Anda di halaman 1dari 3

ZAKAT EMAS DAN PERAK

PENGIRAAN
Emas Simpan

• Dapatkan berat emas simpan yang telah cukup haul.


• Jika beratnya melebihi nisab ( 85 gram ) maka zakatnya adalah 2.5%

Emas Pakai

• Dapatkan berat emas pakai yang telah cukup haul


• Tolakkan berat uruf ( 200 gram ) daripada berat emas
• Bakinya ( jika ada ) didarab dengan 2.5%

Perak

• Dapatkan berat perak yang telah cukup haul.

• Jika beratnya melebihi nisab ( 595 gram ) maka zakatnya adalah 2.5%
CONTOH PENGIRAAN
CONTOH : EMAS SIMPAN

Emas sebanyak 130 gram.

CARA PENGIRAAN

Nisab emas simpan = 85 gram

Nilai emas semasa ( 85 gram ) = RM 3062.38

1 gram emas = RM 3062.38 ÷ 85

Berat emas X Harga Emas Semasa ( 1 gram ) X 2.5%

130 gram X RM 36.028 X 2.5%

Zakat yang perlu di bayar ialah :

RM 117.091 sen

CONTOH : EMAS PAKAI

Jika seseorang memakai perhiasan emas sebanyak 300 gram selama setahun, zakat yang dikenakan ke atas beliau ialah
lebih daripada uruf sahaja.

CARA PENGIRAAN

Berat emas ( yang dipakai - uruf ) X Harga Emas Semasa ( 1 gram ) X 2.5% "

300 gram - 200 gram X Harga Emas Semasa ( 1 gram ) X 2.5%

100 gram X RM 36.028 X 2.5%

Zakat yang perlu di bayar ialah :

RM 90.07 sen
ZAKAT TERNAKAN

PENGIRAAN ZAKAT TERNAKAN

PANDUAN KIRAAN ZAKAT LEMBU / KERBAU

Nisab bagi Lembu / Kerbau adalah 30 ekor

Pengiraan zakatnya adalah seperti berikut :

Bagi setiap 30 ekor, zakatnya ialah seekor lembu jantan berumur tidak kurang setahun.
Bagi setiap 40 ekor, zakatnya ialah seekor lembu betina berumur tidak kurang dua tahun.
Contoh pengiraan adalah seperti berikut (bagi jumlah 120 ekor ke atas, pemilik mempunyai lebih dari satu pilihan
cara mengeluarkan zakat).

Bil Zakat (Ekor) Jantina Umur


30 - 39 1 Jantan > 1 Tahun
40 - 59 1 Betina > 2 Tahun
60 - 69 2 Jantan > 1 Tahun
Jantan > 1 Tahun
70 - 79 1&2 & &
Betina > 2 Tahun
80 - 89 2 Betina > 2 Tahun
90 - 99 3 Jantan > 1 Tahun

Nota : Merujuk kepada tanda > "lebih"

PANDUAN KIRAAN ZAKAT KAMBING / BIRI-BIRI

Nisab bagi Kambing / Biri-biri adalah 40 ekor.

Pengiraan zakatnya adalah seperti berikut :

Bil Zakat (Ekor) Jantina Umur


1 Biri-biri Jantan 1 Tahun
40-120 atau atau
1 Kambing Betina 2 Tahun
2 Biri-biri Jantan 1 Tahun
121-200 atau atau
2 Kambing Betina 2 Tahun
3 Biri-biri Jantan 1 Tahun
201-399 atau atau
3 Kambing Betina 2 Tahun

Bagi jumlah 400 ke atas, zakatnya ialah 1 ekor bagi setiap 100 ekor.
ASNAF-ASNAF ZAKAT

ASNAF FAKIR ASNAF MISKIN


Miskin ialah orang Islam yang mempunyai
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha
harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang
(pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi
halal dan layak dengannya tetapi masih
keperluan dirinya dan tangungannya termasuklah makanan,
tidak mencukupi untuk menanggung
pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
keperluan dirinya dan tanggungannya.
ASNAF AMIL ASNAF MUALLAF
Orang yang baru memeluk Islam iaitu
Orang yang dilantik atau ditauliahkan oleh Sultan atau Nabinya "orang yang dijinakkan hatinya" dengan
untuk penyelenggaraan hal-hal zakat. diberi bantuan supaya mereka teguh
mencintai Islam.
ASNAF RIQAB ASNAF GHARIMIN
Orang Islam yang berhutang untuk
memenuhi keperluan asasi bagi
permasalahan diri atau keluarga
Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya. tanggungannya atau orang yang
berhutang untuk menyelesaikan masalah
masyarakat dan memerlukan :

i. Orang yang berhutang itu tidak


mampu menjelaskan hutangnya.
ii. Hutang itu hendaklah dalam
perkara taat yang diharuskan
syarak.

iii. Hutang telah sampai tempoh


untuk dijelaskan
ASNAF FISABILILLAH ASNAF IBNI SABIL
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan
dalam perjalanan atau orang yang hendak
Ialah tiap-tiap perbuatan atau perkara yang menjerumus kepada memulakan perjalanan sedangkan ia tidak
keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam. mempunyai belanja dengan syarat :

i. Ia mengembara dari negeri


tempat tinggalnya.

ii. Pengembaraan diharuskan oleh


syarak.