
merupakan pansyarah pembimbing subjek Pembelajaran Sains Kanak-kanak
saya kerana bimbingan dan teguran beliau yang sangat berharga semasa
membuat kerja kursus ini. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada
beliau kerana sanggup berkorban meluangkan masa untuk menyemak hasil
kerja kursus saya ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan sekumpulan yang
turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan dorongan di samping
memberikan idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea. Kepada
mereka yang telah banyak memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada
saya untuk meneruskan usaha menyudahkan kerja kursus ini.
Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua orang tua saya yang
telah mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari ini. Seterusnya
kepada semua guru dan pensyarah yang pernah dan yang masih mengajar saya.
Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini.
Terima kasih sekalung budi.

Pembelajaran Sains Kanak-kanak ( SCE 3102 ) | VII

Jurnal Reflektif
Bagi Kerja Kursus Pembelajaran Sains Kanak-kanak ini, kami diberikan
tugas untuk menjalankan temu bual dengan seorang guru sains, seterusnya
membuat rumusan temu bual bersama-sama dengan rakan sekumpulan dan
membentangkannya, serta menulis laporan. Semasa saya menerima tugasan ini,
saya berasa sangat tertekan dan berasa cemas kerana saya tidak pandai
berkomunikasi dengan orang lain, apatah lagi menjalankan temu bual dan
merekodkan proses temu bual.
Sebelum menjalankan PBS di SJK(C) Jit Sin A, saya telah membuat
rujukan tentang topik tugasan di pusat sumber dan mencari maklumat menerusi
laman web untuk memudahkan diri saya lebih faham akan apa yang saya perlu
buat pada masa itu. Maklumat yang dapat dicari adalah sangat terhad dan saya
masih tidak begitu faham selepas membacanya beberapa kali. Nasib baik, rakan
saya rela bantu saya dan menerangkan bahagian yang saya tidak faham
sehingga saya memahami topik ini.
Semasa saya mulakan PBS, saya berasa sangat gementar dan tidak tahu
dari mana saya harus mulakan tugasan saya dan siapa yang saya patut temu
bual. Jadi saya bertanya kepada ketua panitia subjek sains dan dia menunjukkan
beberapa orang guru yang mungkin dapat bantu saya untuk menjalankan
tugasan ini. Tetapi, pada masa itu, banyak guru subjek sains sedang berkursus
dan guru sains yang lain pula perlu menggantikan kelas mereka selain masuk
kelas sendiri. Pada masa saya mula berasa kecewa, Pn. Chan yang mengetahui
saya perlu menemu ramah guru subjek sains telah menawarkan dirinya untuk
menjalankan temu bual. Pada masa itu, saya berasa sangat syukur kerana Pn.
Chan yang begitu mesra dan rela membantu walaupun dirinya sangat sibuk
dengan urusan lain. Disebabkan Pn. Chan merupakan guru sesi petang dan
saya menjalankan PBS pada sesi pagi, saya balik lewat pada hari tersebut.
Walaubagaimanapun, saya amat berterima kasih kepada Pn. Chan atas
kesudiannya untuk menghabiskan masa untuk ditemubual saya.

Pembelajaran Sains Kanak-kanak ( SCE 3102 ) | VIII

Selepas balik daripada PBS, saya pun mula menterjemah skrip temu bual
saya dengan Pn. Chan. Saya berasa susah kerana terdapat sesetengah
perkataan yang saya tidak tahu bagaimana menterjemahkannya kerana saya
menjalankan temu bual dalam Bahasa Cina. Akan tetapi, saya tahu bahawa
orang lain juga perlu buat pekara yang sama, jadi saya pun berusaha untuk
menterjemahkan skrip temu bual saya dengan Pn. Chan dengan menggunakan
translator dan kamus dwibahasa.
Selepas siap menulis skrip masing-masing, kumpulan kami mula
membuat rumusan dan pembentangan kami. Dalam proses tersebut, kami
mempunyai pandangan yang berbeza dalam cara pembentangan tetapi pada
akhirnya kami bersetuju dengan satu cara yang menggabungkan idea setiap
orang. Pembentangan kami juga berjalan dengan lancar.
Tugasan terakhir yang kami perlu buat ialah menulis laporan. Meskipun ini
merupakan tugasan individu, ahli kumpulan kami berbincang sebelum mulakan
tugasan ini kerana laporan ini ditulis berasaskan rumusan kumpulan yang dibuat
sebelumnya.
Walaupun pada mula-mulanya saya menghadapi pelbagai masalah,
namun dengan berkat kesabaran dan bantuan daripada pensyarah serta rakan-
rakan sekumpulan, tugasan ini dapat disempurnakan .







Pembelajaran Sains Kanak-kanak ( SCE 3102 ) | IX

Rujukan / Bibliografi
Buku
Brooks, J. and Brooks, M. (1993). In Search of Understanding: The Case for
Constructivist Classrooms. ASCD.
Catherine Twomey Fosnot. (2005). Constructivism: theory, perspectives, and
practice. Teachers College Press.
David Jerner Martin Elementary. (2008). Science Methods: A Constructivist
Approach, Volume 3. Cengage Learning.
Eleanor R. Lehman, Barbara Louise Hopkins Grabowski. (1995). Constructivism:
its foundations and applications: a selected bibliography, Volume 14 of
Educational Technology selected bibliography series. Educational
Technology.
George Rickey. (1995). Constructivism: origins and evolution. G. Braziller,
University of Michigan.
Kenneth George Tobin. (1993). The Practice of constructivism in science
education. Routledge.
K. V. Sridevi, Dr. Rajiv Kumar Gohit. (2008). Constructivism in Science education.
Discovery Publishing House.
Leslie P. Steffe, Jerry Edward Gale. (1995). Constructivism in education.
Routledge.
Marie Larochelle, Nadine Bednarz, James W. Garrison. (1998). Constructivism
and education. Cambridge University Press.
Michael R. Matthews. (1998). Constructivism in science education: a
philosophical examination. Springer.

Pembelajaran Sains Kanak-kanak ( SCE 3102 ) | X

Rice, M. & Wilson, E (1999). How Technology Aids Constructivism in the Social
Studies Classroom. The Social Studies, 90(1), 28-33. Washington, DC :
Helen Dwight Reid Educational Foundation.
Laman Web
Atherton J S (2011) Learning and Teaching; Constructivism in learning [On-line:
UK]. Retrieved 8 April 2011 from Learning and teaching:
http://www.learningandteaching.info/learning/constructivism.htm
Constructivism (learning theory). (2011, April 6). Retrieved at April 8, 2011 from
Wikipedia, the free encyclepedia:
http://en.wikipedia.org/wiki/Constructivism_(learning_theory)
Rakes, G. C., Flowers, B. F., Casey, H. B. & Santana, R. (1999). An Analysis of
Instructional Technology Use and Constructivist Behaviors in K-12
Teachers. International Journal of Educational Technology, 1(2).
Retrieved 8 April 2011 from Learning and teaching:
http://www.outreach.uiuc.edu/ijet/v1n2/rakes/index.html.
Teori Kostruktivisme. Retrieved 8 April 2011 from from Back to the Furqan:
http://back2dafurqan.blogspot.com/p/teori-
kostruktivisme.html?zx=8a74c2e727248e9b
tugas 5 :konstruktivisme. (2009, Mei 22). Retrieved 8 April 2011 from Lela68s
Blog: http://lela68.wordpress.com/2009/05/22/tugas-5-konstruktivisme/
wNetSchool (2000). Concept to Classroom: Constructivism as a Paradigm for
Teaching and Learning. Retrieved 8 April 2011 from Learning and
teaching: http://www.thirteen.org/wnetschool/concept2class/month2/.


Pembelajaran Sains Kanak-kanak ( SCE 3102 ) | XI

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai