Anda di halaman 1dari 7

1

Nota Ulangkaji Penulisan Kreatif


Denotasi & Konotasi
Contoh dialog makna denotasi & konotasi.
Denotasi (makna tersurat) Dia cinta
kepada gadis itu.
Konotasi (makna tersirat) sudah
lama dia memberikan hatinya kepada
gadis itu.
Kelebihan makna konotasi & denotasi dalam
dialog.
Meresap dalam perasaan, nikmati
tenang, nyaman.
Hari telah tua menunjukkan waktu
terlalu malam.
Keadaan yang menunjukkan
keindahan alam sekitar.
Sudut Pandangan
Kelebihan penggunaan sudut pandangan
orang pertama.
Lebih mudah & bahasa lebih personal.
Cara perhubungan sebenar iaitu
dalam kehidupan sebenar
Penulisan tiada orang tengah
3 kelebihan sudut pandangan orang ketiga
boleh terokai setiap aspek
perwatakan
penceritaan serba tahu
sudut pandangan yang bercorak
luaran



Gaya Bahasa
Pelabuhan kebudayaan peradaban zaman
gedung akal laut bicara manusia

mutiara pendeta tasik pujangga
kota kebenaran penaung kebebasan
ucapsuara
dari ruang ini bersinar keagungan pemikiran
menghayati teluk-liku zaman demi zaman
tanpa prasangka apa tanpa batas benua

kekal bersama angin yang mengusapi
abadi bersama langit yang memayungi
dikeramatkan untuk anda menghirup segala
di perpustakaan tercinta ini

1. Gaya bahasa dalam sajak Perpustakaan
(Usman Awang)

metafora perbandingan antara konkrit dan
abstrak
Contoh : tasik pujangga
personafikasi memberi unsur manusia atau
benda hidup kepada benda bukan hidup.
Contoh : angin yg mengusapi
responsif - pengulangan di tengah baris.
Contoh : Rangkap 2 baris 4 dan 5 (zaman,
tanpa)

2. Makna dan contoh paradoks dan hiperbola.

paradoks : pernyataan yang kelihatan
bertentangan tetapi kenyataannya
mengandungi kebenaran dengan pendapat
umum yang realiti. Contoh : Dalam kesepian
di tengah ramai.
hiperbola : bahasa kiasan untuk menyatakan
sesuatu secara berlebih-lebihan daripada
maksud yang sebenarnya. Contoh : Seribu
lautan sanggup diharungi.


2

Novel remaja
Faktor kelangsungan penulisan novel remaja
dalam kalangan penulis.
- peranan pengkritik yang benar-benar jujur
dalam mentafsir dan menilai karya.
- usia kepengarangan

Peranan novel remaja dalam sastera nasional.
- Hidupkan daya imiginasi
- Meransang minat membaca
- Memperkayakan pengalaman.

Karya kreatif
5 genre karya kreatif yang masih popular di
persada dunia sastera tanah air.
1. Novel
Novel ditakrifkan sebagai cereka yang
berbentuk prosa.
Istilah novel diambil daripada bahasa
Inggeris.
Perkataan itu asalnya daripada bahasa
Itali novella yang bererti satu benda kecil
yang baru.
Cereka yang disampaikan itu luas
jangkauannya. Maksudnya ialah cerita yang
disampaikan itu terdiri atas plot yang
kompleks,
Watak yang menggerakkan cerita banyak
jumlahnya,
Persoalan-persoalan yang dikemukakan
bersifat pelbagai dan suasana serta latar
ceritanya beraneka. Hal-hal itu menyebabkan
sesebuah novel itu relatif panjang, yakni lebih
panjang daripada cerpen.
Contohnya Novel Julia yang merupakan
karya Abu Hassan Morad yang memaparkan
tema kegigihan kaum wanita apabila
menghadapi cabaran dalam pengurusan
perniagaan.
Sehubungan dengan itu, novel Julia yang
mengandungi 17 bab. Di sini menunjukkan,
jalan ceritanya panjang dan semestinya
terdapat banyak penggunaan gaya bahasa
yang menarik dapat diserlahkan oleh
pengarang.
Penggunaan gaya bahasa ini boleh dilihat
menerusi keindahan gaya bahasa yang
pelbagai oleh pengarang menerusi rentetan
cerita yang panjang. Misalnya, hiperbola yang
digunakan seperti perniagaan adalah
peperangan. Di sini menunjukkan pengarang
menggunakan kiasan yang berlebih-lebihan
dengan maksud sebenar.
Selain itu, latar yang digunakan juga lebih
banyak berikutan lebih banyak situasi yang
terdapat dalam penceritaan di dalam novel.
Misalnya, latar tempat di Lapangan Terbang
Sultan Abdul Aziz Syah, Subang,
iaitu ketika Julia dan mama hendak berangkat
ke Australia. Tambahan lagi, ada juga situasi di
Pesawat Boeing 777 iaitu tempat dimana Julia
terlanggar Jun secara tidak sengaja.
Jadi, jelas di sini menunjukkan,
berdasarkan genre sastera seperti novel yang
panjang ceritanya, kita boleh lihat lebih
banyak kepelbagaian bahasa dan latar
misalnya, yang digunakan oleh pengarang.
2. Cerpen
Cerpen ialah singkatan kata daripada
perkataan cerita pendek. Oleh sebab itu,
sudah tentu ceritanya tidak panjang.
3

Walau bagaimanapun, batasan atau
tanggapan panjang pendeknya tidak boleh
diukur berdasarkan jumlah perkataan yang
dilihat lantaran sifatnya yang relatif.
Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen
mengisahkan hanya satu kejadian dalam
kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai
kejadian.
Sesuatu kejadian yang digambarkan
melalui cerpen dianggap sebagai pokok yang
menentukan segalanya. Kemungkinan-
kemungkinan lain ditinggalkan begitu sahaja.
Oleh sebab itu, pengisahan yang
diutarakan menjadi relatif pendek.
Sesebuah cerpen biasanya memusatkan
pengisahannya kepada satu watak sahaja,
terutama watak penting yang menghadapi
permasalahan hidup, misalnya.
Persoalan yang ditimbulkan itu benar-
benar bermakna, penting dan dapat
ditonjolkan pemikiran mengenai watak-watak
yang difokuskan.
Hal itu dapat dilihat pada watak Wak Da
di dalam cerpen Kelapa Nan Sebatang karya
Shahnon Ahmad. Wak Da hidup di dalam
serba kesusahan. Sewaktu menyeberangi
sungai melalui titi batang kelapa, Wak Da
berhasrat mengakhiri derita dan
kekecewaannya dengan membunuh diri.
Namun demikian, setelah mendapat
semangat baru dan keyakinan diri, Wak Da
berjaya menyeberangi sungai itu. Di sini
menunjukkan, pengarang hanya terhad fokus
terhadap satu watak sahaja.
Tambahan lagi, cerpen biasanya disiarkan
di dalam akhbar mingguan dan majalah.
Sungguhpun begitu, atas inisiatif pihak-pihak
tertentu, cerpen-cerpen pilihan biasanya
dikumpul dan dibukukan.

3. Drama
Drama merupakan salah satu bentuk
karya sastra.
Sejenis cereka yang berbentuk lakonan
dan selalunya dipentaskan.
Perkataan drama berasal daripada
bahasa Yunani yang bermaksud gerak.
Dalam drama, penulis ingin
menyampaikan pesan melalui acting
(perbuatan) dan dialog.
Biasanya drama menampilkan sesuatu
hal yang biasa terjadi dalam kehidupan kita
sehari-hari.
Sehingga para penonton diajak untuk
seolah-olah ikut menyaksikan dan merasakan
kehidupan dan kejadian dalam masyarakat.
Ciri-ciri sebuah drama ialah aksi, konflik
dan persembahannya sekali jalan sahaja.
Manakala jenis-jenisnya ialah tragedi,
komedi, tragi-komedi, opera, pantomin dan
bangsawan.
Jenis yang boleh diketengahkan adalah
seperti drama berbentuk tragedi yang
mengandungi kisah sedih yang menimpa
watak utama. Sekalipun watak itu cuba
mengubah nasib malang tersebut dengan
baik, tetapi dia tetap gagal. Contohnya Keris
Laksamana Bentan oleh Shaharom Hussain.
Selain itu, drama berbentuk komedi
mengisahkan telatah lucu watak-watak di
dalamnya. Tujuannya untuk menghibur di
samping menyindir penonton-penonton
secara halus. Contohnya Cam Ni Cam Tu oleh
Hafsham.
Drama berbentuk seperti pantomin pula
dipersembahkan tanpa dialog. Pelakon-
pelakonnya hanya mempamerkan gerak laku
dan memek muka bagi menunjukkan aksi dan
4

perasaan yang maksudnya difahami
penonton. Drama jenis ini dinamakan
pantomin dan ia sering dipersembahkan
dalam majlis-majlis sambutan yang besar-
besar seperti Maal Hijrah dan Hari
Kebangsaan.
4. Sajak
Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi
baru yang bebas daripada peraturan-
peraturan dalam pembentukan rangkap,
baris, kata-kata dan rima.
Sajak mengungkapkan perasaan &
pemikiran penyair secara imaginatif dan
disusun dengan menumpukan semua
kekuatan bahasa, serta bentuk luaran dan
dalaman.
Sajak bersifat demikian untuk dapat
mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang
lebih indah, segar dan bebas.
Sajak juga tidak mempunyai imbangan
bunyi yg tetap dan mempunyai keharmonian
atau penyesuaian yang baik antara isi dengan
bahasa.
Isi-isi dalam sajak pula biasanya
berkisahkan unsur pujaan, keagamaan,
kesedihan, pengajaran, sindiran, percintaan
atau pengisahan.
Di Malaysia, pertumbuhan dan
perkembangannya terserlah selepas penyair
terdedah dengan bacaan daripada luar sama
ada daripada Indonesia atau Barat.
Punggok atau nama sebenarnya
Muhammad Yassin Maamor menjadi pelopor
puisi moden di Malaysia. Beliau dengan berani
melemparkan sajaknya ke tengah masyarakat.
Sajaknya yang berjudul Di Tengah Segara yang
termuat di dalam Majalah Guru keluaran
Disember 1933. Lihat petikannya:

Di dalam gelombang hambur-menghambur
Kudengar seru sayup bahasa
Hatiku lebur bagaikan hancur
Hendak kurenang beta tak bisa.

5. Pantun
Pantun adalah sejenis puisi tradisional
masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman
berzaman.
Mengikut sejarah, pantun wujud sejak
zaman masyarakat Melayu tidak tahu menulis
dan membaca lagi.
Pantun dicipta sebagai suatu bentuk
pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan
perasaan terhadap seseorang ataupun
mengenai sesuatu perkara di samping
bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan
memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.
Pantun merupakan bentuk puisi
tradisonal yang terdiri daripada empat baris
serangkap, empat perkataan sebaris,
mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa
variasi dan pengecualian.
Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua
iaitu rangkap pembayang dan maksud.
Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri
dan biasanya rangkap-rangkap tersebut
memerlukan beberapa rangkap lain untuk
melengkapkan keseluruhan idea.
Contoh pantun adat ialah :
Bukan lebah sembarang lebah
Lebah bersarang dibuku buluh
Bukan sembah sembarang sembah
Sembah bersarang jari sepuluh
5

Pembinaan Plot
Plot Novel Melunas Rindu
Plot ialah sesuatu yang menghubungkan
peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita.
Setiap peristiwa dari awal hingga akhir
berdasarkan hukum sebab dan akibat. Plot
mengemukakan perkara yang terjadi dan
sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara
berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab
dan akibat.
Susunan cerita bergantung pada fantasi d
an kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan
teliti dan tidak semestinya berurutan
peristiwanya dari awal hingga akhir atau
kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi
yang diubah suai mengikut kemahuan
pengarang.
Teknik penyusunan plot yang menarik ialah
penyusunan peristiwa secara tidak kronolog.
Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan
bijaksana menyusunnya sehingga mencapai
peleraian.
Terdapat lima binaan plot dalam sesebuah
cerpen atau pun novel, yang pertama ialah
permulaan plot ialah :

1. peringkat pengenalan (eksposisi),
Pengarang mengemukakan beberapa
perkara penting kepada pembaca.
Perkara-perkara tersebut ialah watak-
watak, permasalahan, latar, sudut pandangan
dan nada cerita.
Sebagai contohnya dalam novel melunas
rindu olah Hartini Hamzah.
Pada peringkat ini pembaca
diperkenalkan dengan watak utama novel ini
iaitu Fuad.
Selain itu pengarang juga
memperkenalkan watak-watak sampingan
lain seperti Farhana, Pak Ismail, Mak Salmah,
dan Cikgu Abas.
Perkara ini dibuktikan dalam bahagian-
bahagian awal novel ini. Sebagai contohnya,
dalam bahagian awal novel ini, pengarang
menceritakan Fuad yang lewat pulang pada
suatu senja kerana mencari kayu api telah
menyebabkan Pak Ismail dan Mak Salmah
berasa bimbang.
Kita juga mengetahui bahawa Fuad ialah
seorang mualaf yang taat akan agama iaitu
tidak pernah meninggalkan solat lima waktu
dan dia selalu menunaikan solat berjemaah di
surau.
Dia juga rajin membaca al-Quran dengan
bimbingan Pak Ismail.
Kita juga mengetahui bahawa Fuad
sebenarnya anak angkat kepada Pak Ismail
dengan Mak Salmah.

2. Binaan yang kedua
ialah perkembangan plot yang
mengakibatkan konflik terjadi.
Contohnya dalam novel melunas rindu
dalam bahagian ini, pengarang memaparkan
perkembangan cerita iaitu Fuad telah
memulakan tugasnya sebagai guru Bahasa
Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dan
dia cuba menyesuaikan diri dan bekerjasama
dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia
Bahasa Inggeris di sekolah itu.
Seterusnya pengarang mengembangkan
cerita seterusnya dengan menjelaskan hasrat
Fuad untuk mencari kubur ibunya.
Sebagai contohnya, Fuad menyatakan
hasratnya itu kepada Pak Ismail dan Mak
6

Salmah dan mereka berdua tidak
menghalangnya.
Seterusnya, dia berusaha untuk mencari
kubur emaknya itu melalui maklumat
daripada Peter Lim dan Swee Lan, bapa dan
ibu saudaranya.
Akhirnya, Fuad dibantu oleh Pak Said
yang menawarkan diri untuk mencari kubur
ibunya itu.
Hubungan Fuad dengan Farhana pula
menjadi semakin rapat pada peringkat ini.

3. Binaan plot yang ketiga ialah
melibatkan peristiwa berkembang kepada
peringkat pertengahan cerita, iaitu konflik
/ perumitan.
Contohnya Dalam bahagian ini, Fuad
mendapat maklumat daripada Pak Ngah Lias
iaitu jiran datuknya iaitu Seman bahawa
ibunya tidak meninggal dunia seperti yang
disangkanya.
Hal ini dibuktikan oleh Pak Ngah Lias
bahawa mereka tidak mengetahui maklumat
tentang kubur ibunya itu dan mereka juga
tiada maklumat tentang kematian ibunya.
Pak Samsudin, jiran Mariah dahulu
mengatakan bahawa emak Fuad memang
bersalin di Kuala Lipis tetapi tidak meninggal
dunia.
Perkara ini menyebabkan Fuad berasa
lebih bersemangat untuk mencari ibu
kandungnya.
Sementara itu, hubungan Farhana
dengan Cikgu Zamani pula menjadi semakin
tegang.
Hal ini terbukti melalui peristiwa
pertengkaran antara mereka berdua akibat
kesalahan Cikgu Zamani yang tidak masuk ke
kelas semasa kelas lanjutan.
Pada bahagian ini juga, ibu Farhana jatuh
sakit dan dimasukkan ke Hospital Tuanku
Ampuan Afzan di Kuantan akibat penyakit
lelah.
Fuad pergi ke Kuantan dan menemani
Farhana yang menjaga ibunya yang sakit di
hospital

4. Seterusnya binaan plot yang keempat
ialah perumitan menuju kepada puncak /
klimaks apabila tercapainya konsentrasi yang
maksimum.
Pada bahagian ini pengarang
menggambarkan kepada kita tentang
peristiwa Fuad terpandang nama ibu Farhana
semasa dia menemani Farhana menjaga
ibunya itu di hospital.
Nama ibu Farhana iaitu Mariana binti
Osman itu sama dengan nama emak
kandungnya.
Hal ini menyebabkan dia berasa terkejut dan
mengharapkan agar jika ibunya masih hidup,
tetapi bukannya emak Farhana.
Setelah berbincang dan mendapatkan
maklumat yang lebih lanjut daripada Farhana,
Fuad akhirnya menerima hakikat bahawa
emak Farhana itu juga ialah emak
kandungnya.
Walau bagaimanapun Farhana agak sukar
untuk menerima hakikat bahawa dia dengan
Fuad sebenarnya ialah adik-beradik yang
berlainan bapa.


7

5. Seterusnya binaan plot yang terakhir
ialah peleraian.

Pengakhiran merupakan penyelesaian
sesebuah kisah.
Penyelesaian mungkin berakhir dengan
kegembiraan atau kesedihan.
Contohnya Fuad dan Farhana dapat
menyesuaikan diri bahawa mereka berdua
ialah adik-beradik.
Robert Lim, iaitu ayah kandung Fuad juga
mengesahkan bahawa Mariana iaitu emak
Farhana itu juga ialah emak Fuad, iaitu isteri
yang pernah dikahwininya suatu masa dahulu.
Farhana juga sudah pulih daripada
kejutan kerana mengetahui bahawa dia
dengan Fuad ialah adik-beradik kandung.
Perasaan sayang sebagai kekasih sebelum
itu sudah berubah menjadi perasaan sayang
kepada seorang abang kandung.
Selain itu, Fuad telah diterima untuk
mengikuti kursus KPLI untuk melayakkannya
menjadi seorang guru yang terlatih.
Seterusnya, Fuad membawa ibunya, Pak
Ismail dan Mak Salmah menunaikan umrah
dan ayahnya, Robert Lim mengatakan bahawa
dia juga akan menyusul kemudian.

Anda mungkin juga menyukai