Anda di halaman 1dari 1

Pemakanan

Pemakanan mesti dijaga, kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan
ia melekat di celah-celah gigi.. Bukan dilarang makan, cuma kurangkan pengambilan. Contohnya coklat
atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang menyebabkan korang tercungkil-cungkil gigi guna lidah
selepas makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini dikatakan
penjagaan atau pembersihan gigi sementara.
Berus Gigi
Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga
kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa
fresh dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi. Sekurang-kurangnya beruslah gigi 3
kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur.Dan yang paling penting sebelum tidur sebab,
sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang. Jadi tak dalah bakteria berkampung lalu
terjadinya karies di situ.
Cara yang betul?
Gunakan vertical technique. Gosok ke atas dan ke bawah atau lebih tepat membulat (circular
motion). Sekaligus dapat mengurut gusi-gusi sekali. Urutan pada gusi penting sebab boleh
stimulate blood flow dan menyihatkan gusi.
Cara horizontally tak bagus, kerana boleh menyebabkan:
Gunakan Floss dan Interdental Toothbrush
Menggunakan dental floss adalah cara terbaik nak keluarkan sisa makanan yang tersekat di
antara gigi.Ia juga boleh digunakan untuk membuang plaque yang terbentuk begitu juga dengan
penggunaan interdental tooth brush.
Untuk cara yang lebih details tentang penggunaan floss. Refer website ni Dental Flossing.
Gunakan Pencuci Mulut Berflorida
Sekurang kurangnya kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur tapi mesti
digunakan selepas beberapa minit berus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh
menyebabkan reaction antara pencuci mulut dan ubat gigi. Di nasihatkan 30minit sebelum dan selepas
menggunakan mouthwash ni, jangan ambil sebrang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida yang tiada
kandungan alkohol sebab boleh menyebabkan ulcer untuk yang mempunyai gusi sensitif.