Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SMK RAWANG, KM 25.6 JALAN IPOH


48000 RAWANG, SELANGOR


1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah jauh berjalan, luas pemandangan, banyak
pengalaman, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Rawang telah
bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Singapura. Selain menjadi
antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai
landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada
pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat
mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam
menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan
minat pelajar.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan
berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi
pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui
aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan
dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial
yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar
untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF
1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada
pelajar - pelajar pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti
sosial yang bersesuaian.
2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan
suasana dan pengalaman yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan
dengan dunia luar dan masyarakat.
4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas.


4.0 DESTINASI

Singapura & Johor Bharu

5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 18 - 19 Oktober 2012
Hari : Khamis - Jumaat
Masa : 7.00 pagi bertolak
12.30 malam tiba di Rawang


6.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini disasarkan kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan PPM
PPKI, SMK Rawang. (Sekiranya tidak mahu meletakkan senarai nama
peserta
lawatan seperti di bawah anda boleh nyatakan jumlah pelajar dan guru
yang mengikuti lawatan tersebut sahaja. Tujuan saya menyenaraikan
nama peserta lawatan adalah bagi tujuan penajaan pihak tertentu
sahaja).

SENARAI NAMA PELAJAR-PELAJAR

BIL NAMA PELAJAR
1. Abdul Khalis bin Zainudin
2. Chee Siew Chong
3. Chong Ne Fong
4. Hiran Raj a/l Ganesan
5. Kannan a/l Mumudi Vanten
6. Liew Wei Soing
7. Mohammad Syazwan b Adanan
8. Muhamad Firdaus b Hasim
9. Muhamad Hazrul b Hussin
10. Muhammad Afiq b Abdul Rahman
11. Muhammad Afiq Iqmal b Muhammad Zaini
12. Muhammad Haziq Hafiz b Nor Azizi
13. Muhammad Roszaiman b Hasnol
14. Nur Afiq Hakim b Mohd Aris
15. Sulaiman bin Ismail
16. Syukri bin Sallehudin
17. Wong Jia Herng
18. Wong Leong Chun
19. Yong Wai Keat
20. Ainur Shakira bt. Jamaludin
21. Jamuna a/p Veraiah
22. Nur Hamizah bt. Rosli
23. Nurizzati bt. Sallehodin
24. Raihana bt. Ahmad
25. Than Kai Qi


SENARAI NAMA GURU & PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)

BIL. NAMA
1. En. Norkasani b. Kamar
2. En. Md. Nawawi b. Hassan
3. Pn. Marhaini bt. Dasiron
4. Pn. Rosita bt. Mohd Said
5. Pn. Nirmala a/p Palaniandy
6. Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
7. Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
8. Pn. Mastura bt. Abd Hamid
9.
Pn. Wan Azita bt. Wan Yahya
10.
Pn. Noor Jannah bt. Salleh
11.
Pn. Hairani bt. Harun
12.
Pn. Asmahani bt. Hussin


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN




7.1 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi
: Pn. Hamidah bt. Husin
(Pengetua SMK Rawang)

Naib Pengerusi : En. Norkasani b. Kamar
(Pen. Kanan PPKI, SMK Rawang)
Setiausaha : Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
Bendahari : Pn. Nirmala a/p Palaniandy
AJK Pengangkutan : Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
AJK Dokumentari/Dokumentasi : Pn. Mastura bt. Abd Hamid
Pn. Noor Jannah bt. Salleh
AJK Makanan dan Minuman : Pn. Nirmala a/p Palaniandy
AJK Disiplin : Pn. Marhaini bt. Dasiron
Pn. Rosita bt. Mohd Said
En. Md. Nawawi b. Hassan
AJK Keselamatan/kebersihan : Pn. Hairani bt. Harun
Pn. Asmahani bt. Hussin

7.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA
PERKARA KUANTITI JUMLAH
Bas (Duit LPBT) 1 x RM 3000.00 RM 3000.00
Pakej ke Singapura (Tanggungan Sendiri) 25 x RM 236 .00 (pel)
12 x RM 330.00 (guru)
RM 5900.00
RM 3960.00
Jumlah RM 12860.00

1. Setiausaha :
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat
dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib
Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat
follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

2. Bendahari :
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

3. AJK Pengangkutan :
Menghubungi pihak bas sebuah bas, bayaran, memastikan bas
mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar
semasa di dalam bas.

4. AJK Makanan & Minuman :
Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.

5. AJK Dokumentasi/dokumentari :
Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, video-
cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.

6. AJK Disiplin :
Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.


7. AJK Keselamatan & Kebersihan :
Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan.
Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan
kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan.

7.3 TENTATIF LAWATAN

HARI PERTAMA
7.00 AM BERTOLAK KE JOHOR BHARU
12.00 PM MAKAN TENGAHARI DI JB
1.00 PM CHECK IN HOTEL
2.00 PM LAWATAN SEKITAR JB
7.00 PM BERIADAH DI DANGA BAY
9.00 PM BALIK KE HOTEL

HARI KEDUA
7.00 AM SARAPAN PAGI DI HOTEL DAN CHECK OUT
8.00 AM BERTOLAK KE SINGAPURA
9.30 AM MELAWAT SENTOSA ISLAND
10.00 AM UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS)
7.00 PM BERTOLAK DARI SINGAPURA
12.30 AM DIJANGKA TIBA DI RAWANG

7.4 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Rawang. Melalui program ini juga
pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi
bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh
digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini
memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.


Disediakan oleh :

..
(SITI AISHAH BT. KHAIRUDIN)
Setiausaha
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang

*(Boleh ditukar kepada Setiausaha Program Lawatan)

Disemak oleh :


(NORKASANI B. KAMAR)
Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang

Disahkan oleh :


(HAMIDAH BT. HUSIN)
Pengetua
SMK Rawang