Anda di halaman 1dari 1

Cabaran kepada Pengurus Dakwah

Tarbiah kepada diri kita sendiri adalah focus dan keutamaan diri kita. menguasai diri kita
sendiri. Mampu menjawab persoalan yang timbul dalam diri.
Kita mestilah mampu untuk mencari/membiayai diri kita sendiri. Tarbiah Dzatiyah, Amal fardi,
pembacaan kita, termasuklah iltizam kita didalam system jamaah. Baik di peringkat kita di SPSL
@ di wilayah/kawasan kita.
Kita hidup di dalam masyarakat, dan perlu melahirkan roh/pemikiran/fikrah dimana sahaja,
termasuklah tempat kerja, tempat tinggal, jiran, surau, malah keluarga kita. Semuanya adalah
tanggungjawab kita. Kehadiran kita mestilah dirasai, dan kita mestilah berusaha memberikan
impak.
Cabaran untuk memastikan peningkatan ilmu/fikrah, dan diri. Jangan kita pergi pun, pakai
modal yang sama je. Kita taka da preparation apa. Sesiapa yang tidak mempunyai apa, tidak
mampu untuk memberi. Tak ada modal. Kita kena luaskan lagi pemikiran kita, tsaqafah, fikrah.
Especially Sirah. Mahirkan diri dengan sirah, kemahiran dalam dauroh, muhadorah yang kita
hadiri.
Mempertingkatkan hubungan dengan Allah, mempunyai ruang masa bersendiri untuk
mengumpulkan kekuatan, masa diri dengan Allah, untuk kita merasai hubungan dengan Allah.
Dari sini akan lahir rasa antara kita dengan mutarabbi kita. Dengan keikhlasan kita, kita akan
mendapati Allah swt akan membantu kita. Pastikan hubungan kita, taabud kita dnegan Allah swt
itu sentiasa di peringkat maksima, supaya ia menjadi kekuatan untuk kita melaksanakan
tugasan kita.
Kesegeraan untuk menyantuni, menyempurnakan tanggungjawab kita.
Allah telah menutup keaiban kita, apabila kita futur janganlah menyorok dan menambahkan lagi
masalah.
Pemberian bahan kepada Mutarabbi. Kita nak pastikan fikrah yang kita nak curahkan itu adalah
fikrah yang terbaik. Supaya akh/ukt itu mampu untuk berdiri dan berdepan dengan apa sahaja
pada bila masa sahaja. Kita kena pastikan fikrah yang kita tumpahkan berada pada bekas yang
betul.
Segera membayangkan kepada ikhwah ni tentang situasi di Malaysia.
Cerita kepada ikhwah tentang kepelbagaian. Kesediaan kita untuk berlapang dada dan
menerima perbezaan. Belajar untuk menjadi dewasa.
Kawasan yang ada KOLPER: Pakcik Makcik bincang dalam JKN, JKD, tentang penggerak tak nak
berbincang di kawasan dsb.
Daie ni patutnya lebih suci hatinya. Bukan berkira. Tapi ikhlas, keluasan Rahmat Allah swt. Allah
pulangkan dalam pelbagai bentuk.
Tapi jangan jadi dilute pulak, hilang punca, lari ke sana ke sini.
Masa memang sangat mencengkam kita. Perlunya pengurusan masa yang sangat teliti.
Sekiranya tidak, akan mengorbankan sangat ramai orang. Kena bantu membantu untuk
memastikan kita ni beramanah dengan masa.

Anda mungkin juga menyukai