Anda di halaman 1dari 19

ASPEK CIRI CIRI INSAN BERMORAL DENGAN TEORI TEORI PERKEMBANGAN

MORAL , NIALI NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DAN TEORI TEORI ETIKA
SERTA PRINSIP PRINSIP MORAL.
1. Menghormati autoriti
Berdasarkan teori Kohlberg peraturan sosial adalah penting. Perlakuan
perlakuan moral yang baik dan pengesahan terhadap perlakuan tersebut oleh orang
lain sangat bernilai dan dianggap sesuatu yang baik oleh seseorang individu. Perlakuan
perlakuan ini merujuk kepada tanggungjawab seseorang terhadap orang di sekeliling
seperti sikap hormat dan kepatuhan kepada autoriti yang lahir atas dasar sukarela
kerana ingin mengekalkan peraturan sosial dan bukannya atas dasar takut atau
paksaan.
Semua agama mengajar penganutnya agar saling hormat - menghormati di
antara satu sama lain terutamanya ibu bapa, guru guru, pemimpin negara dan
agama. Terutamanya dalam agama Islam, saranan ini diperkukuhkan lagi dengan
hadis-hadis Rasulullah SAW yang menjanjikan syurga kepada mereka yang taat
kepada ibu bapanya. Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang
paling baik akhlaknya. ( Imam Ahmad, Juz 3, no 7406) dan tidak sempurna iman
seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagai mana dia mengasihi dirinya
sendiri. ( Sahih Bukhari, Jilid.1.bil.10)
Ajaran Confucius menekankan kepentingan institusi keluarga serta hidup
bermasyarakat. Lima jenis perhubungan baik di dalam ajaran Confucius yang
menggalakkan sikap hormat menghormati dan menetapkan peranan individu dalam
masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri,
abang dengan adik dan kawan dengan kawan.
Teori teologikal menegaskan bahawa sesuatu tindakan perlu dilakukan sekiranya
ia membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan yang
berkenaan. Selalunya teori ini amat mementingkan kesan akibat sesuatu tindakan.
Contohnya pelajar IPTS yang telah memijak gambar pemimpin menunjukkan mereka
tidak menghormati pemimpin. Ini memberi kesan buruk kepada pelajar dan masyarakat.
Prinsip autorisme dapat melahirkan perasaan kasih sayang, simpati dan empati
yang seterusnya menghilangkan perasaan mementingkan diri sendiri, membenci orang
lain dan bersikap tamak.
2. Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan tetapi berdasarkan sebab
yang munasabah dan rasional
Teori kognitif lebih menekankan bagaimana proses atau upaya untuk
memaksimumkan kemampuan aspek rasional yang dimiliki oleh orang lain. Teori ini
lebih menekankan pada aspek kemampuan perilaku yang diwujudkan dengan cara
kemampuan memberi tindak balas terhadap stimulus yang datang kepada dirinya.
Piaget berpendapat bahawa dalam perkembangan, anak juga menjadi lebih
pintar dalam berfikir tentang persoalan sosial, terutama tentang kemungkinan-
kemungkinan dan kerjasama. Pemahaman sosial ini diyakini Piaget terjadi melalui relasi
dengan teman sebaya yang saling memberi dan menerima. Dalam kelompok teman
sebaya, setiap anggota memiliki kekuasaan dan status yang sama, merencanakan
sesuatu dengan merundingkannya, ketidaksetujuan diungkapkan dan pada akhirnya
disepakati.
Dalam Islam akhlak seseorang individu yang merupakan sifat semulajadi dan
juga sifat dimiliki menerusi latihan dan rangsangan. Ini bermakna sesuatu perkara itu
dilakukan secara ikhlas tanpa sebarang tekanan. Akhlak itu bermula dari keimanan
dalam hati, pertuturan yang membenarkan apa yang ada di dalam hati seperti perasaan
dan tindakan yang mengikuti selepasnya. Dari perspektif islam, bagi memiliki akhlak
yang baik terdapat 2 garis panduan bagi melatih dan merangsang akhlak yang baik.
Garis panduan itu ialah Al-quran dan Sunnah.
Berdasarkan teori eksistensialisme terdapatnya kebebasan moral.
Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksa atau
larangan. Mengikut eksistensialisme, seseorang individu itu merasakan kewajipan atas
dirinya bukan sesuatu yang dipaksa dari luar tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya
sendiri. Individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapatkan fakta yang
betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya iaitu menilai secara telitisituasi
berkenaan kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri.
Prinsip autonomi meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih sesuatu.
Prinsip ini penting kerana pertimbangan dan tingkah laku yang dilakukan oleh guru
akibat perasaan oleh sesuatu autoriti tidak dikategorikan sebagai moral. Sesungguhnya
guru itu tidak bertanggungjawab moral, tetapi ia hanya mematuhi dan mengikuti arahan
perintah atasan.
3. Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam
satu-satu situasi.
Teori Roger menekankan kepada kebebasan personal, pilihan, kepekaan, dan
tanggung jawab personal. Psikologi Roger juga memfokuskan pada prestasi, motivasi,
perasaan dan tindakan manusia. Tujuan pendidikan, menurut orientasi ini, adalah
alturisme diri individu. Roger menawarkan satu nilai yang baru sebagai pendekatan
untuk memahami sifat dan keadaan manusia, pengetahuan yang luas akan kaedah
penyelidikan dalam bidang tingkah laku manusia, dan kaedah- kaedah yang lebih efektif
dalam pelaksanaan psikoterapi.
Islam mengajar umatnya memahami akan perasaan orang lain agar seseorang
itu tidak hanya mementingkan diri sendiri tetapi merasakan penderitaan orang lain.
Dengan adanya perasaan seperti ini akan wujud sikap untuk membantu orang yang
menghadapi kesusahan seperti firman Allah surah an - Nahl ayat 71 yang bermaksud
dan Allah melebihkan sebahagian kamu atas sebahagian lain dalam hal rezeki,
tetapi orang orang yang dilebihkan tidak mahu memberikan rezeki mereka kepada
para hamba sahaya yang mereka miliki, sehingga mereka sama sama merasakan
rezeki itu. Maka mengapa mereka memungkiri nikmat Allah.
Untuk teori Utilitarianisme ia adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang
berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan majoriti.
Seseorang individu yang bermoral patut melakukan sesuatu tindakan yang boleh
menghasilkan kebaikan dan kebahagiaan maksimum setiap orang atau majoriti.
Sekiranya terdapat banyak pilihan kita perlu membuat spekulasi tentang keseronokan
dan kesedihan yang bakal terjadi akibat daripada setiap tindakan.
4. Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar
selepas keputusan moral diambil.
Berdasarkan Carl Roger, pengalaman individu adalah berlainan dan tersendiri
serta dipengaruhi oleh persekitaran. Setiap individu semestinya mahu menjadi insan
yang sempurna melalui cara pengawalan dan autonomi sendiri. Mereka juga
mempunyai motivasi intrinsik yang mendorongnya melakukan sesuatu yang sempurna
dan untuk kecemerlangan kendiri. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi
daripada persekitaran membantu individu membentuk konsep kendiri mereka.
Perasaan moral merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi
sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.
Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yang bermoral. Saidina Ali R.A
pernah berkata:
hati seorang muslim itu cekal dalam pegangan agama, bersih di dalam
keyakinan dan lembut terhadap saudara-saudara mukmin.
Oleh hal yang demikian, contohnya, seorang guru perlulah mempunyai sifat yang
lembut terhadap murid - murid. Sifat prihatin perlu ditunjukkan sepanjang proses
Pengajaran dan Pembelajaran. Guru juga perlu menunjukkan komitmen yang tinggi
dalam mendidik murid kerana di dalam Islam kita dianjurkan untuk melakukan sesuatu
bersungguh-sungguh. Berkerjalah seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan
beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok.
5. Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara konsisten
berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan moral yang asas.
Seseorang individu haruslah mempunyai iltizam yang tinggi dalam melakukan
sesuatu pekerjaan ataupun perkara sehingga berjaya. Seseorang yang ingin berjaya
perlulah memandang terus berjaya. Ini ditegaskan dalam teori Roger, di mana
seseorang individu harus memikirkan kehidupan yang wujud. Beliau menegaskan kita
tidak hidup di masa lepas dan masa depan tetapi masa sekarang adalah realiti yang
kita ada. Kita hanya perlu mengenal pasti beberapa perkara seperti memori dan impian
di mana kita sedang alami pada masa sekarang.
Setiap agama menekankan penganutnya agar mempunyai semangat serta
iltizam dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan. Agama Islam contohnya sangat
menuntut umatnya agar melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh yakin dan
bersungguh - sungguh manakala sikap yang menjurus ke arah putus asa amatlah
dilarang dan dimurkai oleh Allah.
Dalam agama Buddha juga menuntut pengikutnya agar berusaha dengan betul
dalam me4lakukan sesuatu pekerjaan atau perkara. Usaha yang betul ( Samma
vayaama) merupakan salah satu daripada Lapan Lapis Mulia yang terdapat dalam
agama Buddha. Jalan ini menerangkan usaha dan tindakan serta melarang sifat- sifat
negatif seperti kesedihan dan berputus asa.
Mengikut teori deontology sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk, benar
atau salah ia adalah berkaitan dengan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai
instrinsik. Oleh kerana itu kita perlu memahami kewajipan dan peraturan moral yang
sedia ada sebelum kita mula memilih sesuatu tindakan moral yang betul.


6. Berbudi pekerti mulia
Teori pemodelan Bandura, mengutamakan pemerhatian dan peniruan. Tingkah
laku model boleh dipelajari melalui teladan, contoh dan bahasa. Bagi mencapai ciri
berbudi pekerti mulia ini, setiap insan perlulah menghiasi diri mereka dengan sikap,
percakapan dan perbuatan yang baik dan disenangi sama ada hubungan dengan
Pencipta, ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara, rakan dan masyarakat.
Ajaran Islam sentiasa menggalakkan penganutnya agar mempunyai sifat sifat
terpuji seperti berbudi pekerti mulia. Ini ditegaskan dalam firman Allah dalam surah Al
Ahzab ayat 21 yang bermaksud :
`Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi mu iaitu
bagi orang yang mengharapkan(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia
banyak menyebut Allah.

Menurut Aristotle, K eperibadian mulia merangkumi sifat moral yang menegaskan sikap
berkelakuan baik seperti kemurahan hati. Beliau menjelaskan keperibadian mulia
merupakan kecenderungan untuk melakukan sesuatu dengan tujuan dan memerlukan
latihan dan mengamalkannya sehingga ia menjadi kebiasaan pada diri seseorang itu.

Wallace, J.D. (1978) yang banyak memberi pandangan berkaitan akhlak mulia
(virtues) dan kelakuan jahat (vices). Pelbagai bukti telah diberikan oleh beliau yang
berkaitan dengan keperibadian mulia adalah satu sifat yang amat penting untuk
seseorang individu serta ketenteraman hidup di dalam sesebuah masyarakat.
Teori keperibadian mulia, etika adalah berkaitan dengan keperibadian, sifat
perangai dan ciri watak yang mulia. Ia dikemukakan oleh Aristotle. Beliau mengatakan
bahawa keperibadian yang mulia ini boleh dimiliki dan diperolehi oleh individu melalui
latihan dan mengamalkannya selalu sehingga menjadi satu tabiat yang menyenangkan
dan menyeronokkan.
7. Mesra dan ramah

Menurut teori Bandura menyatakan bahawa faktor faktor kognitif memainkan
peranan yang penting dalam pembelajaran seseorang individu. Peniruan ini dilakukan
dengan memerhati gerak balas yang terhasil daripada persekitaran, Berdasarkan teori
ini dapatlah dikatakan bahawa seseorang individu akan sentiasa memerhati tingkah
laku orang lain dan seterunya meniru gaya mereka. Contohnya murid meniru tingkah
laku guru. Oleh itu sebagai seorang guru kita haruslah menunjukkan tingkah laku yang
baik seperti bersikap ramah mesra dengan semua orang tanpa mengira budaya kerana
guru menjadi model kepada murid.

Sesunguhnya ajaran Islam mengajak penganutnya bersikap mesra dan ramah
asalkan tidak melanggar batas agama Islam. Islam juga menggalakkan umatnya
mencontohi sifat-sifat Ibadurrahman sebagai firman Allah SWT :

Sifat Ibadurrahman yang kedua adalah sifat Murah Hati saat bergaul dengan manusia,
terutama dengan orang-orang yang jahil dan bodoh
dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, maka mereka mengucapkan kata-
kata yang baik (yang mengandung keselamatan,
(Q.S. Al Furqan: 63)

Ajaran Confucius menekankan konsep Ren yang menerapkan perasaan
perikemanusiaan terhadap orang lain. "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di
merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati,
amanah, kerajinan dan sifat baik."

8. Kepimpinan
Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan ini
merupakan peranan dan tugas yang terletak pada seorang guru. Di negara kita sendiri,
ramai pemimpin yang berasal dari seorang guru. Kurikulum pendidikan Moral dirancang
dengan rapi agar segala hasrat dan cita cita kerajaan untuk insan bermoral tercapai.
Sebagai contoh semasa mengajar bidang pembelajaran yang menunjukkan nilai
berkaitan diri dan negara. Guru harus merancang aktiviti dan teknik pembelajaran yang
sesuai. Guru perlu boleh melatih murid supaya boleh menjadi pemimpin contohnya
pembelajaran berkaedah berkumpulan kerana pembelajaran kumpulan pasti dad ketua.
Ketualah yang bertanggungjawab mengurus kumpulan mereka. Sedikit sebanyak sifat
kepimpinan telah pun diterapkan dalam kaedah ini.

Perlu ditegaskan bahawa penampilan diri guru memainkan peranan penting
dalam menerapkan nilai nilai agama Islam. Sesungguhnya guru atau pendidik perlu
bertindak sebagai role model dan mengamalkan nilai - nilai moral yang baik untuk
diteladani oleh pelajar. Jelaslah guru adalah pendakwah dan pemimpin yang paling
berkesan. Menurut Islam, Nabi Muhammad SAW merupakan satu contoh insan yang
mempunyai sifat kepimpinan yang dihormati dan disegani.

Bagi Confucius, mereka juga percaya bahawa pemimpin atau ketua keluarga
perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anaknya. Keluarga yang
baik akan menjadi tunggak dalam membentuk masyarakat yang baik. Contohnya,
seorang pemimpin mestilah menjadi murah hati dan baik terhadap sesiapa tanpa
mengira latar belakang orang itu.
Prinsip kewajipan yang diasaskan oleh Immanuel Kant mengaggap prinsip
kemoralan ialah kewajipan dan tanggung jawab kepada dirinya. Kant menekankan
konsep good wil yang dikaikan dengan duty atau tanggung jawab. Di dalam sebarang
keadaan kita perlu mengikut naluri kemanusiaan. Sebarang tindakan yang dibuat
mestilah bebas daripada kecenderungan semula jadi seperti simpati. Seorang
pemimpin perlu ada sikap bertanggungjawab di atas diri sendiri dan juga orang yang
dipimpinnya, jika tidak, sesebuah masyarakatnya akan musnah.
Dalam ciri ciri kepimpinan seorang insan bermoral prinsip keadilan adalah
prinsip yang paling penting. Kezaliman dan ketidakadilan bukan sahaja boleh menyakiti
orang lain tetapi juga boleh merugikan orang tidak adil itu sendiri. Sebagai pemimpin
harus tidak pilih kasih dan tidak tamak untuk kepentingan diri sendir. Prinsip keadilan
merupakan prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan
keuntungan antara individu dan juga masyarakat.







INSAN BERMORAL YANG DIPILIH
Puan Mahani bt Ismail
Latar belakang
Insan bermoral yang kami pilih ialah Puan Mahani bt Ismail. Puan Mahani adalah
seorang guru penolong kanan kurikulum yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan
Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah. Beliau dilahirkan pada 16hb Januari 1954 serta
berumur 58 tahun.
Puan Mahani mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pendang.
Beliau meneruskan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang
sehingga ke tingkatan lima dan seterusnya di Sekolah Menengah Dato Syheik, Arau
bagi tingkatan enam. Pada tahun1975 beliau mendapat pendidikan di Maktab Institut
Bahasa bagi mencapai cita cita sebagai seorang pendidik.
Beliau mula berkhidmat sebagai seorang guru pada tahun 1977 di Sekolah
Menengah Che Tom dan telah berkhidmat di situ selama 17 tahun. Pada tahun1994
beliau bertukar ke Sekolah Menengah Aman Jaya dan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Ria Jaya pada tahun 2001. Beliau telah mendapat kenaikan pangkat
sebagai seorang guru penolong kanan kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Aman Jaya
pada tahun 2002 dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai penolong kanan hal ehwal
murid di sekolah yang sama. 7 tahun kemudian beliau sekali lagi telah dinaikkan
pangkat sebagai guru kanan kurikulum di sekolah yang sama dan telah berkhidmat
sehingga sekarang.
Puan Mahani telah mendirikan rumah tangga ketika berumur 23 tahun bersama
Encik Mohd Nazeri b Mat Isa dan dikurniakan 8 orang anak iaitu 3 lelaki dan 5
perempuan. Anaknya yang pertama bernama Mohd Ziad berumur 31 tahun bekerja
sebagai seorang jurutera, anak kedua Samira berumur 29 tahun bekerja sebagai
seorang pegawai bank, anak ketiga bernama Sumaiyah berumur 27 tahun bekerja
sebagai seorang doktor, anak keempat Syakiroh berumur 25 tahun bekerja sebagai
seorang doktor, anak kelima Syuhada berumur 24 tahun menuntut di USM, anak
keenam bernama Solehah berumur 22 tahun menuntut di UITM Shah Alam, anak
ketujuh bernama Mohamad Zuhair berumur 20 tahun menuntut di UPSI dan anak
ketujuh bernama Mohamad Zabir berumur 17 tahun sedang menuntut di tingkatan 5 di
Sekolah Menengah Ibrahim.
SEBAB SEBAB BELIAU DIPILIH SEBAGAI INSAN BERMORAL.
Kami telah memilih Puan Mahani bt Ismail sebagai insan bermoral di atas
beberapa faktor yang munasabah. Puan Mahani merupakan seorang yang mempunyai
iltizam yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam hal ini beliau sentiasa
memikirkan untuk meningkatkan prestasi sekolah. Sesuai sebagai seorang penolong
kanan kurikulum yang sangat menitik beratkan keputusan UPSR di sekolahnya. Untuk
itu beliau sendiri telah mempunyai inisiatif dalam memajukan murid murid dalam
bidang pelajaran, di mana beliau mengadakan kelas tambahan secara percuma
kepada murid murid yang miskin. Ittizam dan semangat beliau yang tinggi ini telah
memberikan sinar dan harapan kepada murid murid yang ketagihkan ilmu tetapi tidak
berkemampuan untuk membeli buku tambahan apatah lagi untuk ke kelas tambahan
berbayar. Untuk itu beliau tidak mengutip sebarang bayaran malah segala bahan
pengajaran dan pembelajaran ditanggung sendiri oleh beliau.
Selain daripada itu beliau juga merupakan seorang pemimpin yang baik. Sebagai
seorang penolong kanan kurikulum beliau sentiasa menitik beratkan kebajikan guru
guru dan staf staf di sekolahnya. Ini jelas dilihat ketika sesuatu aktiviti atau program
yang dianjurkan oleh sekolah. Walaupun beliau seorang ketua tetapi beliau tidak lokek
untuk menyumbangkan tenaga dalam menjayakan sesuatu program. Contohnya ketika
program perkhemahan yang di adakan di sekolah. Beliau sendiri akan membantu guru
guru serta murid murid untuk terlibat di dalam aktiviti tersebut malah turut berada di
sekolah pada waktu malam bagi membantu guru - guru mengawasi murid - murid.
Beliau juga turut memahami jika seseorang menghadapi masalah. Ini jelas dilihat
sekiranya salah seorang guru mahupun staf di sekolahnya menghadapi sebarang
masalah, di mana beliau akan cuba membantu dan memberikan sokongan moral.
Contohnya jika seseorang guru menghadapi masalah anak sakit di hospital. Beliau
akan menjadi penggerak kepada guru guru dan staf untuk mengutip sagu hati di
kalangan warga sekolah. Beliau juga akan memberi sedikit kelonggaran kepada guru
tersebut untuk merawat serta memantau keadaan anak di hospital asalkan tidak
menjejaskan prestasi kerja guru tersebut. Dengan ini sesiapa sahaja yang bekerja di
bawah beliau akan berasa diberi perhatian dan sokongan yang akan menggerakkan
seseorang itu untuk bekerja dengan ikhlas serta lebih baik di bawah arahan beliau.
Kami juga berpendapat beliau seorang yang bermoral kerana selain daripada
tugas sebagai seorang pendidik di sekolah, beliau juga berjaya mendidik anak
anaknya sehingga berjaya. Tujuh daripada lapan orang anaknya telah berjaya
melanjutkan pelajaran di universiti dan ada yang telah bekerja sebagai doktor, pegawai
bank dan jurutera. Ini semua adalah berkat kesabaran dan kesungguhan beliau dalam
mendidik anak anaknya. Menurut beliau anak umpama seperti kain putih dan ibu
bapalah yang mencorakkan anak anak tersebut. Sebagai ibu bapa kita sendiri perlu
menunjukkan contoh yang baik agar menjadi ikutan kepada anak anak. Berdasarkan
itulah beliau menerapkan ilmu agama daripada kecil kepada anak anaknya yang
menjadi tunjang kepada kejayaan anak anaknya pada hari ini.
Pada pandangan kami juga beliau seorang yang bermoral kerana beliau tidak
hanya menitik beratkan kehidupan di dunia semata mata. Selain daripada menjadi
seorang guru beliau turut mengajar anak anak jirannya mengaji al Quran tanpa
mengenakan sebarang bayaran. Menurut beliau ini merupakan amal jariah yang dapat
beliau berikan bagi membantu generasi muda agar tidak melupakan soal agama. Pada
setiap pagi Jumaat juga beliau mengikuti kelas fardu ain bersama sama jiran di masjid
berhampiran rumahnya. Beliau juga turut terlibat dengan majlis keagamaan di
komunitinya yang dikenali sebagai Yasinan iaitu suatu majlis membaca Yasin di
rumah seseorang individu yang berbeza pada setiap petang Jumaat.
Puan Mahani juga merupakan seorang yang pemurah. Beliau selalu membawa
buah tangan seperti buah buahan ke sekolah untuk diberikan kepada guru- guru dan
staf sekolah malahan turut diberi kepada murid murid. Menurut beliau, buah buahan
tersebut diambil daripada dusun buah buahannya di Bukut Selambau. Keikhlasan
beliau ini jelas terpancar di mana beliau tidak mementingkan wang ringgit tetapi buah
buahan tersebut diberikan sebagai suatu sedekah. Sikap beliau yang tidak lokek ini
menjadikan beliau guru yang disenangi oleh semua warga sekolahnya.
Seterusnya Puan Mahani juga merupakan seorang yang menghormati autoriti.
Ini kerana walaupun beliau berlainan agama dan bangsa dengan Guru Besar di
sekolahnya tetapi beliau tetap menunjukkan sikap hormat kepada ketua. Sikap hormat
ini dapat ditunjukkan dengan sifat mematuhi arahan dan kehendak Guru Besarnya
dalam pengurusan sekolah. Selain daripada itu beliau merupakan seorang menantu
yang amat baik di mana beliau telah menjaga dan merawat ibu mentuanya yang sakit
lumpuh selama 2 tahun sehingga meniunggal dunia awal tahun ini.
Jelaslah di sini menunjukkan Puan Mahani seorang Insan Yang Bermoral bagi
kami. Ia layak mendapat pengiktirafan ini di atas segala pengorbanan dan ciri ciri
yang ada padanya. Sikap beliau seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat
keseluruhannya. Bagi kami Puan Mahani adalah idola, tempat kami merujuk jika kami
menghadapi masalah sama ada kerjaya atau peribadi.













REFLEKSI
Apabila menerima tugasan ini, saya berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk
membuat tugasan ini, walau bagaimanapun saya berasa memerlukan sedikit bimbingan
dan keterangan daripada pensyarah untuk menghasilkan tugasan ini. Apabila
menghadiri tutorial ke ketiga, penerangan yang diberikan oleh tuan Profesor sangat
jelas dan saya memahami kehendak tugasan ini.
Setelah berbincang bersama rakan sekumpulan Puan Noorhafizah, kami
bermuafakat untuk mencari bahan bahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan.
Setelah dapat mengumpulkan bahan bahan yang berkaitan kami mula berbincang
mengenai ciri ciri insan bermoral serta segala teori dan prinsip yang berkaitan.
Penulisan berkenaan tugasan tersebut kami laksanakan bersama sama.
Setelah itu kami memikirkan dan berbincang untuk mengenal pasti seorang
insan bermoral. Akhirnya kami sepakat untuk memilih Puan Mahani iaitu Penolong
Kanan Kurikulum dan Tadbir sekolah kami sebagai insan bermoral. Pemilihan ini kami
buat atas dasar ciri ciri dan faktor faktor yang dapat lihat pada Puan Mahani.
Seterusnya kami membuat temu janji untuk menemu ramah Puan Mahani.
Pelbagai halangan yang kami hadapi kerana masa yang telah ditetapkan untuk temu
janji itu bertindan dengan akitiviti dan program sekolah seperti mensyuarat dan
sambutan raya peringkat sekolah. Akhirnya kami memilih hari Rabu untuk sesi temu
ramah tersebut.
Dengan dibantu oleh rakan setugas, kami memulakan sesi temu bual dengan
rakaman video kamera digital. Semasa sesi temu ramah tersebut semuanya temu bual
berjalan dengan baik dan lancar. Puan Mahani memberikan kerja sama yang sangat
baik untuk kami catatkan segala maklumat yang berkaitan.
Segala maklumat yang kami perolehi berkaitan Puan Mahani kami olah dan tulis
mengikut kehendak tugasan. Akhirnya setelah tugasan ini siap kami merasakan sangat
puas hati dengan segala kepenatan kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Sesungguhnya tugasan ini sangat berfaedah dan memberikan pemahaman yang
lebih mendalam kepada saya mengenai ciri ciri seseorang insan yang bermoral. Ia
juga memberi panduan kepada saya agar mempraktikkan sikap bermoral dalam diri
sendiri agar tergolong dalam kumpulan insan bermoral.

Anda mungkin juga menyukai