Anda di halaman 1dari 2

Dipetik daripada http://www.iluvislam.

com/uncategorized/1622-kisah-arnab-dan-kura-kura-versi-
baru.html

Watak
ura2
!rnab
"on#et $ %
Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang
siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini
akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang
dipersetujui dikira sebagai pemenang.
Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang
dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.
Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara
perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.
&enga'aran : &erlahan-lahan dan konsisten membawa ke'a#aan.
!iasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung"#
Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab
kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu
berkeyakinantinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.
Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab
mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.
Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi
pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
&enga'aran : &antas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.
Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas
dan konsisten. Sudah tentu, indi$idu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.
%ambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.
&erita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-
kura menyedari bahawa jika 'ormat pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-
kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah 'ormat perlumbaan.
Setelah ber'ikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini
dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbe(a dari laluan asal. Sang
Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan. !erbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di
sebuahsungai yang besar. )arisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini.
Sang Arnab tidak tahu berenang.
Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada
masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke
seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura
menang.
&enga'aran : enalpasti kelebihan diri anda( cebur dalam bidang #ang anda mempun#ai
kelebihan.
Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. *inggalkan bidang itu dan
cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. &ebur bidang
tersebut dengan sepenuh hati. *etapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat
yang anda miliki.
Kisah ini belum berakhir".
Setelah + kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. ,ereka
berbincang bersama. ,ereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan
mereka.
,ereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.
Perlumbaan dimulakan.
Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang
besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang.
Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat
dengan jayanya.
,ereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.
&enga'aran : Walau sehebat mana pun seseorang individu( pasti terdapat bidang #ang individu
ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingn#a. )leh #ang demikian( adalah bagus kita
beker'a dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan #ang ada pada setiap orang.

Anda mungkin juga menyukai