Anda di halaman 1dari 4

Siti Hajar Binti Jamaludin

901128-08-6922
Refleksi Individu
Apakah yang dimaksudkan dengan permainan tradisional? Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, permainan bermaksud perihal bermain, perbuatan bermain.
Tradisional pula adalah berkaitan dengan, bersifat, atau mengikut tradisi. Masyarakat
tradisional pula merupakan masyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun-
temurun. Dapat disimpulkan di sini permainan tradisional bermaksud permainan yang
dimainkan sejak turun-temurun lagi. Menurut Ismail (1991), di dalam bukunya
Masyarakat dan Budaya Melayu, permainan tradisional yang dikenali sebagai
permainan rakyat ini dikatakan suatu wadah untuk pelepasan emosi manusia.
Keriangan dan kepuasan bermain permainan ini dapat melepaskan rasa terpendam
dalam diri. Permainan rakyat ini juga dapat membantu dan menyediakan latihan asas
atau mengatur proses sosialisasi bagi kanak-kanak untuk menghadapi hari dewasa.
Cabaran yang dihadapi pada masa kini adalah Masihkah permainan-permainan
tradisional ini dimainkan oleh generasi pada masa kini?. Oleh yang demikian, bagi
tugasan PJM 3112: Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan telah
menetapkan suatu tugasan tetap iaitu Karnival Permainan Tradisional bagi semua guru
pelatih semester 5 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Karnival Permainan
Tradisional merupakan suatu karnival yang dikelolakan sepenuhnya oleh semua guru
pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2010. Karnival ini
merupakan suatu amali yang wajib dijalankan bagi melengkapkan tugasan PJM 3112:
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan bagi guru pelatih
semester 5 pada tahun ini.
Kami guru pelatih semester 5 terdiri daripada lapan opsyen iaitu saya dari
opsyen Pendidikan Khas dan rakan-rakan dari opsyen Reka Bentuk dan Teknologi 1, 2,
3 dan 4, opsyen Sains, opsyen Pendidikan Jasmani dan opsyen Bahasa Cina.
Kesemua kami guru pelatih dari lapan kelas ini telah berjaya melaksanakan karnival ini
dengan jayanya bermula dengan perlantikan Jawatankuasa Kuasa Induk mahupun
Jawatankuasa Kuasa Kecil sehingga berakhirnya karnival ini yang berlangsung pada 22
April 2012 bersamaan hari Ahad.
Siti Hajar Binti Jamaludin
901128-08-6922
Sebelum menjalankan kejohanan ini, kami telah mengadakan beberapa
mesyuarat. Perjumpaan yang pertama melibatkan aktiviti pelantikan ahli jawatankuasa
tertinggi seperti pengerusi dan sebagainya. Perlantikan ini adalah bertujuan bagi
melancarkan pengurusan sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya hari karnival
supaya segala-galanya berjalan dengan lancar. Mesyuarat-mesyuarat seterusnya
diadakan bagi mengemas kini aktiviti serta perkara-perkara yang berkaitan dengan
pertandingan ini. Saya dapat melatih diri saya supaya lebih memahami akan aspek
pengurusan dan juga mengelolakan sesuatu program yang diberikan sebagai amanah
untuk disempurnakan.
Dalam karnival ini, setiap opsyen diberikan dua jenis permainan tradisional. Bagi
opsyen saya iaitu opsyen Pendidikan Khas, kami telah memilih permainan congkak dan
tuju guli untuk karnival ini. Kami membahagikan pula permainan ini di mana lelaki
mengendalikan permainan tuju guli manakala perempuan mengendalikan permainan
congkak. Saya dan rakan-rakan telah membuat rujukan dan mencari pelbagai sumber
di perpustakaan dan juga melayari internet bagi mencari bahan dan sumber mengenai
permainan congkak dan tuju guli supaya kami lebih faham mengenai permainan ini.
Melalui pencarian ini barulah saya betul-betul faham syarat-syarat dan bagaimana
permainan congkak dan tuju guli ini dimainkan. Walaupun sebelum ini saya sudah biasa
bermain permainan congkak dan tuju guli sewaktu usia muda, namun begitu saya
tidaklah betul-betul memahami cara bermain permainan tersebut. Oleh yang demikian,
sumber dan bahan yang telah saya dapati dari rujukan buku dan internet ini sangat
membantu memberikan saya pengetahuan yang lebih mendalam mengenai dua jenis
permainan ini.
Empat hari sebelum hari berlangsungnya karnival ini iaitu pada hari Rabu, saya
dan rakan sekelas telah memilih kawasan untuk permainan congkak dan tuju guli ini.
Kami telah sepakat untuk memilih kawasan di bawah pohon yang rendang yang
berumput dan tanah kerana bagi permainan congkak, kami ingin membuat lubang
congkak menggunakan tanah yang ada di kawasan tersebut selain kawasannya yang
redup dan terlindung daripada sinaran matahari yang terik. Setelah tempat dipilih, saya
dan rakan-rakan mula mengorek lubang bagi membuat lubang congkak. Kami telah
Siti Hajar Binti Jamaludin
901128-08-6922
berbincang untuk modifikasi permainan congkak yang asalnya mempunyai 7 anak
lubang dan satu anak ibu kepada hanya lima anak lubang congkak dan satu ibu.
Perubahan yang dibuat ini bagi memendekkan masa permainan congkak yang panjang
sekiranya bermain dengan 7 lubang. Setelah siap menggali lubang-lubang ini, kami
menutupnya dengan kayu supaya lubang tersebut tidak tertimbus semula.
Sehari sebelum karnival berlangsung, saya dan dua orang rakan telah pergi ke
kawasan yang terdapatnya lubang congkak yang telah kami gali bagi memperkemas
lubang-lubang congkak dan juga kawasan sekitarnya. Alangkah terkejutnya apabila
kami dapati lubang-lubang congkak tersebut telah dipenuhi dengan semut-semut halus
yang telah membuat sarang di dalam lubang-lubang congkak di situ. Saya melihat hal
ini sebagai suatu kelemahan yang perlu dibaiki. Akhirnya saya telah mencadangkan
supaya membuat congkak menggunakan mangkuk polistirena. Walaupun masalah itu
dapat diatasi tetapi pengalaman tradisional untuk bermain congkak menggunakan
tanah tidak dapat dirasai. Namun begitu kami amat bersyukur kerana terdapat
pensyarah yang memuji idea saya itu suatu yang kreatif walaupun tidak dapat bermain
congkak yang menggunakan tanah.
Pada tanggal 22 April 2012 bersamaan hari Ahad, berlangsungnya Karnival
permainan Tradisional 2012 bertempat di kawasan sekitar gimnasium. Selain
permainan congkak dan tuju guli yang dipertandingkan, terdapat permainan-permainan
tradisional lain yang dimainkan. Antara permainan lain yang dipertandingkan dalam
Karnival Permainan Tradisional 2012 ini adalah permainan tarik upih, gasing, tuju tin,
tuju getah, sepak raga, galah panjang, mahjong, layang-layang, dam haji, batu
seremban, ketingting, lompat getah, dan sepak bulu ayam. Alhamdulillah, karnival ini
berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan yang teruk. Karnival ini
berlangsung dengan meriah kerana terdapatnya deejay yang sentiasa menghiburkan
semua orang sepanjang karnival ini berlangsung. Ini sedikit sebanyak menaikkan
semangat dan membantu guru pelatih bermain dengan bersungguh-sungguh.
Antara ilmu, pengalaman dan pengetahuan baru yang banyak saya pelajari
daripada karnival ini adalah kerjasama dan semangat setia kawan yang erat yang
Siti Hajar Binti Jamaludin
901128-08-6922
ditunjukkan oleh semua guru pelatih semester 5. Karnival ini juga turut mendidik diri
saya dalam melakukan pengurusan dari segi pelbagai aspek yang akhirnya dapat
menyempurnakan sesuatuprogram. Kursus PJM 3112: Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan Jasmani dan Sukan ini membekalkan saya ilmu mengenai pengurusan yang
telah saya aplikasikan dalam karnival ini. InsyaAllah ilmu ini tidak akan saya lupakan
dan akan saya cuba untuk mengaplikasikannya semasa praktikum mahupun setelah
menjadi guru sebenar kelak.
Kesimpulannya, Karnival Sukan Tradisional memberikan impak yang positif
dalam diri saya supaya tidak lupa adat resam orang Melayu terutamanya adat-adat dan
permainan tradisional Melayu. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing yang banyak membantu iaitu Tuan Haji Abdul Kadir bin Abdul Rahim yang
tidak jemu memberikan idea, dorongan, bimbingan dan semangat untuk kami membuat
persiapan yang baik seterusnya mempersembahkan kerja yang bagus dan berkualiti.
Semoga Karnival Permainan Tradisional 2012 ini menjadi pemangkin bagi melahirkan
modal insan guru yang beraspirasi tinggi lantas membantu untuk melahirkan insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Majulah Sukan Untuk Negara
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai