Anda di halaman 1dari 13

1.

Konsep
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang
diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada
kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang
tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi,
kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan
merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya
berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain.
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia
seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan
masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.
An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or
more cultural setting
(Gardner 1983)

Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan
dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).

Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta membawa kesan
penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses
pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau,
kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical atau
matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia
berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai
kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu
tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan
masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-
kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan
kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana
pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih
kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan
kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999,
dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat
ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap
kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan
melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk
merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan
iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

2. Pelopor


Howard Gardner
Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di Universiti
Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi perkembangan yang
mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan
orang dewasa. Gardner juga sangat dikenali melalui hubungannya dengan kerja-kerja yang berkaitan
dengan perkembangan artistik. Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an semasa
beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan manusia. Bukunya Artful Scribbles yang
dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini
berkurangan apabila kanak-kanak itu menjadi semakin matang. Gardner membuat kesimpulan bahawa
pada peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka lebih memberi perhatian kepada
kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi berminat untuk berkomunikasi dalam
bentuk nonverbal seperti melukis.

Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali melalui sumbangannya dalam
bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama Kecerdasan Pelbagai (Multiple
Intelligence). Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar kemahuannya untuk melepaskan diri daripada
ujian-ujian dan kolerasi antara ujian-ujian dan memandang di sebalik sumber informasi semulajadi
tentang bagaimana manusia di dunia memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang penting untuk
kehidupan mereka.

Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik permulaan kejutan bagi
pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner melayari pelbagai sifat kecerdasan manusia. Beliau
menunjukkan terdapatnya tujuh kecerdasan manusia yang boleh dibahagikan dalam tiga kumpulan iaitu
kecerdasan berdasarkan perkaitan objek yang melibatkan matematik dan logik, kecerdasan tanpa objek
yang melibatkan muzik dan bahasa dan kecerdasan personal atau persepsi psikologikal yang kita dan
orang lain miliki. Masalah yang diketengahkan oleh Gardner ialah sistem pendidikan kita tidak bersedia
untuk memenuhi keperluan semua kecerdasan manusia dan mengenepikan keperluan perkembangan
beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras kesatuan bukan
merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna. Gardner mendakwa bahawa
teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa manusia wujud dalam satu konteks yang
pelbagai dan konteks ini digunakan untuk membajai kelainan-kelainan susunan dan himpunan
kecerdasan. Gardner seterusnya menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya The
Unschooled Mind: How Children Think and How Schools Should Teach (1991). Dalam buku ini beliau
membincangkan pelbagai gaya pembelajaran dan menyarankan supaya meninggalkan pendekatan pintas
dalam bidang pendidikan untuk mendidik semua kanak-kanak dan melihatnya mudah untuk belajar
secara tradisional.

Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di Harvard Universiti.
Beliau merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat Piaget yang
dianggapnya mempunyai pandangan yang sempit terhadap kecerdasan manusia. Gardner menilai
semula teori-teori yang dikemukan oleh Piaget sebagai too narrow a notion of how the human mind
works. Beliau tidak mempercayai kewujudan satu bentuk kognitif yang menguasai semua bentuk
pemikiran manusia. Gardner memerhatikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan
manusia dan setiap satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan intelektual yang tersendiri.

Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan yang
kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan, Rangka Minda yang telah
diterbitkan dalam tahun 1983. Teori Kecerdasan Pelbagai yang dicadangkan dalm bukunya telah
menjadi pusat perbincangan dan sebagai rangka kerja bagi strategi pendidikan kini yang menjana
kejayaan dalam mempertingkatkan pencapaian para pelajar. Gardner menyebut walaupun ia tidak
semestinya bergantung sesame sendiri, namun kecerdasan tersebut kerap beroperasi secara
berasingan. Setiap individu yang normal memiliki kadar yang berbeza-beza terhadap setiap satu
daripada kecerdasan ini, tetapi cara-cara bagaimana kecerdasan itu bergabung dan bercampur adalah
berbagai-bagai sama seperti bagaimana muka dan personaliti individu tersebut berbeza-beza.

Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero dan Pofesor Pendidikan di Sekolah Pendidikan
Siswazah Harvard. Beliau juga adalah Profesor Pendidikan Tetamu di Jabatan Neorologi di Universiti
Boston di bahagian Sekolah Perubatan dan pakar penyelidik psikologi Pusat Perubatan Pentadbiran
Vateran Boston. Dr. Gardner telah menghasilkan pelbagai penulisan yang berkaitan dengan minda
manusia seperti The Minds New Science, To Open Minds, The Unshooled Mind, Multiple Intelligences,
Creating Minds dan Leading Minds.

Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah atau fesyen produk
yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau menolak pendapat yang
mengatakan bahawa kita boleh mempelajari tentang kecerdasan dengan mengkaji bagaimana manusia
menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita hanya boleh belajar tentang kecerdasan dengan
mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh manusia apabila mereka menyelesaikan masalah budaya
yang penting atau mencipta produk budaya yang penting.

Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah dan beliau
mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Bagi Gardner, penyelesaian
masalah adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten dengan kebanyakkan pengetahuan
tradisional terhadap kecerdasan. Bagaimanapun, Gardner menekankan bahawa penyelesaian masalah
boleh dipelajari dengan memerhatikan manusia menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang
penting kepada mereka dan bukan dengan memberikan ujian-ujian yang telah distandardkan. Namun
pada 1997, Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. Menurut Gardner,
setiap insan mempunyai bukan satu tetapi lapan kecerdasan yang berbeza. Pada 1999, Gardner
menambahkan Existential Intelligence yang berkaitan dengan keadaan kerohanian manusia. Beliau
belum bersedia menerima Spiritual Intelligence sebagai kecerdasan kesembilan dalm teorinya.

Gardner juga menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks budaya kecerdasan
pelbagai. Umpamanya, Gardner (1983) membincangkan keupayaan spatial yang tinggi orang-orang
Puluwat yang tinggal di pulau-pulau Caroline yang menggunakan kemahiran-kemahiran ini untuk
menjelajahi lautan dengan kenu-kenu mereka. Gardner juga membincangkan keseimbangan kecerdasan
personal yang diperlukan dalam masyarakat jepun. Teori Kecerdasan Pelbagai ini berkongsi beberapa
idea umum dengan teori-teori lain yang menyentuh kelainan-kelainan individu seperti yang terdapat
dalam saranan Carnbach & Snow, Guilford dan Sternberg.

3. Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai
3.1. Logikal Matematik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan dominan
di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara
konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan ini secara
semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang
logik atau berangka, tempat takrif yang lebih tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik
tradisional dan lanjut mengenai keupayaan penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran
saintifik dan penyiasatan dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks
berkait rapat kepada kepintaran bendalir dan keupayaan umum.
Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar
terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai
fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut penjelasan logik dari
setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira.
Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.

3.2. Spatial / Visual Ruang
Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan
dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis,
pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle.
Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam model hierarki
kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah
dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual
membolehkan individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek
imaginatif dan kreatif.

Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang
dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa bingung
untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah tinggal di tempat tersebut
dalam jangka masa yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah individu yang
mengalami gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk dalam golongan tidak cerdas ruang.
Manakala individu yang cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna, membaca peta
dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat.
Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga
termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.

3.3. Linguistik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan
verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya
yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh.
Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka
cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan
dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang mempunyai
kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai
ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan
keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri kebanyakan
individu.
Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. Kecerdasan
jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan
dengan pemikirannya.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting,
penyair, penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah, A.Samad Said dan di
luar negara seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.

3.4. Kinestetik
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk
mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa
kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama
dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti refleks.
Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik dengan
melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman pembelajaran), dan
secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian. Mereka boleh menikmati
bertindak atau membuat persembahan, dan secara umumnya mereka baik di bangunan dan membuat
perkara-perkara. Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal, dan
bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal itu. Mereka yang mempunyai kuat badan-
kinestetik perisikan seolah-olah menggunakan apa yang mungkin diistilahkan sebagai memori otot
mereka ingat perkara melalui badan mereka seperti memori lisan.
Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit, juruterbang,
penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar. Walaupun kerjaya
ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran sebenar fizikal
yang diperlukan dalam badan perisikan ini. Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole David, dan Lim Chong
Wei.

3.5. Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan
perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu
membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya.
Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan
timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada
gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini
berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan
menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh
menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau
muzik.
Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai
alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai
menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam
sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati
pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee
dengan ciptaanya yangevergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.

3.6. Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai
petandainterpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap
petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan,
motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka
yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan
orang lain.
Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah laku
dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak
mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai
kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya
dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor, jururunding dan imam.
Contohnya, Dato Dr. Fadzilah Kamsah.

3.7. Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan
berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi
selalunya dapat mengenali diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi
selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan
dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang
kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju
kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari.
Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan
murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan
berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara
bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di
persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi
yang tertutup.
Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang
berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik.
Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran
sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan.
Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.

3.8. Naturalis
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi.
Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta
alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka
akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat
dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang.
Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait
antara kehidupan flora dan fauna.
Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan dan spesis tumbuhan
dan batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan yang digunakan semula jadi dalam perladangan,
perlombongan, dan lain-lain Kerjaya mereka dengan kecerdasan ini termasuk alamiah, petani dan
tukang kebun.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan
mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar,
ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan
naturalistik yang tinggi.

3.9. Spiritual / Eksistensialisme
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya
mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian
dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenal dan
dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.
Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat,
sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan
kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang
pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.

4. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanaakn tanggungjawab bagi mendidik anak
bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.

Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan, percubaan dan
peningkatan.

Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan
pelbagai murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi memudahkan proses
pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah kelas mempunyai kecerdasan
kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti
melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-
aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar
mempunyai kebolehan yang berbeza.
Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan juga
kekuatan murid. Melalui mengenal pasti ini, guru dapat memilih strategi pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh memperkembangkan
potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.

Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai dalam pengajaran
ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh
di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Terdapat persoalan-persoalan yang
membantu para guru bagi meyediakan rancangan pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan
persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahasa lisan , bacaan dan penulisan?. Selain itu,
persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah saya boleh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan
atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melalui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh
menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik?. Seterusnya
elemen muzik, bagaimanakah saya boleh menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur
ritma dan melodi?, elemen kinestetik pula bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman
pergerakan seluruh badan atau aktiviti hands-on?. Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan
persoalan bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran
kerjasama atau simulasi kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi
pilihan kepada pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah
saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam
semula jadi?

Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama
sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh
setiap kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster
beberapa orang penulis terkenal. Membawa murid keluar dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang
dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu
mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.

Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai dengan
kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini, murid dapat mengaplikasikan
apa yang di ajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid dapat melakar, membuat peta minda,
membayangkan masalah dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat,
bahan untuk menyelesiakan masalah. Melalui muzik. murid memahami ritma, harmoni, mengenal pasti
masalah dan penyelesaiannya. Peningkatn dari segi interpersonal pula, murid mendapat pelbagai idea
melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan intrapersonal,
murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri mengenai masalah
dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan contoh daripada alam semula jadi
untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti dan inovasi dapat di cungkil daripada pelajar. Pelajar
juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta mengaplikasi pengetahuan
yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh
dipelbagaikan dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan
perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.

5. Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai .
Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini dilihat adalah
sangat baik untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai ini adalah
sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kesemua
mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak terhad atau menjerumus kepada satu-satu
mata pelajaran sahaja contohnya terhad kepada mata pelajaran matematik.

Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada manusia,dan ia mempunyai
kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Antara kelebihan dan kepentingan penggunaan
kecerdasan pelbagai ini adalah seseorang guru itu dapat melihat potensi yang ada pada pelajar itu
sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini bertindak sebagai petunjuk kepada potensi pelajar. Apabila
guru dapat mengenalpasti potensi yang ada pada murid itu, maka ia dapat membantu guru untuk
memperkembangkan lagi potensi yang ada pada pelajar.

Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang kekuatan
dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu pelajar dapat mengukuhkan lagi kekuatan mereka
dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Maka modal insan yang lengkap dengan
segala kecerdasan yang ada dapat dilahirkan.
Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu guru untuk merancang pengajarannya.
Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara pengajaran, penekanan
dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru dapat
mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru menjalankan pengajaran
mengikut kecerdasan pelbagai ini.

Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua bidang
akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini kerana,sebagaimana yang kita tahu,
kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga mencangkumi bidang
ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain.

Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran.
Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi
murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak menghadkan guru ke atas cara pengajaran tertentu tetapi ia
membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini akan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar.

Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi kecerdasan pelbagai
ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka akan
merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf. Selain itu, pelajar juga
akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka yang dapat membantu
lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.
Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana, sesetengah
kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan apabila seseorang pelajar itu
tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka pelajar dikategorikan sebagai lemah.
Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada diri pelajar tidak diberi perhatian.
Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberI perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-matematik
disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk
belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan yang jitu kepada pelajar. Ini kerana
kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan mereka
akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk memperkembangkan
lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti kecerdasan secara
kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh memberi impak ke atas pengurusan
modal insan dalam pendidikan negara. Dalam erti kata lain, kegagalan ini oleh mengakibatkan
pembaziran sumber manusia. Pengurusan modal insan yang sempurna adalah amat penting untuk masa
depan negara. Kegagalan pengurusan modal insan ini akan memberi kesan ke atas Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang memfokuskan untuk membangunkan modal insan.
Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua kecedasan pada manusia,
maka ia membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar corot untuk merealisasikan
kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi penilaian disamping penekanan terhadap verbal-
linguistik dan logikal-matematik yang diorientasi oleh sistem pendidikan pada hari ini, maka pelajar ini
akan mendapat peluang untuk menonjolkan kecerdasan mereka masing-masing. Mereka mungkin
mempunyai kecerdasan lain yang lebih tinggi berbanding rakan lain yang berada dalam kelas yang lebih
baik.

Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan memberi peluang kepada
semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka dilihat sebagai satu bentuk
penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua pelajar mendapat layanan yang sama rata dan
dapat merasakan diri mereka mempunyai nilai dan berkepentingan. Maka, semua pelajar akan
berpeluang untuk bersama-sama berjuang untuk mambagunkan diri dan negara.

Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana ia juga dapat
mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah. Bagaimana teori kecerdasan
pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori kecerdasan pelbagai dapat mengatasi
masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan
itu minat untuk belajar dapat ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan
berdasarkan apa yang ada dan sesuai dengan diri mereka.Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup
untuk melaui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka kerana
telah timbul minat untuk menguasainya.

Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem pembelajaran sedia
ada di sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran. Ini
kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka sedang lalui tidak membawa apa-apa manfaat,
maka mereka akan merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit. Dengan adanya kecerdasan yang
sesuai dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak
akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat untuk dating ke sekolah kerana
beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk masa hadapan mereka dan
bukannya sebagai satu bebanan.

Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan kepelbagaian ini,
kita dapat memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang diingini malah jika kena dengan cara
pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak mustahil untuk dapat menguasai kesemua kecerdasan yang
diutarakan oleh Howard Gardner ini.
Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu menghadapi kemelut
yang melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah pengajaran dan pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika dari dulu kita memahami dan melaksanakan teori
kecerdasan pelbagai, kita tentunya tidak akan menukar sistem pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik ke dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana, dalam sistem itu, adalah sangat jelas dimana ia hanya
menekankan kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logikal-matematik. Sedangkan terdapat ramai
pelajar yang tidak dapat menguasai kecerdasan itu dan penekanan terhadap hanya dua jenis asas
kecerdasan itu sebenarnya boleh memudaratkan anak bangsa dan tentunya Negara pada masa hadapan.
Maka langkah yang diambil untuk tidak meneruskan PPSMI adalah satu langkah yang bijak kerana ia
adalah adil untuk semua yang sejajar dengan kecerdasan pelbagai Gardner.

Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat adil kerana ia tidak
menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat dikuasai oleh pelajar atau individu
yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar yang mempunyai kecerdasan tertentu contohnya di
sini kecerdasan verbal-linguistik dan logikal-matematikdibiarkan maju sendiri tanpa perhatian malah
mereka ini masih mempunyai peluang yangsama untuk mereka memgembangkan potensi dalam asas-
asas kecerdasan ini disampingpeluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain yang ada dalam diri yang
tidak mungkin ditemuitanpa perhatian yang diberi melalui kecerdasan pelbagai.

6. Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai
Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu mengenalpasti kecerdasan
yang di hadapi oleh para pelajarmya. Oleh yang demikian guru perlu melakukan kaji selidik terhadap
kemampuan para pelajar, supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan tertentu juga
merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam pembelajaran. Jika guru
menggunakan pendekatan secara tradisional seperti linguistik atau logikal sahaja, maka pembelajaran
tidak berkesan kerana pelajar merasa bosan. Hal ini di sebabkan pelajar terdiri daripada tahap
kecerdasan yang berbeza serta mempunyai potensi yang berbeza, sekiranya guru hanya menekankan
kepada sesuatu aspek sahaja dengan tidak mempelbagaikan aktiviti pengajaran, maka ianya
menimbulkan perasaan kurang minat kepada pelajar untuk belajar.

Di samping itu juga, boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih kasih.
Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering memberi
peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan mengabaikan pelajar lain, maka hal
ini menimbulkan diskriminasi kerana potensi pelajar lain tidak dapat digilap. Guru yang mudah tertarik
kepada potensi seseorang pelajar akan mengganggu proses pembelajaran.
Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaikan ilmu, merupakan salah
satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang. Bagi menyampaikan sesuatu ilmu dengan berkesan
serta mengasah potensi atau bakat pelajar, kaedah pengajaran yang pelbagai juga perlu dilakaukan.
Sekiranya guru tidak kreatif bagi menyampaikan pembelajaran, sebagai contohnya, hanya bercakap di
dalam kelas, tanpa menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini, seperti penggunaan
power point, video dan lain-lain dalam pengajaran, maka tahap kecerdasan pelajar tidak dapat
berkembang.

7. Kesimpulan
Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan jatuh bangun
sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk
setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang ada pada diri
mereka dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik.
Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun manusia dan
dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan satu bentuk teori yang memperjuangkan
keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat melihat dengan jelas betapa teori ini
memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang-bidang
tertentu.
Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding pendidikan yang
menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logkal-matematik.
Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam dewan-dewan
kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai masanya kita beralih kepada
aspek pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang diperlukan adalah besar, namun kejayaan projek
ini berpotensi menghasilkan insan yang berkualiti tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan
negara.